Bab 10

Romance Completed 112704

Shofie membuka matanya.. Bila perutnya terasa ada sesuatu yang berat berada di atasnya.. Rupanya itu adalah tangan suaminya.. Bibirnya menarik senyuman..

Dia kembali mengingati bagaimana haidan cuba mengelak darinya kemarin.. Sampaikan haidan memilih untuk solat isyak sendirian dan tidur tanpa menunggunya.. Jadi malam itu dia tidur tanpa mendegar alunan merdu ayat Al-Quran yang selalu haidan bacaan sebelum dia tidur. Shofie mengelus perutnya lembut..

'entah apa yang papa rajuk kan.. Honey bump...'

Shofie berpaling melihat kearah wajah haidan yang masih terlena dibuai mimpi.. Adakala dahi lelaki itu bekerut-kerut.

'apa yang dia pikiran.. Sampai dibawa kedalam mimpi..'

Shofie memainkan jarinya.. Di wajah haidan.. Mengurut lembut ruang antara dua kening itu.. Sampai kedutan disitu beransur hilang.. Turun ke batang hidung yang mancung.. Turun lagi ke bibir tebal merah jambu..

''auuchh!!'' jerit sofie bila haidan menggigit jari shofie.

'' jangan kacau.. !'' kata haidan yang masih memejamkan matanya, dia menarik selimut lalu mengalihkan tubuhnya kearah sisi yang lain. Membelakangkan shofie.

Perbuatan haidan itu, membuatkan hati shofie tiba-tiba tersentak.. Seperti ada sesuatu yang pedih di dadanya. Shofie bangun duduk.. Menjenguk untuk mengintai haidan yang berpaling kearah sana.. Haidan, masih memejamkan matanya..

'' hubbyyy... '' panggil shofie. Tapi haidan tak memberi tindak balas.

Shofie turun dari katil perlahan-lahan.. Memakai jubah tidurnya.. Dia berfikir apa yang perlu dia lakukan pada waktu itu.. Kerana matanya sudah tidak mahu terpejam lagi.. Shofie berjalan dalam keadaan bilik yang kelam, berjalan dengan senyap.. Tidak mahu menganggu tidur haidan.

'' honey bump.. Lapar tak.. Mama tak tahu nak buat apa la.. Ni mesti sayang mama ni tak degar suara papa ya.. Sampai mama pun tak boleh tidur.. '' shofie membuka peti sejuk mini.

Apa yang ada didalam peti itu tak menarik minatnya. Tiba-tiba matanya tertangkap akan sesuatu.. Dia mengambil beg kertas tersebut.. Mengeluarkan beberapa kotak manisan yang ada di dalamnya.. Air liur shofie memenuhi rongga mulutnya.. Berkali-kali dia menelan air liur..

'mungkin sebab ni sama... Masa awal-awal saif bagi tadi air liur dah rasa nak meleleh..'

'' akhirnya.. '' kata shofie.

Shofie membuka pembalut dan mula menyuapkan manisan itu ke mulut.. Walaupun rasanya agak pelik dan aneh pada mulanya. Mungkin kerana, ini pertama kalinya shofie memakan manisan yang berasal dari timur tengah.. Namun begitu, shofie masih menyambung makan manisan itu.. Satu demi satu.. Tanpa dia sedar.. Semua kotak itu telah dibukanya.. Dan merasa setiap satu darinya.. Shofie berpaling mencari jam.. Namun didalam bilik penginapan itu tak ada jam yang tergantung di dinding..

Shofie bangun mencari telefon bimbitnya.. Mencari di dalam beg tangannya.. Tapi tak ketemu.. Shofie mundar mandir mencari telefon bimbitnya dalam bilik yang tak berapa cukup cahaya itu.. Dia mencari telefon bimbit haidan untuk membuat panggilan..

'eh... Kenapa ada disini'

Shofie melihat telefon bimbitnya ada bersebelahan dengan telefon haidan.. Shofie melihat haidan yang masih terlena dalam tidurnya.

'kenapa telefon ni boleh ada disini..' ligat shofie cuba berfikir.

Shofie masih buntu.. tak juga mendapat jawapan untuk itu.. Kerana haidan banyak mengelak darinya selepas balik dari solat tadi.. Haidan akan bercakap dengannya pun kalau ada orang lain bersama mereka..

''takkan dia..? '' shofie bingung mahu beraksi apa pada ketika ini.. Perlahan lahan dia menarik sebaris senyuman..

'' macam tu rupanya.. '' shofie mengelus rambut lembut suka dia menyentuh rambut milik haidan.. Pipi haidan dicium sekilas oleh shofie.

Shofie bangun semula bila melihat jam di telefon bimbitnya, tak lama lagi subuh akan masuk waktunya.. Shofie berjalan ke bilik air.. Membersihkan diri dan solat.

Haidan terjaga bila penggera telefon bimbitnya berbunyi membingitkan telinganya. Dia mencapai telepon bimbit tersebut, matanya dibuka sedikit mengintai melihat paparan skrin telefon tersebut. Jarinya menggores mematikan penggera itu.. Telefon itu kembali diletakkan di tempatnya. Tanpa dia sedari matanya kembali terpejam. Shofie melihat saja apa yang dilakukan haidan tadi..dengan senyuman.

'' hubbyyy.. Bangun... '' panggil shofie. Namun haidan masih tak mengendahkan nya.

Cahaya matahari mula, menceroboh masuk kedalam bilik tidur mereka, menyilaukan mata haidan.. Matanya dibuka perlahan lahan.. Haidan melihat kearah cahaya.. Langsir bilik itu sudah disingkap ke sisi dan diikat rapi..

Haidan tergesa-gesa bangun.. Berlari ke bilik air.. Selesai mandi.. Dia qada' kan solat subuh yang tertinggal nya tadi.. Selesai solat dia baru terasa bilik yang dihuninya itu agak sunyi dah sepi.. Seperti ada sesuatu yang hilang.

Haidan melihat keliling.. Kosong.. Dia mula berasa cemas.. Kemudian dia terpandang kan kearah sekeping kertas yang diletakkan satu kuntum bunga mawar merah diatasnya.. Haidan berjalan mendekat.. Dia melihat kertas yang ada tulisan tangan shofie disitu.. Dada haidan jadi berdebar.. Tangannya terketar-ketar mengambil kertas tersebut.

'bila dua hati bertemu.. Hati saling memenuhi.. Maka Bunga-bunga bermekaran. Seolah cinta ini terbakar.. Badai dalam lautan api.. Bumi bergoncang, langit begerak.. Kita akan mengisi hati satu sama lain dengan kenangan manis.. Biar kenangan duka ini menghilang.. '

' Aku milikmu.. Hanya milikmu.. Setiap cintaku hanya untukmu. '

~ fiya.. ~

Haidan mengambil mawar merah tersebut.. Dan mencapai telefon bimbitnya. Mendail nombor shofie.. Bunyi deringan telefon shofie kedengaran di ruangan bilik itu.

''sayang... '' panggil haidan. Dia berjalan kearah bunyi telefon shofie..'' haidan melihat telefon itu ada di atas meja solek dimana ianya sedang dipasang kepada soket untuk mengecas.

'mana dia pergi...'

Haidan mendail nombor marwan.. Sambil melangkah pergi kearah pintu keluar..

'' wan.. Mana shofie..? '' tanya haidan cemas.

'' saya masih di bilik.. '' jawap marwan di corong sebelah sana.

Haidan mematikan panggilan.. Di berlari ke bilik marwan.. Mengetuk pintu bilik marwan.

Marwan melihat telefonnya yang sudah ditamatkan panggilannya.. Dia yang sedang mengemas beg pakaianya menghentikan kerjanya bila pintu biliknya diketuk kasar dari luar. Dia berjalan dengan tergesa-gesa kearah pintu dan membukanya.

'' tuan? ''

'' call.. Siapa tu.. '' haidan mengetuk dahinya dengan tangannya..

..

"maksud tuan.. Ruhaina ya..? Tanya marwan.

'' ya.. Call dia sekarang..!!'' arah haidan.

'' baik'' marwan mendail nombor ruhaina. Sekali... Dan mencuba lagi... Lagi...

''dia tak angkat tuan.. '' kata marwan.

'' ikut saya.. !'' arah haidan.

Mereka berjalan ke lobi.. Dimana ada penyambut tetamu disitu.

'' tuan biar saya yang tanya kan.. '' kata marwan. Haidan mengangguk. Haidan melihat saja marwan dari jauh.. Sampai lah lelaki itu datang semula kearahnya..

'' tuan.. Mereka beritahu puan masih belum keluar dari resort.. '' beritahu marwan.

'' belum.. Keluar, jadi, mereka kemana.. Kamu tahu dimana bilik ruhaina? '' tanya haidan.

'' ya tuan.. Tahu.. ''

'' mari kita kesana..mana tau, shofie ada disana..'' kata haidan.

Mereka berjalan pula ke bilik ruhaina.. Dari mulanya mereka menekan loceng.. Kemudiannya mengetuk pintu bilik tersebut.. Namun tak ada tanda-tanda.. Ada orang di dalamnya..

'' tuan.. Mungkin puan bersama puan Sri? Atau ibu puan? Atau puan besar? atau dengan dua adik kembar tuan? '' marwan memberi cadangannya.

Haidan meraup rambutnya..

'kenapa hanya seorang shofie fitriyani.. Sangat sulit untuk dijaga.. Dia sentiasa suka bergerak bebas begini..' keluh haidan.

'' tuan.. Tuan'' panggil marwan. Haidan melihat marwan menunjukkan ke satu arah di kawasan lapang.. Di mana ada dua wanita sepertinya sedang berjalan santai disana.. Mengikut jejak perjalanan kaki yang ada disitu..

Haidan terus berlari kearah mereka.. Marwan turut berlari sama bila melihat haidan berlari laju kesana. Haidan melihat belakang wanita yang bernama shofie itu.. Dia mencapai lengan wanita itu dan menariknya dari terus berjalan.

'' hubby? '' kata shofie kehairanan.

Haidan membongkok.. Mengatur nafasnya.. Kedua dua tangannya masih memegang erat lengan shofie. Marwan pula menarik ruhaina supaya menjauhi pasangan tersebut.

''apa niat kamu bawa puan keluar tanpa memberitahu saya.. Apa yang saya akan beritahu.. Kepada tuan..? Dan kenapa kamu tak angkat panggilan bila saya menelefon? .. Kamu tahu tak kamu dah lakukan kesalahan besar kali ni..!'' marah marwan.

'' maaf tuan.. Saya di hanya menemani puan.. Mengenai telefon itu.. Maaf sekali lagi.. Mungkin didalam sana tadi tak ada line.. '' alasan ruhaina..menunjuk ke arah jauh di sana.. Padahal, shofie yang tak membenarkan ruhaina menjawap panggilan dari marwan.. Marwan dan ruhaina berpaling memandang kearah haidan dan shofie..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience