BAB 32

Romance Completed 112655

Seorang pemuda berlari dengan gopoh gapah masuk kedalam ruang dimana pemilik tempat itu sedang bersenang lenang dengan wanita yang berada di sampingnya..

'' tuan'' panggil lelaki tadi yang masuk ke ruangan tersebut dengan tergopoh gapah itu.

Johari merengus kasar, dia tak suka aktiviti malamnya diganggu begitu.. Setelah sebelah siangnya dia menghabiskan masa di pejabatnya. Sekarang untuk dia melepaskan lelahnya dengan berhibur .

'' kamu tahu peraturannya.. Kamu dah menganggu aku.. !'' amarah johari.

Lelaki itu mengangguk.. Dia tahu, risiko yang akan ditanggungnya kalau berita yang disampaikan nya tak menarik minat tuannya.. Pasti dia kan kehilangan satu jarinya malam itu.

''tuan.. Saya diberitahu yang rania..''

'' kenapa dengan dia.. !!'' potong johari. Wanita yang berada didalam pelukannya.. Tertolak ke tepi. Bila johari mendadak bangun.

'' diluar ada zainal.. '' kata lelaki itu.. tanpa menunggu lama johari berjalan keluar dari bilik tersebut..

Lelaki tadi melihat johari melangkah keluar dengan langkah yang besar-besar.. Dia berusaha mengejar langkah johari dari belakang. Johari berhenti sebaik melihat ada zainal yang berdiri disitu sendirian.

'' kenapa dengan rania? '' tanya johari. Tidak sabar untuk mengetahui keadaan satu satunya puteri yang dia miliki..

'' rania ditahan polis ! " balas zainal. Dengan wajah serius..

" polis?!! Atas sebab apa? " tanya johari..

" rancangan kami gagal nak kenakan haidan.. Sebaliknya dia tertangkap.." terang zainal.

" ikut aku..!! Aku akan keluarkan dia sekarang juga.. Akau taknak anak perempuan aku merengkok didalam penjara..!!!" kata johari tegas.. Jarinya memberi isyarat kepada bawahannya supaya turut mengikutnya menyelesaikan masalah mereka.

Mereka berdua pergi ke balai dengan dua bilik kereta mewah.. Zainal mengikut saja di belakang zainal.

" kau.. Hayfa kan.. " tanya rania yang melihat seorang wanita yang duduk bersendirian di dalam selnya yang bertentang dengan sel miliknya dikongsi dengan dua wanita lain..

Hayfa mengangkat wajahnya.. Melihat ke luar selnya. Ada seorang wanita yang berdiri memegang gerigi besi.

"kau kenal aku?" tanya hayfa. Rania gelak mendengar persoalan yang ditanya kan oleh hayfa.

'' siapa yang tak kenal artis terkenal macam kau.. Tentulah aku kenal.. '' kata rania.

'' kau siapa...? '' tanya hayfa.

'' aku rania.. Tunang Zayn Haidan.. '' kata rania dengan bangga nya.

'' TUNANG!!'' hayfa yang tadinya terduduk terus berdiri.. Tak percaya apa yang dengarnya.

'' kau sedang bergurau dengan aku kan!!! Dia tu dah beristeri.. Isteri dia shofie fitriyani.!!!. '' kata hayfa lantang. Rania ketawa menyindir

'' tentulah aku kenal siapa isteri dia... ''

'' kerana shofie telah menggantikan tempat aku, bernikah dengan haidan... Aku yang jadikan dia puan Zyan.. Semuanya sebab aku.. '' kata rania bangga dengan dirinya.

'' kenapa kau buat begitu.. Dan kenapa kau ada disini? '' tanya hayfa.

'' itu kau tak perlu tahu.. Aku ada disini kerana aku sedang mengambil hak aku semula.. Aku akan dapatkan haidan semula.. Tak kiralah apa pun yang terjadi.. Dia milik aku!!'' kata rania yakin.

'' kau masih disini.. Tapi ada hati nak pasang angan-angan yang tinggi. Bermimpi sajalah kau wahai rania.. '' perli hayfa dengan gelakkan kecil.

'' aku yakin aku akan keluar dari sini.. Keluarga aku tak akan biar aku lama-lama disini.. '' kata rania.

'' jangan terlalu yakin sayang.. '' sindir hayfa lagi.

'' aku bukannya orang sebarangan seperti kamu.. '' kata rania masih tak mahu kalah.

'' kalau kau tak setaraf dengan aku.. Kenapa kau tak keluar-keluar lagi.. '' hayfa ketawa puas.. Sambil menunding jarinya kepada rania.

'' kau tunggu sajalah.. '' balas rania.

Klekk.. Pintu utama dibuka oleh seseorang dari luar sana.. Masuk seorang anggota polis dari pintu itu.

'' cik rania.. Kamu boleh keluar.. Ada anggota keluarga kamu sudah menjamin kamu untuk keluar.. '' kata anggota polis tersebut. Rania tersenyum sinis kearah hayfa..

'' nak aku beritahu keluarga aku.. Untuk tolong bebas kan kau sama.. Sekurang-kurangnya kau boleh membantu aku dapatkan haidan.. Dan kita akan sama-sama bermadu.. ''

'' macam mana.. Setuju dengan tawaran aku!'' sindir rania melangkah keluar dari sel yang mengurung nya.

'' kau nak kita bermadu..? '' hayfa gelak sendiri.

'' kalau kau tahu itu.. Bagus!'' balas rania.. Sambil berjalan pergi.

'' perempuan berlagak sombong.. Mentang-mentang kau kaya.. Kau dijamin keluar.. Kau berlagak.. Kau tunggu aku keluar.. Walaupun lambat.. Kau tak kenal aku.. Aku yang akan dapatkan haidan.. '' kata hayfa. Dia sendiri tak pasti macam mana dia nak keluar dari situ.. Dia akan meminta pertolongan bekas pembantu peribadinya..

'tapi boleh kah... Aku terlalu sombong dahulu dengannya.. Mahu kah dia menolong aku.. Kepada siapa yang perlu aku minta tolong sebenarnya.. Atau harus aku lupakan mengejar haidan yang tak pasti tu..sudah la masa depan aku hancur.. Gara-gara mengejar haidan.. ' hayfa mengeluh sendiri. Dia beruntung tak hamil kan anak taufiq si keparat tu, kalau tak entah apa nasib anaknya nanti.

''siapa yang jamin saya encik? '' tanya rania dalam perjalanan keluar.

''ayah cik yang bebaskan.. '' jawap anggota polis tersebut.

'tak sangka papa masih sayang kan nia.. Sanggup datang dan jamin nia.. Walaupun selama ni.. Papa tak pernah ambil peduli terhadap nia.. Tak pernah ambil tahu apa yang nia lakukan selama ni..'

Rania berjalan keluar selepas menukar pakaian penjara ke pakaian asal miliknya yang sudah kusut disana sini.. Atas onar nya dibuatnya sendiri.

Dia melihat ada seorang lelaki yang duduk di kerusi mengadap pegawai polis yang duduk di mejanya. Nampaknya itu bukan pegawai yang biasa-biasa..

'kenapa aku dibawa ke bilik ini? Mana papa? Siapa lelaki ni?' penuh persoalan didalam benaknya.

'' cik rania.. Silalah duduk. '' kata pegawai polis itu mesra. Rania mengangguk dan berpaling melihat lelaki separuh baya yang masih nampak segak tersenyum kearahnya.

'' kenapa saya dibawa kesini.. Bukankah saya sudah dijamin.. '' kata rania bingung.

'' memang cik rania sudah dijamin.. Oleh ayah cik rania. '' kata pegai itu menunjukkan tangannya kepada lelaki yang berada didepannya. Lelaki itu mengangguk sekali dengan perlahan.

'lantak lah kau siapa.. Janji aku dijamin keluar.. Mungkin papa yang suruh dia jamin aku agaknya.. Mungkin sebab papa tak sihat untuk keluar jamin aku' fikir rania.

Dia duduk di kerusi yang ada disebelah lelaki itu.. Selesai urusan menjamin rania.. Rania keluar bersama dengan lelaki yang tak dikenalinya itu dari bilik pegawai polis itu.

Sebaik keluar dari bilik itu, rania melihat pakciknya sedang berjalan dari jauh kearahnya.

'' uncle!'' panggil rania.

'' nia.. '' zainal memeluk rania.. Dia lega melihat rania sudah bebas.

'' terima kasih johari.. '' kata zainal.

'' tak perlu berterima kasih.. Aku akan lakukan semuanya demi puteri tunggal aku.. '' kata johari memandang tepat kearah rania yang masih dalam pelukan zainal.

'apa dia kata puteri tunggal.. Apa maksud dia.. Siapa puteri tunggal dia?' rania keliru, dia turut melihat kepada lelaki itu.

'' tak perlu buat muka keliru begitu.. Uncle akan terang semuanya.. Yang penting kita balik dulu.. '' kata zainal. Dia tak suka berada, lama-lama di balai tersebut..

'' kita kerumah saya saja'' pelawa johari.

''baik.. Kami ikut saja.. '' balas zainal, sekali menjawap bagi pihak rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience