BAB 39

Romance Completed 112704

Didalam perjalanan ke klinik shofie membuat panggilan menghubungi haidan.. Shofie memutuskan panggilan bila haidan tak mengangkat panggilannya.

'' kenapa? Haidan tak angkat? '' tanya ruhaina. Shofie mengangguk.

'' sepatutnya fie jumpa dia terus tadi.... '' kata ruhaina sambil memandu.

'' Tiba-tiba rasa rindu mummy... '' kata shofie berpaling melemparkan pandangannya di luar tingkap.

'' fie.. Jangan buat hal.. !'' kata ruhaina cemas.

'' fie cuma cakap rindu.. '' balas shofie masih memandang ke luar manakala tangannya mengelus perutnya.

'' kakak call marwan.. '' kata ruhaina.

'' tak mengapalah kak.. Kita pergi klinik sekejap saja.. Lepas tu terus balik ke hospital .. Fie nak teman papa.. '' kata shofie bernada rendah..

Mereka sampai di klinik.. Shofie masuk kedalam bilik pemeriksaan sendirian.. Ruhaina menunggu saja di luar. Dia mendail nombor marwan.. Lama baru marwan mengangkat pangilan tersebut. Ruhaina memberitahu dimana mereka berada..

'' kenapa boleh ada disana? '' suara marwan kedengaran disebelah sana. Ruhaina mula menceritakan semuanya.. Apa yang terjadi..

Sementara didalam bilik pemeriksaan... Doktor menyentuh perut shofie yang kebetulannya mengeras waktu itu..

'' ini.. '' doktor itu menyentuh lagi..

'' ada rasa sakit tak" dia menyentuh perut shofie yang tinggi dan sedang mengeras itu.. Dia kembali melihat shofie sedang menggelengkan kepalanya.

'' sekejap ya.. Saya takut ini contractian.. '' doktor itu meminta jururawat nya masuk untuk menghitung kekerapan perut shofie mengeras.

'' doktor.. Saya rasa ini contractian .. '' balas jururawat itu menunjukkan catatannya di kertas.

'' itulah.. Tadi pun saya rasa macam tu.. Puan yakin puan tak rasa sakit..? '' shofie mengeleng sekali lagi.

'' macam nilah puan.. Rasanya dah tak lama ni..Saya nak buat surat untuk puan terus ke hospital.. Tapi puan tak merasa sakit.. saya tak pasti masanya bila.. Kalau ada turun tanda.. Puan segera ke hospital ya.. .. ''

'' terima kasih doktor.. '' kata shofie.. Di keluar dari bilik pemeriksaan dan melihat ruhaina sedang berdiri di situ..

'' fie nak ke bilik air.. '' kata shofie.. Ruhaina mengikut shofie menunggu di depan pintu bilik air..

Ruhaina menunggu hampir sepuluh minit diluar pintu tersebut. Namun tak ada tanda-tanda shofie akan keluar dari sana.. Dia mula cemas dan mengetuk pintu bilik air tersebut.

'' fie!!'' panggil ruhaina.

'' ya.. Kak.. '' jawap shofie dari dalam.

'' shofie ok?.. Kenapa lama sangat didalam tu? '' tanya ruhaina cemas.

Pintu bilik air dibuka oleh shofie dari dalam.. Ruhaina segera mendapatkan shofie.. Wajah shofie kelihatan pucat dan berkeringat penuh di dahi..

'' kita balik kak.. Fie rasa tak sedap badan.. '' kata shofie..

'' shofie sakit nak bersalin ke? '' tanya ruhaina.

'' tak kak.. Fie tak rasa sakit pun.. Pening saja.. '' alasan shofie.

'' ok kita balik.. '' kata ruhaina.. Membimbing shofie ke kereta.

'perlu kah aku bagitahu yang haidan masih di hospital.. Kerana yumna Tiba-tiba pengsan.. Kalau bagitahu emosi dia terganggu macam mana..' ligat ruhaina sedang berfikir. Sama ada nak beritahu ataupun tidak.

'' kita balik rumah ya kak.. '' kata shofie sebaik duduk kan di kerusi. Sebelah pemandu.

'' ya.. '' balas ruhaina.

Shofie merasakan perutnya semakin mengeras dan mengeras lagi.. Tapi masih belum datang tanda untuk melahirkan.. Ruhaina dapat melihat shofie yang sedang mencekam kain baju mengandung nya.. Bila sampai satu tahap.. Shofie akan lepaskan.. Bila terasa sakit lagi... Dia akan mengulangi lagi pekara tersebut.

'' shofie.. Walaupun kak tak tahu apa sebenarnya fie rasa.. Kakak yakin fie sedang sakit kan.. ''

'' fie sedang menahan sakit nak bersalin kan? '' tanya ruhaina yang ada disebelah shofie memandu.

'' belum ada tanda kak.. Fie tak nak lama-lama tunggu di hospital.. Ini.. fie masih boleh tahan.. Lagi pun fie takut honey bump sedang main-main lagi..'' kata shofie menegakkan tubuhnya.. Dengan Kedua-dua tangannya memegang pinggangnya.

''tapi.. fie bagi kak takut.. '' kata ruhaina bernada cemas. Shofie gelak kecil sambil menunduk memandang perutnya yang mengeras lagi.

'' kakak yang cemas.. Orang lain tak kisah pun.. '' kata shofie perlahan.

Tahulah ruhaina.. Yang shofie masih terasa dengan apa yang dilihatnya di hospital tadi.

Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh ruhaina dilanggar dari arah belakang.. Ruhaina memandang melihat kearah belakang.. Sebuah jeep hitam ada di belakang.. Ruhaina masih terus memandu.. Degan kadar perlahan dari tadi.. Sekali lagi jeep tersebut menghentam belakang kereta yang dipandunya.

'' kak.. Siapa tu.. Kenapa dia langgar kita? '' tanya shofie cemas dan memegang perutnya..

'' kak tak tahu fie.. '' jawap ruhaina.

'' berhenti kak.. '' kata shofie.

'' tak fie, kak rasa itu yang mereka mahu.. Kakak akan lari dari mereka.. '' kata ruhaina..

Belum sempat ruhaina memecut ada sebuah lagi jenis kenderaan yang sama datang dari arah bertentangan berhenti di hadapan kereta mereka. Ruhaina akhirnya terpaksa juga berhenti secara mendadak..

Ruhaina memandang kearah shofie.. Memastikan shofie berada didalam keadaan baik..

'' fie ok? '' tanya ruhaina. Shofie mengangguk.

Ruhaina segera mencari telefon bimbitnya untuk meminta bantuan.. Tetapi belum sempat dia mendail nombor marwan.. Tingkapnya sudah retak dipukul dari luar.. Ada satu tangan menyusup masuk kedalam menarik untuk membuka pintu.

Bila pintu dibuka.. Mereka melihat ada seorang lelaki berbadan tegap. Lelaki itu menarik ruhaina dengan kasar.. Tak kira lah sekuat mana pun ruhaina melawan, lelaki itu masih tak terusik..

'' KAU KELUAR!'' jerit lelaki itu kepada shofie dari arah pintu ruhaina.

Shofie akur lalu keluar bila melihat lelaki itu mengacukan sepucuk pistol di kepala ruhaina.. Sebaik shofie keluar.. Dia melihat ada lagi beberapa orang lelaki keluar dari jeep yang melanggarnya tadi dari arah belakang.

'' ikut kami.. Kalau kau tak nak kami berkasar.. '' kata satu lelaki bersama dengan beberapa lelaki yang lain datang bersamanya.

BANG..

bunyi tembakan yang kuat itu membuatkan shofie membongkok melindungi dirinya.. Lelaki yang memegang ruhaina menembak ke atas.

'' aku tak main-main.. Jangan nak berlengah.. Aku tak jamin kepala perempuan ini selamat.. '' kata lelaki itu kembali mengacukan pistol di kepala ruhaina.. Ruhaina menggelengkan kepalanya dengan payah..

'' jangan fie.. '' rayu ruhaina.

'' aku ikut, tapi jangan apa-apakan dia.. Kau mahu aku kan.. '' kata shofie.

'' baik.. Aku tak akan apa-apa kan dia.. '' lelaki yang memegang ruhaina berjanji.

Dengan langkah yang berat shofie melangkah masuk kedalam kenderaan yang berada di hadapannya.. Shofie turut melihat ruhaina diheret masuk kedalam kereta yang satu lagi. Lelaki yang lainnya turun mengambil berangan peribadi shofie dan ruhaina yang berada didalam kereta.

Kedua-dua kereta itu bergerak bersama-sama.. Sampailah di satu rumah yang tak terasa asing bagi shofie.

'villa papa? Kenapa aku dibawa kesini? Tapi villa ni sudah dijual kan..' fikir shofie.

Shofie dan ruhaina sama-sama dibawa turun dari kereta.

'' Well.. Well.. Well... Akhirnya dapat juga jumpa dengan puan Zyan.. Aku akui.. Sungguh susah aku nak dapatkan kau shofie.. aku yakin peluang yang sebegini tak akan datang lagi..'' kata rania angkuh.

'' niaa.. Apa yang kau nak nia.. Kenapa bawa aku kesini? '' tanya shofie.

'' tak perlu lah tanya soalan yang kau sendiri tahu jawapannya.. Letih aku nak jawap.. '' kata rania.. Menarik dagu shofie membawa wajah shofie mendongak keatas.

'' kau!!''

'' tak perlu nak garang sangat fie.. Aku sebenarnya nak ajak kau berbincang.. Tapi orang-orang aku beritahu.. Kau berkeras.. Apa salahnya kalau kau ikut saja apa yang mereka minta.. Tak la jadi macam ni.. '' sindir rania.

'' duduklah.. '' kata rania mempelawa shofie untuk duduk. Dia mengisyaratkan kepada lelaki yang memegang shofie melepaskan shofie.

Shofie duduk sebaik tangannya dilepaskan oleh dua lelaki yang memegangnya. Dia berpaling memandang kearah ruhaina yang masih dipegang erat oleh dua lelaki.

'' lepaskan kak aina.. '' kata shofie. Rania mengeleng.

'' aku tak boleh lepaskan.. Tapi aku boleh beri jaminan dia tak akan apa-apa.. Sebab dia tak ada gunanya untuk aku.. '' kata rania.

'' kurung dia dulu.. '' rania mengarahkan dua lelaki untuk mengurung ruhaina sementara dia dan shofie berbincang.

'' baiklah.. Kita mulakan sekarang.. '' kata rania. Sebaik ruhaina sudah berlalu pergi.

'' apa yang kau nak kata kan..? ''

'' yang pertamanya.. Aku nak kau tarik dakwaan haidan terhadap aku.. '' rania melihat shofie menarik senyumnya mengejek kearahnya.

'' kenapa aku kena buat macam tu.. Sebab kau takut kan? '' usik shofie.

'' ckckck.. Bukan sebab tu.. Sebab kau kena pilih sama ada.. nak kan anak yang didalam perut kau ataupum haidan.. '' kata rania dengan ketawa besar.

'' kenapa aku kena buat semua tu.. !!

'' sebab tu.. '' rania menunjukkan kearah perut shofie yang mempunyai laser berwarna merah.

'' nia.. Kau dah gila.. Agaknya. '' marah shofie melindungi perutnya dengan tangan.

'' terpulanglah .. Fie jangan kata aku tak berikan kau pilihan.. '' ugut rania.

Belum sempat rania menghabiskan ayatnya.. Shofie mengerang kesakitan .. Darah dan lendir mula turun dari celah kakinya.

'' nampaknya ada yang tak sabar nak lihat dunia.. Cepat buat pilihan fie!'' kata rania sambil menepuk pipi shofie. Shofie menepis tangan rania yang menyentuh pipinya.. Perutnya terasa sangat sakit.. Darah semakin lama semakin banyak turun dicelah kakinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience