BAB 49

Romance Completed 112655

Marwan dan haidan baru sampai di Pulau yang diberitahu oleh rania. Sebaik kaki mereka menapak di pulau itu, mereka mula menyoal penduduk disitu.. Sehingga haidan melihat seorang lelaki yang baru tiba dari laut dengan bot nelayan miliknya.

'lelaki tu yang dalam gambar, dengan shofie..' tanpa sedar kakinya berjalan kearah lelaki tersebut yang sibuk mengangkat hasil tangkapan nya bersama dengan beberapa nelayan yang lain. Marwan yang melihat haidan berjalan pergi, turut mengikut langkahnya.

''saudara..boleh saya nak tanya sikit!'' jerit haidan kerana jarak mereka agak jauh dipisahkan air laut. Bila lelaki itu sudah turun semula ke botnya.. Manakala haidan berada dia atas jeti kayu, bersama marwan.

'' saya!'' zamri menunjuk kearah dirinya sendiri.

'' ya!'' balas haidan mengangguk.

Zamri tersenyum, lalu berjalan ke bahagian hadapan botnya dan memanjat naik ke jeti.

'' assalamualaikum.. '' kata zamri ramah, dia menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan dua lelaki yang tak pernah dia lihat sebelum ini..

''waalaikummusalam.. Boleh saya nak bertanya.. Sebelum tu nama saya haidan dan ini marwan.. '' kata haidan memperkenalkan diri.

'' saya zamri.. sila lah encik.. Nak tanya apa tu? Insya Allah kalau saya boleh jawap.. Saya akan jawap '' kata zamri.. Senyumannya tak lekang di bibirnya. Haidan mengeluarkan telefon bimbitnya menunjuk kepada lelaki itu.

'' ada encik lihat wanita yang didalam gambar ini..? '' tanya haidan.

'' oh ini.. Ada tapi dia dah balik semalam, kalau tak salah sayalah.. penduduk disini nampak dia balik.. Dia naik helikopter semalam.. '' kata zamri.

'' naik heli? Encik yakin wanita didalam yang gambar ni, yang encik lihat? '' tanya haidan lagi. Kepala zamri, mengangguk mengiyakannya.

'' yakin! ini shofie kan? '' kata zamri sambil bertanya kembali.

'' jadi dia dah balik...? '' tanya marwan.. Bila melihat haidan diam saja.

'' ya.. '' jawab zamri lagi.

'' terima kasih ya encik.. '' kata marwan, bersalaman dengan lelaki itu. Haidan juga membuat hal yang sama.

Mereka berdua berjalan pergi, manakala zamri melompat turun ke botnya semula..

'' kita balik wan.. '' kata haidan lemah.. Rasa kecewa menyelubungi nya.

Rania tiba di hadapan rumah besar keluarga Zayn.. Dia turun dari kereta yang dipandu oleh pemandunya. Tanpa segan-segan rania masuk kedalam rumah tersebut..membuka sendiri pintu utama rumah tersebut. Ada seorang pelayan datang menyambutnya.

'' dimana bonda? '' tanya rania.

'' puan Sri ada didalam.. '' jawap pelayan tersebut.

'' siapa yang datang? '' tanya mahira kepada pelayannya.. Dia sedang berada di ruang rehat keluarga.

'' bonda, rania ni! yang datang.. '' rania sendiri yang menjawap pertanyaan mahira.

'' Rania!.. '' mahira bangun dari duduknya. Melihat rania berjalan sambil menayangkan senyum kepadanya .

'' bonda.. '' panggil rania, lalu mengambil tangan mahira dan bersalaman.

'' apa yang rania buat disini? '' tanya mahira hairan.

'' nia datang cari suami nia.. '' kata rania.

'' suami?!'' hampir luruh mahira mendengar perkataan yang keluar dari mulut rania..

'ya Allah, tolonglah.. Jangan kata di ni isteri haidan..' keluh mahira.

'' siapa suami rania? '' tanya mahira.

'' suami nia.. Tentulah haidan.. '' kata rania dengan bangga nya.

'' APA!!'' kata mahira lantang.

'' tak mungkin!tak mungkin!'' kata mahira tak percaya. Kepala mengeleng ke kiri dan kanan. Rania memegang tangan mahira.. Namun, mahira segera menarik tangannya semula.

'' nia tak tipu bonda.. Ini buktinya.. '' rania membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sijil perkahwinan mereka.

Mahira melihat kertas yang diberikan oleh rania.. Hati mahira luluh tak terkata.. Tak menyangka haidan sudah menikah dengan rania. Kenapa anaknya sanggup membelakangkan dia , sebagai seorang bondanya. Mahira mencari sofa untuk dia merebahkan tubuhnya yang terasa lemah pada ketika itu.

'' nani.. '' panggil mahira.

'' tunjukkan.. bilik tamu kepada dia.. '' kat mahira menunjuk kepada rania. Hujung bibir rania tertarik naik keatas.. Bila mahira memahi tujuannya kemari.. Tapi senyumannya kedur kembali..

'bilik tamu! Hah.. Dia sedang bergurau kan.. Aku ni menantu dia! Aku bukannya tetamu.. Aku nak tidur bilik yang sama dimana haidan tidur!!' bentak rania didalam jiwanya.

'' ah.. Beg saya ada didalam kereta.. '' kata rania cuba memaniskan wajahnya. Menutup rasa tak puas hati didalam hatinya.

'' nani.. Kamu uruskan dia.. '' kata mahira.. Menggoyangkan tangannya menyuruh nani pergi.. Manakala sebelah tangannya lagi sedang memicit pelipisnya yang terasa berdenyut.

'aduhh sakit kepala aku, ada anak lelaki seorang.. Ragamnya macam sepuluh orang.. Tak habis-habis masalah datang.. Ni bala ni pula datang.. Apa yang sebenarnya anak tu pikir kan..sungguh aku tak paham apa yang anak tu fikirkan..' mahira kemudian memicit dahinya pula.

Sedang rania berjalan mahu keluar dari rumah tersebut.. Diiringi oleh nani dibelakangnya.. Pintu utama dibuka dari luar. Haikal dan yumna melangkah masuk kedalam rumah tersebut.

''kau buat apa disini!'' kata haikal menegur rania dengan kasar.

'' buat apa? '' kata rania acuh tak acuh.

'' siapa ni abang? '' tanya yumna.

'' ni perempuan tak tahu malu.. Lebih baik kau cakap kau buat apa disini rania?!'' tanya haikal.

'' ish tolong lah.. Siapa yang tak tahu malu.. '' kata rania melibaskan rambutnya kebelakang.. Menjeling kepada haikal dan yumna.

'' tak sedar diri!'' kata haikal.

'' berlagak nya.. '' tambah yumna.

'' apa kau cakap perempuan.. Jaga sikit mulut kau ya.. !!'' rania menunding jarinya di depan muka yumna.

Tapi tangan rania segera ditepis oleh haikal..

'' tolong hormat sikit ya.. Aku ni kakak ipar kau !!'' kata rania merenung tajam kepada haikal.

'' kau sedang bermimpi ya.. Rania.. '' kata haikal sambil ketawa.

'' entah.. Dah la datang rumah orang, tak ada sopan santun.. Boleh pulak mengaku isteri abang.. '' kata yumna.

'' ehhh perempuan.. Kau siapa? Cakap ikut sedap mulut kau saja.. Memang aku isteri haidan.. Abang kau haikal.. Isteri abang kau!!'' kata rania.. Menempik kepada dua insan yang sedang menghalang jalannya.

Terkedu haikal dengan yumna.. Masing-masing saling berpandangan. Tak percaya apa yang mereka dengar, perkataan yang kuar dari bibir rania.

'' kenapa senyap.. Tadi gelak kan aku kan.. Sekarang ketawa lah.. Atau.. Kau patut cakap 'tahniah kakak ipar.. hemmm... Gelak lah lagi.. '' kata rania menyindir.

Haikal diam dia berjalan pergi meninggalkan rania dan yumna..

'' kau ingat kau akan bahagia jadi isteri abang.. Kau bermimpi.. '' kata yumna menyindir rania.

'' kau siapa? Apa hak kau.. Nak cakap macam tu..? '' tanya rania. Dia merasakan wanita yang berwajah pucat didepannya akan menimbulkan masalah di antaranya dan haidan.

'' aku? Akulah wanita yang akan pastikan kau tak lama didalam keluarga ni!'' sindir yumna menarik senyuman sinisnya.

'' kau.. !'' rania melihat kepada nani yang masih setia menunggu dibelakangnya.

'jangan cepat melatah rania.. Kau harus tunjuk imej yang baik pada keluarga ni.. Serangga perosak ni.. Nanti pandai-pandai lah kau uruskan dia!' rania menarik bibirnya.. Tersenyum manis kepada yumna.

'' baiklah.. Adik.. Kakak akan nantikan.. Kakak akan usaha pertahankan ikatan perkahwinan kami.. '' kata rania.. Menyindir yumna secara halus..

'' berlagak!!'' kata yumna dengan kesal lalu berjalan pergi meninggalkan rania.

Rania melihat saja wanita itu pergi meninggalkannya.. Dia berpaling melihat kepada nani yang masih ada di belakangnya.

'' siapa dia? '' tanya rania sopan.

'' itu.. Cik yumna.. Kenalan kecil tuan muda.. Dia sudah dianggap seperti ahli keluarga da.. '' belum sempat nani menghabiskan ayatnya.. Rania mengangkat tangannya.

'' cukuplah.. '' kata rania

'perempuan tu bukan saingan aku!' bisik hati rania dengan yakin.

Nani membawa menunjukkan kepada rania biliknya.. Rania masuk dan merebahkan tubuhnya di atas katilnya..

'' perlahan-lahan saja rania.. Aku ambil semuanya sedikit demi sedikit'' kata rania menarik bibirnya tersenyum.. Memandang langit bilik tersebut.

''encik suami.. Isteri kamu dah balik kerumah.. !!'' kata rania dengan gelak kan kecil.. Dia langsung tak melihat haidan sebaik dia sah menjadi isteri kepada lelaki itu... Tapi didalam hatinya, yakin mengatakan haidan pergi mencari shofie..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience