BAB 1

Romance Completed 112655

Persiapan majlis mereka hampir selesai.. Shofie bersyukur mempunyai ibu dan ibu mertua yang turut membantu, persiapan majlis tersebut.. Dia hanya perlu menyiapkan dirinya sahaja..

Rafie mengaru kepalanya... Menunggu di lobi utama..

'kalau fie tak minta tolong ni.. Dah lama aku balik..' keluhnya..

Pada mulanya dia boleh saja menyuruh wanita yang ditunggunya, terus ke ruang kerjanya.. Tapi Dia tertinggalkan beg yang dikirimkan shofie, di dalam kereta.. Sampai selesai waktu kerja, baru dia teringat akan itu.

Rafie memandang kearah lif..orang yang dia tunggu tunggu muncul di sebalik ramai-ramai orang yang baru keluar dari lif tersebut.

"cik waheeda.." panggil rafie.

"ehh.. Ya.. Saya waheeda.." jawap waheeda gugup.. Di tergejut bila di sapa oleh tuan muda MegahRaya yang kacak berdiri didepannya.. Dia mengawal rasa terujanya.

"ini untuk kamu" rafie meyuakan beg kertas kepada waheeda.

"ahh.. Saya!?" tanya waheeda bingung. Jarinya menunding kearah dirinya sendiri.

'aku!! .. Aku dapat hadiah dari tuan muda rafie.. Aku sedang bermimpi kan.. Jangan kejutkan aku.. Mimpi aku ni.. indah sangat.' muka waheeda bertukar merah.

"saudari!!..."

Plak.. Plak.. Plak rafie memetik jarinya didepan muka waheeda.

"ya saya" waheeda tersentak.. Terjaga dari lamunannya. Tangannya menyambut beg kertas tersebut.

"dan ini.."

Waheeda melihat rafie menghulurkan sampul putih kearahnya.

'tadi hadiah.. Sekarang kad.. Ahh.. Kamu putera raja yang datang dalam mimpi.. Kini muncul di alam nyata..'

Rafie melihat waheeda tersenyum senyum sendiri..

'apa yang, budak ni sedang berkhayal..'

" ini, kad jemputan ke majlis perkahwinan adik saya.." kata rafie.

"tuan jemput saya..!! Saya sangat menghargainya.. Terima kasih tuan.. Saya akan datang ke majlis itu nanti.." balas waheeda bersungguh sungguh.

"bukan saya yang jemput.. Tapi adik saya.. Sebab kamukan kawan dia.." kata rafie..

"kawan adik tuan muda?? " waheeda bingung.

"ya.. Dia minta kamu jadi pengapit dia nanti.. Dan dalam beg tu ada baju untuk pengapit.. Dia pesan lagi.. Cik waheeda boleh fitting baju tu di butik asal dia..dan semua kosnya telah ditanggung.. Pastikan cik waheeda hadir di majlis nanti ya.. Saya dah kena pergi ni.. Maaf.. Kalau apa-apa, cik waheeda call saja nombor adik saya yang ada di kad jemputan tu ya.. Maaf sekali lagi.." Rafie menarik senyumannya.. Lalu menyerahkan sampul putih di tangan waheeda.. lalu berjalan pergi.

'apa dia cakap..aku kawan adik dia.. Sejak bila pula..!! Siap paksa aku jadi pengapit.. Oh my.. Apa kes ni??'

Waheeda membuka sampul putih di tangannya. Ada satu kad yang berwarna putih didalamnya, dihiasi dengan corak kerawang berwarna keemasan

"Aaaaaahhh.. Shofie!!"

"shofie ni adik tuan muda... Maksudnya shofie ni, cik muda MegahRaya..''tuturnya lemah.

Waheeda membaca lagi nama yang...

'' Zayn haidan.. '' matanya membulat besar, di menerima banyak kejutan untuk hari ini sahaja..

Waheeda mendail nombor shofie..

'' hello... Assalamualaikum Shofie ''

''waalaikummusalam... Siapa ni? ''

"saya ni bakal pengapit kepada bakal pengantin disana.. !!!'' kata waheeda dengan nada yang sedikit tinggi.

'' eda... !!'' jerit shofie.

'' kau fie, diam tak diam ya! ... Tengok-tengok aku dapat kad.. Untung jantung aku kuat.. Aku ingat tadi.. Tuan muda rafie nak mengorat aku.. Rupanya.. Dia nak bagi kad walimatul urus kau.. '' bebel waheeda.

'' jangan lah marah eda.. '' pujuk shofie

'' fie ada sebab.. Rahsiakan indentiti sebenar fie..'' kata shofie.

'' yealah... Baik, aku maaf kan.. '' kata waheeda

'' ni yang fie sayang kau ni.. ''

'' kita kan sahabat... Tapi aku masih tak puas hati! Kita jumpa nanti kau perlu jelaskan.. Semuanya.. Mengerti kamu! " gertak waheeda. Dihujungnya dia ketawa sendiri.

" baik.. Kita jumpa nanti. Maku jelaskan semuanya.. "jawap shofie.

Shofie mematikan panggilan..

'satu bab dah selesai'

'' sayang... Cakap dengan siapa tu...? '' tanya haidan yang baru tiba didalam bilik tersebut.

'' cakap dengan waheeda.. Fiya minta dia jadi pengapit fiya'' terang shofie.

'' ada beritahu Hanis..? '' tanya haidan.

'' apa kata.. Hubby yang beritahu hizer.. Dia kan best friend hubby.. '' dalih shofie.

'' kenapa tak nak beritahu Hanis sendiri, dia kan best friend sayang jugak.. '' haidan memeluk shofie dari belakang.. Meletakkan dagunya di bahu shofie.

'' taknak.. Nanti mesti kena perli dengan Hanis.. Silap-silap kena marah.. '' shofie buat mimik muka sedih.. Dengan menarik hujung bibirnya jatuh ke bawah.

'' ok.. Hubby setel kan Yang itu.. Ni dah mandi ke belum.. Kalau tak mandi lagi.. Jom kita mandi sama-sama sayang.. '' bibir haidan mencium bahu shofie.. Manakala tangannya mengelus ngelus perut shofie yang semakin menonjol.

'' tak nak! Pergi sana mandi.. Busuk!'' Perli shofie.

'' auuu... Garangnya... '' usik haidan.

'' tadi sayang makan apa... Kenapa garang sangat.. '' haidan beralih mencium pipi shofie.. Dia langsung tak hiraukan arahan shofie tadi.. Lagi dia suka melihat shofie begitu.

'' kita mandi sama jom.. Sayang.. '' haidan membawa shofie melangkah ke bilik air.

'' fiya sudah mandi tadi... '' shofie menahan langkah kakinya.. haidan ketawa, dia mengendong shofie lalu membawa ke dalam bilik air. Kedengaran suara shofie menjerit-jerit didalam bilik air bila dibasahkan oleh haidan..

Di rumah utama rahimi..

'' airnya.. Abang. '' ainun meletakkan secawan air di depan rahimi.

'' terima kasih.. 'ucap rahimi. Dia hanya melihat sahaja cawan yang diletakkan oleh ainun..

''macam mana persiapan untuk majlis shofie? '' tanya ainun.

'' tak perlu risaukan majlis shofie.. Majlis itu dikelola oleh puan Sri dan juga shofyna... '' kata rahimi dingin, dia tak mahu ainun melibatkan diri dengan shofie lagi.. Dia mahu melihat anaknya bahagia.

'' saya bukannya apa.. Dia kan anak perempuan sulung rumah ni... Apa pula kata orang - orang nanti...... ''

'' tak perlu sibukkan orang.. Kita jaga hal masing-masing.. Apa kata kamu uruskan rania.. Dan Mikail.. Itu lebih penting sekarang ni.. Masa depan cucu kita.. Bagaimana..? Kamu tanya rania.. Apa dia akan buat untuk sara anak dia..? '' tanya rahimi, tegas.

'aduhh... Kenapa bincangkan hal rania.. Aku nak tahu tentang shofie.. Macam mana aku nak cari jalan nak masukkan rania kedalam keluarga Zayn tu..'hati ainun membara dengan api kemarahan.. Tapi luarannya.. Wajah itu masih mampu tersenyum manis.. Dengan bibirnya sedang tersenyum lebar.

''oh... Baik, nanti saya tanya kan rania.. Tapi ada ke kerja untuk rania di MegahRaya... Takkan kita nak rania kerja dengan syarikat lain.. Sedangkan anak-anak kita yang lain, semua kerja di MegahRaya kan..''

'' nanti saya tanyakan kepada rafie '' hanya itu yang dikatakan oleh rahimi, lelaki itu bangun dari duduknya dan berjalan pergi.

Ainun melihat saja cawan kopi yang diletakkannya tadi, cawan kopi itu langsung tak disentuh oleh rahimi.

'cis!susah betul lah, apa lagi aku nak buat...' keluh ainun.

Ainun bangun dan membawa cawan itu ke dapur dan menuang air kopi tersebut di dalam singki. Kemudian membuka air singki itu dengan kuat.. Membiarkan air kopi yang dituangnya tadi mengalir pergi. Tangannya menghempas kuat di singki..

''datin.. Ada yang datin mahukan... Biar saya buat kan'' kata sabri yang masuk ke ruang dapur.

'' tak perlu.. Saya dah selesai... '' kata ainun.. Kemudian dia berlalu pergi keluar dari ruang dapur..

Sabri hanya memandang sahaja ainun berjalan pergi, di hatinya mula mencurigai tingkah ainun.. Wanita itu tidak pernah melangkah ke dapur sebelum ini.. Dan harini wanita itu disini. Sabri ke singki dan melihat apa yang ada didalam singki tersebut.. Namun hanya ada cawan dan piring kopi didalam singki itu.. Dia berpaling melihat belakang ainun yang semakin menjauh melangkah.. 'apakah niatnya pula kali ini...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience