BAB 43

Romance Completed 112655

Haidan kembali kerumah dengan keadaan yang kusut dihantar oleh marwan. Mahira melihat haidan yang masuk kedalam rumah sendirian tanpa shofie disisi.. Segera berjalan kearah anaknya.

'' idan.. Kenapa balik seorang ni.. Mana shofie? '' tanya mahira menarik lengan haidan.

'' dia dah lari.. Lari dari semua orang.. !'' kata haidan lantang..

'' apa yang kamu cakap ni? Kamu mabuk ka apa ni..?'' mahira memukul belakang tubuh haidan.. Mengejutkan haidan. Haidan masih kekal dengan posisinya.. Tak terkesan langsung dengan pukulan daripada bondanya. Mahira bejalan ke luar.. Melihat marwan yang sedang berjalan ke arah kereta.

'' wan.. Tunggu!! '' panggil mahira. Marwan akur, berhenti melangkah dan berpaling melihat, mahira yang sedang berjalan kearahnya.

'' mana shofie.. Kenapa haidan seperti bingung bila saya tanya..? Kenapa dia tak jawap soalan saya? '' tanya mahira. Marwan menelan air liur mendengar soalan yang keluar dari bibir mahira bertanyakan tentang shofie.

'' jawap saya marwan.. Kamu nak lihat saya marah ke! '' kata mahira mula meninggi.

'' sebenarnya... '' marwan mula menceritakan apa yang berlaku.. Kisah dari hospital sampai lah apa yang berlaku.. Sehingga mereka tak dapat menemukan shofie dimana-mana..

Mahira merasakan tubuhnya melemah.. Kakinya tak dapat menapak dengan betul, matanya kelam.. Mahira jatuh pengsan. Untung semlat disambut oleh marwan.

'' puan Sri.. Ya Allah puan Sri.. Tuan! Tuan!'' laung marwan memanggil haidan.. Haidan datang melihat bondanya sudah tak sedarkan diri dipangku oleh marwan.

'' kenapa ni wan..? '' tanya haidan kepada marwan

'' saya cuma terangkan apa yang terjadi.. Tapi puan Sri pengsan pula.. '' marwan menjelaskan.

'' sudah.. Kita bawa bonda ke hospital dulu.. '' putus haidan.

Mereka berdua bertolak ke hospital.. Mahira ditahan di wad kerana tekanan darahnya naik mendadak... Haidan duduk dikerusi di samping bondanya menekan pelipisnya..

'' apa yang nak jadi ni wan.. '' keluh haidan.

'' dimana saya nak cari shofie.. Kenapa dia sanggup tinggalkan saya.. Hanya sebab dia tak suka lihat saya dan yumna.. Dia pergi tinggalkan saya.. dia cuai, sampai kami.. kehilangan anak kami!!'' kata haidan menyerabutkan rambutnya..kemudian menunduk.. Air matanya gugur juga akhirnya.

Marwan diam tak menjawap persoalan haidan, dia pun tak tahu apa yang harus dia katakan kepada haidan pada waktu itu.. Marwan memilih untuk memberikan ruang untuk haidan menenangkan diri.. Dia perlahan-lahan mengundurkan diri, keluar dari bilik tersebut. Marwan memilih untuk duduk di kerusi menunggu di luar.

'' kamu..? Marwan kan.. PA.. Haidan? '' tegur satu suara.. Marwan mendongak melihat seorang lelaki yang menegurnya..

'rafie..'

''ya saya PA haidan..'' akui marwan berjabat tangan dengan rafie.

'' haidan ada disini?.. Saya mencari shofie.. Papa saya sedang cari dia.. '' tanya Rafie.

'bukan hanya tuan dan datuk saja yang mencari shofie.. Semua orang sedang mencari shofie.. Perlukah aku beritahu hal yang sebenarnya..' keluh marwan.

'' sebenarnya.. Kami pun sedang mencari dia.. Ada sesuatu yang berlaku.. '' kata marwan cuba bertenang menyampaikan perkara tersebut.

'' perkara apa? Shofie dah bersalin ke!'' kata rafie sambil ketawa kecil, jelas terpancar sinar keceriaan diwajahnya. Marwan keliru.. Dia mengangguk, kemudian menggeleng.

'' mana satu ni?.. Iya ke tak ni? '' tanya rafie turut kebingungan.

'' sebenarnya...... '' marwan menceritakan semuanya yang berlaku.

'' TAK MUNGKIN!!'' jerit rafie tak percaya.. Dia menyerbu masuk kedalam wad mahira. Menarik tubuh haidan yang sedang membongkok, menyembamkan wajahnya di katil bondanya.

'' BANGUN!!'' katanya kasar.. Belakang baju haidan ditarik kasar oleh rafie... Haidan akur lalu bangun.

'' ikut aku.. !!'' tangan Rafie masih kukuh menarik belakang baju haidan membawa haidan keluar dari bilik tersebut..

'' Apa yang kau dah buat dengan shofie!!'' marah rafie menolak haidan ke dinding mengunci leher haidan dengan sikunya erat. Marwan melihat keadaan itu mahu membantu haidan, haidan mengeleng perlahan tak mengizinkan marwan turut, masuk campur..

'' aku tak buat apa pun dekat shofie.. Dia yang tinggalkan aku!!... '' jawap haidan lantang.

'' mustahil!!.. Aku kenal adik aku.. Dia tak akan pergi kalau tak ada sebab .. '' kata rafie.

'' dia minta aku bagi ruang dekat dia.. Lepas tu dia pergi macam tu saja!!'' marah haidan memberontak mahu rafie melepaskannya.

'' dia ada bagitahu dia nak kemana? '' tanya rafie. Melepaskan haidan.

'' dia nak jumpa mummy dia.. '' balas haidan mengosok lehernya yang dikunci oleh rafie sembetar tadi.

'' kau dah call mummy dia? '' tanya rafie haidan mengeleng.

'' kau ni!'' marah rafie.. Penumbuknya hampir mengena wajah kacak haidan.. Rafie menarik kembali tangannya, bila melihat haidan langsung tak mengelak.. Seperti sedia menerima saja kalau penumbuk itu kena pada wajahnya.

'kau.. Kenapa kau seperti orang sudah putus asa.. Dulu kau kejar shofie macam orang gila.. Sekarang kau tak hiraukan dia..' rafie geram melihat riaksi haidan itu..

'' kalau kau tak mahu cari shofie.. Biar aku yang cari!!'' rafie melagakan bahunya dengan bahu haidan. kemudian, berjalan pergi meninggalkan haidan dan marwan..

Rafie melihat haikal berada tak jauh dari mereka bertiga. Haikal menyuakan tangannya mahu bersalaman dengannya.. Tangan haikal dibiarkan tergantung begitu saja. Dia memilih untuk pergi tanpa menyambut salam yang dihulurkan haikal.

'' abang.. Mana bonda? '' tanya haikal. Haidan diam tak menjawap soalan adiknya.

'' tuan muda.. Puan Sri ada didalam.. '' marwan menjawap bagi pihak haidan.

'' terima kasih marwan.. '' kata haikal melangkah masuk kedalam bilik bondanya sedang dirawat.

'' apa yang perlu saya buat wan.. '' kata haidan menunduk menekur lantai.. Semangatnya hilang..

'' tuan, saya sudah upah PI untuk mencari dimana puan berada.. Harap tuan bersabar..moga kita dapat berita baik dari dia '' kata marwan.

Shofie dan Ruhaina sampai di sebuah pulau kecil.. Dimana majoriti penduduk pulau itu adalah nelayan. Mereka yang tak mengenali siapa-siapa disitu buntu untuk mencari tempat berteduh.. Tambah pula dengan keadaan shofie yang masih lemah.. Kemana harus mereka tuju..

'' kak.. Kita nak bermalam di mana malam ni? '' tanya shofie risau melihat langit mula bertukar gelap..

'' nanti kak carikan.. Fie duduk disini dulu...'' kata ruhaina.

'' baik kak.. Fie tunggu disini.. '' kata shofie.. Lalu duduk di kerusi kayu yang ada di jeti itu. Melihat ruhaina berjalan pergi bertanya kepada beberapa orang yang ada di jeti.

'' sayang.. Kita mulakan hidup baru disini ya.. Hanya sayang, mama dan acik aina.. '' kata shofie..

'' fie.. Alhamdulillah.. Ada rumah tumpangan tak jauh dari sini.. '' kata ruhaina..

'' alhamdulillah '' sambut shofie.

'' rezeki kamu anak.. Ada tempat kita bermalam untuk malam ni.. '' kata shofie lagi.

Mereka tiba di kawasan yang berpagar di mana didalam itu terdiri beberapa rumah kecil .. Shofie dan ruhaina saling berpandangan..

'' kita tinggal disini dulu kak, sementara.... '' kata shofie.

'' kakak tak kisah fie.. Tapi kak takut fie dan hadriana je yang tak selesa'' kata ruhaina.

''tak mengapa kak.. Susah sikit, apa salahnya.. '' kata shofie.

Selesai mendaftar. Mereka berjalan menuju ke rumah kecil untuk mereka bermalam. Pintu rumah kecil itu dibuka oleh ruhaina.. Shofie mengikut masuk kedalam.. Melihat keadaan rumah tersebut. Ada katil kelamin cukup besar, sesuai untuk mereka bertiga. Peralatan asas yang cukup lengkap tersusun rapi di tempatnya.

Shofie meletakkan bayinya yang sudah terjaga, selepas seharian tidur didalam pelukkan ibunya.. Shofie duduk disamping bayinya diatas katil.

'' pandai dia ya.. Letak saja di bawah terus terjaga.. '' tegur ruhaina..

'' itulah kak.. '' sokong shofie.

'' kak nak keluar sekejap.. Ke kedai runcit depan tu.. Beli apa yang patut.. Sekali beli makanan untuk kita malam ni.. '' kata ruhaina.

'' terima kasih kak.. '' ucap shofie. Ruhaina tersenyum.. Lalu berjalan kearah pintu..

'' kalau sesiapa datang, shofie jangan bukakan pintu tau.. Kakak bawa kunci..kakak akan buka kan sendiri.. Tau!'' pesan ruhaina.

'' baik kak'' balas shofie.

Shofie melihat hadriana yang mula menyelir jelir kan lidah kecilnya.. ' kenapa?.. Kamu lapar ke anak? ' shofie membuka balutan yang membungkus tubuh kecil hadriana.. Meneliti setiap sudut tubuh anaknya.. Melihat adakah semuanya baik baik saja.. Sebaik semua telah diperiksa. Dia menukar baju hadriana kepada baju yang lain.. Belum sempat shofie siap memakaikan baju kepada hadriana... Tangisan hadriana pecah.. Shofie cemas..

'' sayang lapar.. Ok-ok sayang.. '' shofie menyusukan bayinya.. Dengan kekok.. Rasa sakit pada permulaannya.. Membuatkan dia dan hadriana sama-sama tak selesa.. Hadriana masih juga menangis.. Shofie mencuba lagi. Sampai shofie melihat hadriana mula meminum susu dengan lahap nya.

'' sorry sayang.. Mama pun tak tahu macam mana.. Entah ada susu ataupun tak sayang.. '' kata shofie mengelus rambut hitam anaknya. Mata hitam hadriana memandang kepadanya.. Perlahan-lahan mata itu semakin lama semakin layu.. Sampailah dia melepaskan lekapan mulutnya yang masih bersisa susu didalam mulutnya.

'' alhamdulillah.. Ada juga susu.. Rezeki kamu anakku.. '' kata shofie.. Dia menepuk nepuk belakang hadriana.. Dan kembali menyambung memainkan pakaian hadriana yang tak sempat dia habiskan tadi.

'' assalamualaikum.. '' suara ruhaina memberi salam dari luar seraya pintu dibuka..

'' tidur lagi? '' tanya ruhaina..

'' baru sudah susu kak.. '' balas shofie dengan senyuman dibibir..

'' alhamdulillah.. '' ruhaina kembali menutup pintu rumah kecil tersebut.

Tanpa mereka berdua sedari.. Seseorang yang dari awal mengekori mereka mengambil gambar dan mengirimkan gambar mereka kepada rania.. Rania disana tersenyum lebar melihat gambar yang diterimanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience