BAB 37

Romance Completed 112655

Haidan kembali dengan gelas kosong yang sudah siap dicuci di tangannya. Gelas tersebut diletakkan di atas meja kopi di hadapan shofie. Wajah haidan direnung oleh shofie.

'' what? '' tanya haidan.

'' pergi mandi.. Busuk!!'' kata shofie.

'' sejak bila pandai mengadu busuk ni.. Selalunya busuk-busuk ni lah sayang peluk tak lepas-lepas semalaman sampai ke pagi.. '' usik haidan terus memeluk shofie. Kepala shofie bersandar di bahu haidan..

'' sayang tak selesa yumna ada disini? '' tanya haidan.

'' kenapa dia disini? '' shofie bertanya kembali.

'' sayang.. Haikal beritahu hubby yumna kesini untuk meminta maaf.. '' kata haidan.

'' tu je? '' shofie tak puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh haidan. Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh haidan. Dagu haidan dilabuhkan ke atas bahu shofie.. Di gesel-gesel lembut hujung dagunya di bahu shofie..

'' sayang.. '' panggil haidan.

'' hemm.. '' shofie menepuk pipi haidan.

'' haikal beritahu yumna tak berapa sihat.. Parent dia minta keluarga kita tolong tengokkan dia.. Sampai mereka balik kesini untuk ambil yumna.. '' kata haidan..

'apa? Yumna akan tinggal disini..? dah agak dah... Apa pula rancangan wanita itu kali ini..' hati shofie bergolak lagi..

'' tak sihat? Sakit apa..? '' tanya shofie. Cuba untuk mengawal nada bicaranya, tak mahu haidan mengesyaki apa-apa.

'' hubby tak tanya pula.. Haikal cuma beritahu yang dia tak sihat.. Dia kesini nak perbetulkan semula kesalahan dia.. '' jawap haidan.

'' oh.. Ok.. '' kata shofie.

'' sayang tak kisah? '' tanya haidan.

'kalau cakap kisah.. Apa akan terjadi.. Keputusannya sudah dibuat kan.. Lagipun ini bukan rumah aku kan.. Apa hak aku..' shofie mengeleng kepada haidan.. Dengan senyuman manis miliknya.

'' hubby tahu sayang.. Akan bertolak ansur mengenai perkara ni.. '' haidan mencium pipi shofie.

'adakah sebab aku terlampau mengangguk bersetuju atas semua benda.. Aku.. Perlu menjaga hati orang lain..dan korbankan apa yang aku rasa.. Ahhhhh shofie.. Kenapa kau cepat sangat terasa ni.. Sabar lah.. Dah sejauh ni.. Takkan kau nak mengalah..' shofie memujuk dirinya lagi.

''pergi mandi.. '' shofie menolak tubuh haidan menjauh.

'' ok.. Hubby pergi mandi.. '' haidan mencium kepala shofie sebelum dia bangun dan berjalan ke bilik air.

Shofie mengambil telefon bimbitnya.. Dia mendail nombor rafie untuk mengetahui perkembangan kesihatan papanya..

Semasa shofie sedang bercakap dengan abangnya. Telefon haidan berbunyi. Mulanya hanya sekadar bunyi memberitahu ada pesanan.. Terus berdering bunyi panggilan.. Shofie melihat nama pemanggilnya..

'' marwan'' shofie mengintai kearah bilik air.. Berpaling semula kearah telefon haidan yang masih berbunyi.

''tuan, saya dah hantar semua maklumat mengenai rania.. Dia anak kepada persaing utama Zyan Holding.. Tuan Johari.. ''

'' tuan'' panggil marwan bila tak mendengar suara haidan.

''wan.. Haidan sedang mandi.. Nanti saya beritahu dia.. '' balas shofie. Dalam masa yang sama haidan baru keluar dari bilik air. Melihat shofie yang sedang memegang telefon miliknya.

'' siapa call? '' tanya haidan berjalan mendekat kepada shofie.

'' marwan.. '' shofie menyerahkan telefon bimbit itu kembali kepada haidan.

Haidan menyambut dan berbual dengan marwan.. Manakala shofie keluar dari bilik turun kebawah.

Sebaik sampai dibawah.. Shofie melihat mahira, Annisa, annaila dan juga yumna sudah ada di meja makan.

'' kak fie, marilah makan sekali.. '' ajak Annisa. Shofie tersenyum. Berjalan mendekat kearah mereka.

'' kenapa ni.. Sayang.. Bonda lihat muka kamu pucat.. '' tanya mahira.

'' tak lah bonda.. Mana.. Ada'' kata shofie memegang pipinya dengan tangan.

''kenapa bonda..? '' haidan yang baru turun dari atas menegur.

'' tak ada apalah.. Marilah kita makan'' ajak mahira.

Haidan perasan shofie tak makan banyak seperti selalunya.. Malah banyak diam saja dari tadi.. Shofie hanya tersenyum dan menjawap bila ditanya sahaja .

' aku kena masak jugalah ni.. ' keluh haidan.

Malam itu shofie terasa lapar.. Dia bangun untuk mencari makanan yang boleh membuatkan perutnya kenyang.. Laci demi laci dibukanya .. Tapi dia tak jumpa makanan yang mudah dan cepat dimasak..

'' ni semua salah papa kamu.. Kalau tadi masa mama balik, singgah beli makanan.. Pasti malam ni kita dapat makan yang sedap-sedap.. Haikal pun mana ya.. '' mulut shofie muncung..

'' sayang cakap apa tadi.. Salah siapa..? '' suara itu membisik di telinga shofie dari belakang.

'' Aaaaa!!!'' shofie menjerit, menunduk.. sambil memeluk perutnya dengan mata yang terpejam rapat.

'' sayang.. Hubby ni.. '' kata haidan yang berada dibelakang shofie.. Gelak nakal melihat shofie ketakutan menjerit.

Shofie membuka matanya.. Memusingkan tubuhnya.. Melihat haidan sedang berdiri di belakangnya.

'' ishh.. Kenapa buat macam tu.. Sakit jantung lah.. !!'' marah shofie. Tanpa sedar dia mencubit bahu haidan. Berkerut wajah haidan menahan sakit menerima cubitan dari shofie.

'' sakit sayang.. !'' adu haidan.

'' buat lah lagi... '' bentak shofie.

'' sayang cari apa ni.. Malam-malam macam ni? Lapar? '' tanya haidan sambil tangannya sedang mengelus bahunya mengurangkan sakit bekas cubitan shofie tadi.

'' hemm.. Tiba-tiba lapar pulak.. Tunggu haikal.. Selalunya time macam ni dia dah balik bawakan makanan yang best-best.. '' kata shofie teruja menayangkan dua ibu jarinya kepada haidan.

'' kejap lah.. Hubby tengok apa yang boleh dimakan.. '' haidan ke dapur dan mengeluarkan bahan mentah.

'' hubby bawak keluar semua ni buat apa? '' tanya shofie.. Melihat bahan mentah yang dikeluarkan oleh haidan..

'' masalah.. Bagi sayang makan.. Bagi honey bump makan.. Dia lapar kan.. '' jawap haidan.

'' tapi ni.. Beku semuanya.. Sayang dah lapar.. '' kata shofie.. Menggigit bibir bawahnya. Nak saja dia menangis waktu itu.. Haidan melihat shofie.. Kepalanya digaru..

'nak masak apa?' otaknya ligat berfikir.. Dia kembali membuka peti sejuk.. Mengeluarkan sayur..

'tadi barang mentah yang beku.. Ni dia bawa keluar semua jenis sayur yang ada dalam peti sejuk..' keluh shofie.. Melihat meja dapur yang penuh dengan sayur dan buah..

'' kejap.. Hubby.. Nak buat apa semua ni.. !'' shofie pening melihat haidan yang nampak serabut.

'' hubby buatkan salad.. '' cadang haidan.. Shofie segera mengeleng.

'' sayang.. Salad itu bagus untuk kesihatan tau.. '' pujuk haidan.

'' tak nak.. !!'' bangkang shofie.

'' ok.. Hubby buatkan sup sayur.. '' cadang haidan lagi..dan berharap shofie akan terima..

'' tomyam sayur.. !!'' kata shofie Tiba-tiba.. Melopong haidan dibuatnya.. Mendengar shofie berkata menu itu dengan gembira.

'masak aku... !!!' keluh haidan.

'' boleh? '' senyuman haidan melebar sampai ke telinga.. Mengharapkan jawapan positif dari haidan. Terkaku haidan di posisinya seketika.. Nak mengangguk pun tidak nak mengeleng pun tidak.

'' kita masak sama-sama? '' tanya shofie lagi..

'' boleh.. Kita masak sama-sama ya.. '' kata haidan dengan senyuman.

Haidan megikut apa yang diberitahu oleh shofie.. Mengikut setiap arahan yang diberitahu oleh shofie.. Walaupun agak kekok.. Dia berusaha membuat nya dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

'' hubby.. Lobak merah ni..kena potong nipis-nipis.. Bukan macam ni, buat macam ni.. '' shofie menunjukkan cara yang betul.. Haidan mengangguk dan belajar dengan teliti..

Akhirnya tomyam sayur mereka siap.. Shofie puas melihat haidan yang memakai apron, berusaha untuk memasak tomyam tersebut.. Dia hanya memberitahu caranya dan bahan yang diperlukan untuk tomyam tersebut.. Haidan yang membuat semuanya. Bibirnya tersenyum melihat haidan yang sedang mengacau tomyam hasil buatannya.

'' hubby thanks... '' shofie memeluk belakang haidan..

'' sayang.. Hubby akan berikan semua untuk sayang.. Semuanya sayang.. '' kata haidan. Berpaling memeluk shofie.

'' hhmm.. Kita tengok.. Betul ke apa yang hubby katakan tu.. '' perli shofie..

'' kenapa tak pecaya.. '' haidan mencubit geram Kedua-dua pipi shofie..

'' ya.. Ya... '' terangguk angguk kepala shofie.. Mengiakan.. Dengan pipi yang masih dicubit oleh haidan.

'' duduk.. Masa untuk makan.. '' arah haidan.. Membawa shofie ke meja makan dan mendudukkan shofie disitu.

Shofie duduk seperti yang diberitahu haidan. Menunggu di meja makan. Haidan datang membawa semangkuk tomyam hasilnya ..meletakkan tomyam yang masih panas di hadapan shofie dengan hati-hati.

Haidan melihat shofie menyuapkan suapan pertamanya di mulut..

Satu sudu masuk ke mulut shofie .. Hampir tersedak shofie dibuatnya.. Haidan cepat-cepat mengambil air putih untuk shofie.

'' sayang kalau tak sedap jangan makan.. '' kata haidan.

'' mana ada tak sedap..sedaplah!!'' shofie menayangkan dua ibu jarinya.. Kemudian menyambung makan tomyam.

'' serius ni.. Tak masin? Masam? Pedas? '' tanya haidan. Shofie menggeleng.

'' sedap.. Secukup rasa semuanya.. '' kata shofie. Haidan menarik mangkuk itu untuk merasa.. Tapi ditarik semula oleh shofie.

'' hubby.. Sayang nak makan ni'' kata shofie.

''bagi hubby rasa.. Sikit saja.. '' minta haidan. Shofie kembali menarik mangkuk nya mendekat dan melindungi dari haidan, dan mengeleng.

'' tak apa.. Hubby rasa yang didalam periuk.. '' kata haidan berlalu pergi ke dapur.

Haidan sendiri was-was nak memasukkan kuah tomyam tersebut kedalam mulutnya.. Tomyam yang merah kuahnya itu diperhatikannya. Sebelum menghirup nya mengunakan sudu makan.

Terbatuk batuk haidan dibuatnya.. Terasa bahang pedasnya sampai ke telinga naik ke kepala..

'again.. Sayang nak kena ni! '

'' sayang! Stop jangan makan tu..'' haidan berlari ke ruang makan.. Melihat shofie yang sedang asyik makan tomyam tersebut.

'' sayang.. Pedas sangat tu sayang.. Dah la pedas.. Masam pulak.. !''

'' tu lah namanya tomyam.. Pedas dan masam..jangan ganggu sayang nak makan.. '' kata shofie.

'' hubby cuma takut sayang sakit perut esok.. '' haidan menongkat dagunya di hadapan shofie.

'' Buat apa ni!!" suara haikal jelas kedengaran .

Shofie dan haidan sama-sama berpaling melihat ke arah suara haikal yang sedang memegang lengan yumna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience