BAB 48

Romance Completed 112655

'' tuan pasti nak lakukan ini? '' tanya marwan risau bila haidan sudah nekad dengan keputusannya.

'' saya perlu lakukan semua ni.. Ini langkah awal..lagipun saya taknak, terus terikat dengan dia '' kata haidan membaca kertas yang diberikan kepada doktor tadi kepadanya.

'' tapi.. ''

'' ini rahsia kita berdua.. Tak boleh sesiapa pun tahu.. Terutamanya rania. '' kata haidan.

'' saya janji tuan.. '' balas marwan. Berjanji akan merahsiakan perkara tersebut.

'' encik haidan'' panggil seorang jururawat. Haidan mendongak mengangkat sebelah tangannya.

''saya!'' jawap haidan. Haidan bangun dari duduknya.. melangkah masuk kedalam bilik jururawat itu keluar tadi.

Manakala marwan sedia menunggu di kerusi dimana dia ditinggalkan. Marwan tak membuang masa.. Dia menghubungi PI nya yang telah diupah sebelumnya.. Meminta maklumat perkembangan shofie.

'' hello.. Macam mana? Ada perkembangan.... ''

'' kenapa kau ni.. Tidurke..!! '' marah marwan. Panggilan segera diputuskan.

'apa aku nak buat ni.. Kalau tak jumpa shofie, haidan pasti nikah juga dengan rania.. Kalau shofie balik nanti macam mana?.. Aduhhh!!!' keluh marwan.

Dua hari selepas itu..mereka berdua ke pejabat agama.. Semua urusan di sediakan oleh pihak johari dan rania.. Haidan hanya menyediakan, dirinya sahaja.. Yang lainnya dia langsung tak ambil peduli.

Semasa akad nikah berlangsung entah beberapa kali haidan tersalah sebut nama rania.. Seolah-olah pikirannya melayang, berada di tempat lain.. Hanya jasadnya sahaja ada disitu.

Rania sudah menarik mukanya masam.. Mengeluh berat setiap kali haidan tersasul menyebutkan namanya. Dia merasakan haidan seperti sengaja melengahkan masa dan memalukan dirinya.

'sabar nia.. Sabar... Haidan kau sengaja kan..dah la nak nikah di pejabat agama sahaja.. Tak nak buat majlis semua.. Aku ikut semuanya haidan.. Yang penting kau jadi milik aku!!' dalam hati rania sudah bergolak-golak api kemarahan.

Akhirnya lafaz sah keluar dari mulut mereka. Wajah-wajah tua itu sama-sama tersenyum. Cuma wajah pengantin lelaki sahaja, tiada langsung satu garis senyuman di wajahnya. Rania langsung tak pedulikan perkara itu.. Yang penting hatinya puas. Akhirnya haidan miliknya.

Selesai mendatangani dokumen, haidan bangun mendekat kepada rania.. Rania tersenyum lebar, melihat haidan jalan mendekat kepadanya.

'' sekarang beritahu aku dimana shofie!'' kata haidan. Kalau tak teringatkan untuk bertanyakan hal tersebut mahu sahaja dia berjalan keluar dari situ..

'shofie! Shofie! Shofie!.. Apa kurangnya aku didepan ni.. Buka mata kau haidan.. Tak nampakkah aku didepan mata kau ni.. HAIDAN!!!'

'' tapi ini belum selesai.. '' rania senyum, menunjukkan kearah cincin yang masih terletak elok ditempatnya yang dihias cantik.

'' rania! Kau sedang menguji kesabaran aku!? '' haidan rasa masa berlembut dengan rania sudah tamat.

'' baik-baik..!! '' bentak rania melepaskan bunga di tangannya..dan kembali menarik mukanya masam mencuka. Dia mencari telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangannya, yang dipegang oleh pelayan nya.

'' ni!'' rania menyuakan telefon bimbitnya.

Haidan menyambut telefon bimbit rania, melihat lokasi yang sudah ditanda oleh rania..

'' wan.. !'' haidan memberikan telefon bimbit itu kepada marwan.. Marwan segera menghantar lokasi itu ke telefon bimbitnya.

Manakala disana..

Ruhaina terasa dirinya diekori.. Sebelum ini juga dia rasa diekori... Tapi kali ini berbeza.. Dimana ada seorang lelaki yang mengekorinya sangat dekat.. Ruhaina berjalan lagi.. Di kembali meletakkan barang yang dipilihnya tadi. Kakinya melangkah keluar dari kedai runcit tersebut

Langkahnya semakin lama, semakin laju.. Ruhaina berpaling sekilas kearah belakang.. Seorang lelaki berkaca mata hitam berhoodie sedang mengejar langkahnya.

'cis siapa pula ni.. Kenapa dia kejar aku.. Apa lagi rancangan rania..apa lagi perempuan tu nakkan..' keluh ruhaina..

'' cik!''

'' cik!'' laung lelaki itu.

Ruhaina bersembunyi di satu selekoh yang terdapat di celah-celah rumah kayu.. Melihat lelaki itu berjalan pergi melintasi tempat persembunyiannya. Tanpa belenggah ruhaina cepat-cepat keluar dari situ dan berjalan dengan pantas kembali ke rumah penginapan mereka.

Tegopoh gapah ruhaina membuka pintu rumah kecil tersebut.. Shofie yang sedang menyusukan bayinya tersentak, tergejut mendengar bunyi di luar pintu.

'' kejap sayang,,, ancik balik tu.... '' shofie menyuakan jari kelingkingnya didalam mulut kecil hadriana untuk melepaskan lekapan mulut hadriana kepadanya.

Pintu dibuka dengan kasar oleh ruhaina.. Belum sempat ruhaina menutup kembali pintu tersebut. Lelaki yang mengejarnya tadi bergegas turut ikut masuk kedalam rumah kecil mereka.. Lalu menutup pintu dan menguncinya.

'' kamu.. Kamu siapa!!'' tanya ruhaina gagap.

'' wait!!.. Tunggu.. Saya bukan orang jahat!!'' lelaki itu mengangkat tangannya ke udara bila ruhaina menyuakan pisau kearah lelaki itu, untuk melindungi shofie di belakang tubuhnya.

'' saya.. Alex.. ''

'' Alexander lim.. '' kata lelaki itu. Perlahan lahan tangannya membuka hoodie di kepalanya.. Dan menanggalkan cermin matanya.

'' siapa Alex.. Kami tak kenal, orang yang bernama Alex.. !!'' kata ruhaina. Masih dalam posisi berjaga-jaga.

''memang cik tak kenal saya.. Tapi saya kenal cik berdua.. '' kata Alex memasukkan tangannya kedalam jaket yang dipakainya.

'' tangan diatas.. !!'' jerit ruhaina. Berwaspada kalau-kalau lelaki yang tak dikenalinya itu mengeluarkan sesuatu yang akan membahayakan mereka berdua.

'' sabar cik.. Sabar.. Ni.. Saya ambilkan handphone.. Ok.. Handphone.. '' terang alex.. dia, mendail nombor seseorang dan menayangkan layar telefonnya kepada dua wanita itu.. Punat pembekal suara ditekan.

'' hello bro!'' suara seseorang disebelah sana menyahut..

'' bro... I got your sister bro.. !!'' kata Alex.

'' abang!!abang farid!'' pangil shofie.. Ruhaina menurunkan pisau di tangannya.

'' bagi handphone ni dekat adik aku.. '' kata farid.

'' gila.. Adik aku kat dimana bro." tanya farid.

'' abang.. Ni fie.. '' kata shofie ceria. Akhirnya ada sinar harapan untuk mereka.

'' where have you been silly.!!!'' jerit farid disebelah sana. Shofie diam tak menjawap..Tangisannya pecah disitu.

'' Tengku.. Maaf saya ruhaina.. Boleh saya bercakap bagi pihak shofie..? '' kata ruhaina.

'' kenapa dia menangis? matikan panggilan, saya nak video call saja.. '' Kata farid.

'' hey bro.. Dekat sini tak boleh video call.. Ni pun untung ada line tau!'' sampuk Alex yang dari tadi menjadi si pemegang telefon bimbitnya untuk wanita-wanita itu.

'' kau uruskan adik aku keluar dari situ sekarang juga.. Bawa mereka berdua balik ke rumah aku.. I'm serius bro.. Now!'' kata farid tegas.

'' ya.. Ya.. '' jawap Alex sambil menganggukan kepalanya.

'' fie.. Kita jumpa nanti..jangan nagis.. Be strong dear..'' kata farid sebelum panggilan dimatikan.

'' ok dah dengar kan.. Saya bukan orang jahat! Saya kawan baik Tengku farid iskandar.. Sekali lagi.. Nama saya Alexander lim.. '' katanya sambil menyuakan tangannya.. Untuk bersalaman.

'' saya ruhaina.. '' ruhaina menyambut tangan Alex.

'' ini shofie dan hadriana.. '' sambung ruhaina seraya mengalihkan tubuhnya dari melindungi shofie.. Dan menunjuk kepada shofie dan bayi yang sedang ada dalam dukungan shofie.

'' what!!'' Alex kembali menarik tangannya bila melihat bayi yang diberi nama hadriana itu.

'' mana datangnya baby ni? Don't say that your baby cik shofie..? '' kata Alex tergejut. Dia tambah tergejut lagi melihat shofie mengangguk.

'' kenapa farid beritahu yang kamu keguguran..? '' kata Alex mengaru kepalanya.

'' panjang ceritanya... Encik Alexander .. '' kata ruhaina.

'' panggil saya elex.. Nak senang lagi bro saja.. '' kata Alex denfan gelakkan kecil.

'' kalau begitu panggil saya shofie atau fie.. '' kata shofie dengan senyumannya.. Sambil menyeka sisa air matanya.

'' apa-apalah.. Janji fie ikut saya balik... Sekarang sila berkemas ya ladies.. !'' kata Alex duduk di kerusi mula sibuk dengan telefon bimbit di tangannya.

Selesai berkemas mereka keluar bersama.. Alex membawa mereka ke kawasan yang kelam.. Tak dapat melihat apa-apa disitu.. Shofie menarik ruhaina mendekat kepadanya.

'' apa kita buat disini kak? Bukan kita kena naik bot kalau nak keluar dari pulau ni..? '' kata shofie berbisik di telinga ruhaina.

'' entah.. Kakak pun tak tahu.. Kejap kakak tanya dia.. '' kata ruhaina..

'' Alex.. Kenapa kita tunggu disini? kita perlu keluar dari pulau ni naik bot.. Di jeti sana.." Kata ruhaina menunjukkan laluan kearah jeti.

'' jeti? Bot? Tapi saya datang tak naik bot... '' jawap Alex santai, sambil memandang kearah jam tangannya.

Melopong ruhaina dan shofie mendengar apa yang dikatakan oleh Alex. Kemudian kedengaran sayup-sayup bunyi helikopter sedang datang kearah pulau.

'' sebab saya datang naik benda tu.. '' kata Alex. Menunjuk kepada helikopter yang mula berlegar di atas kepala mereka.. Sebelum turun mendarat tak jauh dari tempat mereka berdiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience