BAB 35

Romance Completed 112704

'' abang.. '' panggil shofie. Tangan shofie masih di gengam erat oleh haidan.. Haidan tahu kalau dia melepaskan tangan shofie, pada ketika itu. Pasti shofie akan berlari mendapatkan abangnya.

'' fie.. '' tangan shofie memegang tangan rafie. Bila mereka sudah merada dekat.

'' papa macam mana? Mana papa? '' tanya shofie cemas.

'' papa dah stabil sekarang ni.. Sekejap lagi akan ditolak ke wad.. '' terang rafie.

'' kenapa boleh jadi macam ni abang..? '' tanya shofie.

''sebab rania''

''rania? '' shofie berpaling melihat haidan.

'' kenapa dengan rania.. Abang? '' tanya shofie.

'' tadi pagi, dia balik .,.. Dia ambil semua baju dia.. Dia cakap dia taknak ada hubungan dengan keluarga kita lagi.. '' terang rafie sambil mengaru kepalanya.

'' dia cakap lagi yang dia tu bukannya anak papa.. Sekarang dia pergi untuk tinggal bersama ayah kandungnya.. '' sambung rafie lagi.

'' tapi abang.. Sebenarnya rania kemarin.. '' haidan memegang lengan shofie.

'' rafie.. Biar aku saja beritahu apa yang berlaku.. '' potong haidan.

'' apa yang berlaku kemarin? '' tanya rafie bingung melihat suami isteri itu nampak seperti payah untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Haidan menceritakan semuanya kepada rafie, tapi walaupun kebanyakannya disampuk oleh shofie. Kerana haidan tak dapat menceritakan semuanya dengan jelas..

'' rania buat macam tu.. !'' kata rafie tak percaya.

'' jadi semalam dia tidur di lokap lah.. '' sambung rafie.

'' sepatutnya lah.. Tapi tak tahu pula dia dah keluar.. '' haidan melirik matanya melihat kearah marwan.

'mati aku, macam mana aku boleh tak tahu yang rania sudah dijamin keluar..' keluh marwan. Melihat pandangan mata tak puas hati dari haidan. Dia perlu mencari semua maklumat tentang rania.. Marwan segera membuat panggilan telefon.. Ke beberapa orang kenalannya.. Haidan melihat marwan mula membuat panggilan. Matanya kembali memberi tumpuan kepada rafie.

'' fie nak temankan papa.. '' kata shofie.

'' biar abang saja.. Dengan keadaan shofie macam ni.. Baik shofie balik berehat saja.. Jangan risau abang akan temankan papa disini. '' rafie memberi jaminan.

'' baiklah abang.. Apa-apa abang cepat-cepat call shofie tau'' shofie memperingati. Rafie mengangguk..

Shofie masuk melawat papanya yang sedang terbaring diatas katil sebelum dia pulang. Sebaik keluar dari bilik rawatan papanya.. Dia melihat ruhaina turut berada di kalangan mereka.

''kak aina? '' kata shofie.. Ruhaina mengangguk.

'' sayang balik dulu dengan ruhaina ya. ''

'' kamu hantarkan isteri saya pulang terus ke rumah, kemudian kamu tinggal sementara dirumah saya.. Pastikan isteri saya selamat.. Kamu boleh pulang bila saya sudah kembali ke rumah saya.. Dengar !'' pesan haidan dengan panjang lebar.

'' baik tuan'' balas ruhaina.

Mereka berempat keluar dari hospital bersama.. Kemudian berpisah di tempat letak kereta menuju haluan masing-masing.

Haidan kembali ke Zayn Holding.. Terus masuk kedalam ruang kerjanya.

''wan. Arahkan orang untuk tukar semua perabut didalam bilik rehat saya.. Saya taknak lihat peraabut yang disentuh oleh perempuan tu.. !'' kata haidan tegas.

'' baik tuan.. ''

'' satu lagi.. Kamu dah tahu siapa yang menjamin rania semalam? '' tanya haidan.

'' masih dalam siasatan tuan.. '' jawap marwan.

'' cepat sikit wan.. !''

'' baik tuan''

Marwan keluar dari bilik kerja haidan.. Dia perlu menyelesaikan perkara yang diminta oleh haidan dengan segera.
Telefon bimbit haidan berbunyi nyaring meminta tuannya segera menjawap panggilan tersebut.

''assalamualaikum hubby.. ''

'' waalaikummusalam sayang.. Sudah sampai? '' tanya haidan..

'' ya sudah.. '' balas shofie.

'' ok, sayang stay dirumah saja ya.. Kalau sayang nak makan apa-apa nanti.. Sayang beritahu saja hubby.. Balik nanti hubby belikan.. '' kata haidan.

'' hubby marah? '' suara ketawa shofie kedengaran di sebelah sana.

Haidan menarik nafas dalam-dalam.. Kemudian menghembuskan nafasnya..

'' tak mana ada marah.. Sayang lagi ada lah.. '' kata haidan.

'' hubbbyyyyy... '' panggil shofie manja.

'' hemm'' jawap haidan, didalam hatinya sedang meneka apa yang bakal diminta dari shofie kali ni..

''honey bump kan... Dia teringin nak makan masakan papa dia.. '' kata shofie memohon kedengaran manja ditelinga haidan, membuatkan jantungnya berdebar..

'kalau begini cara minta nya.. Alasan apa yang aku harus beri untuk mengatakan tidak kepada fiya..' haidan pasrah.

'' tapi hubby tak pandai masak, sayang sendiri tahu kan.. '' keluh haidan.

'' humm.. Tak apalah kalau macam tu.. Biar wan saja yang masakkan.. Dia pandai masak.... '' kata shofie bersungguh.

'' APA!! Kena kena wan pula.. Kan bayak saja pembantu yang boleh masakkan.. Kenapa perlu marwan.. Dan satu lagi.. Tak perlu panggil marwan tu wan, sayang tu bukannya rapat sangat dengan dia.. '' kata haidan tegas..

'' ok.. Tak apa lah.. Assalamualaikum '' shofie memutuskan pangilan.

'' sayang..? '' haidan memanggil. Dia melihat telefonnya yang sudah kelam.

'' putus.. Dia letak telefon.. '' haidan tak percaya apa yang baru terjadi. Dia tak menyangka shofie akan memutuskan panggilan.

Sementara di rumah haidan..

Shofie tak menyangka.. Haidan akan memarahinya, tentang perkara remeh begitu. Memang marwan boleh memasak dengan baik.. Dia pernah makan makanan yang dimasak yang oleh marwan sebelum ini.

'ahhh, shofie.. Kau berharap terlalu tinggi.. Tak mengapalah honey bump.. Mintalah yang lain.. Mungkin papa akan tunaikan..' pujuk shofie mengelus perutnya.. Kenapalah aku nak sangat tengok haidan masuk ke dapur.. Shofie memukul kepalanya sendiri.

'' kenapa fie? Bonda dengar dari ruhaina.. Shofie baru kembali dari hospital.. Siapa yang sakit.. '' tegur mahira.

'' ya bonda.. Papa.. Tapi, tak perlu risau bonda.. Papa sudah stabil.. '' jawap shofie.

'' alhamdulillah.. Moga papa shofie cepat sembuh ya.. '' kata mahira sambil menyentuh lengan shofie.

'' terima kasih bonda..'' kata shofie menunduk.

'' kenapa ni.. Ada yang tak kena? '' mahira melihat wajah shofie yang muram, tak ceria seperti selalunya..

'' hmm... Bonda.. Fie nak tanya. '' shofie meramas kainnya.

'' shofie.. Tak perlu segan... Cakap saja dengan bonda.. '' kata mahira bila melihat shofie seperti berat untuk menyampaikan apa yang terbuku dihatinya.

'' hmm.. Pelik tak kalau orang hamil tu minta yang aneh-aneh..? '' kata shofie menunduk menahan malu..

'kenapa aku tanya bonda.. Kalau haidan mrah macam mana?' mahu saja dia menampar wajahnya sendiri..

'' wajarlah tu sayang.. Tapi selagi tak melampau batas, tak melanggar hukum Allah.. Apa salahnya.. Lagipun inilah masanya nak bermanja dengan suami..'' kata mahira.. Dia sebenarnya terdengar perbualan telefon shofie dengan haidan sebelum itu.

'' wan.. Masuk kejap'' panggil haidan.

Pintu bilik haidan diketuk dari luar..

''masuk!'' kata haidan.

'' tuan.. '' kata marwan sebaik berdiri di hadapan meja kerja haidan.

'' wan.. Kamu pernah masakkan untuk puan? '' tanya haidan. Memandang tepat kearah marwan yang berdiri di depannya.

'' hmm... Pernah tuan.. '' balas marwan hati-hati.

'' apa yang kamu pernah masakkan untuk puan? '' tanya haidan sambil bermain dengan kedua-dua belah tangannya yang diletakkan diatas meja..

'' saya pernah buatkan puan sup.. Bubur gandum.. Itu saja tuan.. '' jawab marwan.

'' ada pula masa kamu ya.. Melayan puan kamu.. Saya kamu tak pernah beri rasa pun makanan yang kamu masak.. '' sindir haidan.

'' tuan.. Bukan niat saya macam tu.. '' haidan mengangkat tangannya, dan marwan menamatkan bicaranya.

'' boleh kamu ajar saya masakan yang simple..yang mudah untuk sediakan.. '' kata haidan.

'' tuan.. Saya tak lah pandai.. Saya pun belajar dari YouTube.. Lagipun masakan saya biasa-biasa saja.. '' kata marwan merendah diri.

'' YouTube.. Baiklah..'' kata haidan dia terus mengambil telefon bimbitnya mencari masakan yang paling simple yang akan dia masakkan untuk shofie malam ini.

'biarlah susah pun.. Cuba sajalah haidan, mungkin hormon ibu mengandung agaknya..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience