BAB 50

Romance Completed 112697

Suara bayi menangis memenuhi ruangan rumah tersebut. Farid yang sedang tertidur terjaga. Semalaman dia bersengkang mata menunggu kepulangan shofie dan ruhaina.

'' anak siapa pula yang menangis ni! '' keluh farid. Dia masih bergolek golek di katilnya..

'' oiit.. Tu kan..! '' farid melompat turun dari katilnya. Berjalan keluar biliknya, menuju kearah bilik yang semakin lama semakin kuat suara bayi itu menangis..

'' kak aina.. Kenapa dia nangis..? '' tanya farid..

'' maaf lah Tengku.. Kejutkan Tengku bangun.. Hadriana nak mama dia.. '' ruhaina menunjuk ke arah bilik air. Farid melihat ke arah bilik air yang tertutup rapat.

'' fie dlaam bilik air ? '' tanya farid. Ruhaina mengangguk mengiyakan, tangannya masih mengendong Hadriana memujuk si kecil itu.

'' bagi sini.. '' farid meminta Hadriana dari ruhaina.

'' tapi.. !'' farid mengambil si kecil itu dan memeluknya.

'' assalamualaikum sayang.. Kenapa nangis ni.. Pagi-pagi dah dengar suara dia.. Semalam balik tak degar pun suara dia.. Mama kamu didalam bilik air.. Tunggu sekejap tau.. '' kata farid terus memujuk si kecil itu sambil bergoyang ke kiri dan kanan.

'' anak mama kenapa menangis?, mama ada saja disini.. '' sebaik mendengar suara shofie.. Tangisan Hadriana mula mengendur.

''fie! Abang nak cakap dengan fie..'' kata farid.

'' hmm.. Abang Hadriana nak menyusu.. '' kata shofie. Farid mengeluh, bila mendengar shofie cuma mengelak sekali lagi untuk berbincang dengannya.

'' fine.. Ok comel.. Menyusu sampai kenyang ya, uncle ada benda nak bincng dengan mama kamu nanti. '' kata farid mengelus rambut Hadriana.

'' abang keluar dulu.. '' kata farid lemah, lalu berjalan keluar dari bilik shofie.

Mereka melihat pintu bilik itu ditutup rapat oleh farid. Ruhaina melihat kepada shofie yang berjalan dan duduk dia sofa untuk menyusukan hadriana.

''fie..kakak tengok dari semalam kita sampai disini.. Shofie asyik mengelak dari terus berbincang dengan Tengku.. Walaupun dah berkali-kali Tengku cuba untuk bertanyakan apa yang terjadi.'' kata ruhaina tak puas hati dengan tindakan shofie.

'' kak, nak fie cakapkan apa? ''

'' kak nak fie terangkan semuanya? Apa yang jadi kepada kita.. ''

'' fie letih la kak.. '' kata shofie. Ruhaina diam tak menyambung persoalannya lagi.

'' kak keluar kejap lah fie.. '' kata ruhaina kecewa dengan jawapan shofie. Ruhaina keluar dari bilik memberikan ruang untuk shofie bertenang.

'' saya dah dengar.. Boleh ceritakan semuanya, apa yang berlaku .. '' tanya farid yang sedang bersandar di dinding luar bilik itu,sejak keluar tadi.. Dia melekat di situ, memasang telinga, mendengar perbicaraan antara dua wanita itu.

'' tapi shofie.. Saya.. '' kata ruhaina gagap.

'' tolong lah.. Saya nak membantu.. Saya tahu ada yang tak kena dengan semua ni.. Kenapa shofie perlu bohong haidan, kata anak mereka sudah tiada.. Tahu tak macam mana kecewanya haidan.. Dia salahkan shofie! Tapi tengok lah anak mereka masih hidup.. Kenapa..kenapa shofie buat semua ni !'' lengan ruhaina dicekam oleh farid yang sedang beremosi.

'' kami sebenarnya dipaksa Tengku.. '' kata ruhaina lemah.

'' dipaksa? Siapa yang paksa? '' tanya farid.

'' saya akan ceritakan semuanya.. Tapi tengku kenalah lepaskan tangan saya dulu.. '' rayu ruhaina bila terasa tangannya semakin sakit dicekam oleh farid.

'' oh maaf! Saya tak perasaan.. '' farid segera membuka genggamannya.

Ruhaina dan farid sama-sama berjalan menuju ke ruang rehat tak jauh dari situ untuk mendengarkan apa yang mahu ruhaina katakan. Merah muka farid semasa ruhaina menceritakan semuanya yang berlaku.

'' jadi tu semuanya lakonan!.. Semua rancangan perempuan yang namanya rania.. !! Dia akan terima balasannya.. Saya akan balas berkali kali ganda lagi.. '' kata farid dikuasai dengan perasaan marah yang telah menguasai dirinya.

'' nak buat apa? Abang jangan apa-apa kan dia.. Itu membahayakan nyawa Hadriana.. Fie taknak apa-apa terjadi dengan Hadriana.. Kalau dia memang mahukan haidan.. Dia boleh ambik haidan.. !'' kata shofie yang Tiba-tiba muncul diantara mereka berdua.

'' fie! Apa yang fie cakapkan ni!.. Selepas aa yang berlaku.. Fie akhirnya mengalah!'' lantang suara farid.

'' mengalah tak mengerti menyerah abang.. Fie hanya tak mahu Hadriana dalam bahaya.. Itu saja.. Harap abang faham!'' shofie masih bertegas dengan keputusannya.

'' fie.. '' farid bangun, berjalan mendapatkan shofie. Bahu shofie dipegangnya.

'' fie dengar.. Abang tahu fie risaukan hadriana.. Tapi fie tak boleh sembunyikan hadriana dari haidan.. Cuba jangan mengalah macam ni.. Fie kena kuat.. Abang akan sokong fie.. Keselamatan fie dan hadriana termaksuhlah kak aina.. Dibawah tanggung jawap abang.. '' farid meyakinkan shofie.

'' tapi.. Abang tak kenal dengan johari.... ''

'' ada juga tapi nya.. '' potong farid.

'' abang kenal sangat dengan johari tu.. Papa pun ada melabur dalam syarikat dia.. Abang lebih kenal dia dari semua orang.. Fie jangan risau.. Dia tak akan berani apa-apakan adik abang ni.. Lagipun abang memang teringin sangat nak jumpa dengan rania tu.. '' kata farid sambil menepuk kepala shofie perlahan.

'' yang penting sekarang abang perlu beritahu haidan yang isteri dia ada disini.. Dia masih suami fie.. Jangan jadikan apa yang shofie buat ini satu dosa.. Kalau fie nak ikut abang balik.. Fie kena dapatkan izin dari dia.. Boleh kan? '' kata farid lembut untuk memujuk shofie.

Kereta yang dipandu oleh marwan masuk kedalam perkarangan rumah milik keluarga Zayn..

'' wan.. Kamu boleh balik dulu..apa-apa saya akan call kamu.. '' kata haidan tergesa gesa masuk kedalam rumahnya.

'' HAIDAN!'' suara mahira kedengaran nyaring, memanggil nama anakknya.

'' bonda kejap, idan nak naik atas sekejap.. '' kata haidan berjalan melintasi bondanya.

'' abang tunggu! Ada benda yang perlu abang jelaskan kepada kami.. !'' kata haikal keras. Menghalang laluan haidan dari terus berjalan naik ke atas.

'' nak jelaskan apa.. Shofie dah balik ke? Shofie ada di atas? '' tanya haidan.

'' kak fie? Mana ada kak fie balik kesini.. Tapi orang lain yang datang!'' kata haikal.

'' orang lain? Siapa? '' tanya haidan.

PLAK.. pipi haidan ditampar oleh mahira. Haidan melihat bondanya.. Tangan bondanya yang menampar pipinya bergetar.. Mahira menunjukkan rasa kecewa yang teramat sangat kepada haidan.

'' kenapa haidan.. Kenapa membelakangkan kami! Bonda dah beri amaran sebelum ni.. Bonda tak akan terima dia.. Tidak sesekali.. !!'' kata mahira.

Rania yang berada di bilik tamu mendengar bunyi bising seperti orang bertengkar.. Dia membuka pintu dan melangkah keluar.. Melihat haidan, haikal dan mahira seperti sedang membincangkan sesuatu dalam keadaan yang serius sekali.

'apa yang mereka bincangkan kan..' rania tak dapat menahan sabar lagi, kakinya perlahan-lahan menapak menghampiri tiga beranak itu.

'' DIA!! kenapa perlu ada dia dalam keluarga kita? '' mahira menunjukkan kearah rania yang sedang mengintai di sebalik dinding yang memisahkan ruang itu dengan ruang tamu. Haidan berpaling melihat kearah yang ditunjukkan bondanya.

'apa yang dia buat disini?' wajah haidan menjadi merah melihat rania yang ada didalam rumahnya.

'' kau buat apa disini? '' tanya haidan.

'' nia.. Salahkah nia disini? '' kata rania keluar dari tempat dia mengintai tadi.

'' ini bukan tempat kau nia! Lebih baik kau balik.. '' kata haidan.

'' balik! Balik kemana? I'm your wife.. !!!'' kata rania lantang.

Haidan membulatkan matanya.. Merenung tajam kepada rania.. Tapi renungan itu langsung tak menggugat rania. Dia melipat kan tangannya memeluk tubuhnya sendiri di hadapan mereka semua.

'' rania!!.. Memang kau isteri aku.. Tapi kau jangan lupa.. Aku ni suami kau! Hanya dengan, satu perkataan saja akan putuskan hubungan suami isteri rania.. Jangan lau lupa tu rania!!!'' kata haidan keras mengingatkan rania.

Rania yang tadi berwajah angkuh bertukar menjadi pucat. Mendengar ugutan haidan. Rasa takut mula menyelubungi nya..

'perkataan yang akan memutuskan hubungan suami isteri?!, jangan.. Jangan.. Tak! Dia tak boleh ceraikan aku! Aku taknak diceraikan...' rania berjalan menghampiri haidan.. Memegang lengan haidan.

'' maaf.. Maaf... Nia tak sengaja berkasar tadi.. '' rayu Rania.

'' kuasa itu ditangan aku rania! Hak mutlak aku!'' kata haidan menarik kembali tangannya.

Pada masa yang sama.. Telefon bimbit haidan berbunyi.. Haidan mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluarnya. Nama 'Is' terpampang di skrin telefon.

'' assalamualaikum ''

'' nak apa call aku!'' kata haidan dingin.. Memandangkan dia sedang dalam keadaan marah.. Sampaikan farid disebelah sana turut terkena tempiasnya.

'' waalaikummusalam.. Boleh datang ke rumah mummy? '' tanya farid disebelah sana..

'' kenapa aku perlu kesana? Aku sibuk ni!!'' kata haidan sedikit meninggi.

'' aku jamin kau tak akan menyesal.. ! Datang saja, tapi kalau kau tak nak datang.. Terpulanglah.. '' kata farid lalu memutuskan panggilan.

'' cis budak ni!'' haidan melihat kepada telefon bimbitnya.

'suka hati dia saja nak putuskan panggilan macam tu saja.. Dia ingat dia siapa.. !' marh haidan.

'' bonda idan nak keluar'' haidan keluar selepas menyalam tangan bondanya dan berpaling berjalan keluar begitu saja..

Rania melihat haidan keluar meninggalkannya.. Selepas haidan mengugut nya. Dia, merasa lega bila haidan pergi tanpa sempat melepaskan perkataan keramat itu. Mahira duduk di sofa yang ada di ruang rehat itu.. Begitu juga dengan haikal.

'' bonda, rania lapar.. '' kata rania mengelus perutnya di hadapan mahira.

'' NANI!!'' panggil mahira.

'asyik panggil perempuan tua itu.. Kenapa kita tak makan sekali..' rania melihat mahira mengalihkan wajahnya kearah lain.. Melihat nani sedamg bejalan datang kepadanya.. Rania melangkahkan kakinya ke ruang makan dengan menghentakkan kakinya tanda protes.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience