BAB 55

Romance Completed 112655

Farid dibawa naik ke atas oleh seorang wanita yang ayu bertudung, sampai di hadapan pintu bilik Johari. Wanita itu mengetuk pintu dan memberitahu kedatangannya kepada johari.

Johari yang sedang duduk di meja kerjanya bangun. Berjalan kearah pintu menyambut kedatangan farid.

'' Tengku.. Tulah saya dengar receptionist saya bagi tahu yang Tengku datang.. !'' sapa Johari mesra menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan farid.

'' ya saya lah tu.. Alang-alang saya di Malaysia.. Sekali saya lihat syarikat disini.. '' kata farid tersenyum, sambil bersalaman dengan johari.

'' masuklah.. Sila duduk'' pelawa nya.

''terima kasih.. '' farid duduk di sofa yang ada didalam bilik tersebut.

'' Tiba-tiba ada di Malaysia.. Selalunya kalau pihak Tengku nak datang saya akan diberitahu terlebih dahulu.. Sekurang-kurangnya saya sempat siapkan sesuatu..''

'' rina.. Kami buatkan kopi, untuk Tengku..'' arah johari kepada wanita yang mengiringi farid naik ke biliknya.

'' tak perlu susah-susah.. Saya memang balik ke malaysia.. Datang untuk melihat ahli keluarga yang tinggal disini.. '' kata farid..

'' rupanya Tengku ada ahli keluarga yang tinggal di Malaysia ya.. Saya ingat tak ada saudara mara di malaysia.. Ingatkan keluarga Tengku semuanya tinggal di luar negara.. '' kata johari.

'' tak lah.. '' farid mengeleng.

'' adik perempuan saya ada tinggal disini.. Saya mencari pelaku yang berani mengenakan adik perempuan kesayangan saya tu.. Kalau lah dapat!! Lumat saya kerjakan.. '' kata farid lagi,sambil ketawa.

'' oh ya, untung adik perempuan Tengku ada abang yang prihatin seperti Tengku..'' balas johari, turutikut ketawa bersama.

'' saya dengar MV Group, bergabung dengan Zyan Holding.. Betulkah? '' tanya farid. Wajah johari yang ceria tadi mula menunjukkan garis kegusaran.

'' ahh.. Ya. '' johari menggaru belakang lehernya.

'' itu.. Sebenarnya anak perempuan saya yang sudah bernikah dengan tuan muda Zyan Holding.. Jadi secara automatiknya, syarikat kami bergabung..dan ada sesetengah projek kami dapat dari Zayn Holding untuk menjadi pembekal utama.. '' terang Johari.

'' Oh macam tu.. '' kata farid terangguk-angguk.

'' tapi kenapa saya dan papa tak tahu langsung mengenai hal ini ya..? '' farid meletakkan tangannya di dagu bergaya seperti sedang memikirkan sesuatu.

'' saya belum sempat memberitahu hal ini kepada Tengku.. Saya ingat akan beritahu, berita gembira ini kemudian semasa mesyuarat akan datang nanti.. '' terang johari.

Rina masuk kedalam menghidangkan air dan makanan kepada farid dan juga johari.

'' macam ni lah.. Sebenarnya saya kesini bukan untuk bertanyakan hal tersebut.. '' kata farid memandang kepada wanita yang sedang menghidangkan air kepada mereka.

'' rina.. Kamu keluar dulu.. '' arah johari kepada rina.

'' baik tuan.. '' rina melangkah pergi, keluar dari bilik tersebut.

'' apa yang Tengku katakan tadi? '' tanya johari.

'' dekat mana saya tadi ya..? '' tanya farid sengaja..

'' tujuan Tengku datang kemari.. '' balas johari. Farid memetik jarinya. Mengangguk.

'' betul.. ''

'' tujuan saya kemari.. Sebenarnya nak mengeluarkan dana yang telah dilaburkan di dalam syarikat ini.. " kata farid tenang.

'' apa maksud tengku'' kata johari mengerutkan keningnya tak percaya apa yang didengarinya baru tadi..

' kenapa tiba-tiba pelabur utamanya nak menarik diri.. Kalau ini terjadi dia pasti akan menjadi muflis.. Wang yang bersisa akan digunakan untuk membayar gaji-gaji pekerja..dan perkara-perkara yang lain.. Takutnya nanti, aku terpaksa mengeluarkan wang poket aku sendri.. Kalau tak cukup untuk biaya yang lainnya. ' keluh johari.

''seperti apa yang saya katakan tadi.. Tak perlu lah saya ulang kembali.. Saya tak melihat bisnes dari MV group akan berkembang di masa hadapan.. Tanah yang kami pernah dapatkan dulu untuk dimajukan oleh syarikat ni.. Kamu dah jualkan kepada pihak lain.. Sebelumnya saya melihat perjanjian hanya sebangai joint venture.. Tapi Akhirnya, saya sendiri lihat.. Langsung nama syarikat ini tertulis disana.. Kamu menyeleweng duit syarikat kamu sendiri tuan johari.. '' terang farid.

Farid sebelum ini sudah memastikan semuanya.. Segala urusan jual beli aset syarikat banyak yang sudah diselewengkan.. Urusan jual beli tidak sama seperti dalam perjanjian. Malah johari menjual aset syarikat kepada siapa yang menawarkan harga yang tinggi kepadanya. Mulanya sebagai joint venture untuk mengaburi mata pemegang saham. Padahal nya semuanya sudah terjual.. Dan hasilnya langsung tak terlihat di mata pemegang saham.

'' tapi.. Tengku.. Kita ada perjanjian tentang ini.. '' kata johari.

'' saya tahu.. Macam ni lah, sebelum perkara ni menjadi lebih serius.. Lebih baik tuan johari kembalikan hak saya sebelum saya ambil tindakan yang akan memakan masa, tenaga dan lagi banyak menggunakan wang.. Tapi terpulanglah kepada tuan.. Kalau tuan nak saya gunakan cara itu.. '' kata farid menarik bibirnya tersenyum kepada johari.

'' baik-baik.. Kita selesaikan secara baik.. '' johari kembali berjalan kemejanya. Mengeluarkan sekeping cek dan menulis beberapa angka di atasnya.. Dia mengeluh.. Sebelum bangun berjalan kepada farid kembali.

'' buat masa ini.. Hanya ini yang boleh saya berikan.. '' kata johari menyerahkan cek kepada farid.

'' tuan.. Ini hanyalah separuh dari nilai saham saya.. '' rungut farid.

'' ya betul.. Saya akan berikat separuh lagi kemudiannya.. '' kata johari.

'' maaf! '' farid mengoyak cek tersebut.. Di hadapan johari. Dia melemparkan cek itu berterbangan memenuhi ruang tersebut.

''nampaknya tuan tak memahami apa yang sedang saya katakan.. Kalau tuan nak mengajak saya bertemu di muka pengadilan.. Saya sedia untuk kesana..'' farid bangun. Membetulkan pakaiannya..

'' tunggu.!!. Baik, saya berikan nilai sebenar yang sememangnya hak Tengku.. '' akhirnya johari mengalah.. Dia tak mahu menanggung risiko lagi, kalau di bawa ke muka pengadilan.. Tentu-tentu dia akan kalah.. Dan terpaksa membayar lebih lagi dari semua itu.

'' ni dia cek nya.. '' kata johari menghulurkan cek kepada farid.

Farid mengambil dan melihat nilai yang tertulis di atas cek tersebut. Dia bukannya kisahkan duit itu. Tapi dia mahu lelaki yang dulunya diambil oleh papanya.. Yang datang merayu untuk berkerja dengan papanya.. Sanggup melakukan apa saja demi untuk berjaya. Niat asalnya hanyalah untuk menjadi insan berjaya, Papalah yang membimbing dari lelaki itu kosong tidak mempunyai apa-apa.. Perlahan lahan merangkak bangun, bertatih.. Kemudiannya berjalan seterusnya berlari di atas dunia korporat. Tapi malangnya, bila dia mula dikenali..johari mula lupa diri, lupa tujuan asalnya.. Dia mula terjebak dengan perkara-perkara yang melalaikan dan banyak menghabiskan duit kepada wanita dan membeli kelab-kelab malam untuk aktiviti malamnya.

'' kalau macam tu.. Saya minta diri dulu ya.. '' kata farid bangun dan bersalaman dengan johari.

Farid berjalan ke arah pintu, namun belum sempat pintu itu dibuka olehnya.. Pintu itu ditolak dari luar, masuk seorang wanita yang sedang menangis.. Hampir saja melanggar tubuh farid, untung saja farid cepat mengelak.

'' daddy!!!'' panggil wanita itu bila melihat farid.. Dia mencari daddy nya.

'' nia! Kamu kenapa? kenapa menangis macam ni? '' tanya johari cemas.

'' daddy.. Haidan dah ceraikan nia.. Dia ceraikan nia talak tiga daddy!!'' kata rania sambil memeluk tubuh johari dan menagis disitu.

'' apa yang nia dah buat! Macam mana dia boleh ceraikan nia!'' suara johari mula meninggi..

'' kenapa daddy marahkan nia! Mana ada nia buat apa-apa..''kata rania yang masih menangis di dalam pelukan johari.

' aduh.. Kenapa sekarang juga yang kau nak bercerai dengan lelaki tu.. Tak boleh kah kau sabar sikit rania! 'keluh johari memicit pelipisnya.

Farid melihat apa yang berlaku hanya sekadar mampu mengeleng, sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.

' akhirnya haidan celik juga ya..' farid berjalan keluar dari bangunan itu dengan senang hati.. Tangannya mendail nombor haidan sebaik dia membaca pesanan yang dihantarkan oleh Alex.

'' assalamualaikum haidan.. Ada masa tak.. Boleh datang ke rumah shofie.. Ada benda yang aku nak tunjukkan dekat kau ni.. ''

'' yea.. Baik, jumpa disana.. '' farid memutuskan panggilan. Dia melihat sekeliling. Dimana pengiringnya yang sedang berjaga-jaga tak jauh dari tempatnya berdiri. Farid mengenakan cermin mata hitamnya. Sebelum melangkah masuk kedalam perut kereta memandu pergi meninggalkan bangunan gah itu pulang ke rumahnya.

Share this novel

WaneyZack
2020-07-30 03:58:49 

Tq nurhidayah

Nur Hidayah Ida
2020-07-30 01:26:02 

sgt2 best cita ni...tahniah kpd penulis..xsbar nk tgu smbungannya...hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience