Bab 8

Romance Completed 112655

Saif melihat wajah haidan yang sudah bertukar kemerahan.. Saif tahu bagaimana perasaan haidan ketika itu.. Dia sendiri sudah kenal lama dengan haidan yang memiliki satu keburukkan yang parah, iaitu panas baran.

'' mungkin itu kawan dia.. Jangan fikir yang tidak-tidak haidan.. '' kata saif, tak mahu.. Lelaki itu mengamuk tak tentu pasal di majlisnya sendiri. Tapi siapa yang boleh seorang lelaki yang bernama Zayn Haidan.

'ni lah padahnya.. Ada isteri cantik.. Tambah pula kau tu panas baran..dan sekarang tambah penyakit baru.. cemburu pula..'

'' hemm.. Mungkin'' balas haidan dingin .

Shofie masih rancak berbual dengan lelaki tersebut.. Bergelak ketawa.. Seperti mereka sangat akrab dengan satu sama lain. Sehingga dia tak menyedari kehadiran dua lelaki yang sedang berjalan menghampiri mereka.

''cantik sangat kau fie... '' puji lelaki itu kepada shofie. Haidan yang mendengar terasa panas telinganya..

'' baru tahu ke.. '' kata shofie sambil ketawa.

'' assalamualaikum.. ''

'' waalaikummusalam '' jawap shofie bersama-sama dengan lelaki itu.

'' hubby... Eh, saif pun ada.. '' kata shofie ceria.

'' shofie.. Apa khabar..? '' tanya saif.

'' alhamdulillah sihat.. Saif pula? ''

'' sihat juga '' balas saif tersenyum.. Sambil matanya melirik kepada haidan.. Shofie perasan akan lirikan mata dari saif itu.. Dia juga turut memandang kearah haidan yang diam dengan muka yang sudah merah..

'siapa laki ni.. Berani dia dekat - dekat dengan shofie.. !! setahu aku.. Aku tak menjemput di untuk datang ke majlis ni.. Dan dia tak boleh masuk kedalam rumah penginapan ni tanpa kad undangan..' haidan mengengam penumbuk nya.

'' kenalkan.. Ni iman.. Kawan shofie dari kecil.. '' shofie cepat cepat memperkenalkan iman kepada mereka.. Dia melihat haidan yang nampak sedikit aneh.. Pada ketika itu.

'' iman ni suami fie.. Haidan.. Dan ni saif''

''.. Kawan shofie juga.. '' saif menyambung ayat shofie.. Dan dia bersalaman dengan iman.

Kemudian iman bersamaan dengan haidan.. Haidan senyum sebaris.. Lalu menyambut huluran tangan dari iman..

Iman dapat merasakan aura dari lelaki yang bernama Zayn haidan itu.. Tangan lelaki itu mengengam erat tangannya menunjukkan tahap kekuatannya..

'' man... Waheeda ada didalam.. Nak jumpa dia..? '' tanya shofie. Sambil tangannya menunjuk kearah pintu bilik yang terbuka, dimana ada ruhaina sedang berdiri disitu.

'' buat apa jumpa dia.. Man kesini nak jumpa dengan fie.. Bukan waheeda.. Lagipun kita dah lama tak jumpa sejak fie balik ke HQ.. '' katanya sambil ketawa..

Haidan membuang wajahnya kearah lain.. Dan melepaskan keluhannya perlahan.

'entah dari mana pula datangnya.. Lelaki ni..' rungutnya.

Dia berjalan berdiri disebelah shofie, sekaligus menjarakkan shofie dari lelaki yang bernama iman itu. Namun itu tak dapat menghentikan mereka dari terus berbual. Saif melihat perkara itu merasa geli hati... Marwan yang ada tak jauh dari mereka tak berani untuk melihat kearah mereka.

'' fie.. Ni hadiah untuk fie.. Sekali dengan buah tangan dari family saif dari sana.. '' kata saif menyerahkan beg kertas tersebut kepada shofie.

'' terima kasih saif, buat susah-susah ja bawa buah tangan dari jauh-jauh.. '' kata shofie.

'' tak susah pun.. Papa fie yang cakap fie lately suka makan makanan manis.. Tapi tak tahulah.. Sesuai dengan tekak shofie ke tak.. '' kata saif.

Shofie melihat isi yang terdapat didalam beg kertas tersebut.. Ada banyak jenis kotak manisan didalam beh tersebut.. Mata shofie bercahaya.. Bibirnya tertarik naik keatas.

'' banyaknya.. Terima kasih saif.. '' ucap shofie ceria. Saif senang melihat shofie tersenyum manis begitu.

Haidan mengambil beg yang ada di tangan shofie..

'' terima kasih saif'' kata haidan.

' kenapa dia masih disini.. 'pikir haidan. Haidan melihat kearah iman, lelaki itu masih berdiri disitu bersama mereka.

''sayang dah solat..? kalau belum.. Kita jemaah sekali..'' haidan bertanya perlahan di telinga shofie.

'' dah hubby.. '' jawap shofie.

'' solat..! Man belum solat lagi.. Apa kata kita pergi sekali.. Sekali kita jemaah bersama..'' sampuk iman.. Yang tak sengaja terdengar bicara suami isteri itu.

'' ya boleh juga.. '' sokong saif pula.

'' kamu wan.. Tak nak solat sekali? '' tanya haidan kepada marwan yang ada tak jauh dari mereka.. Haidan geram bila dua lelaki itu sibuk menyampuk.. Dan sasarannya adalah marwan yang diam berdiri disana.

'' ah.. Saya! Aaaa.. Boleh juga. '' jawap marwan gagap, bila tiba-tiba namanya dipetik oleh haidan, di situasi kekok seperti itu.

'bila dua tuan muda.. Mengelilingi satu puan muda.. Tambah pula datang lagi satu lelaki diantara tengah-tengah mereka.. Yang mengaku kawan sejak kecil puan.. Akhirnya tuan muda... Melepaskan amarahnya kepada seseorang yang tak ada kaitannya sama sekali.. Iaitu aku' keluh marwan.

'' aina.. Kamu jaga puan.. Saya tak nak ada sebarang masalah.. Kamu sendiri lihat angin tuan muda tak berapa baik.. Jadi jangan leka.. Faham!'' marwan memberi peringatan keras kepada ruhaina.. Dia tak mahu apa-apa terjadi kepada shofie semasa pemergian mereka.

'' MARWAN!!'' suara haidan memanggilnya.

Marwan berlari mengejar langkah tiga lelaki itu...

'' kamu lambat marwan.. '' kata haidan.

'' maaf tuan, salah saya.. '' marwan masih berusaha mengejar langkah haidan dan dua orang yang lainnya.

'' jadi sebagai denda.. Kamu yang jadi imamnya nanti.. '' putus haidan.

'fuh! Ingatkan apa tadi' marwan bernafas lega.

'' baik.. Boleh tuan.. '' jawap marwan.

'' kamu kawan shofie dari kecil ya..?''tanya saif.

''ya.. Sejak shofie dilahirkan.. Saya sudah menjadi kawan dia. '' kata iman dengan gelak kan kecil.

'' tapi saya tak tahu yang shofie ni sebenarnya cik muda MegahRaya sebelum ni.. Sebab abi tak pernah cerita tentang asal usul shofie. '' sambung iman lagi.

Haidan hanya memasangkan telinganya.. Mendengar apa yang dua lelaki itu bincangkan.

'' bukan kamu saja tak tahu yang shofie tu cik muda MegahRaya.. Tak siapa pun yang tahu sebenarnya.. '' kata saif dengan gelak kan kecil. Iman mengangguk kecil, setuju.

'' jadi kamu kenal abi..?'' tanya haidan.

'' ya kenal sangat.. Saya ni umpama anak lelaki abi.. '' katanya sambil ketawa.

'wahai saudara iman.. Tidak kah kau tahu, atau kau berpura-pura buat tak tahu.. Kenapa kau curahkan minyak dalam api yang sedang marak.. Saudara!!' pikir saif.

'' anak lelaki!'' kata haidan sambil kepalanya terangguk angguk kecil.

'ahhh haidan.. Kawal diri kau.. Mereka tu hanya sahabat.. Sahabat dari masa kecil... Jadi mereka sudah lama kenalkan.. Kalau shofie lebih sukakan dia macam mana...' fikiran haidan sedang berlawan sesama sendiri..

'' tuan.. !'' haidan berpaling. Melihat tiga lelaki itu sudah siap mengambil air wuduk..

'' sekejap''

' haidan... Kau dah kenapa..kau dah mabuk sampai nampak macam orang bodoh!! ' haidan memarahi dirinya sendiri.

Mereka menunaikan solat secara berjemaah seperti yang dijanjikan.. Marwan yang menjadi imam seperti yang dipersetujui olehnya tadi.

Mereka berempat kembali ke dewan..

Shofie sudah berada di dewan ditemani oleh waheeda dan ruhaina.. Mereka bertiga sambung untuk makan bersama.. Mana kala Hanis sudah pulang bersama hizer.

Didalam dewan masih terdapat tetamu yang sedang menjamu selera, dan ada juga yang sedang berborak dengan ahli keluarga pengantin baik dari belah pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki.

'' fie.. Kakak dengan abang kena balik dulu.... '' kata luthfiya.

''ala kak, baru ingat nak main dengan rafiq.. Kakak dah nak balik..'' kata shofie

'' kakak balik rumah papa.. Bukan balik ke utara lagi, nanti ajaklah haidan datang ke rumah.. '' gelak luthfiya.

'' oh, kakak disini berapa lama..? '' tanya shofie.

'' seminggu macam tu.. Abang raffa kata ada meeting di HQ nanti.. Itu sebab, kami stay sini dalam seminggu.. '' jelas luthfiya. Shofie mengambil raffiq yang didalam dukungan luthfiya.

'' ala comel sayang kecik ni.. '' shofie mengacah raffiq sehingga dia terkekek ketawa.

'' amboi.. Dia ketawa, sukanya dia kalau dengan makcik dia.. '' tegur rafie.

'' mestilah.. Ni makcik dia yang comel ok..Mestilah dia suka'' kata shofie.

''tak malu!! Puji diri sendiri comel'' sampuk raffa pula..

Mereka ketawa bersama-sama.. Saling mengusik antara satu sama lain.

''adik abang dah jadi isteri orang.. Lepas ni kena dengar cakap suami tau.. '' kata raffa menyentuh pipi shofie dengan tapak tangannya . Shofie mengangguk, mengerti.

'' betul tu.. Sekarang fie dah ada haidan.. Kami dah tak boleh bermanja-manja dengan fie seperti sebelum ni.. '' kata rafie.. Dia memeluk bahu shofie hanya sekejap sebelum meleraikan semula pelukannya.

'' kenapa perlu bersedih .. Kamu berdua masih tetap menjadi, abang kepada shofie'' kata haidan datang menegur mereka.

''kau perlu jaga adik kami haidan.. Kami tak nak tengok adik kesayangan kami sedih-sedih selepas ini.. Kalau tak.. Kami ambil balik adik kami ni..'' kata raffa tegas dan bergurau di hujungnya.

'buatlah apa pun.. Aku takkan lepas kan shofie kembali.. Dia selamanya milik aku.. Selagi hayat dikandung badan.. ' haidan menunduk dan tersenyum.. Tangannya merangkul pingang shofie..

'' aku janji akan jaga adik korang berdua sebaik baiknya.. '' kata haidan.. Kemudian dia melepaskan pinggang shofie lalu mengambil raffiq dari shofie. Kemudian, haidan memberikan tatapan tajam kepada shofie.

'hah!! Kenapa dia pandang macam tu...' shofie melemparkan pandangan bingung.. Dia melihat haidan sedang menimang nimang raffiq..

'jangan cakap yang dia tak bagi.. Dukung raffiq.... !!!!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience