BAB18

Romance Completed 112655

Tiga bulan berlalu.. Ainun disahkan mengalami masalah ganggu mental.. Pada mulanya dia dijaga dirumah.. Tapi lama kelamaan dia menjadi agresif dan mula memukul pelayan yang merawatnya. Mereka terpaksa menghantarnya ke rumah yang merawat mental Ainun. Rania berkeras semahu mahunya tak mahu menghantar mamanya kesana.. Tapi bila Ainun pun memukulnya...akhirnya Ainun dihantar juga kesana.

Rahimi sudah mengetahui status sebenar yang selama ini di rahsiakan oleh Ainun. Dia tak menyangka sepanjang tempoh pernikahan mereka.. Ainun menipunya.. Sampaikan melahirkan rania anak kepada lelaki lain.. Malah Ainun mengakui rania itu adalah anaknya, dia sudah mengetahui ada sesuatu yang salah mengenai kehamilan ainun dahulu, kenapa hal itu bayak dicampur tangan oleh ibunya. Rahimi sendiri tak tahu bagaimana dia hendak memberitahu kepada rania akan perkara itu..

'ini yang harus aku bayar.. Atas apa yang aku buat dahulu.. Mengabaikan shofyna.. Dalam masa yang sama juga mengabaikan Ainun.. Dan kini.. Yang tinggal hanya kesannya.. aku harus menghadapinya..' keluh rahimi.

'' datuk.. Ada tetamu yang datang untuk berjumpa dengan datuk.. '' kata sabri yang muncul disebalik pintu bilik bacaan rahimi.

Rahimi yang duduk di meja kerjanya dengan tangan memegang hasil keputusan DNA rania.. Menyimpan semula kepingan kertas itu..

'' siapa sabri? Kenapa cari saya.. '' tanya rahimi.

'' tak pasti datuk.. Saya rasa mereka pertama kali kesini.. '' kata sabri.

Rahimi bangun dan berjalan turun diiringi sabri dibelakangnya.. Mereka turun kebawah.. Berjalan ke ruang tamu.. Dimana ada pasangan yang lebih muda sedikit dari rahimi.. Seorang lelaki India..dan wanita Cina.

''maaf? Adakah kita saling mengenali?'' tanya rahimi bingung.. Melihat dua insan yang pertama kalinya dia lihat itu.

'' datuk... Maaf kami mengangu masa datuk.. '' kata lelaki India itu..manakala wanita cina disebelahnya menjatuhkan wajahnya mengangguk..

'' saya ethan.. Ini isteri saya Wendy.. Kami datang nak melihat cucu kami..'' kata lelaki yang bernama ethan itu.

'' maaf saya tak mengerti.. Cucu? Siapa cucu kamu? '' tanya rahimi yang benar-benar dalam kebingungan.

'' anak lelaki kami gibran.. Adalah ayah kandung kepada anak yang di kandungan oleh rania.. Kami mohon jasa baik datuk untuk membenarkan kami melihat cucu kami.. Kami bukannya datang untuk menuntut apa-apa.. Cukuplah sekadar dapat melihatnya.. '' kata wanita yang bernama Wendy itu.

'apalagi yang sedang berlaku ni.. Kenapa mereka berdua tiba-tiba muncul dan mengakui Mikail itu cucu mereka.. Dan mereka dari agama yang berbeza.. Rania bersama dengan lelaki yang bernama gibran.. Seorang anak lelaki dari pasangan cindian.. Apa yang anak itu pikirkan? ' rahimi memegang dadanya.. Matanya di pejam rapat-rapat sebelum dibuka semula melihat kearah pasangan suami isteri itu.

'' dimana anak kamu berdua.. Kalau dia ayah kandung kepada cucu saya, kenapa dia tidak datang bersama.. Adakah dia tak mahu melihat anak kandung dia..? Tanya rahimi tenang. Sambil duduk di sofa bertentangan dengan pasangan itu.

'' kami sendiri tak tahu anak kami dimana,sekarang ini.. Seminggu yang lalu dia ada pulang ke rumah.. Dia menceritakan semuanya.. Kepada kami.. Kami tahu anak kami salah.. Tapi kami teringin sangat nak lihat rupa cucu kami datuk.. '' kata Wendy.

Rahimi menunduk.. Dia sendiri tak tahu apa yang perlu dia cakapkan pada ketika itu.. Dia yang sedang berserabut dengan status rania.. Kini, muncul pula perkara seperti ini..

'' datuk.. Percayalah kepada kami.. Kami tak akan menuntut hak apa-apa.. Kami tahu kami tak layak.. Anak kecil itu lebih layak tinggal dengan keluarga datuk berbanding dengan keluarga kami.. '' kini ethan pula merayu.

'' sabri.. Bawakan Mikail kesini.. '' akhirnya rahimi berkata..

'' terima kasih datuk.. Terima kasih.. '' kata wendi, dia memegang tangan suaminya.

Sabri datang bersama andi.. Andi mengendong Mikail didalam pelukannya.. Ethan dan Wendy teruja melihat seorang lelaki yang datang mengendong bayi kearah mereka.

'' andi.. Kamu boleh berikan untuk mereka untuk melihat cucu mereka.. '' kata rahimi. Mulanya andi tak mahu beranjak dari tempatnya berdiri.. Ada garis risau diwajahnya.

'' saya tahu apa yang kamu rasa andi.. Tak perlu risau mereka hanya melihat sahaja...'' rahimi memberi jaminan.. Andi akhirnya terpaksa akur.. Dia berjalan kearah pasangan suami isteri itu. Wendy dan ethan bagun dari duduknya.. Pasangan itu melihat cucu mereka sampai mengalirkan air mata.. Masing-masing terharu..

Pasangan itu memegang janjinya.. Mereka meminta diri sebaik saja mereka puas melihat Mikail.. Sekali lagi mereka memohon maaf kerana datang ke kediaman rahimi secara mendadak begitu.

Dirumah keluarga Zyan.. Haidan mencari isterinya.. Semasa dia tinggalkan shofie tadi mereka sama-sama sedang makan. Kini meja makan itu kosong.

'' sayang... '' panggil haidan.

'' kenapa idan..? '' tanya mahira yang berada di ruang tengah sedang duduk bersantai disitu.

'' bonda nampak tak shofie.. Tadi idan cakap suruh tunggu di meja makan..'' kata haidan dengan tangannya yang memegang gelas yang berisi susu.

'' shofie dah naik atas lah kot.. Tadi dia naik dengan nisa dan naila.. '' balas mahira.

'' idan naik dahulu ya bonda.. Selamat malam.. '' kata haidan berjalan naik keatas dengan susu masih di tangannya.

Haidan naik keatas dan berjalan masuk kedalam biliknya .. Dia memanggil shofie.. Tapi tiada sahutan.. Haidan meletakkan gelas di meja kopi.. Dia melangkah ke dalam bilik air.. Tiada.. Begitu juga kedalam bilik pakaian..

'kemana saja dia pergi ni..' keluh haidan.. Di melangkah keluar dari bilik.. Kakinya melangkah melintasi bilik annaila.. Kakinya berhenti melangkah kerana terdengar suara ketawa dari bilik itu.. Haidan mengetuk pintu bilik annaila..

Annaila membuka pintu biliknya sedikit.. Mengintai keluar.. Annaila melihat haidan sedang berdiri diluar biliknya.

'' nampak kak fie tak..? '' tanya haidan.

'' alah abang ni.. Kak fie baru je nak lepak dengan kami.. Abang dah panggil.. '' rungut annaila.

'' oh.. Kak fie sembunyi dalam ni.. '' haidan menolak pintu agar terbuka dengan lebih luas.. Haidan melihat shofie dan Annisa sama sama duduk diatas katil..

'' kamu berdua buat apa dengan kak fie.. !'' kata haidan bila melihat muka shofie terlekat dengan sesuatu di wajahnya.

'' hubby.. Ni mask.. Bukannya benda apa pun.. Untuk bagi kulit cantik.. '' jawap shofie. Haidan dengan pantas menarik benda yang menempel di wajah shofie..

'' hubbyyyyyy!!!'' bentak shofie.

'' muka sayang dah cantik kan.. Tak perlu semua ni..'' kata haidan membaling benda putih dan lembap itu ke lantai..

'' hubby.. Rugilah...kenapa buang baru saja pakai tu'' shofie bagun dari duduknya.. Hendak menunduk mengambil kembali mask yang dibuang oleh haidan, tapi belum sempat shofie menunduk. Dia sudah dihalang oleh haidan.

''berani ambik..!'' haidan memberi amaran. Kerana dia tahu shofie sudah tak boleh menunduk dengan perutnya yang besar itu.

'' hubby ni.. '' rungut shofie.

'' sudah.. Jangan nak buang masa dengan mereka berdua.. Esok sayang nak kerja kan.. '' kata haidan.

'' tak.. Esok kan, sayang tak masuk office.. kita nak pergi check up.. Honey bump kan.. Hubby jangan cakap hubby lupa!!'' kata shofie.

'' esokke? .. '' balas haidan. Shofie menarik mukanya masam.. Dia mengambil telefon bimbitnya yang ada diatas katil annaila..

'' tengok ni.. Esoklah.. '' kata shofie menayangkan layar telefonnya di hadapan muka haidan.

Annaila dan Annisa memandang dengan senyuman dua orang itu sedang berbincang di hadapan mereka tak ubah seperti tommy dan lucky.. Gaduh-gaduh pada mulanya..dan sekarang ni sudah mempunyai lima ekor anak kecil..annisa tergelak kecil melihat shofie yang merajuk dengan muncung panjangnya.. Haidan pula sedang memujuk shofie.. Dengan gayanya tersendiri.

'' hmm.. Ok sayang.. Esok kita pergi sama-sama.. Tapi.. Pagi tu sayang stay di office dulu.. Sebab pagi tu ada metting.. Boleh kan.. ?'' haidan memeluk bahu shofie.. Namun shofie masih dengan muncungnya.

'' boleh.. Tapi esok sayang nak breakfast dekat kedai mamak.. '' kata shofie..

'' sayang.. '' haidan mengaru kepalanya..

'kenapa.???. Hari tu dia terpaksa meredah satu pasar malam, hanya untuk membeli kepak ayam madu.. Kini kenapa kedai mamak pula.. Kenapa kamu tak minta makan di hotel sayang....' keluh haidan.

'' ehemm.. '' haidan membetulkan tekaknya yang terasa kering.

'' hubby.. Boleh tak.. Kalau tak nak.. Hubby tak perlu temankan ke klinik.. Sayang pergi dengan kak aina ja.. '' kata shofie.

'' pergi dengan kami pun boleh.. '' kata Annisa mencelah. Haidan memberikan tatapan maut kepada Annisa.. Sampaikan Annisa gelak sambil menutup tangannya..

'' mamak pun mamak lah... '' kata haidan pasrah.. Kemudian kedengaran dua adik kembarnya itu ketawa.

'' yeayyy... Honey bump.. Esok kita makan kedai mamak .. '' kata shofie riang.

'' dah jom balik bilik.. '' haidan menarik tangan shofie.. Shofie mengangguk..

'' bye sis.. Nanti kita lepak lagi ya.. '' kata shofie..

'' ya sis.. Lain kali biar lama-lama sikit.. '' kata annaila .

'' betul tu, boleh kan abang? '' sokong Annisa.
'' lusa abang nak ke selatan tiga hari.. Kamu teman kak fie kamu puas-puas'' haidan..

''betul ni.. Jom kak kita.... ''
'' jangan nak ajak kak fie kamu ke tempat yang tidak-tidak ya.. Ingat keadaan kak fie kamu.. Stay di rumah lebih baik.... '' kata haidan memberi amaran.

'' alah abang ni.. Tak best la!'' kat annaila.

'' tak apa.. Kita bawa kak fie pergi makan saja.. '' kat Annisa.

'' boleh nanti kita pergi makan bersama.. Ajak bonda sama.. '' kata shofie.. Sambil berjalan keluar dari bilik annaila.. Kerana haidan sudah menariknya keluar dari sana..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience