BAB 36

Romance Completed 112655

Shofie kebosanan tinggal didalam rumah besar itu bersama dengan ruhaina.. Mahira sudah pergi ke yayasan.. Si kembar tu tak pulang lagi.. Haikal lagi lah.. Tengah malam baru akan muncul..

'' kak aina bosanlah.. Apa kita nak buat ya.. '' tanya shofie. Aina mengangkat bahunya..

'' jom kita jalan diluar.. '' kata shofie

'' jangan shofie.. Kan tuan dah beritahu supaya stay dalam rumah saja.. '' kata ruhaina tegas. Dia tak mahu terjadi apa-apa kepada shofie.

'' tapi kak.. Disini kawasan persendirian.. Tak ada orang oleh masuk.. Lagipun di pagar luar tu ada penjaga.. Tu tak kira lagi yang pagar di dalam ni.. '' kata shofie memujuk ruhaina..

'' lebih baik kita duduk didalam rumah saja.. Fie tu dah tak lama kan nak bersalin.. '' kata ruhaina.

'' kakak ni.. Doktor cakap, bagus kalau berjalan... Memudahkan proses bersalin.. '' kata shofie.

'' kalau fie nak keluar jugak.. Boleh.. ''

'' YEAY !!'' sorak shofie gembira.

'' tapi.. Selepas mendapat kebenaran dari tuan.. Baru kita keluar'' sambung ruhaina yang katanya dipotong oleh sorakan shofie tadi.

''alah kakak ni... '' rungut shofie.

'' ikut fie lah.. Tapi berdosa tau langgar pesan suami.. Tambah pula, kalau suami tak benarkan isterinya untuk keluar.. Nanti boleh dikira nu.. ''

'' faham.. Fie faham.. '' keluh shofie duduk dan bersandar lemah disofa.

Diluar kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah mereka.. Shofie bagun dan mengintai dari jendela . Seorang wanita turun dari kereta itu.

'' yumna!'' kata shofie.

Ruhaina melihat wajah shofie berubah serta merta. Ada tanda-tanda kegusaran disitu.

'' siapa shofie..? '' tanya ruhaina.

'' aa.. '' shofie kebingungan. Dia memegang perutnya.

'kenapa dia kesini? Apa yang dia mahukan lagi.. Masih tak putus asa untuk mengejar haidan..' keluh shofie lagi.

'' itu yumna.. '' kata shofie.

'yumna.. Siapa yumna, adakah dia merupakan ancaman buat fie' ruhaina keliru, tangannya segera mendail nombor marwan..

'' hello tuan.. '' ruhaina melihat shofie yang kembali duduk di sofa.

'' kenapa? '' balas marwan disebelah sana.

'' ada seorang datang.. Wanita bernama yumna.. '' kata ruhaina.

'' dimana puan!'' kata marwan kuat sampai begegar gegendang telinga ruhaina.

'' puan ada dengan saya.. '' ruhaina melihat shofie kemudian berpaling melihat pintu yang dibuka oleh pelayan.

'' kamu jaga puan! Jauhkan puan dari wanita itu.. !!'' arahan marwan keras.

'' baik tuan.. Saya faham'' kata ruhaina yakin.

Ruhaina mematikan panggilan.. Dia berjalan mendekat dengan shofie dan berdiri disana.

''dimana bonda.. '' tanya yumna sebaik disambut oleh pelayan rumah tersebut.

'' puan Sri tak ada sekarang.. Sekejap lagi mungkin akan kembali.. '' kata pelayan.

'' saya sudah beritahu bonda yang saya akan datang kesini hari ini.. Tak tahu pula bonda akan keluar'' kata yumna dan matanya tertangkap dua, susuk tubuh yang ada di ruang tamu.

'' kak fie.. " panggil yumna.. Shofie yang menunduk berpura-pura melihat telefon bimbitnya mendongak memandang kearah yumna.

'' yumna. '' balas shofie. Ruhaina memandang tajam kearah wanita yang bernama yumna yang datang menghampiri shofie.

'' oh my.. Seriously..? '' yumna tergejut melihat perut shofie yang membulat besar.

Shofie tahu apa yang dimaksudkan oleh yumna.. Apa lagi kalau honey bump miliknya. Shofie seperti biasa menayangkan senyumannya..

'' tak sangka kakak dan abang sudah sampai.. ''

'' apa maksud kamu yumna..? '' tanya shofie tegas.

'' ehh.. Tak.. Tak sangka kak fie dah hamil sekarang ni.. Itu yang yumna maksudkan.. '' kata yumna.

'' mana bonda ya..? Yumna ada hal nak berjumpa dengan bonda.. '' kata yumna dia berpaling melihat ruhaina berdiri disebelah sofie menayangkan wajah dingin.

'' bonda ke yayasan..kejap lagi balik lah tu.. '' kata shofie kembali melihat telefonnya..

Mereka sama-sama menangkap bunyi enjin kereta. Mahira tergesa-gesa masuk kedalam rumah..dia sememangnya sudah dalam perjalanan balik dari yayasan. Bila marwan menelefonnya memberitahu yumna sudah ada di rumah.. Dia memaksa pemandu peribadinya memandu pulang ke rumah secepat mungkin

Mahira disambut oleh pelayan rumahnya.. Belum sempat dia bertanyakan kepada pelayan itu dimana dua wanita itu berada kepada pelayan yang menyambutnya. Dia mendengar namanya di panggil.

'' bonda.. ! '' panggil yumna. Mahira melihat ada tiga orang wanita yang duduk di ruang tamunya. Dia melihat shofie tersenyum kearahnya..

'tak ada apa-ap yang berlaku kan..' fikir mahira sendiri.

''yumna... Bukan sepatutnya kamu sampai petang..?'' tanya mahira.

'' bonda ini kan sudah petang.. '' balas yumna dengan gelak kan kecil.

'dia boleh beriak, seperti tiada apa-apa yang berlaku.. Sedangkan dia pernah fitnah aku cuba mencederakan dia dulu.. Dan kali ni dia datang Seolah-olah apa yang berlaku dulu bukanlah sesuatu yang besar baginya.. Tenanglah shofie.. Kau boleh atasi dia..' shofie memujuk dirinya sendiri.

''kak aina.. Bonda dah balik.. Boleh lah, kak aina balik rehat.. Fie pun nak naik atas ni.. '' kata shofie.

'' tapi tuan.. '' shofie mengeleng.

'' kejap lagi haidan dah nak balik.. '' potong shofie.

'' ialah tu.. Bonda pun dah balik ni.. '' tambah mahira.

Selepas ruhaina pulang shofie naik ke biliknya..

'' kak fie'' suara yumna memanggil. Shofie berpaling melihat yumna sudah berada didalam biliknya.

' what! Dia masuk kedalam bilik tanpa mengetuk pintu.. Main masuk macam tu saja.. Apa yang dia nak sebenarnya.. '

''yumna.. Kenapa kamu masuk kedalam ni..?'' tanya shofie.

'' yumna datang hantarkan ni.. Bonda buatkan susu kurma buat kakak.. '' kata yumna yang memegang segelas susu kurma di tangannya.

'' hmm.. Terima kasih.. '' shofie mengambil susu tersebut dan meletakkan di atas meja kopi.

'' kak.. '' shofie berpaling. Melihat yumna masih berdiri di tempatnya tadi.

'' ya kenapa? ''

'' saya nak minta maaf sebelum ni yumna ada buat salah kepada kakak.. Yumna tahu yumna salah.. Yumna tak akan ganggu hubungan kakak dan abang lagi.. Yumna janji.. !'' kata yumna bersungguh.

'dia pernah kata begini dulu, kemudian dia memerangkap aku, menyalahkan aku.. Kerana menolaknya padahal dia sendiri yang lukakan diri dia sendiri.. Untuk tarik perhatian haidan..dan sekarang dia datang lagi.. Melakukan perkara yang sama.. Memohon maaf.. Sampai aku tak tahu sama ada ini ikhlas darinya, ataupun ada niat disebaliknya..'

''kakak tak percayakan yumna.. Yumna sedia melutut bersujut di kaki kakak asalkan kakak maafkan yumna.. '' pohon yumna.. Yang sudah melutut di hadapan shofie.

'' yumna tak perlulah kamu sampai melutut.. '' shofie bangun dari duduknya. Berjalan mendekat kepada yumna.

'' yumna bersungguh kak.. '' kata yumna sambil mengalirkan air mata.

'' apa yang berlaku ni..? '' tanya haidan.

Apa yang dilihat haidan adalah yumna yang sedang memohon meminta maaf dari shofie. Dimatanya kelihatan seperti shofie tak mahu memaafkan yumna atas kesalahan yumna yang lalu.

'' bangun yumna.. Kamu kenapa melutut semua ni.. " kata haidan, menarik yumna untuk bangun.

'' yumna nak minta maaf dari kakak dan abang, maafkan lah yumna.. Yumna janji tak akan menganggu lagi hubungan kakak dan abang.. '' kata yumna. Haidan memandang kearah shofie yang berdiri tak jauh dari mereka.

'kenapa pandang sini..' shofie mengalihkan pandangannya.. Dia kembali duduk di sofa. Entah kenapa dia tak suka melihat haidan yang suka membela yumna, walaupun yumna pernah menfitnah nya dulu. Shofie mengelus perutnya..

'' yumna keluar dulu.. Ya. '' kata haidan lembut memujuk yumna.

'' yumna tak akan keluar selagi abang dan kakak tak maaf kan yumna.. '' kata yumna tekad.

'kenapa kau nak aku nampak jahat di hadapan haidan.. Apa niat kau sebenarnya..'

'' yumna.. '' kata haidan perlahan. Bila melihat shofie yang duduk di sofa tak mengeluarkan sepatah kata.

'' baiklah.. Yumna.. Saya maafkan.. '' kata shofie cuba mengukir senyuman di bibirnya.

'' terima kasih kak.. ! Abang! Yumna keluar dulu ya.. '' kata yumna dengan gembira.

Haidan melihat yumna pergi, dia berjalan kearah pintu lalu menutup dan menguncinya dari dalam.

'' macam mana yumna boleh masuk? '' tanya haidan.

Shofie sedia maklum haidan tak menyukai hal tersebut...

'' tak tahu.. Tahu-tahu dia dah masuk.. '' balas shofie.

'dia ada kaki kan.. Mestilah dia masuk guna kaki dia wahai encik suamiku yang bijak..' keluh shofie.

'' air apa ni? '' haidan melihat ada segelas air.

'' susu kurma.. '' balas shofie. Haidan dapat menangkap bahawa suasana hati shofie tidak setentang seperti selalunya.

'adakah disebabkan yumna..'

'' kenapa sayang tak minum.. Siapa yang buatkan ni? '' tanya haidan sedang memancing shofie untuk terus bercakap dengannya.

'' bonda.. " shofie hanya menjawap sepatah..

'' kenapa sayang tak minum? '' ulang haidan lagi.

'' yumna yang bawakan '' balas shofie.

Tanpa bertanya lagi haidan membawa gelas itu kedalam bilik air dan menuangkan susu kurma itu kedalam singki..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience