BAB 7

Romance Completed 112655

Farid sedang fokus mengambil gambar shofie dan haidan. Sedang asyik dia berposing seperti jurukamera mahir lagaknya.. Belakangnya ditolak oleh seseorang, kamera yang didalam pegangannya terlepas..bunyi benda yang pecah jelas kedengaran di telinganya

Farid menunduk mengambil kameranya yang sudah jatuh terhempas di lantai. Dibeleknya kamera tersebut.. Memang ternyata ada yang pecah disitu.

"maaf saya tak sengaja, tadi ada budak-budak tu berebut naik tangga , saya tak sangka sampai nak 'ter' tolak encik'' kata wanita itu. Dari perhatian farid.. Melihat pada baju yang dipakaikan oleh wanita itu.. Dia adalah pengapit kepada shofie.

''sekarang ni macam mana..? '' tanyanya.

'' hmm.. Saya.. Gantikan balik.. '' kata wanita itu gagap. Dengan muka yang pucat.

'kenapa dia gugup.. Aku baru tanya saja dia dah gelabah sampai macam tu sekali'

'' nama siapa? '' tanya farid dengan nada yang dingin.

'' saya waheeda... '' jawap waheeda menunduk

'' pengapit pengantin? .. '' potong farid yang sedang tersenyum kepada waheeda yang sedang menunduk.

'' ya saya.. '' balas waheeda

'' macam mana awak nak ganti, benda ni bukannya murah.. '' kata farid.

'' saya tahu ianya mahal.. Tapi.. Saya akan bayar.. Sebab salah saya.. '' kata waheeda.. Dua tangannya saling mengengam antara satu sama lain.

'' bagi nombor telefon kamu.. Mana tahu kamu nak lari.. '' kata farid lagi.

'' ya baik.. '' kata waheeda polos lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.. Lalu memberikan kepada lelaki itu. Farid mengambil telefon waheeda lalu mendail nombornya sendiri.

'' nah.. '' farid kembali menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada waheeda..

'' nanti saya hantarkan bil kepada.. Cik.. Waheeda.. '' kata farid. Waheeda mengangguk..

'' cik waheeda jangan lari pula nanti ya.. '' pesan farid.

'' tak encik.. Saya akan bayar semula.....''kata waheeda.

' habis gaji aku bulan ni.. ' hati waheeda sedang menangis pada ketika itu..

''saya pergi dulu ya encik.... ''

'' farid iskandar.. '' sambung farid.

'' encik farid.. '' kata waheeda.

Waheeda berlalu pergi.. Berjalan meninggalkan farid yang masih memegang kemeranya.. Farid menunduk, melihat kameranya.. Bibirnya tertarik keatas tersenyum.. Melihat belakang wanita yang baru berjalan pergi.. Bila agak jauh, wanita itu berpaling kembali melihat kearahnya..

'waheeda.. Bermaksud cantik.. Secantik orangnya.' farid mengeluarkan telefon bimbitnya lalu melihat nombor yang tertera..

Waheeda berjalan mendekat kearah shofie.. Dimana shofie sedang bersembang dengan seseorang.

'' kau nak kenakan, tiba-tiba saja jadi isteri zayn haidan.. Dulu tu bukan main lagi.. Sampai tengok pun tak nak.. Ceh.. Sombong.... '' Hanis melagakan bahunya kepada shofie.. Muka shofie bertukar merah.

Memang dulu semasa majlis berinai Hanis, dia memang bersungguh-sungguh mahu menyatukan dua pasangan tersebut. Tapi tak sangka.. Pasangan tersebut berjodoh juga akhirnya..

'macam mana aku tak tolak Hanis.. Aku sudah nikah waktu tu.. Kau nak kenen kenen kan dengan orang lain, dan orang itu pula.. Suami aku sendiri..'bicara shofie sendiri.

''dah jodoh agaknya.. '' balas shofie..

'' dah berapa bulan ni Hanis.. '' tanya shofie, menunjuk ke perut Hanis yang menonjol kecil.. Tapi ternyata jelas kelihatan .

'' dah nak masuk enam.. '' balas Hanis. Sambil mengelus perutnya sendiri. Shofie tersenyum sendiri..

'kalau tak tentu perut dia pun dh sebesar Hanis..' shofie tersenyum sendiri.

'' aku doakan kau pun cepat-cepat dapat baby.. Baby yang comel.. Buat jadi kawan anak...... '' Hanis mengelus perut shofie.. Dan dia berhenti bercakap. Matanya membulat.. Memandang shofie. Hanis menarik shofie mendekat..

'' kau.. Kau.. Perut kau fie!!'' Hanis membisik ditelinga shofie.

'' Hanis aku dah nikah dengan haidan sebulan sebelum kau nikah dengan hizer.. '' shofie kembali membisik di telinga Hanis.

'' WHAT!!!!!'' jerit Hanis.

Para tetamu saling berpandangan kearah mereka.. Begitu juga haidan dan hizer yang sedang bersembang tak jauh dari mereka.. Dua lelaki itu berjalan menghampiri mereka.

'' kenapa ni sayang'' tanya haidan..

'' why sayang.. Ada sakit dimana-mana ke.. Atau pening lagi? Tanya hizer kepada Hanis.

'' bie.. Mereka berdua ni.. '' Hanis menunjuk kearah shofie dan haidan.. Dengan wajah sedihnya..

'' sayang.. I already know.. Haidan dah beritahu tadi.. '' jelas shofie.

'' sayang, apa kata bawa Hanis rest di bilik rehat tu dulu.. '' cadang haidan sambil menggamit ruhaina, untuk mengiring mereka pergi.

'' nis.. Mari ikut fie.. Kita sembang di belakang.. '' pujuk shofie.

'' tapi majlis kau ni..? '' tanya hanis.

'' tak mengapa hanis, saya pun tak nak shofie berdiri lama-lama disini.. '' jelas haidan..

Ruhaina datang mendekat kearah mereka..

'' kamu bawa mereka ke bilik tadi.. Kamu jangan tinggal shofie sendirian faham.. '' arah haidan lagi.

'' baik tuan.. '' balas ruhaina.

'' eda.. Marilah kita pergi sekali'' ajak shofie yang melihat waheeda sedang berjalan datang kearahnya dengan wajah yang pucat.

Mereka berempat berjalan bersama.. Masuk kedalam bilik yang mereka gunakan pagi tadi untuk bersiap..

''kak aina.. Boleh tolong bukakan sanggul lintang dan gandik" shofie menunjuk kearah perhiasan yang terletak di atas kepalanya..

''betul ni nak tanggalkan.. Nanti nak ambil gambar macam mana.. '' tanya ruhaina.

''tak apa kak.. Kejap lagi fie nak solat..''terang shofie.

'' ok.. Kakak buka'' ruhaina membuka sanggul lintang dan juga gandik diatas kepala shofie.

''kamu kenapa eda.. Pucat saja.. Kau ok ke tak ni...? '' shofie hairan melihat waheeda diam saja dari tadi.. Selalunya dia lah yang paling banyak bercakap antara mereka semua..

'' hmm.. Kamera yang selalunya jurugambar ambik gambar tu... Rasa-rasanya mahal tak?.. '' tanya waheeda dengan menundukkan wajahnya.

'' boleh la.. Mahal lah jugak'' balas Hanis.

''mahal!'' waheeda terjerit kecil mendengar kata mahal tersebut.

'' fie... Tolong aku, aku tak sengaja.. '' rayu waheeda, lalu dia berlutut di kaki shofie yang sedang duduk.

''bangun lah dulu.. Kenapa melutut ni.. Cuba cakap dengan jelas..Fie tak faham'' kata shofie kebingungan..

'' tadi tu... '' waheeda menggaru kepalanya yang dilapisi tudung.

..

'' tadi eda terlanggar dengan seseorang.. Jurugambar.. Sampai kemera dia jatuh dan pecah.. '' kata waheeda gugup dan menahan rasa tangis nya..

'' juru gambar yang mana?? '' tanya shofie.

'' yang hmm.. '' waheeda kembali mengingati nama yang disebut oleh lelaki itu..

'' fa.. Faris.. Bukan .. Far.. Apa ya.. Lupa pula.. '' kata waheeda menggaru pipinya.

'aku takut sangat tadi.. Sampai lupa nama laki tu.. Tapi nama dia tadi macam Faris.. Aaa apa ya'

'' farid.. Farid iskandar..? '' tanya shofie.

'' ha ya... '' kata waheeda mengangguk dan teruja bila nama yang diteka oleh shofie begitu tepat sekali .

Shofie memandang kepada ruhaina.. Kemudian dua wanita itu gelak bersama.. Shofie geli hati sampai memegang perutnya, manakala lagi dua wanita yang tak mengetahui dimana yang kelakarnya itu saling berpandangan.. Hanis mengangkat bahunya dan mencebik bibirnya.. Memberi isyarat tak tahu kepada waheeda.

'' fie.. Apa yang kelakarnya? '' tanya waheeda.

'memang lah aku salah sebab 'ter' tolak dia, tapi kenapa shofie dan kak aina boleh gelak sampai macam tu sekali.. '

''orang yang eda langgar tu.. Putih-putih.. Tinggi , rambut panjang sikat ke belakang tu.... Aaaa.. Dia pakai baju me laju baby blue tadi kan..?'' shofie bertanya untuk memastikan itu adalah farid dan bukannya orang lain.

'' ya dia lah kenapa..? ''

'' kacak kan jurugambar tu..? '' tanya shofie lagi dan menampar lembut bahu waheeda.

Waheeda menarik muncungnya, tak senang shofie mengusiknya begitu. Dia sedang membayangkan duit gajinya bulan ini akan melayang sekaligus.. Untuk membayar ganti rugi menggantikan kemera tersebut.

'' jangan lah monyok macam tu eda.. Nanti fie slow talk dengan dia.. Yea.. Sekarang eda senyum.. '' shofie menarik hujung bibir waheeda keatas.

Waheeda tersenyum dalam paksaan...

Mereka berborak lama didalam bilik tersebut.. Shofie menceritakan semuanya kepada hanis dan waheeda. Menceritakan kenapa dia merahsiakan pernikahannya.. Tapi masih tak menyebutkan tentang perjanjian gilanya dengan haidan.. Cukuplah sekadar dua wanita itu merasa puas dengan penjelasan shofie.

'' tahniah sahabat!''

'' akhirnya kau akui juga, status kau.. '' tegur satu suara.. Lelaki itu menepuk bahu haidan.

'' terima kasih saif.. Terima kasih datang majlis aku. '' balas haidan. Sambil tangan mereka bersalaman.

'' aku dengar, baru-baru ni ada benda tak baik menimpa shofie.. It everything OK.. Shofie macam mana..? '' tanya saif..

'' ya shofie baik-baik saja.. Alhamdulillah.. '' balas haidan.. Haidan tahu saif yang menaruh hati kepada shofie sebelum ini.. Dan sekarang lelaki itu sedang risau, jelas terpancar di wajah lelaki itu..

'' alhamdulillah.. Baguslah kalau macam tu.. '' kata saif tersenyum.

'' aku tak sempat nak turun tangan menolong.. Aku baru balik kesini dua hari lepas.. Ni pun P.A aku beritahu last minute majlis kau ni.. '' kata saif lagi.

'' terima kasih saif.. kau dah datang ni pun dah cukup baik.. '' kata haidan.

'' mana shofie, aku tak nampak pun..? Tanya saif sambil melihat sekeliling.. Tapi masih juga tak kelihatan shofie dimana-mana.

'' shofie dia dibelakang.. Berehat.. '' kata haidan.

'' oh.. Ok.. Kau jangan salah faham.. Aku cuma nak berikan hadiah ni buat dia.. '' kata saif mengangkat satu beg kertas bersaiz sederhana menunjukkan kepada haidan.

'' tak.. Marilah aku temankan, kau kesana.. Kebetulan aku pun belum solat lagi.. '' haidan melihat jam tangannya.

'' oklah.. '' kata saif.

Mereka berjalan bersama, menuju ke bilik rehat dia mana shofie berada. Dari jauh saif dapat melihat seorang wanita bertudung berbusana serba putih sedang rancak berbual dengan seorang lelaki..

'itu shofie kan..?.. Tapi siapa disebelah dia.. Rancaknya mereka berbual..' saif melihat haidan yang berada disebelahnya.. Wajah lelaki itu sudah bertukar merah seperti udang bakar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience