BAB 51

Romance Completed 112655

Alex dan dua sahabatnya duduk di taman yang terdapat dirumah tersebut, menikmati suasana petang santai sambil menghirup udara segar tanah air tempat kelahirannya.. Farid berjalan keluar bersama ruhaina.. Membawa dulang yang berisi minum petang dan makanan untuk tetamunya.

'' sorry lah.. Rumah ni tak ada orang gaji.. Kalau tak sedap jangan merungut.. Kalau tak puas hati.. Sila bangun buat sendiri.. '' kata farid kepada kawan-kawannya.

'' sejak bila pula kami cerewet ni.. Kami makan asal kenyang saja.. '' balas Alex. Dua lagi sahabat mereka turut mengangguk.

'' so macam mana.. Next plan.. '' tanya Alex. Selesai menghidang..ruhaina kembali masuk kedalam rumah..

'' kena balik lah.. Masalah dah selesai.. Tunggu jawapan dari fie.. Nak ikut kita balik atau stay sini.. '' jawap farid.

'' hmm.. Bukan mummy kau suruh bawa dia balik.. ! Dah jadi macam ni pun kau nak tinggalkan dia.. Kau tak takut kalau jadi lagi..? '' tanya Alex.

'' kau tahu siapa yang buat semua ni'' farid, memberi teka teki kepada Alex dan dua lagi rakan mereka.

'' anak johari yang namanya rania tu!! Tunang haidan.. '' jawap farid bila rakan-rakannya saling mengangkat bahu.

'' johari.. MV group?? '' tanya Alex.. Tak percaya. Farid menganggukkan kepalanya.

Tinn.. Tinnn.. Terdengar bunyi hon kereta dari pagar luar.

'' tu mesti haidan.. '' kata farid lalu bangun. Dia memberi isyarat kepada penjaga yang ada di pagar supaya membenarkan haidan masuk kedalam.

Farid dan rakan-rakannya melihat pagar rumahnya yang sedang dibuka lebar untuk memberi laluan kepada haidan masuk dengan keretanya.. Sebaik kereta haidan masuk, pagar rumah itu kembali ditutup secara automatik. Keluarlah seorang lelaki yang sedang memakai cermin mata.. Berjalan kearah mereka.

'' assalamualaikum ''

'' waalaikummusalam.. '' sabut farid dan seorang lagi sahabat mereka yang beragama islam.

'' kenapa nak aku kesini..? Tanya haidan.

'' tak perlu sombong sangat. Kalau ikutkan hati aku.. Aku pun tak nak jumpa kau! Biar kau menyesal seumur hidup kau!.. Nasib aku waras dan tak nak kenakan kau.. Aku sanggup bersabar.. !'' balas farid.

'' apa maksud kau ni? Aku dah cukup serabutni!kau nak tambah serabutkan aku lagi.. '' marah haidan.

'patutlah fie tak nak jumpa kau.. Kau ni suka ikut perasaan.. Bila lah nak hilang baran kau haidan. Kesian dengan adik aku' keluh farid.

'' ikut aku.. Aku ada ubat untuk hilangkan serabut kau tu.. '' kata farid. Dia berjalan masuk kedalam.

'' tunggu sini.. !'' kata farid sebaik mereka sama-sama sampai di ruang tamu rumah tersebut. Farid mendengar haidan mengeluh perlahan.

'' duduklah.... '' pelawa farid sebelum berjalan pergi.

Haidan duduk di sofa, melihat dekorasi rumah tersebut.. Dia cuba menenangkan fikirannya.. Menutup matanya rapat..

'apa lah sudah jadi dengan aku sebenarnya ni.. Aku.!ahhh!apa yang aku dah buat.. Bernikah dengan rania cuba menambahkan masalah yang sudah sedia ada.. Kenapa kau tak fikir dulu sebelum membuat satu keputusan.. Kalau shofie tahu ni.. Pasti dia kecewa, kecewa dengan diri aku sendiri, haidan ooii .. ' keluh haidan.. Terasa bahunya ditepuk.. Haidan membuka matanya melihat farid berada didepannya.

''aku biarkan kamu berdua berbincang.. Aku tak nak masuk campur urusan rumah tangga kamu berdua.. '' kata farid mengangkat tangannya ke udara. Haidan yang tak mengerti, mengerutkan keningnya.

'' bincang? '' tanya haidan.

'jangan cakap is tahu pernikahan aku dengan rania.. Habis semuanya kalau nenda dapat tahu..' haidan cuba menyembunyikan rasa gusar nya dalam-dalam.

'' shofie.. Dengan apa yang abang dah beritahu tadi.. !'' farid memperingati adiknya.

'shofie?!..' haidan terpaku bila mendengar nama itu disebut . Dia mengintai di sebalik tubuh farid.. Memang ada shofie tak jauh darinya.

'' sayang.. '' kata haidan perlahan .

Shofie yang menunduk memandang kearah lantai merasa ada satu getaran di dalam tubuhnya, bila haidan memanggilnya.. Dia tak boleh menipu dirinya, dia amat merindui lelaki yang bernama Zyan Haidan.. Suaminya itu. Mahu saja dia memeluk tubuh itu dengan erat.

Tetapi, dia hanya mampu memandang ke bawah. Tak sanggup untuk mengangkat kepalanya.. Dia sendiri takut dengan perasaannya sendiri, tambah-tambah pula status haidan bukan hanya milik dia seorang.. Separuh dari itu bakal menjadi milik rania.

Bibirnya bergetar menahan rasa.. Matanya sudah berkaca-kaca.. Kedua tangannya mengengam erat kain yang membalut tubuhnya. Mahu saja dia ceritakan semuanya kepada haidan.. Tapi kenapa lidahnya kelu.

Farid meninggalkan mereka berdua, dia berjalan keluar duduk bersama-sama dengan kawan-kawannya. Memberikan ruang untuk pasangan tersebut.

Haidan membuka cermin matanya.. Berjalan mendekat kearah shofie yang sedang berdiri kaku menunduk memandang lantai.. Seperti anak kecil yang sudah ditangkap melakukan kesalahan.

Haidan meraup Kedua-dua tangannya ke pipi shofie.. Membawa wajah itu mendongak memandang kearahnya. Tapi shofie bekeras menghalang.. Memegang tangan haidan.

'' mendongak sayang.. Salah apa yang sayang lakukan sampai menunduk begitu sekali.. '' kata haidan.

'' sayang.. Hubby minta maaf sebelum ni. Hubby lost.. '' kata haidan

'' hubby tak salahkan sayang kalau sayang marahkan hubby.. Tapi jangan menghilang macam ni.. Please.. '' haidan memohon.

Shofie akhirnya mendongak juga memandang kearah wajah haidan.. Mereka bertentang mata dengan satu sama lain.. Dada mereka sama-sama berdebar..

'' say something Sayang.. I miss your voice.. Your smile.. Miss everything about you.. '' pujuk haidan.. Shofie mengeleng perlahan. Melepaskan pipinya dari terus dipegang oleh tangan haidan.

'' tapi kena sayang? '' haidan memegang kedua-dua pergelangan tangan shofie.

'' fie mengalah.. '' balas shofie lemah.

'' APA!'' jerit haidan. Tangan yang memegang tangan shofie dilepaskan, dia meraup rambutnya.. Kecewa dengan apa yang shofie katakan.

'' why? tell me why!!.. '' marah haidan. Haidan berpaling. Menumbuk sofa yang ada dibelakangnya. Nyaris-nyaris tersasar, mengenai shofie kewarasan nya hampir hilang seketika.

'' fie nak hidup seperti orang lain.. Bahagia seperti orang lain.. '' kata shofie.

'' jadi sebab tu sayang pergi.. '' haidan menggoyangkan shofie dengan kasar.. Air mata shofie jatuh berguguran, bila tubuhnya digoyang kasar oleh haidan begitu.

'' heyyy!! Heyy.. Aku kata bincang.. Bukan suruh korang berdua gaduh-gaduh..kau fah lupa ke.. Shofie masih dalam pantang '' farid muncul ditengah-tengah cuba meleraikan tangan haidan dari mengasari shofie.

'' tolonglah.. Tak payah main tarik-tarik tali lagi.. ! Aduh, kenapa aku juga kena masuk campur.. Aku ni khawin pun belum.. '' keluh farid..

'' fie.. Kan abang kata tak perlu takut.. Haidan perlu tahu kebenarannya , apa yang berlaku.. '' kata farid.. Geram dengan shofie yang masih mahu menyembunyikan semuanya.

Dua pasangan itu saling berpandangan. Farid yang berada ditengah-tengah sendiri tak memahami apa yang mereka berdua sedang sampaikan,melalui pandangan mata yang bertaut itu.

Suara hadriana memecahkan kesunyian, tika itu.. Shofie menarik tangannya dari terus dipegang oleh farid.. Dia berjalan pergi meninggalkan farid dan haidan.

'' kau dengar tak bunyi apa, tu haidan..? '' bahu haidan ditumbuk oleh farid.. Bila melihat haidan diam.

'' tangisan.. '' jawap haidan.

'' bijak pun.. Anak korang berdua lagi bijak dari kamu berdua..dia sendiri tak suka mama papa dia bergaduh.. '' sindir farid.

'' anak! Anak kami? ''

'' yea lah anak korang berdua.. Puteri kau dan shofie.. Zyan Hadriana shahierah.. '' kata farid.

'' kau.. Kau.. Is.. Apa maksud kau.. Anak aku? '' tanya haidan gagap.

'' ni semua rancangan rania.. Tunang kau! Semuanya rancangan perempuan tu.. '' kata farid.

'' jadi selama ni.. Aku ditipu? '' farid mengangguk.

'' shofie lakukan semua ni.. Hanya nak lihat anak dia.. Bukan. Anak kamu berdua selamat.. Kerana nyawa anak kamu taruhannya!'' kata farid.

Haidan terduduk di sofa.. Meraup wajahnya.. Airmatanya gugur didalam tekupan tangannya. Sebak hatinya kini..

'semuanya yang terjadi adalah rancangan rania, demi nyawa anak kami.. Shofie berkorban.. Memilih anak kami.. Ya Allah, kenapa semua ini berlaku...' farid menepuk bahu haidan.

'' yang penting semuanya selamat.. Pergilah tengok anak dan isteri kau haidan, shofie cuma lindungi anak kamu berdua.. Sebenarnya dia sayangkan kamu.. Lebih dari segalanya. '' kata farid.

Haidan bangun terus memeluk tubuh farid.

'' terima kasih.. Terima kasih.. Kau dah banyak tolong aku.. '' kata haidan.

'' hmm ya lah tu.. '' sindir farid.

'' pergilah.. '' farid menolak tubuh haidan mendekat kearah pintu dia mana ada shofie di dalamnya.

Pintu bilik dibuka.. Haidan melihat ada ruhaina didalam bilik tersebut. Shofie sedang duduk diatas sofa, memangku bayi yang sedang menyusu di dadanya.

'' tuan" kata ruhaina. Berjalan mengundurkan diri keluar dari bilik tersebut.

Haidan melihat shofie sedang menyeka air matanya.. Dengan belakang tangan. Kakinya melangkah mendekat duduk disamping shofie.. Tangannya menyeka air mata yang masih bersisa di wajah shofie.

'' hadriana.. Anak papa.. '' kepala hadriana dielus lembut haidan.

'' hub... '' jari haidan melekat di bibir shofie.

'' sssshhhh.. '' kata haidan perlahan, sambil menggelengkan kepalanya.

Haidan menunduk mencium kepala hadriana.. Dia bersyukur, anaknya selamat. Tapi dia masih tak puas hati dengan rania.. Wanita itu harus membayar semuanya.. Itu janjinya.. Kerana berani mengancam insan yang paling berharga didalam hidupnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience