BAB 22

Romance Completed 112704

Haidan membuka matanya yang terasa berat. Dia melihat syiling yang berwarna putih itu lama.. Sebelum dia berpaling ke sebelah dan melihat ada marwan berdiri tak jauh dari situ sedang bercakap telefon dengan seseorang. Haidan mengangkat tangannya..

'kenapa tangan aku disuntik dengan jarum.. Kenapa aku ada di hospital..' haidan bangun dengan kebingungan.

'apa yang sebenarnya terjadi.. Bukan aku di hotel?' haidan berpaling lagi melihat kearah marwan, nada bicara marwan seperti sedang membincangkan sesuatu perkara yang penting dengan seseorang. Haidan menunggu sampai marwan menamatkan panggilan telefon.

'' marwan.. Kenapa saya disini..?'' tanya haidan. Sebaik marwan menamatkan panggilan telefon.

'' tuan.. Dah sedar, sekejap saya panggilkan doktor.. '' kata marwan. Belum sempat marwan melangkah pergi..

'' aku tanya kenapa aku disini wan !'' kata haidan keras.

'' tuan! Sekejap lagi selepas doktor siap periksa tuan.. Saya akan ceritakan semuanya.. '' kata marwan di berjalan keluar dari bilik rawatan haidan dan memaklumkan keadaan haidan.

Haidan ditinggalkan kebingungan sendirian. Tak lama dia menunggu, masuk seorang doktor lelaki datang bersama marwan dibelakangnya. Doktor memeriksa mata mulut haidan satu rutin yang biasa dilakukan..

'' apa yang sebenarnya berlaku doktor.. '' tanya haidan.

Doktor yang merawat haidan mengalihkan pandangannya kepada marwan. Sebelum berpaling semula kepada haidan.

'' sebenarnya tuan sudah disuntik dengan sejenis dadah yang akan membuatkan tuan tak sedar..dan akan membuatkan tuan tertidur.. '' doktor itu menerangkan kepada haidan.

'' kenapa? Apa dadah!!! '' kata haidan tergejut. Dia berpaling melihat marwan.. Mencari jawapan dari lelaki itu..

'' doktor, terima kasih.. Boleh biarkan saya berbincang dengan tuan haidan'' kata marwan.

'' baik.. Kalau begitu saya minta diri dulu ya.. '' kata doktor itu dan berjalan keluar.

'' wan.. Apa yang sebenarnya terjadi.. Dari tadi saya tanya kenapa kamu tak jawap.. Kamu dah kenapa wan.. !!!'' marah haidan.

'' tuan.. Tuan ingat siapa yang datang ke bilik tuan semalam? '' tanya marwan.. Haidan menggeleng.. Dia tak dapat mengingat dengan jelas.

''tuan tengok ini..'' marwan memberikan telefon bimbitnya..

Haidan melihat imej yang ditunjukkan oleh marwan.. Satu persatu dilihatnya..

''apa semua ni..!! Bila semua gambar ni diambil wan..?'' tanya haidan.

'' semalam tuan, gambar ni diambil semalam..dan dihantar kepada puan.. '' kata marwan.

'' WHAT!!!!'' jerit haidan. Dia menarik jarum di tangannya. Melompat turun dari katil. Tangannya yang masih memegang telefon milik marwan .. Dia mendail nombor shofie..

'' hello.. Sayang.. !'' kata haidan.

'' idan. Ini bonda'' jawap mahira disebelah sana.

''bonda.. Idan nak cakap dengan shofie.. Kenapa bonda yang pegang handphone shofie.. '' tanya haidan cemas.

'' shofie.. Dia.. ''

'' kenapa dengan shofie bonda? ''

'' dia belum keluar bilik dari semalam.. '' akhirnya mahira menjawap juga.

'' bonda masuk kedalam bilik bacaan.. Didalam laci meja kerja haidan.. Ada kunci pendua disitu.. Bonda buka dan lihat macam mana keadaan shofie.. Nanti bonda maklumkan kembali kepada idan.. Idan akan balik kesana segera.. '' kata haidan dengan panjang lebar.

'' hati-hati.. Tak perlu tergesa-gesa.. Bonda akan maklumkan kalau ada apa-apa.. '' kata mahira. Dia turut risau kalau haidan pulang dengan keadaan tergesa-gesa..

'' baik bonda.. Terima kasih.. Jangan lupa updated idan tentang shofie.. Idan akan balik terangkan semuanya.. '' kata haidan. Dia mematikan pangilan telefon.

'' wan.. Kita balik sekarang.. Kita tunda dulu hal yang disini.. '' kata haidan.

'' baik tuan.. Tuan bersiap dahulu sementara saja jelaskan bilnya.. '' Kata marwan, dia berjalan keluar dari bilik rawatan haidan.

Haidan ke bilik air dan membasuh wajahnya..

'siapa yang, berani buat semua ni.. !!! Kurang ajar!!' haidan menumbuk dinding bilik air itu. Sampai tangannya terluka. Dia berusaha mengingati apa yang berlaku malam semalam.. Tapi dia tak dapat mengingat dengan jelas apa dan siapa yang datang ke biliknya dengan jelas. Lagi dia cuba untuk mengingat.. Lagi sakit kepalanya berdenyut.

Mereka balik ke hotel mengemas barang mereka.. Marwan ke bilik haidan. Sebaik dia selesai mengemas barangannya..

'' tuan? ''

'' kamu dah tengok cctv? '' kata haidan yang sedang menyimpan barangannya didalam beg.

'' dah tuan.. Tapi nampaknya mereka tu licik.. Mereka rosakkan cctvdi tempat-tempat tertentu.. Kita langsung tak dapat menjejaki mereka.. '' terang marwan.

'' sial.. !!! Tak kira lah macam mana pun.. Kamu kena cari siapa yang berani buat semua ni.. Faham wan!!'' haidan mencekak baju marwan..

'' jangan risau tuan.. Saya akan cari mereka sampai jumpa.. Yang penting kita kena pulang dahulu.. '' kata marwan. Haidan mengangguk..

Mahira membuka pintu bilik haidan, masing-masing cemas.. Tapi mereka lega melihat shofie yang sedang terbaring di atas katil. Mahira berjalan ke katil.. Dan duduk di birai katil.. Dia melihat wajah shofie yang suram dengan dengan mata dan hidung yang bengkak kemerahan.

''kak shofie kamu dah tak apa-apa... Nisa dan naila pergi la berehat.. Haikal pun pergilah tidur.. Kamu kan tak tidur lagi..'' kata mahira.

'' bonda sajalah rehat.. Biar nisa saja yang temankan kak fie.. Nisa tak ada kelas harini.. '' kata annisa

'' baguslah tu.. Kamu teman kan kak shofie sementara, abang kamu balik.. '' kata mahira.

'' abang dah nak balik? '' tanya annaila..

'' hemm.. Sudah.. Sudah jangan bising.. Nanti kalau kakak kamu bangun bagitahu bonda.. Ni handphone kakak shofie kamu.. Bonda nak turun dulu.. Apa-apa panggil bonda.. Pintu bilik ni jangan tutup.. '' kata mahira.

Shofie terjaga dengan matanya yang bengkak akibat semalaman di menangis.. Sampai dia sendiri tak sedar bila dia tertidur kembali.

'kenapa nisa.. Tidur disini? Sekarang dah pukul berapa?' shofie turun dari katil dan masuk kedalam bilik air. Membersihkan diri..

Selesai mandi shofie keluar dari bilik air terus ke bilik pakaian.. Selesai berpakaian.. Dia duduk disitu.. Mengadap cermin.. Melihat matanya yang bengkak kerana menangis.

''honey bump.. Mama mungkir janji lagi.. Mama menangis lagi sampai rabak mata mama.. Mama.... Minta maaf honey bump...'' shofie menangis lagi.. Dia sendiri tak tahu macam mana nak hentikan air matanya. Shofie mengelus perutnya.. Dia tak mahu anaknya terganggu dengan emosinya.

Annisa terjaga bila meraba ruang disebelahnya kosong.. Dia cemas lalu bangun. Memeriksa bilik air.. Kosong.. Dia melihat kearah bilik pakaian yang diterangi cahaya lampu. Annisa menolak pintu bilik tersebut yang terbuka sedikit dan melihat shofie duduk di atas kerusi depan meja solek nya dengan meletakkan kepala dia atas meja solek.

'' kakak.. '' Annisa menyentuh bahu shofie..

'' mari kita turun bawah dulu kak.. Kakak tak makan lagi.. Kasihan honey bump mesti dia lapar.. '' Annisa memujuk shofie.

'' kak tak rasa nak makan lah nisa.. '' shofie menyeka air matanya.. Dia masih berusaha untuk senyum walaupun senyumannya sudah tak semanis selalunya.

'' kak tak boleh macam tu... Marilah nisa temankan kakak....'' Annisa menarik lengan shofie untuk bangun.

Shofie terpaksa akur untuk bangun.. Mereka turun ke bawah.. Annisa membawa shofie duduk di meja makan..

'' kakak tunggu kejap ya, jangan kemana-mana.. Kejap saja..'' kata Annisa.

Annisa berlari ke bilik bondanya.. Memberitahu bondanya. Mereka berdua ke meja makan bersama dan melihat shofie sedang termenung memandang kearah luar tingkap kaca sambil mengelus perutnya.

'' shofie.. '' panggil mahira. Shofie berpaling melihat mahira. Mahira melihat wajah suram shofie yang terhias satu senyuman tawar.

'' sabar ya... Bonda mohon sangat shofie mendengar penjelasan dari haidan sendiri..'' kata mahira memeluk bahu menantunya.

'' baik bonda.. '' kata shofie lemah.. Sambil menunduk..

Shofie tidak makan berselera seperti selalunya, dia hanya minum susu untuk mengenyangkan perutnya.

Selesai makan shofie duduk di ruang rehat bersama dengan ahli keluarga Zayn yang tinggal di dalam rumah itu. Televisyen yang dipasang tak menarik minat sesiapa pun untuk menonton ianya hanya untuk menghilangkan suasana sunyi yang melanda mereka pada ketika itu.

Bunyi enjin kereta membuatkan mereka bangun untuk melihat dan mengharapkan itu adalah haidan, haikal berlari ke arah pintu.. Belum sempat dia sampai ke pintu haidan membuka pintu utama dengan kasar.

'' abang.. '' haikal tegejut melihat keadaan haidan yang kusut itu. Haidan sekadar menepuk bahu haikal dan jalan melepasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience