BAB 20

Romance Completed 112704

Sebaik selesai waktu kerja ruhaina membawa shofie pergi ke restoran yang dijanjikan dengan annaila dan Annisa. Dua gadis kembar itu sudah menunggu didalam.

'' kak aina duduk sekali makan dengan kami.. Abang tak ada.. Harini kita bebas.. '' kata annaila ceria.

'' jaga sikit dik.. Bebas.. Bebas juga.. '' kata Annisa memperingati. Kerana mereka berada, di tempat awam..

Dia tak mahu perkara yang menimpa shofie berulang kembali.. Tambah pula, mereka berkumpul begini.. Ini adalah, satu peluang besar bagi musuh keluarga Zayn kalau mereka merancangkan sesuatu yang tidak buruk terhadap mereka.. Sekali dapat tiga, itukan sesuatu yang menguntungkan ...

Ruhaina dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Annisa.. Dia melihat sekeliling.. Tak ada yang mencurigakan, dimatanya .. Tetapi dia tetap juga perlu berwaspada. Dia sendiri tahu bukan hanya, dia seorang saja penjaga mereka yang ada disitu..

'' kak.. Senyum! '' kata annaila yang sedang memegang telefon bimbitnya untuk mengambil gambar.

''cantik!'' kata annaila. Dia segera mengirim gambar tersebut ke sosial media miliknya dengan caption 'girl only!! . With my lovely sister.. Yang jarang-jarang dapat makan bersama begini..'.. Belum sempat dia meletakkan telefon bimbitnya kebawah, untuk makan. telefon itu kembali berbunyi.. Bertalu-talu..

'' wah.. Tengok.. Terkenal dah kakak kita!! .. '' kata annaila. Menunjukkan komen yang banyak bertanyakan tentang status, shofie sebagai anggota baru keluarga Zayn..

'' kalau abang marah nanti.. Kau jawap sendiri ya naila'' kata Annisa.

''kenapa perlu abang marah..? '' tanya annaila polos. Annisa hanya memberi jelingan tajam kepada adiknya.

'Naila kau adik aku atau bukan?... Perangai abang kau sendiri pun kau tak hafal lagi...'keluh annisa

''dah... Jangan Gaduh-gaduh.. Kita datang nak makan kan.. '' kata shofie.. Annaila mengangguk mengiakan.

Selepas puas mereka makan bersama.. Shofie dihantar pulang oleh ruhaina. Dia melihat ada dua buah kereta hitam sedang mengekori mereka. Ruhaina sudah diberitahu oleh marwan.. Tentang pengiring yang diminta oleh haidan untuk mengawasi shofie semasa ketiadaannya..

Malam itu sebelum tidur shofie menghabiskan masa duduk didalam bilik annaila.. Sampai dia tertidur didalam bilik itu..

'' kak fie dah tidur.. '' kata Annisa kepada annaila yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya.

'' biarlah kak fie tidur sini.. Lagipun abang tak adakan.. Kalau jadi apa-apa.. Senang naila ada.. '' balas annaila . Annisa ketawa mendengar kata yang diucapkan oleh adik kembarnya itu.

'' kau tu kalau tidur.. Tak sedar diri.. Boleh ke nak harap kau jaga kak fie.. '' perli Annisa.

'' kak!.. Cakap tu jangan kejam sangat !'' marah annaila..

'' masalah dah datang!'' Annisa menunjuk ke arah telefon bimbit shofie yang berbunyi.. Di papan skrin itu ada gambar haidan yang sedang tersenyum..

'' abang!!!'' kata mereka berdua serentak.

'' kau jawap '' Annisa memberikan telefon bimbit shofie kepada annaila..

Annaila menelan air liurnya sebelum menjawap panggilan video dari abangnya dari sana..

'' kenapa kamu yang jawap ! Mana kak fie? '' tanya haidan cemas.

'' kak fie dah tidur.. '' balas annaila.

'' kenapa kak fie tidur di bilik kamu? '' tanya haidan lagi.

'' kami borak-borak tadi.. Tau-tau kak fie dah terlena.. Tak pecaya tengok.. '' annaila mengalihkan telefon shofie mengadap shofie yang sedang terbaring.. Sudah terlena.

'' kamu berdua tak buat benda pelik-pelik kan.. '' tanya haidan lagi.

'' tak lah abang, kami tak buat apa yang pelik-pelik puun..'' balas annaila.

'' dah la.. Tidur.. '' haidan mematikan panggilan telefon.

'' WHAT!!!! Abang matikan panggilan macam tu saja!'' marah annaila.

'' memanglah.. Dia nak cakap dengan kak fie.. Bukan dengan kau.. '' perli Annisa.

Mereka memilih untuk tidur bersama didalam bilik tersebut bersama dengan shofie.. Telefon shofie berbunyi berkali kali.. Mengganggu tidur Annisa.. Dia bangun lalu duduk mengaru kepalanya.. Melihat jam di telefon bimbitnya..

'apahal abang ni.. Mesej kak fie pukul tiga pagi.. Kalau rindu pun.. Call lah esok-esok' rungutnya. Tanpa dia sedar shofie turut bangun dari terus berbaring.

'' kak.. Nisa buat kakak terjaga ker? '' tanya Annisa.

'' tak lah.. Mana handphone kak? '' tanya shofie.

'' ni phone kak.. Awal tadi abang ada video call kakak.. Tapi kakak dah tidur..'' kata Annisa sambil menyerahkan telefon bimbit Shofie kembali.

'' tak apa kakak akan call kembali abang kamu esok.. '' shofie mengambil telefon bimbitnya kembali.. lalu melihat ada pesanan yang masuk..

Shofie membulatkan matanya.. Tak percaya apa yang sedang dilihatnya.. Telefon itu terlepas dari tangannya.. Shofie menangis sambil memegang perutnya..

'' kak kenapa.. Kenapa kak menangis? '' tanya Annisa cemas.. Bila melihat shofie sedang menangis sambil memegang perutnya..

'' kak.. Kakak sakit ke..? kak jangan menangis macam ni.. Kak bagi nisa takutlah.. !'' Annisa menggoyangkan bahu annaila membangunkannya.

'' naila bangun!!'' laung Annisa keras.

'' kak.. Kak fie!!'' shofie masih tetap menangis dan tangisannya semakin lama semakin teresak-esak.

'' weii.. Bangun naila.. '' Annisa tak tahu apa yang perlu dia buat.. Dia menarik annaila bangun.. Annaila bangun dalam keadaan mamai.. Bila dia melihat shofie yang sedang menangis dia cuba untuk sedar sepenuhnya.

'' bonda!!.. Kejap naila turun panggilkan bonda.. '' katanya cemas dengan rambut yang kembang dan berserabut.

'' jangaaann... '' shofie kembali mengawal emosinya.. Dia menyeka air matanya sendiri.. Mengelap wajahnya dengan kain bajunya sendiri.

'' kenapa kakak menangis.. Kakak sakit? Nak kita bawakan kakak ke hospital? '' tanya annaila.

Shofie mengeleng.. Shofie mengambil telefon bimbitnya semula.. Dia yang baru melihat satu gambar itu tak mempunyai kekuatan untuk melihat gambar yang lainnya.. Annisa melihat apa yang sedang dilihat shofie.. Dia merampas telefon shofie dan melihat imej yang dihantarkan oleh satu nombor yang tak dikenali.

'' kakak.... Abang bukannya macam ni.. '' Annisa menunjuk kepada gambar yang ada didalam telefon bimbit shofie.

Annaila melihat apa yang ditunjukkan oleh Annisa. Mulutnya melopong.. Ada gambar abangnya yang sedang tidur bersama seorang wanita didalam bilik hotel.. Keadaan merek berdua dengan tidak berpakaian hanya ada selimut yang menutup pinggang haidan dan kebawah.

'' tak!.. Abang bukannya macam ni.. Mesti ada salah dimana-mana.. '' kata annaila.

'' betul tu kak.. Abang bukan sangat murah sampai begitu sekali.. Kakak! Jangan cepat melatah kak! Ini pasti perangkap kak.. Akak ingat tak dulu.. Nisa pernah sangsi dengan kehadiran kakak yang tiba-tiba hadir dalam keluarga ni.. sampai lah nisa, ternampak love bite di leher kakak.. Abang tak akan sentuh perempuan sebarangan.. Kecuali perempuan yang dia cintai kak!!'' kata Annisa, dengan memegang kedua-dua belah tangan shofie. Mengharap shofie mendengar apa yang dia cuba sampaikan.

'' kakak tak tahu nisa.. Tapi gambar tu nyata kan.. Gambar tu tak menipu nisa!'' kata shofie dengan nada kecewa. Hatinya terasa sakit bagaikan dibelah oleh pisau tajam.

'' kak.... '' panggil mereka berdua.. Bila melihat shofie bangun dengan lemah.

Shofie berjalan keluar dari bilik annaila.. Manakala si kembar itu berjalan mengikut dari belakangnya.. Sebaik sampai di hadapan pintu biliknya dia berpaling..

'' biarkan kakak sendiri.. '' katanya perlahan. Kemudian dia masuk kedalam bilik dan mengunci pintu bilik tersebut.

'' kak''

''jangan kunci pintu ni kak'' kata mereka berdua.. Tapi tak mendengar apa apa balasan dari shofie yang berada didalam.

''kita nak buat apa ni..? '' tanya annaila cemas.

'' kita panggil bonda..'' cadang Annisa..

'' ya.. Naila tunggu sini.. Mana tahu kak fie buka pintu.... '' kata Annisa lagi. Melihat annaila mengangguk.. Annisa berlari turun ke bawah.

'' kenapa kecoh-kecoh ni? '' tanya haikal yang baru balik.. Dan membawa sebungkus makanan di tangannya..

'' kak fie... ''

'' mana kak fie.. Mesti dia nak makan.. Panggil kak fie turun.. Abang bawa balik spesial malam ni.. '' kata haikal dengan senyuman diwajahnya.

'' ada masalah ni.. Kejap nak kejutkan bonda.. '' kata Annisa cemas. Berlari ke bilik bondanya.

Haikal yang melihat situasi itu turut ikut cemas.. Dia meletakkan makanan tersebut di atas meja makan.. Kemudian pergi ke bilik bondanya..

'' bonda.. '' Annisa masuk kedalam bilik bondanya yang tak berkunci.

'' nisa.. Kenapa ni..? '' tanya mahira melihat Annisa yang mengejutkannya secara cemas begitu.

'' kak fie.. !!!''

'' kenapa dengan shofie!!, dia sakit nak beranak ke? dah sampai masa ke? '' kata mahira cemas.. Bukan hanya mahira seorang tetapi haikal yang berada di muka pintu bilik bondanya turut cemas berlari keluar..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience