BAB 12

Romance Completed 112655

Rania tak puas hati bila dia beri oleh rafie di bahagian pemasaran.. Malah dia tak ada biliknya sendiri.. Dia tak ubah seperti pekerja yang lain, diberikan tempat kerjanya yang bercampur dengan pekerja bawahan yang tak sama taraf dengannya.

'aarggh! Apa semua ni!!!! Ni mesti abang dan papa nak kenakan aku..' rania meletakkan pen yang dipegangnya secara kasar dia atas meja. rania mendadak bangun.. Dia tidak peduli, dengan tatapan mata pekerja lain yang sedang memandang kearahnya.

'' kenapa cik rania? '' tanya seseorang kepada rania. Rania tak ambil kisah, dengan siapa pun yang menegurnya.. Malah dia langsung tak memandang kearah orang itu.

Rania melangkah ke arah lif dengan wajah yang merah menahan marah.. Bila pintu lif terbuka.. Dia masuk kedalam, menekan tombol nombor tingkat yang paling atas bangunan tersebut dimana tempat untuk pemilik MegahRaya ada disitu.

Sebaik pintu lif terbuka.. Rania melangkah keluar dari situ.. Berjalan dengan tertib dan anggun.. Tetapi masih dengan muka yang sedang menahan marah.. Rania berjalan ke koridor menuju terus ke bilik dahulunya didiami oleh rahimi.

'' cik.. Cik.. Cikkk!!! '' panggil satu wanita.

'' cik tak boleh masuk kedalam.. '' seorang wanita datang menghalang langkah rania.

Rania tak mempedulikan itu, dia menolak wanita itu ke tepi..

"kamu tak kenal siapa saya.!!!Berani kamu sentuh saya dan halang saya dari masuk kedalam.. Kamu ingat kamu siapa!!! " tengking rania.

Pintu bilik itu ditolak kasar oleh rania.. Sampai menghasilkan satu bunyi yang kuat..

"RANIA!!!!!"

Suara rafie kedegaran lantang.. Dengan wajahnya yang memerah memandang kearah rania dan setiausahanya yang turut berada di belakang rania dengan wajah yang pucat.

Rania melihat ada rafie dan beberapa orang, ada didalam bilik tersebut.. Lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya , mereka semua sedang memandang kearahnya..

'' tu tuan.. Saya dah cuba halang.... '' percakapannya terhenti bila dia melihat rafie mengangkat tangannya ke udara.

'' maafkan saya tuan-tuan.. Saya minta diri sekejap.. '' kata rafie menunduk kepada lelaki-lelaki yang sedang menyaksikan aksi tak diduga itu.

Rafie berjalan mendekat kearah rania.. Menarik lengan adiknya itu dengan kasar..

'' ikut abang keluar.. !'' kata rafie dengan nada yang keras. Rania yang seperti orang bingung mengikut rafie berjalan keluar.. Rafie menarik rania sampai ke hujung koridor.. Sebaik sampai rafie melepaskan tangan rania.

'' nia ni dah gila agaknya.. ! Mana adab nia.. Nia ingat nia siapa disini.. Sampai tak hormat orang lain.. Buat sesuka hati nia.. Ni di office nia.. Bukannya di rumah.. !!'' marah rafie.

'' nia.. Nak abang kenalkan kepada semua pekerja yang ni ni cik muda MegahRaya.. Dan nia nak.. jawatan yang lebih tinggi dari ni.. Kenapa abang letak nia, di sale department... Dah tu.. Position yang paling rendah.. Seperti pekerja baru....malu lah nia...

''nia tak nak!!''

'' nia tak nak!!''

Dengan kakinya terhentak-hentak ke lantai.. Rafie mengaru kepalanya.. Memandang ke kiri dan kanan.. Mujur tiada siapa disitu.. Tapi mana tahu..takutnya , dinding pun mempunyai telinga.. Dia tak mahu, ada gosip-gosip tak elok timbul mengaitkan namanya..

"nia.. Jangan jadi macam budak kecil.. Grow up nia.. Nia tak ada pengalaman.. Tentu itulah jawatan yang sesuai untuk nia.. Nia nak macam mana lagi.. Nia patut beruntung.. Abang masukkan nia tanpa perlu interview.. Kalau tak...."

"kalau tak apa..? Abang nak kata yang nia ni tak layak.. Macam tu.." potong rania..

'' bukan abang yang cakap.. Tapi nia yang kata sendiri.. Dah la nia.. Nia balik saja ke tempat kerja nia.. Abang ada kerja ni.. Nia sendiri nampak kan abang sibuk sekarang ni.. '' rafie tak mahu lama-lama disitu.. Sedangkan masih ada yang sedang menunggunya.

'' abang, nia tak habis cakap lagi.. !''

'' kita bincang lain kali saja nia.. Atau kita bincang dirumah saja.. '' kata rafie menarik nia ke depan lif.. Lalu dia menekan lif untuk rania turun.

'' abang!!''

'' jaga perangai nia.. Ingat ni office nia.. Bukannya di rumah'' kata rafie lagi.

Rania melihat rafie melangkah pergi dengan perasaan marah..

' kalau nia minta.. Semua tak nak layan nia.. Semua tak adil dengan nia.. ' rania masuk kedalam lif dan turun kebawah.

Bila sampai ditempatnya, dia mengambil beg tangannya dan berjalan pergi meninggalkan MegahRaya begitu sahaja. Tanpa memberitahu kepada sesiapa.

Sebaik sampai dirumah.. Dia melihat ada kereta milik haidan pakir di hadapan rumah.. Bibirnya tersuing sebaris senyuman.. Sebaik memakir kereta di tempatnya.. Dia turun dari kereta dengan perasaan yang gembira.

'' haidan ada disini ya..? '' tanyanya kepada pelayan yang datang membuka pintu untuknya.

'' ya cik muda.. Dia datang bersama shofie.. '' kata pelayan tersebut.

Pedih telinga rania mendengar nama shofie. Mukanya yang tadi ceria bertukar masam serta merta.

'ceh!!! Dia datang sama rupanya.. Kenapa dia datang.. Mengganggu saja..'

'' mana mereka? '' tanya rania

'' ada di bilik bacaan datuk, diatas''

Rania menghayun kan kakinya mahu keatas.. Memanjat nak tangga satu demi satu sampai ke lantai atas. Kakinya terus berjalan ke bilik bacaan rahimi yang tak ditutup pintunya..

Rania mengintai dari luar, dia melihat shofie sedang duduk disebelah papanya, memeluk lengan papanya dengan mesra.. Manakala haidan ada bertentangan dengan mereka.. Sedang mengendong bayi..

'itu... Mikail kan..' hati rania berbunga.. Melihat haidan mengendong Mikail yang sudah terlena didalam pangkuan haidan. Rania mendengar yang shofie dan haidan sedang meminta diri untuk pulang..

'inilah peluangnya..'

'' sayang mama.. Rupanya disini ya anak mama.. Puas mama cari si kecil mama ni... '' kata rania lembut dan manja.. melangkah masuk kedalam bilik tersebut. Mengambil tempat duduk disebelah haidan.

'kenapa dia disini' haidan merasakan seperti ada sesuatu yang tak selesa, di hatinya pada ketika itu.

'' sayang mama.. '' rania mengambil Mikail. Haidan tersentak bila rania menyentuh dadanya dan tangannya.. Seperti tiada apa-apa terjadi. Dia merenung tajam kearah rania. Jelas dia melihat rania tersenyum dan megejitkan sebelah mata kepadanya..

'' papa.. Kami balik dahulu ya.. '' kata haidan dan terus bangun berdiri. Dia tak suka disentuh-sentuh begitu oleh rania.

'' ya baiklah.. Selepas ini sering-sering lah datang kesini.. '' kata rahimi.. Sambil mengiringi menantunya keluar dari bilik bacaan.

Rania melihat dua lelaki itu sedang berjalan keluar.. Dengan pantas rania menarik tangan shofie.. Shofie yang tadinya turut mahu keluar, terbantut.

'' shofie! Tunggu aku nak cakap sikit ni.. !'' rania meletakkan anaknya dia atas sofa.

'' cakap apa nia..? '' tanya shofie.

'' tak perlu nak bersopan dengan aku.. Aku tahu perangai kau tu.. Kau tu sama macam ibu kau.. Perampas!!'' marah rania.

'' kenapa nia suka kata mummy fie.. Nia tak layak nak kutuk mummy fie.. Dia bukan yang seperti nia katakan.. '' rania ketawa kuat..

'' tolong ekk! ... Tak seperti yang aku katakan.. Dan sekarang ni.. Kau sendiri dah merampas haidan dari aku.. Kau jadikan diri kau tu puan muda keluarga Zyan.. Aku nak kembali hak aku.. Aku nak kau berundur shofie.. '' marah rania.

'' nia.. Kenapa kau masih nak cakap benda yang lepas.. Semuanya telah berubah nia.. Kenapa kau, nak ungkit lagi.. ''

'' aku mengungkit.? Kau yang mengambil kesempatan.. '' rania menekan jari telunjuknya di bahu shofie.. Membuatkan shofie terundur kebelakang selangkah demi selangkah.

'' aku tak akan pergi.. Kalau dia tak beri aku duit untuk pergi''

''ni mesti rancangan kau kan.. Nak putuskan pertunangan aku dengan dia.. ''

'' mesti kau yang menggoda haidan kan.. Mesti kau dah pernah tidur dengan dia sebelum ni''

'' kau serahkan dara kau.. Lepas tu kau perangkap dia kan.. Shofie? ''

'' JAWAB SHOFIE!!!!''

'' nia.. Kenapa kau pergi.. Kalau kau betul-betul sukakan dia.. Cinta dan sayangkan dia.. Kau tak akan pergi demi duit.. Kau dah jual semua tu nia.. Aku tak akan ambil hak kau, kalau kau ada disini, sebelum ni nia.. Tapi kau pergi kan selepas dapat duit dari haidan.. Jadi kau patut lupakan semua ni dan mulakan hidup yang baru bersama dengan Mikail.. Aku harap kau boleh lupakan haidan.. Sekarang dia sudah jadi abang ipar kau nia... '' kata shofie.

'' APA! Abang ipar ? .. '' rania ketawa lucu.. Perutnya sampai sakit menahan ketawa..

'' sayang... '' terdengar suara haidan dari luar.

'' aku tak pernah anggap kau kakak aku.. Kau boleh bermimpi sendiri yang kau ada adik.. Tapi aku takkan sesekali! aku akan ambil kembali hak aku shofie!'' rania membisik di telinga shofie.

Haidan melihat dua beradik itu sedang berdiri dekat bersama seperti sedang berbincang sesuatu. Shofie tersenyum, sebaik melihat haidan berada di muka pintu..

"fie balik dulu nia.. Assalamualaikum.." shofie berlagak biasa dan tersenyum manis.. Berjalan kepada haidan.. Dan mereka turun bersama ke bawah dan pulang ke rumah keluarga Zayn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience