BAB 53

Romance Completed 112655

Rania menghabiskan masanya di pusat beli belah Zyan Mall.. Dari ke satu kedai ke kedai yang lain.. Berbelanja sakan ditemani oleh dua orang lelaki yang mengikutnya di belakang membawa barang yeng telah dibelinya.

'' hai.. Untungnya.. Kalau macam ni hidup.. Aku sanggup jadi isteri haidan seumur hidup.... '' katanya sambil memilih pakaian yang berada di baris hadapan butik tersebut.

Semasa membuat bayaran, rania melayangkan kad hitam platinum di hadapan jurujual wanita tersebut. Mereka menyambut kad tersebut dengan wajah yang manis dan melayan rania dengan ramah dan mesra.

'korang lihat aku berlagak dengan kad yang tak ada had ni.. Layanan pun berubah kan.. Aku diutamakan dari pelanggan yang lain..' rania dan menayangkan wajah sombong kepada beberapa pelanggan yang lain sedang berada di kaunter pembayaran..

'' maaf cik.. Kad ini tak dapat digunakan. '' kata jurujual itu.

'' APA!!''

'' cuba lagi sekali! baru saya gunakan tadi, boleh saja.. Nampak tu!'' rania menunjukkan kearah dua lelaki yang sedang memegang barangan yang dibelinya tadi.

Jurujual itu mencubanya untuk kali kedua.. Ketiga.. Tapi masih sama. Kad tersebut sudah ditolak.

'' maaf cik.. Memang tak boleh" kata wanita itu sopan.

'cis!.. Ni mesti kerja haidan.. Kenapa dia block kad ni.. Kad ni boleh digunakan tanpa had kan!!.. Tak guna, dia buat aku malu!!'

'' kenapa ni? '' tanya seorang lelaki.

'' encik kad ni tak dapat digunakan.. '' kata jurujual tersebut.

'' tak mengapa.. Biar saya bayarkan.. '' kata lelaki itu sambil menyuakan kad hitam miliknya.

'wah.. Dia ada kad tu juga.. Orang kaya lelaki ni..' kata rania melihat wajah lelaki tersebut.

'' maaf lah encik.... ''

'' saya Alex.. Alexander.. '' kata lelaki itu.

'' saya akan bayar kembali duit encik Alex.. '' kata rania dengan muka yang merah malu dan marah sekaligus kepada haidan.

'' tak mengapa.. Anggap saja saya belanjakan cik... ''

'' rania.. '' sambung rania.

'' rania.. Sedap nama tu.. '' kata Alex sambil ketawa kecil.

'' terima kasih sekali lagi..'' kata rania sambil mengambil beg yang dihulurkan oleh jurujual tersebut.

'' terima kasih.. Sila datang lagi.. '' kata jurujual tersebut.

Rania dan Alex berjalan keluar butik itu.. Mereka berlanjutan sehingga singgah makan tengahhari bersama. Tanpa rania sedari dia turut diekori oleh dua orang lelaki yang merupakan kawan Alex. Rania kemudiannya kembali ke rumah haidan.

Alex dan dua sahabatnya kembali ke rumah shofie. Farid menunggu kepulangan sahabat-sahabatnya.

'' macam mana? '' tanya farid.

'' hemm.. Senang je bro.. Tak ada masalah pun.. Nah kau tengok ni.. '' Alex menunjukkan telefon bimbitnya..

'' jadi inilah rania..!? '' tanya farid melihat rupa paras rania. Alex mengangguk begitu juga dua sahabatnya yang lain.

'' sayang.. Rupa cantik.. Tapi gila.. '' kata farid mengundang ketawa dari kawan-kawannya..

'' gila ya... Kesian dia.. '' kata Alex.

'' hemm.. Kesian, nanti dia tahulah nasib dia macam mana.. Dah pergi buat kerja.. Aku nak pergi hantarkan adik aku ke Airport.. '' kata farid.

'' fie sorang je..? '' tanya Alex.

'' tak, ruhaina ikut sama.. Dan si kecil tu.. '' jawab farid..

'' ooo.. Haidan? ''

'' haidan tinggal sini lah, banyak benda nak buat.. '' kata farid lagi. Fahamlah Alex..

Haidan yang berada didalam bilik bersama shofie dan hadriana. Hadriana didikungnya erat..

'' sayang nanti dah sampai video call ya.. Hubby tunggu.. '' kata haidan.

'' hemm'' jawap shofie.

''papa rasa.. Macam nak belikan private jet.. '' kata haidan bercakap dengan hadriana yang sedang merenung kepadanya.

'' apa, private jet! Kenapa perlu membazir? '' tanya shofie.

'' apa salahnya.. beli untuk sayang.. Ni belikan untuk hadriana.. Kan sayang.. Is boleh ada kan.. Kenapa kita tak boleh.. '' kata haidan mengacah anak kecilnya.

'' membazir lah.. !!'' shofie mencubit peha haidan.

'' auuuughh'' haidan mengaduh sakit.. Sebelah tangannya mengosok pehanya yang pedih.

'' kenapa berbisa sangat.. Sakit tau sayang.. '' kata haidan manja.

'' gatal lagi, merepek nak beli yang bukan-bukan.. Semua tu membazir.. '' kata shofie.

'' gatal?.. Bukan macam tu caranya kalau gatal.. '' kata haidan sambil tersenyum nakal.. Mengusik shofie. Haidan merapatkan tubuhnya mendekat kepada shofie.

'' hubby.. Mana boleh.. !'' shofie menolak haidan.

'' buat apani!? '' farid menegur mereka. Bila melihat haidan sudah memeluk pingang shofie dengan sebelah tangannya sedang memegang hadriana.

'' fie dalam pantang lagi!'' perlinya.. Farid mengambil hadriana di tangan haidan. Membuatkan haidan termangu manggu bila anaknya diambil oleh farid.

'' aku tak buat apa pun.. '' kata haidan.

'' tapi buat ni boleh kan.. '' kata haidan menarik shofie lalu mencium kedua dua pipi shofie.

''lantaklah..pandai-pandai lah.. Dah besar panjang..mari hadriana ikut uncle keluar tak elok untuk anak kecil duduk disini..'' farid berjalan keluar dari bilik tersebut meninggalkan pasangan itu.

'' kau nak bawa hadriana kemana? Anak aku tu! '' panggil haidan, tapi farid tetap melangkah pergi.. Lalu menutup pintu bilik tersebut.

'' hubby.. '' shofie mengambil tangan haidan. Lalu menciumnya.

'' tinggal dengan mummy dulu ya.. Sampai hubby selesai kan semuanya disini.. Hubby akan kesana.. Jaga diri.. Jaga hadriana untuk hubby.. '' haidan mencium dahi shofie..

'' lama? '' tanya shofie.

'' InshaAllah tak lama sayang.. '' balas haidan.. Tangan shofie diciumnya lama..

'sayang akan selamat disana.. Tak akan ada sesiapa yang berani apa-apakan sayang.. Percayalah sayang. Hubby akan segera terbang ke sana sebaik selesai semuanya..

Haidan menghantar shofie, hadriana dan ruhaina menaiki pesawat peribadi milik Farid.

''farid.. Aku kena balik ke rumah.. Bonda baru call aku tadi..ada sesuatu yang jadi disana..'' kata haidan.

'' nak aku hantarkan..? '' tanya farid menarik senyumnya.

''tak perlu.. PA aku dah sampai tu..'' kata haidan menunjuk kepada marwan yang sedang berjalan ke arah mereka berdua.

'' oklah kalau macam tu.. '' kata farid menyuakan tangannya. Dan mereka bersalaman.

Haidan melangkah pergi. Tidak jauh dari situ marwan yang sedang melangkah tadi berhenti, menunduk hormat kepada farid. Farid menarik senyumnya dan menjatuhkan sedikit kepalanya kepada marwan. Dia melihat kedua-dua lelaki itu berjalan pergi. Farid megambil cermin matanya dan memakainya.

'' haidan.. Sampai ke sudah kau rahsiakan pernikahan kau dengan rania ya.. Baiklah aku nak tengok.. Apa kau nak buat lepas ni.. Kalau kau sakitkan hati adik aku lagi.. Jangan salahkan aku kalau kau kehilangan semuanya.. '' kata farid sambil melihat haidan dan marwan sudah semakin jauh hilang disebalik orang yang lalu lalang di situ.

'' semuanya ok wan'' tanya haidan kepada marwan mengenai Zayn Holding..

''jangan risau tuan.. Semuanya dalam keadaan baik.. '' balas marwan

'' bagus! Kita balik rumah '' kata haidan dengan senyuman lebar. Marwan senang melihat angin haidan baik pada hari itu.

Mereka sampai di rumah.. Dari luar kedengaran bunyi bising seperti orang sedang bergaduh.

'' kenapa tu? '' tanya haidan.. Marwan mengeleng, tak tahu.

Sebaik pintu utama dibuka haidan dan marwan tergejut melihat rania dan yumna sedang bergaduh, masing-masing terbaring dilantai sedang menarik rambut lawan mereka. Habis kusut rambut mereka berdua.. Manakala mahira sedang terduduk dilantai menarik yumna.. Haidan berjalan kepada bondanya dan membangunkan bondanya..

'' kenapa ni bonda.. '' haidan menunjukkan kepada dua wanita yang masih dilantai.

'' bonda tak tahu.. Tengok-tengok dah bergaduh macam ni.. '' kata mahira.

'' rania.. Lepaskan rambut yumna!'' arah haidan.

'' taknak.. Ni semua salah dia, dia yang ganggu nia dulu.. '' balas rania tak mahu mengalah. Haidan mengaru kepalanya.

'' wan.. Kau tolong bangunkan yumna.. '' kata haidan. Marwan segera menarik yumna menjauh tapi tak berjaya kerana rania masih memegang erat rambut hitam yumna.

'' lepaskan cik rania.. '' kata marwan sambil cuba meleraikan tangan rania dari terus menarik rambut yumna.

'' abang.. Tolong sakit.. '' rintih yumna bila rania kembali menarik rambutnya.

'' bonda.. Marilah tinggalkan mereka berdua.. Biar saja mereka bergaduh begitu sampai esok.. Haidan ada benda nak beritahu bonda..'' kata haidan.

'' tapi takkan nak biarkan macam tu saja idan.. '' kata mahira menunjuk kearah tiga orang yang ada dilantai.

'' wan.. Kau uruskannya..kalau rasa tak boleh, panggilkan polis ja.. Biar polis yang leraikan mereka berdua.. '' ugut haidan.

Haidan membawa bondanya masuk kedalam bilik tidur mahira. Mendudukkan bonda ke katil..

'' kenapa ni? Patutnya haidan leraikan mereka berdua tu.. Mereka tu bergaduh macam tu sebab haidan juga'' rungut mahira dengan tangannya menunjuk kearah luar..

''cuba bonda tengokni.. '' kata haidan menunjukkan telefon bimbitnya.

'' anak siapa pula ni.. '' tanya mahira bila melihat ada satu imej bayi yang masih kemerahan.. Sedang tidur..

'' cuba bonda tengok gambar lain.. '' mahira menggores mengunakan jarinya ke tepi.

'' shofie! Ini shofie.. ''

''menantu bonda shofie..dan ni cucu bonda.. Zyan Hadriana Shahierah..'' kata haidan.

'' YA ALLAH.. !!! Cucu bonda..'' kata mahira sebak melihat gambar Hadriana Shahierah.. Dia menangis kegembiraan.. Air matanya gugur, menangis teresak esak didalam pelukan haidan. Mahira menepuk dada haidan, ingin menyatakan sesuatu.. Tapi tak terlafaz di mulutnya..di dalam hatinya dia bersyukur cucu dan menantunya sihat. Haidan menunggu emosi bondanya kembali seperti sediakala semula.. Sebelum dia menceritakan semuanya kepada bondanya.. Apa yang sebenarnya terjadi kepada shofie dan hadriana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience