Bab 3

Romance Completed 112655

Ainun tak senang duduk didalam biliknya.. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang..

'' hello.. '' sapanya bila panggilan disambungkan.

'' boleh jumpa ditempat biasa.. Da benda nak bincang sikit.. '' kata Ainun.

Sebaik mendapat persetujuan untuk berjumpa, dia mematikan panggilan. Dia berjalan ke cermin merias wajahnya.. Selesai bersiap dia, mengambil beg tangannya..lalu keluar dari bilik turun ke bawah.

'' nak kemana? '' tanya rahimi bila melihat Ainun sudah siap untuk keluar.

'' saya keluar sekejap.. '' jawap ainun acuh tak acuh.. Dia mahu segera pergi.

'' kemana? Shopping? '' tanya rahimi lagi.

'kenapa dia nak sibuk.. Selama ini aku kemana pun dia tak ambik peduli.. Dan sekarang dia sibuk nak ambil tahu.. Kenapa dia takut ku kerumah keluarga Zayn ke...' bibir Ainun tersuing satu senyuman.

'' saya keluar shopping.. '' bohong Ainun.

'' lebih baik kamu dirumah saja.. Tengok-tengokkan mikhail.. Kamu tu nenek dia.. Sepatutnya kamu lebih ambil berat tentang Mikhail.. Bukannya lepas tangan semuanya kepada andi.. Bukan tugas andi untuk jaga Mikhail.. '' kata rahimi tegas.

'' kenapa pula saya..! '' bantah Ainun, sedangkan anak-anaknya sendiri dijaga oleh pelayan rumah.. Ini dia perlu menjaga seorang cucu yang tak diiktiraf statusnya..

'memang tak lah!! aku nak jaga budak tu.. Kalau bapa dia aku tak suka,jagan harap aku akan suka dengan budak tu. Dah, kenapa pula aku harus menjaga dia. Langsung tak menguntungkan.. Malah menambahkan beban!!!'

'' kenapa??? Apa maksud kamu.. Dengan kenapa.. Itu kan cucu kita, anak kepada rania.. Rania tu kan anak kita.. Sudah lah rania lepas tangan.. Sekarang ni kamu pula nak lepas tangan..!! '' marah rahimi.

'' ok.. Nanti saya saya tegur rania, sekarang saya ada hal.. Saya nak keluar..! '' kata Ainun lalu berjalan pergi.

'' apa nak jadi dengan semua orang.. Ainun dengan rania.. Sama sahaja.. Masing-masing tak bertanggungjawab '' kata rahimi kecewa.

Ainun sampai di cafe dimana dia sering berjumpa dengan zainal.. Adik lelakinya.

'' hello.. Sis!'' tengur zainal..

'' duduk lah zainal.. '' kata Ainun malas.

'' kenapa ni.. Muka.. Macam orang kalah judi.. '' kata zainal mengusik dan dia malah ketawa melihat muka ainun yang kelat itu.

'' siapa yang main judi!! .. Lainlah kau tu.. '' perli Ainun.

'' sis pinjam duit... '' kata zainal.

'' lagi!!'' jerit Ainun .

'' ish kak ni.. Relax lah tak perlu jerit kuat-kuat.. '' kata zainal, mujur saja tak ramai yang ada di Cafe tersebut.

'' orang ada masalah cari dia.. Last-last kita yang kena balik.. '' kata Ainun sebal.

Tapi tangannya masih juga mengeluarkan beberapa keping duit kertas berwarna unggu lalu dihulurkan kepada zainal. Zainal yang melihat duit ditangan Ainun tersenyum lebar.

'' nah.. Ambik ni dulu.. '' kata Ainun.

'' terima kasih '' zainal menyambut duit tersebut lalu menciumnya. Duit itu dimasukkan kedalam kocek nya.

'' masalah apa sis.. Teruk sangat muka tu.. '' tanya zainal sambil mengusik Ainun.

'' rania da balik... '' kata Ainun.

'' baguslah.. Kalau dia dah balik.. Itu kan berita baik.. ''

'' masalah nya! ... Dia bawa anak haram dia balik kesini.. '' kata Ainun menekan bait katanya.

'' laa.. Bukan hari tu kata nak gugurkan.. Kenapa simpan.. Masalah boleh selesai.. Kenapa tambahkan lagi.. '' zainal duduk bersandar dan melipat tangannya memeluk tubuhnya.

'' tak tahu lah dia.. Tiba-tiba hilang.. Dan sekarang datang balik dengan anak dia.. Rosak semua plan aku!'' marah Ainun.

'' rania tu cantik.. Sangat cantik.. Suruh lah dia pikat haidan.. Itu pun tak reti!'' sindir zainal.

'' kalau tak boleh cara lembut.. Kita guna cara kasar.. Kalau tak boleh juga.. kita guna cara kotor.. '' tambah zainal lagi, dengan senyuman sinis melemparkan pandangannya kepada Ainun yang duduk bertentangan dengannya.

'' cakap senang lah.. Buat itu ini.. Haidan tu sekarang ni dah nikah'' balas ainun.

''NIKAH!!!.. Kenapa nal tak tahu pun... '' kata zainal tergejut.

'' kau tu lembap.. Kemana nal pergi.. Duduk bawah tempurung ke apa.. Kalau tak laju saja dia dapat info tentang tuan muda yang satu tu.. '' perli Ainun. Dengan gelakkan kecil.. Menyindir zainal.

'' nikah dengan siapa? '' tanya zainal.

'' inilah masalahnya.. Dia nikah dengan.. Shofie..'' balas ainun.

''Shofie.. Shofie fitriyani.. Anak madu kau kak.. Anak tiri kau?? '' tanya zainal meminta kepastian.

'' yea la.. Ada banyak orang ke yang nama shofie fitriyani dalam dunia ni.. '' Ainun menayangkan wajah menyampah kepada zainal. Zainal kembali ketawa.

'' ok.. Jangan lah marah sis''

''kalau mak dia, sis boleh singkirkan.. Ni kan pula anaknya.. Apalah sangat!'' balas zainal dengan nada sombong.

'' situasi dah berubah.. Dulu ada nuwairah.. Sekarang ni aku sorang.. Nal tolong kak boleh? ...." kata ainun lemah.

" haish.. Kak ni.. Kenapa nal nak kena tolong kak.. Nal ingat lagi macam mana kak dan ibu mertua kak tu.. kenakan madu kak yang sorang tu.. " kata zainal.

" benda yang lepas.. Tak payah ulang.. " marah Ainun.. Dia tak suka zainal menceritakan kembali apa yang dia dah buat dulu kepada shofyna sebelum ini.

'' ok.. Kak nak minta tolong apa.. Kalau nal boleh tolong, nal tolong.. '' kata zainal.

'' macam mana kita nak lembutkan hati seseorang.. Agar dia terus tunduk kepada kita? '' tanya Ainun.

''kak nak tundukkan siapa? Rahimi... ''

'' atau haidan..? '' tanya zainal.

'' dua dua... '' jawap Ainun santai sambil tersenyum lebar..

'' wah tamak kakak ni..!! Mau dua-dua... Macam mana pula dengan johari?? Tak nak tackle sekali'' usik zainal sambil mengangkat sebelah keningnya .. Menggoda kakaknya..

''kenapa perlu sebut nama lelaki tu...!!!!'' marah Ainun.

'' kenapa kakak marah.. Tahu tak sekarang johari tu dah kaya.. Kaya raya.. '' kata zainal sambil gelak kecil, dengan kepalanya terangguk angguk.

'' kalau dia kaya pun kenapa? Apa kaitan dia dengan aku !'' keluh ainun. Dia merasa tidak tenang bila nama lelaki itu disebut didepannya.

'' mana tahu.. Lepas ni, kak nak kejar dia pula.. Sebab sekarang ni dia dah kaya raya.. Duit banyak, berkepuk-kepuk.. Lagipun, baru-baru ni dia ada tanyakan kakak.. '' kata zainal.

'' buat apa dia tanya..? '' tanya Ainun.

Zainal melebarkan senyumannya.. Ternyata di dalam hati kakaknya itu masih bersisa perasaan cinta kepada bekas kekasihnya itu.

'' Haa kejap.. '' zainal mengeluarkan dompetnya . Mencari sesuatu di dalamnya. Sekeping kad dikeluarkan dari dompet itu.

'' ini kad dia kak.. Kak try call dia.. Mungkin dia ada benda yang menarik untuk dibincangkan dengan kakak.. '' kata zainal. Meletakkan sekeping kad nama di atas meja.

'' benda menarik !? '' Ainun gelak kecil sambil mengeleng.

'lelaki yang bernama johari itu, tak pernah membincangkannya hal yang menguntungkan... Aku pernah khilaf satu ketika dahulu.. Aku tak mahu ianya berlaku lagi...' Ainun sekadar melihat saja kad yang diletakkan oleh zainal tadi.

'' kak tak berminat dengan dia.. '' Ainun menolak untuk melibatkan diri lagi dengan lelaki itu.

'' jangan sombong kak.. !'' kata zainal.

'' ini bukannya hal sombong ataupun apa... Kak tau mau terlibat lagi dengan dia..'' jelas Ainun.

Zainal gelak besar kali ini.. Mendengar kata yang dituturkan Ainun tadi. Tak sangka Ainun akan menolak johari mentah-mentah begini.. Selalunya kalau disogokkan dengan kata 'kaya raya' itu akan menarik minat Ainun untuk bertanya lagi dan lagi. Seperti sebelum ini dia menyebut nama Zayn Haidan..

'' ok lah kalau macam tu.. kita tak akan sebutkan lagi nama dia'' kata zainal.

Zainal merasakan pasti ada sesuatu yang terjadi diantara kakaknya dan lelaki yang bernama johari itu..

' apa yang cuba dia sembunyikan? kenapa dia merasa gelisah bila nama lelaki itu disebut.. Aku akan cungkil semuanya dari johari sendiri' zainal tersenyum sendiri.

'' Mengenai masalah kakak tadi.. Nal ada orang yang boleh tolong.. Tapi kakak kena berani lah.. Kena tanggung risikonya.. Macam mana.. Kakak mahu.. Kalau mahu.. Nal bawa kakak jumpa dia'' kata zainal..
Ainun tersenyum lebar.. mendengar kata yang baru diucapkan oleh zainal tadi.. Sekurang-kurangnya dia masih ada harapan. Apa pun risikonya, dia akan menanggung nya.. Itu saja jalan terakhir yang dia ada..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience