BAB 44

Romance Completed 112704

Johari melangkah masuk kedalam bangunan Zyan Holding yang berdiri kukuh menapak di atas bumi. Bibirnya menarik sebaris senyuman.

'' saya nak jumpa dengan Zayn Haidan.. '' kata pembantu peribadi Johari, amir.

'' dari mana yea.. '' tanya penyambut tetamu tersebut.

'' kami dari MV group.. '' Kata pembantu peribadi johari kepada penyambut tetamu tersebut.

Penyambut tetamu itu tersentak mendengar nama yang tak kurang hebatnya berbanding dengan Zyan Holding.

'' silakan encik.. Sila naik ke lantai paling atas'' kata wanita itu sopan selepas mendapat persetujuan dari marwan melalui panggilan telefon yang berada diatas.

Johari bersama dengan pembantu peribadinya naik ke atas mengunakan lif.. Sebaik sampai ke destinasinya tujuannya .. Mereka sama-sama keluar dari lif dan berjalan ke koridor.. Terus menuju ke bilik haidan. Ada marwan duduk di meja diluar pejabat haidan.

'' encik.. Saya amir.. Kami dari MV Group ingin berjumpa dengan tuan Zyan.. '' tegur pembantu peribadi johari kepada marwan.

'' saya marwan.. PA tuan haidan.. '' marwan mengenalkan dirinya.

'' saya kenalkan tuan Johari.. '' kata amir..

'' Johari.. '' kata johari sombong dan angkuh.

'' sekejap ya.. '' marwan meminta diri untuk pergi memaklumkan kedatangan mereka.

Tok.. Tok..

'' masuk!!'' balas haidan dari dalam.

'' tuan.. Mereka dah sampai.. '' kata marwan.. Haidan mendongak melihat kepada marwan.

'' panggil mereka masuk.. '' arah haidan. Dia memasang kembali butang kancing di lengannya sementara menunggu tetamunya masuk.

'' silakan tuan.. '' pelawa marwan kepada dua lelaki itu. Membuka pintu untuk johari dan amir.

Haidan bangun menyambut tetamu dan sekaligus juga pesaingnya.. Haidan menyuakan, tangannya untuk berjabat dengan lelaki separuh baya yang masih nampak segak di mata semua orang.

'' jemput duduk tuan.. '' pelawa haidan. Johari duduk disofa yang dipelawa haidan.

'' tuan pun duduklah, kita bicara santai sahaja hari ini.. '' kata johari dengan ketawa kecil keluar dari bibirnya.

'' baiklah.. '' haidan duduk bersama dengan mereka berdua..

'' saya datang nak mempelawa tuan ke majlis saya yang akan diadakan dua minggu dari sekarang.. '' kata johari, memylakan bicara.. Bila melihat haidan duduk diam ditempatnya tanpa suara.

Amir mengeluarkan kad jemputan majlis johari, lalu diberikan kepada haidan. Tangan haidan menyambut kad tersebut lalu membacanya..

'' baiklah tuan.. InshaAllah saya akan hadir.. '' balas haidan. Memyambutkad yang dihulurkan oleh amir.

'' bagus.. Saya menantikan nya.. '' kata johari tersenyum.

'' susah-susah saja tuan ke pejabat saya.. Tuan boleh minta, PA tuan untuk sampaikan kepada saya.. '' kata haidan.

'' saya memang nak datang kesini sendiri.. Menjemput tuan Zayn Haidan sendiri tanpa perlu mengunakan orang tengah.. Sekaligus, dapat mengenali siapa dan bagaimana rupa tuan muda Zayn.. '' balas johari. Menarik bibirnya tersenyum kepada haidan.

Sedang mereka berborak pintu di ketuk dari luar. Masuk seorang wanita menghidangkan kopi kepada mereka bertiga.

'' terima kasih.. '' kata amir kepada wanita itu. Mereka menunggu wanita itu keluar barulah mereka sambung berborak.

'' saya ingin buka tawaran untuk tuan Zayn.. Untuk bergabung dengan saya.. '' kata johari sambil tangannya mengambil cawan kopi dari amir dan menghirup nya.

'' biar betul ni tuan.. Tuan pasti dengan tawaran tuan..? '' tanya haidan. Merasa ada sesuatu yang tak kena dengan tawaran tersebut.

'' ya.. Saya pasti dengan apa yang saya katakan anak muda.. '' balas johari.. Kembali meletakkan cawan kopinya.

'' kenapa saya.. Kita sebelum ni tak pernah kenal rapat.. '' kata haidan.

'' sebab saya sukakan anak muda yang semangat seperti kamu.. '' puji johari.

'' terima kasih tuan johari.. Saya amat berterima kasih atas tawaran yang diberikan oleh tuan.. '' balas haidan.

Selesai berbincang.. Johari dan amir beredar dari pejabat haidan. Marwan masuk kedalam bilik haidan melihat haidan duduk bersandar di kerusi kerjanya.

'' tuan.. '' panggil marwan.

'' tengok ni wan.. '' haidan melempar kad undangan yang diterimanya tadi di meja..

'' tuan nak pergi? Tuan tahu kan yang itu ayah kandung rania.. '' kata marwan.

'' hemm.. Tahu.. '' balas haidan acuh tak acuh..

'' wan.. Ada apa-apa berita dari shofie..?'' tanya haidan.

'' masih belum tuan.. Tuan rafie juga ada beritahu saya, puan shofyna juga menanti kedatangan shofie disana.. Dia takut nak kemari.. Takutnya shofie Tiba-tiba kesana.." Terang marwan.

'' terus saja mencari dimana shofie.. '' arah haidan.

'' baik tuan'' balas marwan.

' di mana kalu bersembunyi sayang.. Kenapa perlu kau pergi.. Kembalilah.. Kau datang di dalam setiap mimpi aku dan fikiranku setiap hari.. Kenapa menyintai kau amat menyiksakan.. Hidupku kosong.. Setiap tempat aku melihat bayangmu dimana-mana. Kenapa kau pergi setelah kau sudah mengikat janji denganku.. '

Haidan yang nampak baik-baik saja secara luarannya, dimata semua orang.. Padahal didalam hatinya sudah remuk rentam.. Hancur berkecai bagaikan dilanda ribut taufan..

Sementara dia sana seorang wanita mengendong bayinya yang berusia seminggu untuk ke klinik desa yang terdapat di Pulau tersebut. Untung jaraknya tak jauh mana dengan tempat tinggal mereka.. Semua urusannya dipermudahkan.. Shofie tenang hidup bersama buah hatinya di dalam pulau yang aman dan mengamalkan kehidupan yang sederhana ..

Shofie baru selesai menyusukan hadriana keluar dari bilik penyusuan. Duduk dikerusi kosong sendirian.. Datang seorang budak perempuan terus memeluk kaki shofie dan juga hadriana yang sudah terlena..

''assalamualaikum.. Siapa nama ni?'' tanya shofie kepada budak perempuan itu.

'' hmmm'' budak perempuan itu bergumam.. Tidak menjawap pertanyaan shofie. Pelukkannya di kaki shofie masih tidak dilepaskan..

''cantiknya dia.. Mana ibu? '' tanya shofie mencari orang tua budak perempuan itu.. Tapi tak ada siapa disitu.. Hanya ada mereka bertiga dan juga jururawat yang bertugas. Budak perempuan itu menyentuh kaki hadriana yang berbungkus dengan kain.

'' oh.. Nak tengok baby ya.. Suka baby? '' budak perempuan itu mengangguk.. Shofie mendekatkan hadriana yang sudah terlena itu kepada budak perempuan itu.

'' aishah!'' tegur satu suara lelaki di muka pintu.

Shofie dan budak yang dipanggil aishah itu berpaling memandang kearah suara yang menegur mereka.

'' aishah ayah dah kata kan jangan ganggu orang! .. '' kata lelaki itu lagi, dia melangkah mendekat kepada mereka. Terus menarik lengan aishah menjauh dari shofie.

'' maaflah adik.. Anak saya dah ganggu adik..dan anak adik '' kata lelaki itu.

'' aishah nak tengok baby!!'' jerit aishah memberontak menarik kembali tangannya.

'' eh.. Tak dia tak menganggu pun.. '' balas shofie. Shofie menarik lengan aishah untuk duduk disebelahnya..

'' ayah dah nak balik ni.. Jom lah kita balik aishah.. '' ajak lelaki itu.

'' Shah nak balik dengan acik cantik ni.. '' balas aishah. Menunjuk kearah shofie.

'' tak boleh macam tu sayang.. Acik ni rumahnya dekat tempat lain, rumah kita tak sama arah dengan acik ni.. '' kata ayah aishah.

'' tapi..!!! '' aishah mencebik, bibirnya mula berombak..memberi amaran dia bakal menangis.

'' esok sayang.. Esok kita datang lagi.. Kesian baby nak tidur tu.. Kita balik dulu ya.. '' ayah aishah masih berusaha memujuk anaknya. Lelaki itu bertinggung menyamakan paras mereka.

'' janji ni? Ancik boleh kita jumpa esok.. Shah nak main dengan baby.. '' tanya aishah.

'' ya sayang, sekarang aishah balik ikut ayah dulu ya.. '' kini shofie pula memujuk.

'' baik.. Kita jumpa esok acik.. '' balas aishah ceria. Dia menarik tangan ayahnya. Berpimpin tangan melangkah keluar dari klinik desa tersebut.

Ruhaina yang kebetulan baru datang, untuk menjemput shofie pulang berselisih dengan dua beranak yang baru melangkah keluar dari klinik desa itu.

'' siapa tu fie? '' tanya ruhaina.. Mengambil tempat duduk disebelah shofie.

'' budak tu nak main dengan hadriana.. '' jawap shofie.

'' bukan maksud kakak yang budak perempuan tu.. Ayah budak tu.. Fie kenal? '' tanya ruhaina lagi. Shofie mengeleng.

'' hati-hati fie.. Tadi kakak ke pekan.. Kakak rasa ada yang mengekori... '' kata ruhaina membisik ditelinga shofie.

'' tahu kak.. Shofie perasan tu.. Mungkin untuk awasi kita tak keluar dari pulau ni.. '' kata shofie..

'' apa perancangan shofie selepas ini? '' tanya ruhaina.

'' shofie.. Shofie akan stay disini sampai tamat tempoh berpantang.. Bagi fie kuat sikit.. Lepas tu baru kita cuba keluar dari sini.. Fie ingat nak balik tinggal dengan mummy.. '' kata shofie, kembali membisik ke telinga ruhaina.

'' baik.. Kakak akan ikut temankan shofie.. '' janji ruhaina.

'' terima kasih kak.. Kakak dah bayak tolong fie.. Kalau fie sendiri.. Entah kuat atau tak nak jaga hadriana.... '' kata shofie.

''acik akan teman baby hadriana dan mama hadriana sampai semuanya kembali seperti sediakala..'' kata ruhaina memeluk shofie dan sekaligus memeluk hadriana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience