BAB 42

Romance Completed 112697

Haidan sampai di dewan bersalin Raudhah bersama marwan.

'' wan.. Tadi saya berkasar sangat dengan shofie ke? '' tanya haidan menyesal dengan apa yang dia lakukan tadi. Sungguh dia sangat marah dengan shofie yang asyik, meminta untuk pergi darinya. Kalau ikutkan hati nak saja dia kurung shofie didalam rumahnya dan tak benarkan shofie kemana-mana lagi. Haidan melepaskan nafas berat memandang ke arah marwan..

'' tuan, maaf kalau saya menegur.. Tuan dan puan. Sama-sama emosi tadi.. Tuan tak patut marahkan puan.. Tentu kehilangan ni amat terkesan buat puan juga.. '' kata marwan tenang.

'' ialah.. '' haidan memicit dahinya.

Mereka berdua sampai di wad milik shofie dirawat. Tapi malangnya.. Katil yang menempatkan shofie tadi sudah kosong.. Haidan dan marwan saling berpandangan.

'' nurse mana isteri saya? '' tanya haidan kepada seorang jururawat yang baru ingin masuk kedalam bilik tersebut.

'' siapa ya.. Isteri encik? '' tanyanya.

'' isteri saya shofie fitriyani.. Yang ada di wad ini tadi.. '' kata haidan cemas.

'' pesakit yang ada di wad ini telah keluar encik.. Kerana dia bekeras mahu keluar.. Keluarganya juga datang membawanya pergi.. '' kata jururawat tersebut.

'' dimana anak saya? '' tanya haidan.

'' anak dibawa bersamanya.. '' kata jururawat tersebut menayangkan wajah hairan melihat haidan dengan pandangan mencurigakan.

'' maaf encik.. Saja perlu lakukan kerja saya.. '' kata jururawat tersebut mahu masuk kedalam bilik itu untuk berkemas untuk pesakit baru.

Haidan berjalan keluar dari situ dengan perasaan marah yang membuak-buak.. Berjalan dengan membuta tuli melanggar siapa saja, yang menghalang laluannya. Marwan pula, terbongkok bongkok memohon maaf kepada orang-orang yang dilanggar oleh haidan.

'' berani dia lari!!'' jerit haidan sebaik keluar dari bagunan tersebut.

Haidan segera mendail nombor shofie.. Panggilan itu masih disambungkan.. Tapi tak diangkat. Haidan mendail lagi.. Lagi dan lagi.. Hasilnya masih sama.. Telefon bimbit yang berada didalam genggamannya diperhatikan.. Belum sempat marwan merampas telefon itu dari tangan haidan.. Telefon bimbit itu hancur terhempas di atas jalan yang berturap..

Marwan menutup wajahnya dengan sebelah tangannya. Dia sudah menyangkakan perkara itu akan terjadi. Haidan akan merosakkan semuanya yang berada di sekelilingnya sampai dia merasa puas. Marwan melihat haidan sudah mula berjalan pergi. Menuju ke taman yang berada tak jauh dari situ.

'ahh sudah.. Kemana yang dia nak pergi pula.. Tempat awam ni.. Tak pasal-pasal kena saman sebab vandalisme..' keluh marwan. Mengutip telefon haidan yang sudah nazak itu..

'' tuan.. Tenang dulu tuan..! '' panggil marwan.. Tangannya ligat mendail nombor ruhaina.. Dengan kakinya yang berlari mengejar haidan yang jalan mula menendang apa saja yang ada di tanah.

'mana kau aina.. Kenapa susah sangat nak angkat telefon ni.. Tau tak apa dah jadi dekat sini..' marwan melihat haidan..

'itu pun satu..' keluh marwan.. Tangannya masih terus mendail nombor shofie dan juga ruhaina.. Tapi hasilnya masih tetap sama.

Shofie merasakan kereta yang membawa mereka berhenti.. Dia memeluk anaknya erat.. Walaupun matanya ditutup erat.. Dia dapat rasakan anaknya sedang begerak menggeliat kecil.

'' buka mata mereka.. '' arah satu suara..

Mata shofie dan ruhaina dibuka.. Mereka berdua sama-sama memandang kearah sekeliling..

'' kenapa bawa kami kesini? '' tanya ruhaina.

Mereka dibawa ke sebuah jeti.. Entahlah dimana tempatnya..

'' bermula dari sini.. Kami akan tinggalkan kamu berdua.. '' kata lelaki itu. Dia menunjukkan kearah sebuah bot .. yang sedang menghampiri mereka..

'' nak kami kemana sebenarnya ni.. Tahu kan dia baru bersalin.. Kamu nak kami naik bot ni kemana? '' tanya ruhaina.

'' untung kami bagi kamu naik bot.. Kalau kami tinggal dalam hutan atau tolak kamu berdua jatuh kedalam gaung macam mana.. '' sindir lelaki itu.. Dia melemparkan beg tangan milik shofie dan ruhaina di hadapan mereka.

'' itu aku bagi! tapi ini.. Aku tak bagi.. Atas arahan cik aku.. '' kata lelaki itu menayangkan telefon bimbit mereka yang sudah, berada di tangannya. Dia membaling telefon tersebut jatuh ke dalam laut.

'' aahhh satu lagi.. '' dia mengarahkan salah seorang dari mereka untuk pergi mengambil sesuatu didalam kereta. Lelaki itu datang bersama dengan beg yang ada di tangannya.

'' ini beg budak tu.. Kan.. '' kata lelaki itu menunjuk kearah bayi yang berada didalam pelukan shofie.. Shofie mengangguk. Dia amat mengenali beg bersaiz sederhana itu.. Beg bayi yang dia sediakan dan disimpan didalam keretanya.

'' sekarang pergi.. Ingat.. Jangan kembali lagi.. '' katanya sambil ketawa.

Shofie dan ruhaina berjalan sampai ke hujung jeti dan naik ke bot. Sebuah bot penumpang yang mengambil penumpang untuk ke pulau disebelah sana..

'' kita dimana kak aina..? '' tanya shofie. Didalam hati ada segelumit rasa lega kerana sudah bebas dari tahanan mereka.

'' kakak pun tak tahu.. Apa yang kita nak buat sekarang fie? Kita kena maklumkan dimana kita berada kepada tuan.. '' kata ruhaina.

'' kak'' shofie menunduk melihat bayinya.

''kalau kak rasa terbeban.. Kak boleh tinggalkan shofie.. Buat masa ni biar kita macam ni dulu.. Kalau benar jodoh kami kuat.. Pasti dia dapat cari kami.. '' kata shofie sebak.

'' fie.. Jangan menangis.. Baik kak tak akan sebut lagi pekara ni..selagi fie tak bersedia.. '' kata ruhaina memujuk shofie. Ruhaina yakin shofie sedang risaukan bayinya.

'' boleh kakak tahu.. Apa nama puteri comel ni..? '' tanya ruhaina..

'' namanya hadriana.. Nama yang papa dia pilihkan untuk dia..'' kata shofie. Mengelus pipi si kecil yang kemerahan itu.

'' maksudnya..? '' tanya ruhaina lagi. Memancing emosi shofie supaya tak bersedih lagi.

''hadiah dari Tuhan..'' kata shofie dengan gelak kan kecil..

'' hadriana tidur saja dari tadi.. Anak yang baik ni.. '' puji ruhaina menyentuh tangan bayi itu yang mula keluar dari kain yang membalut nya..

Rania melihat haidan yang sedang mengamuk dari dalam kereta yang berada tak jauh dari situ.. Dia merasakan dirinya beruntung hari ini.. Pertama, dakwaan ke atasnya sudah ditarik balik. Kedua, shofie telah pergi.. Memudahkan lagi urusannya memikat haidan selepas ini. Ketiga, melihat haidan yang sedang marahkan shofie yang pergi meninggalkannya atas ulahnya sendiri.

'' hai lah.. Shofie. Laki kau sedang mengamuk dekat kau ni..!'' katanya sambil ketawa.. Tangannya mendail nombor johari.

'' daddy, semuanya sudah beres.. Selesai.. Bila daddy nak jalankan rancangan daddy pula.. '' tanya rania dengan suara manjanya.

'' kamu pasti ni.. Sudah selesai.. Dalam seharian anak daddy selesaikan.. I'm impressed !'' balas johari disebelah sana.

'' tentulah.. Terima kasih berikan orang bawahan yang cekap kepada nia.. Kerja nia jadi mudah.. '' kata rania lagi.. Membuatkan johari disebelah sana ketawa puas.

'' mestilah!'' kata johari bangga.

'' jangan risau.. Rancangan daddy tak pernah gagal.. '' johari memberi jaminan kepada rania.

'' thanks daddy.. !'' balas rania dengan ceria.. Panggilan dimatikan. Rania kembali melihat haidan yang berada di taman yang ditemani oleh marwan..

'' kenapa lah aku jatuh cinta kepada kau haidan.. Sejak pertama kali kau datang ke rumah aku.. Aku akan pastikan kau milik aku.. Hanya milik aku seorang.. '' kata rania sambil menongkat dagunya asyik memandang kearah haidan.. Hati rania berbunga-bunga.. Impiannya hampir tercapai.. Dia harus berusaha gigih lagi. Menawan hati lelaki yang bernama Zayn Haidan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience