BAB 27

Romance Completed 112655

Haidan melihat pesanan yang dihantar oleh marwan.. Walaupun gambar itu agak kelam dia boleh meneka siapa wanita yang berada dengan Gina.. Haidan berpaling melihat shofie yang terlena disebelahnya.. Dia mengelus kepala shofie lembut..membongkok mencium dahi shofie.. Membuatkan shofie merengek kecil.

Haidan menurunkan kakinya ke bawah dengan berhati-hati lalu bangun. Dan berjalan ke sofa. melabuhkan punggungnya disitu. Telefon yang berada di tangannya mendail nombor marwan.

'' wan''

''tuan.. '' kata marwan di sebelah sana.

''teruskan mengawasi mereka..'' hanya itu yang dikatakan oleh haidan.. Sebelum mematikan panggilan.

Haidan bangun membuka tirai biliknya merenung ke dalam kelam malam..

'' kenapa dia sanggup buat semua ni!!'' kata haidan menekan bait katanya. Haidan merasa pinggangnya sedang di peluk dari arah belakang.

'' hmmm hubbyyyy... Kenapa tak tidur lagi.. '' kata shofie manja dengan wajahnya disembamkan di belakang tubuh haidan.

Haidan mendongak menelan air liurnya.. Dia berusaha menenangkan dirinya dari terus marah.. Dia tak mahu shofie mejauhkan diri kalau tahu dirinya sedang dikuasai oleh perasaan marah..

'' sayang terjaga.. Hubby buat sayang terjaga..? '' haidan menyentuh tangan shofie yang sedang memeluknya. Shofie mengeselkan kepalanya menggeleng di belakang haidan..

'' takk.. Honey bump mengeras lagi... Tadi.. '' kata shofie.. Sebenarnya shofie sudah terjaga dari mula sejak haidan mencium dahinya.. Tapi dia malas mahu membuka matanya yang terasa berat .. bila dia meraba ruang disebelahnya kosong.. Itu terus membuatkannya terjaga.

Haidan meleraikan tangan shofie yang memeluknya.. Tubuhnya berpaling kearah shofie.. Mengusap lembut perut shofie..

'' sakit..? '' tanyanya cemas..

'' tak.. Tak sakit lagi.. '' kata shofie.

'' tapi ni keras sangat sayang.. Are you sure..? '' shofie mengangguk laju, shofie melihat wajah haidan yang sedang kerisauan..

'' sayang ok.. Mungkin sebab tadi, makan banyak sangat.. Sedap betul pajeri tu.. '' kata shofie sambil membuat mulutnya sampai berbunyi..

'' hubby bangun ni kenapa? Tak boleh tidur? Pikir masalah tu lagi? '' tanya shofie bertalu-talu. Haidan mengeleng dan tersenyum.

'' sayang ni.. ! Kalah bonda.. '' kata haidan mengusik.. Dia mencubit lembut pipi gebu shofie.

'' of course la.. Saya pun akan jadi bonda juga nantikan.. Jadi mama.. Tak lama lagi, dah'' kata shofie mengelus perutnya.

''ya.. Betul tu.. Hubby akan jadi papa.. Thanks to you sayang.. '' haidan mencium dahi shofie.

'' sayang.. Esok teman hubby.. '' haidan berkata sambil memaut pipi shofie dengan kedua-dua belah tangannya.

'' esok? Teman kemana? '' tanya shofie.

'' hubby ada photoshoot untuk satu majalah ni.. '' kata haidan.. Menarik wajah shofie mendongak memandangnya dengan lebih dekat.

'' hmm.. '' shofie menolak dada haidan menjauh.

'' sayang.. '' haidan tak mengalah dia menarik kembali. Kalini pegangannya lebih kemas..

'' ahh.. Ok.. Boleh.. Hmmm'' tak sempat shofie nak menghabiskan ayatnya.. Bibir mereka sudah bercantum. Semakin lama semakin dalam dan panas..

'hu..bby'' shofie meleraikan ciuman mereka. Haidan mendekat dan memainkan jarinya di telinga shofie..

'' sayang.. Upah nya.. Nanti keluar ni nak kena puasa lama.. ni sayang.. '' bisik haidan di telinga shofie dan leher shofie dicium haisan..membuatkan shofie kegelian.tanpa menunggu shofie memberi jawapan.. Haidan menarik shofie.. Perlahan-lahan, mereka berdua berjalan kearah katil bersama..dengan perasaan yang sedang bergelora asmara.

Keesokannya shofie menemani haidan ke lokasi, mengambil gambar untuk satu majalah perniagaan. Haidan dan shofie berjalan beriringan masuk kedalam studio tersebut..

'' eh itu ke model kita? '' tanya seseorang kru yang ada di situ.

'' bukan model lah.. Itu lah salah satu kita punya cover muka depan untuk next month .. '' kawannya menjawap.

'' wah.. Tubuhnya mantap.. Macam model gitu.. '' balasnya lagi..

Shofie menutup mulutnya menahan ketawa.. Mendengar dua wanita itu sedang berbual semasa mereka sedang jalan melintasi .

'' seronoknya dia ketawa.. Apa yang kelakarnya sayang...? '' tanya haidan menarik sebelah tangan shofie yang sedang berpaut di lengannya..

'' orang tu.. Dia kata hubby macam model.... '' kata shofie menarik haidan supaya berhenti berjalan dan berjinjit seperti membisikkan ayat itu di telinga haidan.

'' kenapa betullah apa dia kata.. Tak macam model ke? '' kata haidan dengan bangga sambil menaikkan sebelah keningnya.. Dan tangannya membetulkan baju kot yang dipakainya.

'' model?... Siapa? Hubby!'' kata shofie.. Dengan wajah tergejut dan menutup mulut dengan sebelah tangannya. Dia cuba mengawal tawanya dari terlepas kuat.

'' kenapa...? Ada yang salah? '' haidan pun tak mahu kalah.

'' hemmm.. Kalau muka serius macam ni.. Mesti susah.. '' kata shofie sambil membawa muka Haidan ke kiri dan ke kanan.. Kemudian dia tergelak lagi..

'' nakal ya.. Siaplah balik nanti!'' amaran keras dari haidan.

Shofie tak menghiraukan amaran haidan. Dia menyandarkan kepalanya di lengan haidan.. Dan sambung berjalan.. Yang kasihannya adalah marwan.. Yang turut ikut mereka berjalan di belakang.

'' hubby.. Tadi dia cakap.. Salah satu..? Bukan hubby seorang lah ni.. Semua ada berapa orang..? Tanya shofie.

'' dua.. '' balas haidan. Haidan membawa tangan shofie yang di lengannya, berpegang di tangannya.

''dua.. Siapa seorang lagi? '' tanya shofie lagi. Haidan mengangkat bahunya..

''mana boleh tak tahu.. mesti hubby tahu kan..'' kata shofie, tapi haidan tak menjawap soalannya.. Shofie mahu mencari marwan untuk bertanya.. Tapi belum sempat dia berpaling.. Haidan menariknya kembali memandang ke hadapan.

'' sayang akan tahu nanti.. " kata haidan.. Shofie mencebik bibirnya terus berjalan bersama haidan.

Sebaik sampai di dalam... Haidan memberi tempat duduknya kepada shofie.. Sementara dia mengunakan kerusi biasa untuk bersiap.. Wanita yang menyiapkan haidan tersenyum saja melihat pasangan itu bermanja dihadapannya..

'' ha itu.. Partner untuk cover tuan dah sampai.. '' kata wanita itu menunjuk kearah pintu yang awalnya shofie dan haidan masuk tadi.

Haidan duduk diam ditempatnya.. Dia tak berpaling pun kearah lelaki yang sedang berjalan masuk di pintu utama itu. Lain pula bagi shofie.. Dia awal-awal lagi sudah berpaling kearah pintu bila mendengar wanita itu memberitahu.. Kepala shofie terteleng ke kiri dan kanan..

'' ahhhhh.. Abaaaanng !!'' jerit shofie lalu menompat turun, dari kerusi. Membuatkan jantung haidan tersentak melihat aksi itu.. Belum sempat jantungnya berdetak dengan normal dia disajikan dengan pandangan shofie berlari anak kearah raffa.. Tanpa dia sendiri sedari.. Kakinya mengejar shofie dari belakang.

'' abang!'' shofie memeluk abangnya..

'' bini siapa yang terlepas ni? '' usik raffa.

'' abang ni.. !'' shofie memukul lengan raffa.

Mata-mata orang yang berada disitu semua terarah kepada mereka bertiga. Situasi itu seperti seorang isteri yang jelas-jelas sedang bertemu dengan kekasih lama.. Manakala si suami sedang mengejar dari belakang. Masing-masing melihat dengan tekun sekali menanti aksi mereka seterusnya. Beberapa orang mula mendekat.. Tak mahu dua watak utama mereka bergaduh dan merosakkan sesi tersebut.

'' abang.. '' kata haidan, bersalaman dengan raffa

'' haidan.. '' kata raffa menegur adik iparnya.

'' macam mana.. Senang jaga fie? '' usik raffa..

Dia berjalan bersama ke tempat bersiap. Haidan tak menjawap soalan raffa. Dia membalas dengan gelak kan kecil sambil menunduk. Raffa sendiri melihat wajah cemas haidan mengejar shofie tadi.. Manakan tidak.. Shofie seperti terlupa yang dia sedang berbadan dua.. Raffa menarik senyuman. Tangannya menggosok kepala shofie perlahan.

Beberapa orang yang mendekat tadi kembali tenang..dan kembali melakukan kerja mereka sebaik semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience