BAB 23

Romance Completed 112655

Bunyi enjin kereta membuatkan mereka bangun untuk melihat dan mengharapkan itu adalah haidan, haikal berlari ke arah pintu.. Belum sempat dia sampai ke pintu haidan membuka pintu utama dengan kasar.

'' abang.. '' haikal tegejut melihat keadaan haidan yang kusut itu. Haidan sekadar menepuk bahu haikal dan jalan melepasinya.

Haidan melangkah terus mahu naik keatas, belum sempat dia memanjat anak tangga..

'' idan.. Kami disini.. '' panggil mahira.

'' bonda.. '' belum sempat haidan mahu menyatakan dia mahu keatas untuk mencari shofie.. Matanya menangkap satu susuk tubuh yang sedang duduk sofa di apit oleh annaila dan Annisa.

'' sayang.. !'' haidan memanggil shofie.. Dia berjalan ke bawah.. Duduk melutut di hadapan shofie dan mengengam erat tangan shofie yang berada di atas riba shofie . Melihat perkara itu.. Annisa dan annaila sama-sama bangun dari situ.. Memberi ruang kepada pasangan itu.

'' sayang.. Hubby dianiayai.. Ini semua adalah perangkap.. Hubby tak tahu pun siapa perempuan dalam gambar tu.. '' kata haidan. Haidan melihat mata shofie yang merah membengkak.

'sakit hati aku melihat fiya dengan mata yang sebam dan memerah membengkak tu.. Tentu dia menangis semalaman.. Sayang.. Tolong Percayakan hubby..'

'' hubby diberi dadah malam tu.. Hubby tak ingat apa pun yang jadi.. Bila hubby sedar.. Wan dah bawa hubby ke hospital.. '' terang haidan. Tapi shofie masih diam tak menjawap.

Shofie menarik tangannya.. Dari digengam oleh haidan.. Dia menarik kolar baju haidan.. Membuka sedikit .. Matanya melihat di leher haidan yang penuh dengan kesan ciuman yang sudah bertukar kebiruan.. Shofie melepaskan kolar baju haidan.. Dia menekan pelipisnya.

'macam mana.. Hati ini sakit!! . Macam mana lagi nak pujuk hati ini..' keluh shofie. Air matanya jatuh lagi..

'' sayang jangan nangis.. '' haidan menyeka air mata yang jatuh di pipi shofie.

'' puan.. Tuan tak salah.. Ini adalah perangkap. Salah saya tak menjaga tuan dengan baik.. Maafkan saya puan.. Semuanya atas kecuaian saya.. '' kata marwan.

'' kenapa boleh jadi macam ni marwan, idan..? '' tanya mahira

'' saya juga tak tahu dimana silapnya puan Sri.. Kami tiba di hotel malam tu.. Selepas balik makan malam.. Saya dan tuan, masing-masing kembali ke bilik hotel.. Saya cuai puan Sri.. Saya tersedar dari tidur sebaik menerima panggilan telefon dari puan Sri.. Saya terus ke bilik tuan..dan melihat hanya ada tuan sendirian tak sedarkan diri.. Terus saya bawa tuan ke hospital.. '' terang marwan dengan panjang lebar.

'' kamu dah periksa cctv? Takkan tak ada apa-apa yang kamu dapat dari situ'' tanya mahira lagi. Marwan mengeleng.

''semuanya seperti sudah dirancang dengan teliti puan sri.. Cctv dipadam semasa kejadian itu berlaku.. Dan dihidupkan semula selepas itu.. " kata marwan.

" mustahil!! " jerkah mahira.. Semua yang ada sama-sama tercengang.. Memandang ke arah mahira..

" saya tak peduli marwan.. Biar apa pun caranya.. Kamu perlu cari tahu siapa perlakunya.. Saya tak mahu gambar ini tersebar dan meaibkan nama keluarga Zayn.. Saya sendiri tak tahu apa akan terjadi..kalau gambar itu tersebar.." kata mahira tegas.

"kamu pun kal.. Jangan terlampau bebas.. Tak mustahil kamu.. Nisa dan naila akan jadi mangsa yang seterusnya.. Selepas ini kita perlu lebih berhati-hati.." sambung mahira lagi menunjuk kearah, satu persatu anaknya.

Shofie mengurut perut yang tiba-tiba mengeras.. Dia menyandar agar rasa senak itu dapat mengurang sedikit.. Haidan bangun duduk disebelah shofie..dan turut mengurut perut shofie yang membulat itu.

Haidan melihat shofie megerutkan wajahnya seperti sedang menahan sakit..

"sayang.." panggil haidan lembut. Shofie tidak menjawap, shofie hanya memandang wajah haidan.

"sakit..? Kita ke hospital ya.." kata haidan cemas.. Dia merasa perut shofie sangat keras dan meninggi pada ketika itu... Shofie menggeleng kan kepalanya.

Shofie merasa perutnya asyik mengeras dari semalam lagi.. Sampai menganggu tidurnya.. Tapi ia akan reda bila shofie mengelus nya..

'honey bump.. Berikan mama tanda.. Kalau betul honey bump dah sedia nak keluar sayang.. Atau honey bump mama, rasa tertekan.. sebab mama menangis semalam.'

'' puan Sri saya minta diri dulu ya.. Saya akan mencari perlakunya segera. '' kata marwan.

'' baik wan.. Apa-apa.. Kamu segera maklumkan kepada kami. '' kata mahira.

'' idan, kamu naik keatas.. Bawa shofie berehat.. Bincang elok-elok.. Jangan gaduh-gaduh..'' pesan mahira kepada pasangan itu. Dia tahu apa yang shofie rasakan. Walaupun haidan diperangkap.. Emosi shofie yang sedang hamil sangat rapuh.. Dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada pasangan itu.

Haidan membawa shofie naik keatas. Shofie masih diam sahaja.. Haidan sendiri tak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk memulihkan keadaan.

'' sayang.. '' panggil haidan.. Sekali lagi shofie hanya memandangnya tanpa menjawap panggilannya.

'' hubby tahu sayang marah.. Tapi.. ''

'' fiya tak marah.. '' kata shofie perlahan sambil menunduk.

'tak marah.. Ini namanya marah sayang..' keluh haidan.

'' sayang.. Kalau tak marah kenapa sayang diam sahaja dari tadi.. '' haidan meraup pipi shofie membuatkan wajah shofie mendongak memandang tepat kearahnya.

'' sayang jangan diam macam ni.. Jangan abaikan Hubby.. I really need you, at this moment.. Please.. Stay with me..be my strength'' rayu haidan yang melutut di hadapan shofie.

''kenapa hubby fikir fiya nak tinggalkan Hubby.. Fiya akan pergi kalau hubby yang suruh fiya pergi.... '' kata shofie.

'' tak.. Jangan pergi sayang.. '' haidan memeluk peha shofie.

'' hubby... '' shofie mengusap rambut haidan..

'fiya bukannya anak kecil.. Bila merajuk akan lari pergi.. Kita sama-sama dah matang.. Boleh berfikiran dengan waras..'

'' hubby kena selesaikan masalah ini.. Sayang tak nak benda ni menjadi semakin parah dan membuatkan keluarga ni dipandang serong.. '' kata shofie, tangannya masih mengusap rambut haidan.

'sakit hati.. Memang sakit.. Tapi, dia tak mahu kehilangan haidan. Hatinya sudah dipenuhi dengan haidan di dalamnya.. Aku, tak mahu honey bump tak mendapat kasih sayang papanya.. Aku tak nak berpisah dengan haidan, hanya kerana dugaan yang datang dalam hubungan kami.. Tak rugi kalau aku bersabar sedikit.. Demi masa depan yang lebih baik kan demi ank kami yang bakal lahir tak lama lagi ' shofie memujuk dirinya sendiri.

'' terima kasih sayang.. '' kata haidan bangun lalu memeluk shofie erat.

'' hubby pergi mandi ya, sekarang.. Busuk.!! .. '' kata shofie sambil menolak dada haidan menjauh.

'' I love you sayang.. '' haidan mencium pipi shofie. Pelukan mereka dileraikan.

'sebab fiya percayakan hubby.. Jadi hubby jangan kecewakan fiya dan anak kita' kata shofie melihat haidan melangkah pergi ke bilik air. Shofie mengelus perutnya perlahan-lahan.

Haidan didalam bilik air melihat tubuhnya di cermin tempat dia memnasuh muka.. Di baru perasan ada banyak bekas ciuman di tubuhnya. Bukan hanya ada di leher semata-mata..

'' sial!!!!!'' jeritnya

PRANG... kaca cermin bilik air yang lekat di dinding jatuh berkecai dilantai.

'macam mana aku boleh tak sedar.. Mesti shofie dah lihat semua bekas ni.. Patutlah shofie seperti tak yakin dengan aku' marah haidan tangannya yang terluka dibiarkan saja.. Marahnya mengatasi rasa sakit sampaikan luka yang berdarah itu tak terasa baginya.

''Hubby!''

'' kenapa tu.. Buka pintu ni? '' kata shofie yang cemas di luar bilik air.

Haidan berpaling melihat melalui cermin yang membolehkannya memandang keluar bilik air.. Shofie berdiri di luar sana dengan wajah cemas dengan memegang perutnya yang sedang sarat.

'aku tak akan lepaskan orang tu.. Kau akan terima nasib yang sangat buruk. Kerana kau dah buat orang yang aku sayang menangis..' kata haidan tekad.

'' hubby.. '' panggil shofie lagi.

'' sayang.. Tak ada apa-apa. Sayang pergi duduk rehat dulu ya.. '' kata haidan dari dalam bilik air.

Haidan melihat shofie yang masih berada di pintu.

'' ok.. Sayang duduk di sofa dulu ya.. '' kata shofie perlahan.. Haidan melihat sahaja shofie berjalan pergi.

Selesai haidan mandi di membuka pintu.. Terus masuk kedalam bilik pakaian. Haidan, tergejut melihat shofie yang sedang duduk di kerusi yang terletak ditengah tengah ruang bilik pakaian itu sambil memeluk tubuhnya sendiri.

'' dah puas bergusti dengan cermin tu.. Siapa pemenangnya? '' tanya shofie dengan sindiran tajam.

'' duduk!'' kata shofie tegas.

Haidan yang berdiri itu seperti lembu yang dicucuk hidungnya.. Akur lalu duduk disebelah shofie.

'' tangan.. '' minta shofie sambil menghulurkan tangannya. Haidan memberikan tangan kanannya..belum sempat tangan itu diletakkan di atas tangan shofie..

'' tangan yang satu lagi.. !'' kata shofie tegas. Haidan mengeluh lalu menyuakan tangan kirinya yang terluka.

'' hemm.. '' keluh shofie melihat luka ditangan haidan.

'' tak rugi kalau kita bersabar Hubby.. Tengok seperti ni.. Tangan hubby sendri yang terluka kan.... '' kata shofie. Belum sempat shofie menghabiskan ayatnya.. Haidan memeluknya erat. Shofie membalas pelukan haidan.. Dan mengurut belakang haidan perlahan lahan..

"hubby janji semuanya akan terjwap sayang.." bisik haidan di telinga shofie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience