BAB 6

Romance Completed 112655

Haidan masuk kedalam bilik, dimana ada beberapa wanita yang penuh didalam bilik tersebut... Shofyna, mahira, wadhiah, Annisa, waheeda, ruhaina..dan ada dua juru solek disitu..

'' mana shofie!!!!'' kata haidan dengan nada tinggi. Mereka masing-masing tercengang..saling memandang sesama sendiri.

Mereka semua tahu, haidan sedang mencari shofie.. Tapi wanita-wanita itu lebih memilih untuk diam sahaja.. Berdiri rapat-rapat sesama mereka. Haidan merasa marah bila persoalannya tak di jawap. Dia berpaling kepada annaila yang berada di belakangnya.

'' naila mana kak shofie.. !'' tengking haidan.

'' kakak..... '' naila mengangkat jarinya perlahan lahan, menunjukkan kearah pintu yang ada di dalam bilik tersebut.

Haidan berjalan kearah pintu tersebut.. Mengetuk pintu itu dengan kuat.. Tangannya memusing tombol pintu bilik itu. Tak berkunci..

'' sayang.. !'' panggilnya.

Klekkk..

Pintu dibuka.. Haidan masuk kedalam,bilik yang gelap itu.. Dan tiada apa-apa yang ada di dalamnya.. Haidan keluar semula dari bilik kecil yang kosong itu. Kembali memandang kearah wanita wanita yang ada didalam bilik tersebut.

'' jangan main-main.. Mana shofie!!'' tanyanya cemas dan marah bercampur baur..

Mereka perlahan lahan beranjak ke tepi.. Cuma tinggal, wadhiah saja yang kekal di posisinya duduk di kerusi, dan ada seseorang disebelahnya..

'' hubby... '' panggil shofie lembut.

Haidan tak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Shofie duduk disebelah wadhiah dengan ayunya memandang kearahnya.. Yang paling mengejutkan haidan ialah.. Wanita itu kini bertudung.. Memang.. Ini bukan pertama kalinya dia melihat shofie bertudung.. Kerana dia telah melihatnya dulu semasa akad nikah, mereka dahulu.. Tapi kali ni berbeza.. Wajah shofie yang berisi itu kelihatan sangat comel dan manis sekali.

Shofie menunduk melihat pakaiannya.. Dimana haidan yang berdiri, didepannya sedang merenung tepat kepadanya . Haidan menghulurkan tangannya kepada shofie. Shofie menyambut huluran tangan dari haidan.. Shofie ditarik bangun oleh haidan.. Setiap perincian yang ada di tubuh shofie di perhatikan oleh haidan.. Dari bunga yang shofie pengang.. Perhiasan yang dipakai shofie.. Sanggul lintang dan gandik yang ada di atas kepala shofie, gelang tangan dan kaki, rantai yang labuh di leher dan turun ke dada.. Shofie persis seperti puteri raja..

'' buka yang ini.. '' kata haidan sambil menunjukkan kearah kepala shofie..

'' taknak.. '' bantah shofie.

'' ni sarat sayang, mesti berat ni.. Kenapa pakai macam ni..? '' tanya haidan.

'' dah cantik macam ni.. Nak suruh buka pula.. '' rungut shofie.

'tahulah haidan kenapa mereka tadi sembunyikan shofie.. Rupanya sebab ni' haidan memicit pelipisnya.

'' ok fine.. Ikut sayang lah.. '' kata haidan pasrah.

'' thank you.. Sayang hubby.. '' kata shofie dan spontan menarik haidan dan mencium pipi haidan.

'' aauuuuuuu....... !!'' jerit mereka bersamaan.. Tambah-tambah annaila...

Shofie dan haidan tersentak.. Mereka baru tersedar mereka bukannya hanya berdua didalam bilik itu.. Shofie menutup wajahnya yang sudah bertukar kemerahan..

'malu.. Malu.. Malunya!!!' jerit hati shofie.

Haidan melihat shofie yang sedang menutup wajahnya dengan tangan, haidan mendekat dan memeluk shofie..

'' tak perlu malu sayang.. Sayang nampak sangat cantik.. '' shofie menyembunyikan wajahnya di sebalik tubuh haidan.

'' I love you sayang.. '' kata haidan jelas kedengaran oleh semua yang ada disitu.. Haidan mendongak kan wajah shofie dengan memegang dagu shofie.. Lalu mencium di dahi shofie.

Saat indah itu diabadikan melalui rakaman video yang dari tadi sudah dirakam oleh Annisa..

Shofie tersenyum.. Perlahan lahan dia turut menggerakkan bibirnya.. ' I love you too'.. Haidan mengerti, shofie sedang malu dengan ahli keluarganya yang ada disitu. Haidan mengangguk dan tersenyum.

'' sudah-sudah.. Nanti kita sambung sweet - sweet masa sesi bergambar nantinya.. Tapi sekarang kita ada majlis yang sedang menunggu.. '' tegur wadhiah.

'' betul kata nenda tu.. Mari.. Kita semua pun kena keluar'' sokong mahira.

Mereka keluar bersama-sama ke dewan. Sempat mahira berpesan kepada dua jurusolek tadi untuk makan terlebih dahulu sebelum pulang.

Shofie memegang erat lengan haidan.. Berjalan beriringan masuk kedalam dewan yang sudah dipenuhi oleh para tetamu yang hadir ke majlis mereka.

'' takut? '' bisik haidan di telinga shofie. '

''ya.. Takut jugak.. '' jawap shofie..

'' kalau takut.. Jangan tengok orang lain.. Tengok hubby saja.. Dan jangan lupa senyumnya sayang.. '' kata haidan, tangannya menyentuh jari jemari shofie yang sejuk membeku pada tika itu.

Shofie mengangguk.. Dan terus melebarkan senyumannya.. Mereka saling berpandangan semasa berjalan masuk kedalam..

Bila mereka melangkah masuk.. Berbunyi kompang dipalu memenuhi ruang dewan tersebut.. Dada shofie bertambah berdebar.. Shofie melihat ada anak muda lelaki dan perempuan berdiri di kiri dan kanan memalu kompang mengalunkan kedatangan pengantin.

Selepas itu ada lima orang lelaki datang menyembah mereka dengan mengenakan busana seperti pendekar di zaman dahulu kala..

'' sayang ok? '' tanya haidan.

'' ok lagi.. Kenapa? ''

'' kita kena tengok silat.. Boleh kan? '' kata haidan shofie mengangguk.

Seorang demi seorang menunjukkan bunga bunga silat di hadapan pasangan pengantin tersebut.. Sampai mereka beradu secara berpasangan.. Dalam mereka sibuk bersilat di hadapan semua orang.. Salah satu dari mereka menarik marwan untuk bergabung bersama. Mahu tak mahu marwan turut bergabung bersama. Haidan senyum melihat persembahan dari mereka berenam.. Merekalah, yang membantunya untuk mencari shofie yang hilang dua minggu yang lalu. Tanpa bantuan mereka kemungkinan nasib shofie bertambah buruj dan majlis ini tak akan diadakan, seperti sekarang ni.. Selesai persembahan silat dari mereka berlima dan bonus nya dari marwan. Pasangan pengantin berarak masuk kedalam dewan..
Shofie terpesona melihat dewan yang berkonsepkan tradisional melayu sepenuhnya.. Dengan hiasan ukirkan kayu yang besar di atas pelamin. Dihiasi Bunga-bunga indah di merata rata di dalam dewan itu.. Shofie tersenyum lebar .. Dia sangat teruja, sampai rasa takut dan gugupnya hilang, terbang pergi meninggalkannya.

'' suka? '' bisik haidan ditelinga shofie.

Shofie mengangguk.. Matanya masih melihat keindahan yang terdapat didalam dewan itu.

'' siapa yang design ni.. Cantik sungguh.. '' puji shofie.. Dia hanya memberikan konsep yang dia mahukan.. Dan kini bagaikan mimpi menjadi nyata.. Apa yang dikatakannya semuanya menjadi nyata.. Setiap perincian yang diberikan oleh shofie. Dibuat dengan teliti..

Haidan tak menjawap soalan shofie.. Dia puas melihat shofie sedang tersenyum lebar melihat dekorasi didalam dewan tersebut. Mereka melintasi para tetamu yang sedang duduk di meja makan..

Ainun melihat pasangan itu, berjalan melintasinya, dia hanya mampu menjeling dengan pandangan tak suka melihat shofie yang tersenyum bahagia itu ..

'berbahagialah.. Selagi kau mampu shofie..' bibir Ainun tersuing sebaris senyuman senget.

Rahimi disebelahnya memandang saja Ainun, kemudia dia berpaling melihat pasangan yang baru melangkah naik ke pelamin.

Kemudian masuk kedalam.. Para hulubalang dan dayang-dayang membawa dulang hantaran.. Begitulah majlis diteruskan dengan makan beradap.. Acara merenjis dan memotong kek oleh pasangan pengantin..

Semasa pasangan itu kembali duduk di atas pelamin.. Muzik bertukar.. Keluar enam pasangan di hadapan mereka.. Mereka disajikan dengan tarian zapin.. Dan salah seorang lelaki naik ke pentas menarik haidan dan shofie.. Mereka turun ke bawah.. Menari zapin.. Walaupun tak secekap penari yang mahir.. Kedengaran para tetamu bertepuk tangan. Bila tarian itu tamat. Pasangan itu tadi tadi tersenyum lebar.. Memancarkan sinar bahagia mereka..

Belum sempat shofie naik semula ke atas pelamin.. Shofie terpandangkan seseorang.. Dia berjalan kearah meja makan mereka.

'' abi''

''ibu''

Shofie dan ruzana saling berpelukan.. Balqis pun, bangun lalu turut memeluk ibunya dan juga kakaknya.

''abi'' shofie bersalaman dan mencium tangan tua itu.

''cantik sungguh anak ibu.. Macam puteri gunung ledang.. '' puji ruzana. Idlan mengangguk.

'' betul kak.. Cantik sangat.. '' sokong balqis.

'' assalamualaikum '' tegur rahimi.. Dia bersalaman dengan Idlan..

''datuk..waalaikummusalam..'' jawap Idlan.

'' bertemu juga kita.. disini di majlis shofie.. Macam mana sihat? '' tanya rahimi.

'' alhamdulillah macam ni lah datuk, dah tua-tua ni.. '' balas Idlan.

'' ini anak kamu ya.. Dah besar.. '' puji rahimi.

Mereka beramah mesra.. Bertanya khabar dan berborak.. ,Ainun yang berada di mejanya memandang saja.. Raffa dan rafie saling berpandangan.. Tapi tak berani menegur mama mereka.. Mereka tahu angin mama mereka sekarang tak berapa elok. Mereka memilij untuk tidak menganggu wanita itu.

Waheeda turun dari pelamin.. Bila shofie tak lagi naik keatas. Semasa dia sedang turun dari atas pentas itu.. Dia berselisih dengan kanak kanak yang berlari mahu naik ke aras pelamin .. Mujur lah dia dapat menapak kembali dengan baik, tapi malangnya dia melanggar seseorang yang sedang mengambil gambar dihadapannya. Sampaikan kamera yang dipegang ditangan lelaki itu terjatuh..

'alamak.. Mati aku!' waheeda melihat lelaki itu menunduk untuk mengambil kameranya yang sudah jatuh terhempas di lantai.

'' maaf saya tak sengaja, tadi ada budak-budak tu berebut naik tangga , saya tak sangka sampai nak 'ter' tolak encik'' waheeda menekankan perkataan ' ter' nya.

''sekarang ni macam mana..? '' tanya lelaki itu.

'' hmm.. Saya.. Gantikan balik.. '' kata waheeda gagap. Dengan muka yang pucat.

'' nama siapa? ''

'' saya waheeda... ''

'' pengapit pengantin..? '' potong lelaki itu.

'' ya saya.. ''

'ah apa aku dah buat.. Dia kenal shofie.. Kalau dia mengadu kat shofie macam mana.. Kalau dia ad kaitan dengan MegahRaya macam mana.. Silap-silap aku kena pecat'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience