BAB16

Romance Completed 112655

Rahimi merasa tidak enak badan.. Terasa ada yang tak selesa di seluruh tubuhnya.. Segala apa yang dia lakukan serba tak kena.. Pada hari itu.. Tambah-tambah lagi Mikail, akan menangis sebaik saja melihatnya. Itu belum lagi dia mengambil untuk mendukung Mikail .

'' sabri.. '' panggil rahimi.

'' ya datuk.. '' jawab sabri..

'' saya rasa.. Macam ada yang salah dimana-manalah.. '' kata rahimi. Dia memegang dadanya.. Tubuhnya terasa seram sejuk..

'' datuk nak saya panggilkan doktor..? '' sabri mendekat dengan wajah yang cemas.

'' sabri.. Ada apa-apa yang aneh berlaku tak.. Kebelakangan ni.. '' rahimi bangun berdiri.

'yang aneh.. Yang aneh tu hanya datin seorang.. Tiba-tiba rajin masuk ke dapur.. Tapi itu dikira aneh ka?' sabri bingung.

'' tak pasti datuk, rasanya tiada yang aneh.. ''

'kenapa setiap malam dadanya terasa sesak.. Seperti ada sesuatu, kadang aku melihat kelibat bayang-bayang hitam melintas.. Adakah aku sedang berhalusinasi..' rahimi meraup wajahnya.

'' saya nak turun makan dahulu.. '' kata rahimi..

'' saya kebelakang dulu ya datuk.. Tengokkan Mikail.. '' kata sabri.

Mereka berdua turun ke bawah. Kebetulan ketika itu ada tetamu yang datang. Sabri meminta diri untuk berundur pergi.

'' datuk ada tetamu, yang datang melawat datuk.. '' kata pelayan wanita tersebut.

'' siapa? '' rahimi memandang ke belakang.

'' assalamualaikum.. ''

'' waalaikummusalam saif.. Kenapa kamu sudah lama tak datang kemari.. '' tanya rahimi. Pemuda itu menunduk dan ketawa kecil.

'' sibuk sikit.. Sekarang dan ok sikit uncle.. Ah.. Ni ada buah sikit.. '' kata saif menyuakan buah kepada rahimi.

'' tak perlu bawa buah tangan.. Kamu datang dah lebih dari cukup.. Saif'' rahimi menyambut bakul buah yang dihulurkan oleh saif.

''uncle nak makan ni.. Marilah kita makan bersama..'' pelawa rahimi..

'' ahh.. Uncle segan lah.. '' kata saif sambil tersenyum.

'' tak perlulah segan.. Kamu tu dah macam anak uncle.. Kalau kamu nak panggil papa pun, uncle tak kisah.. Lagi uncle suka.. Jadi anak angkat uncle saja lah.. '' Kata rahimi.

"uncle ni.." saif mengaru kepalanya..

"kenapa.. Uncle bukannya main-main.. Uncle serius.. Walaupun kamu tak jadi menantu uncle.. Tapi benda dah terjadi begini.. Atau kamu takut shofie pikir yang tidak tidak nanti.." kata rahimi..

Mereka sudah berada di meja makan.. Rahimi duduk di tempatnya manakala saif duduk di sebelahnya..

Pelayan datang menyendukkan makanan dan letakkan di hadapan mereka..

" kalau fie tak kisah.. Saif lagi tak keberatan nak jadi anak angkat uncle.." balas saif.

'' bagus.. Bagus... Makan dulu saif.. '' pelawa rahimi.

'' buah ni kamu tolong potongkan... '' rahimi memberi arahan kepada pelayan. Pelayan tersebut mengambil bakul buah itu kedalam dapur.

Baru saif ingin mahu menyuapkan makanan ke mulutnya.. Dia terpandang kan kepada satu benda yang membuatkannya membatalkan niatnya. Saif kembali meletakkan sudu yang masih berisi makanan itu.

'' uncle.. '' saif menarik lengan rahimi.. Menghalang rahimi dari menyuapkan makanan ke mulutnya.

'' siapa yang masakan makanan ni uncle? '' tanya saif.

'' kenapa? Tak sedap?... '' tanya rahimi hairan melihat wajah saif yang tersenyum tadi menjadi tegang..

'' bukan.. Cuba uncle tengok ni.. '' kata saif.. Dia mengaduk makanannya.. Kemudian mengeluarkan sesuatu dari situ..

Rahimi melihat ada sisa kuku yang sudah dipotong.. Yang diletakkan oleh saif diatas meja.

'kuku.. Kenapa ada kuku didalam makanan ni..' rahimi musykil.. Dia turut mengaduk makanannya... Ada helaian rambut didalamnya..

'' Allahuakbar !''

PLAK.. Rahimi melepaskan sudu nya di pinggan dengan kuat.. Sehingga pelayan yang ke dapur tadi untuk memotong buah datang kepada mereka di ruang makan.

'' kamu.. Mari sini '' panggil rahimi.

'' dimana sabri? Panggilkan dia kesini segera!!!'' arah rahimi.

Pelayan itu tergesa-gesa pergi meninggalkan ruang itu, tak lama mereka menunggu.. Pelayan itu datang semula dengan sabri berjalan kearah mereka. Sabri melihat ada rahimi yang sedang berdiri disamping meja makan.. Begitu juga dengan saif.

''datuk cari saya? '' tanya sabri bila dia sudah berdiri mendekat disebelah rahimi.

'' siapa yang masak makanan ini..!'' sabri melihat makanan yang ditunjukkan oleh rahimi..

'' datuk.. Makanan tu dimasak oleh datin... Dibantu oleh pelayan.. '' jawap sabri.

Rahimi melihat kearah saif.. Dia mana saif pun turun memandang kearahnya.

'' uncle..bukannya saif nak kata yang buruk... ''

'' tak apa saif.. Uncle faham apa yang cuba katakan.. '' rahimi mengeluh.

'' dimana datin? '' tanya rahimi

"datin dah keluar.." jawap sabri.

'' datin dah keluar! Kenapa saya tak tahu? '' tanya rahimi.

Sabri dan pelayan wanita itu menunduk memandang lantai. Mereka tak sanggup mengangkat kepala mereka..

'' Sabri.. Hubungi muizz..minta dia segera kerumah saya.. Ada perkara yang perlu saya periksa dengannya... '' rahimi memberi arahan.

'' kamu'' rahimi menunjuk kearah pelayan.

''buang semua makanan ni.. '' arah rahimi.

'' baik datuk.. '' balas Sabri dan pelayan wanita itu serentak.

Petang itu.. Rahimi menunggu tetamunya datang.. Saif masih ada bersamanya.. Menemaninya.

'' datuk.. Tetamu datuk dah sampai.. '' kata pelayan itu.

'' baik..mari kita turun kebawah saif.. '' ajak rahimi.

Muizz menunggu di ruang tamu.. Menunggu pemilik rumah itu turun. Ini bukan kali pertama dia kesini.. Dulu dia sudah sering ke rumah itu..

'' assalamualaikum sahabat.. '' tegur satu suara.

'' waalaikum salam.. '' rahimi turun ke bawah lalu memeluk sahabat lamanya..

Muizz melihat ada sesuatu yang menempel di tubuh sahabatnya itu..namun dia hanya beriak biasa seperti tiada apa-apa..

'' lama kita tak berjumpa.. '' kata muizz.. Dia bersalaman dengan dua lelaki dihadapannya..

'' ya betul.. Sudah lama.. Dan kita sudah semakin tua.. '' kata rahimi.

'' nak duduk dimana muizz.. Disini atau diatas? '' tanya rahimi lagi.

''boleh saja dimana pun.. Disini pun boleh'' balas muizz

Mereka duduk dan bersembang santai. Muizz mula sedang berubat dalam diam.. Dia tak mahu benda yang menumpang sahabatnya itu tiba-tiba mengamuk..

'' macam mana..? '' tanya rahimi..

'' hmm.. Nampak gayanya macam berat sikit.. Jenis degil ni.. '' kata muizz sambil berseloroh. Saif disebelah rahimi hanya mampu mendengar saja.

'' itulah.. Saya tak sedap badan kebelakangan ni.. Seperti ada sesuatu.. '' kata rahimi. Muizz mengangguk..

'' boleh saya minta izin nak ke bilik tidur datuk.. '' kata muizz..

Mereka naik keatas.. Untung Ainun tak ada dirumah waktu itu . Bolehlah mereka mengeledah, rumah tersebut tanpa banyak soal dari Ainun.

Muizz meminta pelayan untuk memeriksa tempat tidur rahimi.. Dua pelayan datang dan membuka cadar dan memeriksa keseluruhan katil tersebut.

Bila mereka melihat ada uncang diikat dengan kain kuning.. Dua pelayan itu melompat turun dari katil serentak dan berlari kebelakang.. Muizz mengambil uncang kain kuning tersebut..

'' apa tu muizz?.. '' tanya rahimi. Tapi muizz tak menjawap.. Dia membaca sesuatu..

'' kemaskan kembali katilnya, saya nak kena selesaikan yang ini dahulu.. '' kata muizz di turun kebawah dan membakar kain kuning tersebut.. Hanya dia seorang saja yang melihat apa isi yang terdapat didalam kain kuning itu.

'' macam mana muizz.. Sudah selesai..? '' tanya rahimi.

'' belum.. Tapi datuk jangan risau.. Tak lama lagi akan selesai.. Saya akan datang kembali esok dan selesaikannya.. Saya akan pagar kawasan rumah ini.. Dengan seorang sahabat saya nanti.. '' kata muizz.

'' siapa.. Itu.. Ainun kan..? "

'' sabar datuk.. Mungkin ada yang di tak puas hati dengan datuk... Tapi datuk jangan cepat melenting.. Banyak kan bersabar ya.. '' hanya itu yang muizz boleh katakan kepada rahimi..

'' saya tahu sahabat.. Terima kasih sebab sudi datang.. '' kata rahimi.

'' jangan segan-segan kita kan sahabat lama.. '' kata muizz.

Muizz melihat benda itu sedang berlegar-legar diluar rumah rahimi.. Dia tak lagi menempel kepada rahimi seperti tadi...

'' satu yang saya nak pesan kan.. Elakkan dulu makan makanan yang disajikan oleh Ainun ya.. Walaupun ianya hanyalah air.. '' pesan muizz.

''baik.. Saya akan ingat tu..'' mereka bersalaman..

Rahimi melihat kereta muizz beredar pergi dari kawasan rumahnya, rahimi berasa sangat kecewa dengan Ainun yang mahu mengunakan cara kotor untuk menundukkannya..

'' sekarang macam mana uncle? '' tanya saif.

'' uncle akan ikut saja permainan dia dahulu.. '' kata rahimi.

Malam itu ainun pulang dengan senang hati.. Pelayan yang membuka pintu menyambutnya membawa beg-beg kertas dengan kedua-dua tangannya yang penuh.. Semua beg itu, terisi barangan yang dia telah beli dia mall tadi..

"kamu kemana?" tanya rahimi.. Membuatkan tersentak..

"Saya keluar ke mall.. Beli barang sikit.." kata ainun dengan wajahnya yang manis tersenyum..

'dia guna duit dari mana..? Berbelanja sebanyak itu..? Aku dah tarik balik kad kreadit dia sebelum ni.. Adakah aku bingung tak sedar aku ada berikan dia duit sebelum ni..?' rahimi bingung..

" saya naik dulu ya.." katanya..

Keesokannya.. Muizz datang bersama dengan sahabatnya.. Seperti yang dijanjikan oleh mereka.. Mereka meninjau seluruh kawasan rumah rahimi.. Membersihkan apa yang tak bersih dan menghalau apa yang tak sepatutnya tinggal dirumah itu..

Ainun yang sedang tidur waktu itu menjerit.. Bila terasa dirinya bagaikan dicekik oleh seseorang.. Dia membuka matanya.. Melihat gerngan yang mencekik dirinya..

"Aaaargghhhh!!!" ainun menjerit panjang.. Tubuhnya mengeletar.. Nafasnya tersekat-sekat.. Dia tergejut melihat makhluk hodoh dan jijik yang sedang duduk di atas tubuhnya.. Dengan mata yang terkeluar kemerahan.. Bau yang busuk dan hanyir.. Rambut yang kusut dan muka yang berlumpur bekerut sampai menampakkan wajah itu berlapis lapis..

'apa..ini..binatang apa... Kenapa dia mencekik aku...!!!!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience