BAB 2

Romance Completed 112655

Tok.. Tok.. Tok..

Pintu bilik tidur mereka diketuk dari luar.. Shofie sedang menonton televisyen..lalu bangun,berjalan kearah pintu. Bila pintu dikuak ada nani yang sedang berdiri tersenyum disitu.

'' mak nani.. Kenapa ya? '' tanya shofie.

'' ada tetamu dibawah.. Katanya nak bertemu dengan puan'' jawap nani.

''baik mak nani.. Saya turun kebawah sekarang.. Terima kasih mak nani'' balas shofie.

''mak nani turun dulu ya''kata nani. Shofie membalas dengan anggukkan.

Shofie masuk semula kedalam biliknya.. Menutup televisyen yang ditontonnya tadi dan mematikan alat penghawa dingin. Kemudian keluar dari bilik dan turun kebawah. Ada nani di bawah sedang menunggu kedatangan shofie.. Bila shofie mendekat nani segera menunjukkan kearah ruang tamu.. Shofie pun berjalan ke ruang tamu, mahira sudah menunggu disitu dengan seorang wanita.

'' oh kak shery rupanya... '' kata shofie sambil tersenyum. Berjalan kearah dua wanita yang sedang duduk di ruang tamu.

'' ya kak shery lah ni.. Kak nak fitting baju shofie buat kali terakhir.. Nak tengok yang mana patut diperbetulkan lagi.. Nak bagi shofie betul-betul selesa.. '' ucap shery sambil bangun dan bersalaman dengan shofie.

Shofie ketawa kecil.

'' terima kasih kak.. Sepatutnya shofie ke butik kakak.. Ni kakak pula yang kena datang ke sini.. Susahkan kakak pula.. '' kata shofie yang merasa segan dengan shery.

'' alah.. Tak perlu segan dengan kak.. Janji shofie puas hati. Kakak dah senang.. '' kata shery ceria.

'' lagipun untuk menantu puan Sri.. Apa salahnya'' sambung shery lagi.

''pandai kamu ambil hati ya shery.. '' sampuk mahira yang tadi hanya diam sahaja.

Mereka ketawa bersama.. Annisa dan annaila kebetulan baru sahaja balik ke rumah pada waktu itu.

'' Nisa.. Naila.. '' tegur mahira.

'' ya bonda.. '' jawap annaila. Manakala Annisa hanya memandang kearah bondanya.

'' ambik baju kamu ni.. Cuba pakai dan tengok sesuai ke tak.. Kalau ada tak selesa dimana-mana bagitahu cepat.. '' kata mahira sambil menyuakan baju kepada mereka.

'' baju untuk majlis abang ya.. Cantik!!'' kata annaila. Tapi berbeza pula dengan riaksi yang ditunjukkan oleh annisa.

'' mak nani.. Bawa baju saya, naik ke bilik saya.. '' kata annisa. Dingin seperti selalunya. Shofie tahu annisa masih tak dapat menerimanya sebagai kakak iparnya. Annisa berlalu pergi, naik keatas untuk mencuba bajunya.

'' shofie.. Kamu cuba baju kamu di bilik tetamu saja.. Senang, tak perlulah naik keatas... '' cadang mahira.

'' baik bonda '' kata shofie.

''naila nak juga salin di bilik tetamu... Boleh tak kak shofie?''naila memaut lengan shofie.

'' boleh tapi jangan intai kakak dengan honey bump ya, nanti... Malu lah kami.. '' kata shofie bergurau.

Mereka berdua berjalan memasuki bilik tetamu.. Manakala mahira menunggu di ruang tamu.. Sendirian..

'' puan Sri . Mereka dan siap.. Mereka nak pendapat dari, puan Sri.. '' kata shery sebaik keluar dari bilik tetamu.

Mahira melangkah masuk kedalam bilik tetamu.. Dimana dia melihat shofie cantik mengenakan baju eksklusif dibuat khas untuk shofie.. Shofie nampak anggun dan manis mengenakan baju kurung riau berwarna putih yang dipenuhi oleh lace di situ..

'' tak terlalu simple ke shofie, rasa.. Bagi bonda, ni terlampau simple sayang...''kata mahira tak puas hati. Dia inginkan shofie memankai sesuatu yang gah dan menarik.. Sesuatu yang bakal memukau sesiapa saja yang bakal memandangnya..

''simple ke bonda.. Hmm.. Haidan tak nak fie pakai yang terlampau sarat dan berat... Sebab tu fie pilih design ni.. Lagipun boleh sembunyikan honey bump'' kata shofie menunduk malu.

'ia tak ya juga.. Kalau baju tu sarat.. Tentu lah berat.. Aku hampir terlupa yang ada cucu aku didalam tu..' pikir mahira.

''biarlah shofie.. Kenapa nak malu.. Cucu bonda tu! .. Bukannya shofie buat salah kan sayang.. Siapa yang berani mengata menantu dan cucu bonda.. Marilah berdepan dengan bonda.. Mereka tak tahu apa yang jadi.. Senang-senang saja nak mengata...''emosi sungguh mahira dibuatnya bila shofie berkata mahu sembunyikan cucunya.

''sabar puan Sri... '' shery cuba menenangkan mahira.

'' tapi tak apalah kalau dah haidan suruh begini.. Bonda ikutkan saja, nanti kalau complain banyak sangat.. Marah pula dia nanti.. Bonda nak buat majlis berinai pun dia tak mahu.. Nanti tak pasal pula dia cancel kan semua ni.. '' keluh mahira dengan kerenah anaknya yang seorang itu.. Yang bekeras masih mahu menyembunyikan identiti isterinya daripada umum pada mulanya .

'' biarlah abang tu bonda.. Dia sayangkan kak shofie.. Tu yang di jaga lebih kak shofie ni'' kata annaila sambil memusing musingkan badannya melihat setiap inci busan yang dikenakannya.

''betul tu puan Sri.. Dia ada alasan sendiri untuk lindungi shofie..dengan apa yang baru terjadi.. Pasti haidan tu akan lebih berhati hati lagi" sokong shery.

'' yalah.. Saya ikut sajalah.. '' kata mahira pasrah.. Kerana haidan hanya mahukan satu majlis yang tertutup dan dihadiri oleh kenalan dan sahabat handai yang rapat sahaja.. Langsung tak mahu liputan media keatas masjid mereka.. Walaupun mendapat banyak tajaan.. Semua ditolaknya.

'' shofie petang nanti kita akan mula berinai ya.. Kalau shofie letih ke apa.. Shofie rehat dulu ya.. '' kata mahira.

'' bonda.. Jangan risau fie baik-baik sahaja.. Seharian asyik berehat saja dirumah bosan juga.. Haidan pula dah sibuk kerja.. Bila fie nak ke office dia tak bagi pula.. Nak main dengan lucky pun di tak izinkan... '' keluh shofie.

'' akak untung tau.. Ada orang sayang.. Jaga kakak samai macam tu sekali.. '' kata annaila sambil gelak kecil.

'untung??' fikir shofie... Dalam hatinya sedang bergelak sakan..

Sejak kejadian buruk tu.. Shofie terperap saja, di dalam rumah.. Naik muak shofie dibuatnya.. Mujur farid kerap datang melawatnya dan membawakan segala jenis makanan untuknya..

Bila sesi mencuba pakai itu selesai.. Shery mohon diri untuk pulang dan membawa kembali semua baju tersebut untuk sentuhan terakhir darinya, sebelum dikenakan oleh mereka di majlis itu nanti.

Shofie menaiki anak tangga.. Kebetulan masa itu ada Annisa yang sedang mahu turun ke bawah..

"kak.." panggil annisa.

Shofie berhenti melangkah dari terus memanjat anak tangga.. Mendongak melihat annisa didepannya.

"ya nisa"

Annisa memegang tangan shofie. Kemudian dia terdiam.. Dan menunduk.

"kenapa nisa.. Ada yang tak kena..?" tanya shofie. Bila melihat annisa masih diam di posisinya.

"kak...."

Annisa menelan air liurnya.

"maafkan nisa kalau sebelum ni.. Nisa ada buat salah dengan kakak.. Nisa cuba tak nak abang.. Hmm.. Nisa.."

"kakak tahu.. Nisa sayang kan abang kan. Sebab tu nisa marahkan kakak kan.. Tiba-tiba datang..dan masuk kedalam keluarga ni kan.." kata shofie.. Annisa mengangguk perlahan ..

"kakak tak paksa nisa terima kakak.. Terus macam tu.. Kakak faham.."

"maafkan nisa berkasar dengan kakak sebelum ni.."

"lupakan saja nisa..perkara yang lepas lepas tu.. Let's restart everything from the beginning.." kata shofie ceria.

"ni buat apa di tangga ni!!" tegur satu suara yang agak tinggi nadanya..

Dua wanita itu sama sama memandang kearah suara itu.. Dimana ada haidan yang sedang berdiri terpacak dan bercekak pingang.

Haidan melihat annisa yang sedang memegang tangan shofie.. Insiden yang lepas kembali terlayar dimindanya.. Dimana yumna yang jatuh dengan alasan shofie menolaknya.. Dia tak boleh membayangkan kalau shofie yang terjatuh pula kali ini.

'' hubby.. ! Awal balik harini..? '' kata shofie..

'' buat apa ditangga ni..? '' haidan mengulangi soalannya..

'' nisa...dengan kak shofie.. Hanya berbual.. '' jawap Annisa gugup. Bila haidan menatapnya dengan tatapan mata yang tajam menikam kearahnya.

'' macam tak ada tempat lain nak bersembang pun.. Kenapa perlu disini.. Atau nisa ada maksud lain.. Sebelum ni pun, nisa pernah sakitkan kak shofie kan... Apa pula niat nisa kali ni.. Nisa tahu kan kak shofie pregnant.. !'' suara haidan yang pada mulanya bernada biasa naik tinggi dan tinggi lagi nada bicaranya.

'' hubby.. Kenapa cakap macam tu.. Bukan nisa ada niat macam tu.. '' shofie cuba untuk mengendurkan situasi yang sedang tegang.. Annisa menunduk memandang kearah lantai..

'' kami bincang hal perempuan.. Kami baru nak naik keatas.. Tiba-tiba hubby datang.. Itu lah..sebenarnya.. Bukan yang seperti hubby fikirkan tu.. '' terang shofie.

'' ingat nisa.. You know me better.. !'' balas haidan lalu dia berjalan naik ke atas..

'' nisa jangan ambil hati.. Nanti kak pujuk abang, dan betulkan salah faham ni..'' janji shofie.

'' terima kasih kak, tapi kalau abang still marah it's ok.. Nisa faham.. '' balas Annisa.

'' SAYANGGGG!!'' laung haidan dari bilik mereka.

'' ok.. Kakak pergi dulu.. Abang dah panggil tu.. Nisa jangan risau ok.. '' kata shofie dengan senyuman..

Shofie berjalan ke biliknya.. Dimana haidan sedang menunggunya disana.. Manakala, Annisa melihat shofie yang sedang melangkah pergi.

'harap abang dan kakak akan berbahagia till jannah...' doa Annisa, dia senyum sendiri...

"tak lama lagi.. Boleh pengang baby..." katanya sambil berjalan kebawah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience