BAB 19

Romance Completed 112655

Haidan menarik tangan shofie masuk kedalam bilik mereka.. Lalu menduduki kan shofie di sofa.. Shofie melihat segelas susu yang ada di atas meja kopi. Dia mengambilnya dan terus minum tanpa bertanya.. Dia pasti susu itu haidan buatkan untuknya.

'' hubby nak kena ke selatan.. Tak beritahu pun.? '' tanya shofie.

'' nak beritahu macam mana.. Hubby baru kata tadi tunggu di meja makan.. Baru saja pergi buat susu.. Balik-balik meja dah kosong.. Sekarang habiskan susu tu..! '' kata haidan melihat shofie meletakkan semula gelas yang masih terisi separuh susu di dalamnya.

'' sebenarnya.. Sayang dah kenyang.. '' shofie mengelus perutnya yang membulat besar tu. Haidan duduk disebelah shofie.. Merebahkan kepalanya di atas peha shofie..

'' esok kita nak pergi tengok honey bump.. '' haidan menyelak baju shofie sehingga perut shofie jelas kelihatan..

'' sayang pasti tak nak tahu dia boy or girl..? '' haidan mencium perut shofie. Kemudian mengelus ngelusnya lembut.

'' taknak....kalau keluar nanti nya perempuan macam mana? Hubby kan nak anak lelaki.. '' kata shofie perlahan.. Tangannya mengusap rambut haidan.

'' lelaki ke perempuan.. Sama saja sayang.. Kalau dia perempuan.. Kita buat lagi sampai dapat lelaki.. '' kata haidan dengan senyuman nakal.

'' kalau perempuan lagi? ''

'' kita buat lagi.. Lagi.. Lagi.. Dan lagi.. '' kata haidan berseloroh.

'' hah.. Ingat sayang ni mesin buat anak ke apa.? '' shofie menampar bahu haidan.

'' apa salahnya... '' usik haidan.. Dia merasakan ada tendangan dari anaknya dari dalam..

'' tengok ni.. Dia pun setuju dengan papa dia.. '' kata haidan kembali mengusap lembut di tempat pipinya merasa tendangan cinta hatinya..

'' mengantuklah hubby... '' adu shofie..

'' habiskan susu.. Baru kita tidur. " balas haidan.

Shofie berusaha menghabiskan susu yang bersisa, sebaik selesai dia bangun ke bilik air untuk membersihkan gelas nya.. Shofie baring di tempat tidurnya.. haidan seperti biasa akan mengalunkan bacaan ayat suci AlQuran dan mengelus lembut perut shofie.. Dia senang mendapat tindak balas dari anaknya yang masih berada didalam rahim shofie..

'' hubby.. '' shofie menggoyangkan bahu haidan yang sudah terlena.. Shofie tahu.. Haidan kalau sudah tertidur.. Susah untuk dibangunkan..

'anak.. Kenapa kamu lapar waktu-waktu macam ni.. Tengok papa kamu dah tidur..' rungut shofie..

Shofie bangun dari katil.. Membuka pintu dan berjalan kebawah.. Dia berjalan ke dapur.. Mencari makanan yang boleh dimakan pada waktu itu..

'' kak.. Buat apa tu..? '' tanya haikal yang baru balik. Shofie yang sedang membuka peti sejuk menutup kembali peti sejuk dan berpaling.

'' haikal.. Kamu baru balik ke? '' kata shofie.. Haikal mengangguk.

'' kakak lapar ke.. Ni kal ada bawa balik makanan.. Kal tak sempat makan tadi.. Tu yang kal beli.. Tak sangka pula ada orang yang lagi lapar.. '' gelak haikal.

'' kamu perli ya!''

'' tak mana ada.. '' balas haikal.

Dia tahu sangat kakak iparnya sering berjaga malam untuk makan.. Bukan sekali dua dia melihat abangnya menemani shofie makan lewat malam.. Sampai abangnya juga sudah nampak membulat.

Shofie melihat haidan mengeluarkan seekor ayam panggang yang masih panas dari bekas makanan. Dihidangkan diatas pinggan. Air liurnya seperti mahu meleleh melihat ayam yang masih panas berasap itu..

'' mana haikal beli ayam panggang.. Lewat-lewat macam ni..? '' tanya shofie. Haikal senyum melihat wajah teruja shofie, yang sedang mengadap ayam yang masih panas itu.

'' kal singgah lepak dengan member.. Di uptown sana.. Disana senang nak dapat makanan macam ni walaupun dah lewat-lewat macam ni.. '' terang haikal.

'' betul? Ada apa lagi.. Teringin nya nak pergi.. '' kata shofie. Haikal ketawa.

'' kenapa ketawa? Apa yang kelakarnya? '' tanya shofie.. Dia melihat haikal sedang memotong sebahagian ayam dan diletakkan kedalam pinggan dan dihulurkan kepadanya.

'' kalau kak fie yang pergi.. Nanti mesti penuh dengan orang yang berpakaian serba hitam disana.. '' haikal menyambung gelaknya..

'' sayang... '' satu suara garau menegur mereka.

Dua orang yang sedang menikmati ayam panggang itu berpaling dan melihat haidan sedang jalan menuju kearah mereka..

'' hubby.. Kenapa bangun..? '' tanya shofie.

'' macam mana nak tidur.. Kalau tiba-tiba sayang tak ada.. '' kata haidan. Dia mengambil tempat duduk disebelah shofie.

'' sorry honey bump tiba-tiba lapar... '' balas shofie.

Haidan menemani shofie makan.. Begitu juga haikal.. Selesai makan mereka naik keatas semula.. Menyambung tidur.

Pagi itu, seperti yang dijanjikan.. Haidan membawa shofie bersarapan di kedai mamak.. Ditemani oleh ruhaina dan juga marwan. Haidan melayan saja apa yang mahu shofie mahukan.. Malah siap bungkus lagi buat bekalan shofie menunggu haidan sehingga, selesai mesyuarat untuk pagi itu. Shofie menunggu haidan di ruang rehat bilik pejabatnya.

Sebaik selesai mesyuarat haidan kembali ke biliknya.. Terus ke bilik rehat nya melihat keadaan shofie. Bila dia melihat shofie baik-baik saja sedang menonton televisyen di dalam bilik itu dia keluar kembali menyelesaikan kerjanya.. Dan bersiap untuk pergi ke klinik bersama shofie.

'' sayang.. Jom pergi.. Hubby dah siap ni..? Haidan mengosok lembut kepala shofie.

'' dah? ok jom.. '' kata shofie. Haidan membantu menarik shofie bangun dari duduknya..

'' tak sabar nak lihat anak papa.. '' kata haidan sambil berjalan keluar bersama shofie dari bilik rehat nya.. Dia berhenti di hadapan pintu pejabatnya..

'' wan.. Kamu selesaikan semuanya ya.. Kita jumpa esok.. Untuk bertolak ke selatan.. Gina kalau ada apa-apa yang urgent beritahu kepada marwan.. '' kata haidan kepada Gina dan marwan.

Gina mengangguk paham.. Begitu juga dengan marwan. Haidan memegang tangan shofie.. Mereka bejalan turun ke bawah dan menaiki kereta yang sudah siap berada dibawah dan pergi ke klinik..

'' ok kita dah sampai.. '' kata haidan sebaik mereka berhenti di hadapan klinik.

Mereka turun dan masuk kedalam klinik layaknya seperti pasangan yang lain.. Berpimpin tangan dan juga jalan beriringan.. Sebaik masuk kedalam ada beberapa pasangan yang berada didalam.. Mata shofie terpandang kan seseorang..

'' Hanis... !!!'' panggil shofie.. Tangan haidan dilepaskan shofie.. Berjalan kearah sahabatnya..

'' shofie !'' kata Hanis yang sedang mendukung bayi yang masih merah didalam gendongannya..

'' ya Allah comelnya anak kau nis.. Bagi aku.. '' minta shofie.

'' kau boleh ka fie.. Kau dengan macam tu.. '' kata Hanis menunjuk ke arah perut shofie.

'' boleh! Kenapa tak boleh.. '' kata shofie yakin.

'' assalamualaikum sayang.. Nama kamu siapa? si comel.. '' tanya shofie.

'' nama dia haris zulkarnain.. '' sampuk hizer..

Mereka berborak sampai nama shofie dipanggil oleh jururawat dan mereka berpisah disitu.. Shofie masuk kedalam.. Dan melakukan pemeriksaan biasa.. Semasa doktor melakukan ultrasound mereka berdua, teruja melihat bayi mereka yang bergerak-gerak seperti menyapa mereka..

'' alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.. Tak lama lagi tuan dan puan akan berjumpa dengan bayinya.. Boleh siapkan barangan bayi..dan siapkan beg ibu dan bayi untuk ke hospital nanti ya.. Bermula dari sekarang.. Kita kena bersedia.. Kalau puan ada rasa sakit.. Atau turun tanda seperti darah atau lendir.. Puan segera ke hospital ya.. '' pesan doktor itu lagi.

Selesai urusan mereka di klinik.. Haidan membawa shofie berjalan di mall.. Memberi barangan bayi yang belum dibeli mereka. Shofie yang sedang memilih baju ditegur haidan.

'' sayang.. Baju tak perlu beli.. '' kata haidan. Dia sendiri pening melihat bondanya yang asyik membeli pakaian bayi sebaik saja bondanya balik kerumah. Rasanya baju yang bondanya belikan itu lebih dari bajunya sendiri.

'' kenapa? Kita belum pernah beli kan.. Hubby asyik beli barang lain.. '' balls shofie.

'' bonda dah beli banyak kan.. '' kata haidan.. Kemudian dia melihat shofie mengangguk.

'' betul juga..dah banyak.. Kita beli barangan lain sajalah.. '' mereka berjalan mencari barangan bayi yang lain.

Mereka pulang ke rumah.. Lebih awal.. Kerana haidan mahu berehat kerana dia akan bertolak ke selatan keesokan paginya.. Sepanjang haidan tak ada bersama.. Shofie sentiasa ditemani oleh ruhaina.. Shofie mengangkat telefonnya yang berbunyi.. Sebaik haidan bertolak dengan marwan. Ruhaina mengambilnya untuk ke pejabat.

'' assalamualaikum.. Hello nisa.. ''

'' boleh.. Dimana? ''

'' ok.. Kita jumpa disana.. '' kata shofie..dan panggilan dimatikan.

'' kak aina.. Balik nanti kita singgah makan di kedai steamboat dekan jalan mahsuri tu ya.. Nisa dan naila tunggu disana.. '' kata shofie. Ruhaina mengangguk faham.

'' beritahu tuan dahulu shofie.. Tak baik pergi tanpa pengetahuan tuan'' ruhaina memperingati.

''ya Allah kak.. Nasib kak ingatkan.. Kalau tak fie dah terlupa.. '' kata shofie. Shofie segera mendail nombor haidan..

'' assalamualaikum hubby.. '' sapa shofie ceria..

'' sayang nak pergi makan nanti dengan naila dan nisa balik kerja nanti.. ''

'' ya.. Kak aina ada sama.. ''

'' ok bye.. Love you.. Take care'' balas shofie dan menamatkan panggilan.

''ok selesai kak'' kata shofie. Ruhaina memandang shofie dengan senyuman.

Sementara haidan disebelah sana mengeleng.. Baru saja dia tinggalkan shofie.. Mereka dah buat janji untuk keluar...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience