BAB 47

Romance Completed 112655

Pagi itu haidan dan marwan pergi ke rumah johari. Mereka disambut oleh pelayan lelaki yang banyak mengawal di runah tersebut.. Haidan melihat rumah johari.. Tak kurang hebatnya seperti rumah mewah yang lain.

'' wah.. Tak sangka, tuan zyan haidan dari Zyan Holding datang cari saya..'' kata rania menyindir haidan. Rania berjalan dengan gaya model menghampiri haidan.

'' rania, saya ada perkara yang nak dibincangkan dengan kamu..'' kata haidan terus menyatakan hasratnya datang ke rumah itu.

'' kalau ya pun duduk la.. Kita sarapan bersama.. '' pelawa rania.

'' tak mengapa.. Saya sudah makan tadi.. '' kata haidan, menolak pelawaan rania dengan sopan.

'' baik.. Kita kesana.... '' kata rania menunjukkan ruang terbuka yang ada kerusi dan juga meja disitu.

'' baik.. '' haidan dan marwan melangkah berjalan, kearah tempat yang ditunjukkan oleh rania.

Mereka berdua duduk di kerusi tersebut.. Manakala marwan berdiri tak jauh dari belakang haidan.

''apa yang nia sedang rancangkan..'' tanya haidan.

'' nia tak rancangkan apa-apa'' jawap rania santai.

'' di mana shofie? '' tanya haidan. Rania tersentak, menayangkan wajah tergejut mendengar soalan yang ditujukan kepadanya..

'' kenapa tanya nia.. She is your wife kan.. !'' balas rania dengan wajah tak bersalah.

'' mana nia dapat gambar tu? '' tanya haidan.

'' nia pergi bercuti baru-baru ni.. Terjumpa dengan shofie.. '' kata rania.

'' kenapa? Ada yang salah? '' tanya rania lagi.

'' nia... Jangan pura-pura tak tahu.. '' kata haidan.

'' apa yang tak tahunya..? '' tanya rania mengangkat kedua-dua bahunya..

'' haidan cuma nak tahu di mana rania jumpa dengan shofie itu je.. '' kata haidan.

'' boleh kalau nak tahu, tapi nia nak sesuatu sebagai balasannya.. '' ucap rania kembali.

'' apa yang nia nak?'' tanya haidan.

'' nikah dengan nia!'' kata rania terang dan jelas.

'' apa! Nikah?!'' haidan ketawa mendengar permintaan rania.

'' kenapa? Dimana yang kelakarnya.. Sekarang kan semua orang sudah tahu kita sudah bertunang.. Tak ada yang peliknya kan..kalau kita nikah '' kata rania tegas.

'' nia.. Nia.. Angan-angan kau terlampau tinggi.. '' sindir haidan.

'' tak mengapa lah.. Kalau angan-angan nia ni terlalu tinggi.. Jangan datang lagi kesini untuk tanya dimana shofie.. Biar shofie duduk sana sendirian.. Bila hati dia terbuka untuk lelaki lain..dan terus tinggal jauh dari haidan.. Lepas tu.. Jangan salahkan nia..'' ugut rania.

'' apa yang kau merepek ni rania.. Shofie bukannya orang yang begitu... '' kata haidan membela shofie.

'dia tak ternilai rania.. Dia tak senang-senang untuk terima lelaki dengan begitu saja' hati haidan berbicara.

'' jangan terlampau yakin haidan.. Tengok ni.. '' rania menunjukkan telefon bimbitnya.

Haidan mengambil telefon bimbit rania yang ada gambar shofie sedang berjalan bersebelahan dengan seorang lelaki yang sedang senyum kepadanya. Disamping mereka ada seorang budak perempuan dalam lingkungan umur empat tahun begitu berjalan bersama. Manakala wajah ruhaina juga ada berjalan di belakang mereka bertiga.. Haidan mengepal kan tangannya, menahan marah.

'aku disini susah payah mencari dia.. Siang dan malam merindui dia.. Dan dia sedang bersenang lenang disana.. Apa dia lupa dengan status dia.. Dia masih isteri aku.. SHOFIE!!!'

'' berilah nia peluang.. Nia tahu nia banyak bersalah kepada haidan.. Kali ni ja.. Nia minta.. '' rayu rania.

'' aku sudah bernikah rania.. Kenapa kau tak faham!'' nada haidan naik seoktaf.

'' terpulanglah.. '' kata rania lemah.

'' mungkin kalau dia tahu suaminya menikah.. Dia akan kembali.. Kita boleh cuba kan.. '' kata rania memujuk haidan lagi.

Haidan melihat kearah marwan, marwan mengeleng perlahan. Tidak setuju dengan cadangan rania.

'' kalau aku bernikah dengan kau.. Hanya untuk shofie.. Dan kau hanya isteri aku.. Sekadar isteri di atas kertas.. Kau sanggup!'' balas haidan sengaja mendunga apa yang akan dikatakan oleh rania.

Rania menarik bibirnya tersenyum, hatinya berbunga-bunga..

'Sekurang kurangnya.. Ada tindak balas positif dari haidan.. Sememangnya dia tak akan melepaskan peluang ini. Biarlah sekadar isteri dia atas kertas semata-mata. Kebelakangnya.. Aku akan berusaha mendapatkan kau sepenuhnya.'

'' baik nia setuju..!! '' kata rania teruja dan ceria.

'' sekarang beritahu aku dimana shofie..'' kata haidan.

'' takkkk! Selagi kita tak sah menjadi suami isteri.. Nia tak akan beritahu dimana nia jumpa dengan shofie.. '' kata rania tegas.

'' kenapa? Kau takut aku mungkir janji? '' tanya haidan. Rania mengangguk kan kepalanya..

'' baik!!''

'' tapi kau kena ikut cara aku!'' sambung haidan.

Hujan turun lebat pada hari itu.. Shofie menyentuh tingkap kaca rumah kecil yang didiaminya.. Menanti ruhaina.. Rasa risau menyelubungi hatinya..

'' mana kak aina ni.. Tak balik lagi.. Fie risau lah.. '' shofie melihat keluar dimana awan kelam menyelubungi seluruh kawasan itu.

Shofie melihat hadriana yang sudah terlena di atas katil..shofie kemudiannya memilih untuk, duduk disebelah hadriana.. Menyentuh tangan si kecil yang sedang tidur itu.

'' assalamualaikum '' terdengar suara seseorang memberi salam di luar pintu.. Shofie diam ditempatnya.. Menjawab salam sekadar didalam hati..

Kemudian dengar bunyi kunci yang masuk kedalam tombol pintu.. Dan tombol itu di pusing.. Pintu terbuka dikuak dari luar.. Ruhaina muncul disebalik pintu..

'' kak aina.. Yaallah.. Basah kuyup.. '' kata shofie . Dia bangun mengambil tuala lalu membalut tubuh ruhaina..

'' ha fie.. Hujan lebat.. Untung ada encik Zamri ada.. Dia yang tolong hantarkan kak balik.. '' kata ruhaina. Meletakkan barang-barang yang baru dibelinya.

'' siapa Zamri..? '' tanya shofie keliru.

'' ish fie ni.. Tulah.. Jumpa banyak kali dah.. Anak dia kenal.. Ayah dia tak kenal.. Zamri tu ayah aishah.. '' kata ruhaina.

'' oh.. Ayah aishah rupanya.. Alhamdulillah, ada orang yang hantarkan kakak kalau tak lagi basah kakak dia buatnya...

Kak rasa dia orang baik.. Bukan orang rania..? '' tanya shofie..

'' kak rasa dia bukan orang rania.. Dia memang asal penduduk pulau ni.. Nelayan disini. '' kata ruhaina berjalan ke bilik air..

'' kalau kita minta tolong dia? Dia nak bantu kita tak kak.. Sekurang-kurangnya.. Kita boleh, pinjam telefon dia..ke? '' kata shofie.. Sambil tangannya membuka televisyen kecil yang ada didalam bilik itu..dan memperlahankan suara agar tidur hadriana tidak terganggu.

'' kita tengok dulu dia macam mana.. Kalau mencurigai kan.. Baik kita diam dulu.. Sampai kita betul-betul pasti, baru kita minta tolong dia..'' kata ruhaina yang keluar dari bilik air selepas selesai membasuh tubuhnya yang basah terkena air hujan.

'' itu lah.. Harap.... '' kata shofie terhenti.. Matanya terpaku melihat kearah televisyen..

'' harap apa fie? '' ruhaina bertanya.. Bila tak mendengar suara shofie menyambung ayatnya yang tergantung tadi.. Ruhaina melihat ke arah televisyen.. Dimana sedang memaparkan berita pertunangan haidan dan raina dengan tajuk utamanya 'pertunangan dan gabungan MV Group dan Zayn Holding.' Ruhaina sudah melihat berita itu pagi tadi.. Dia mencapai alat kawalan jauh dan menutup televisyen.

'' kak'' kata shofie tergejut bila televisyen yang dipandangnya menjadi hitam tidak bergambar lagi.

''tak perlu tengok berita semacam tu.. Fie sendiri lihat wajah haidan macam mana.. Dia seperti tak sedar apa berlaku.. Seperti dipukau.. '' kata ruhaina.

'' hemm.. Mungkin sebab dia marahkan shofie.. Sebab tu dia bertunang kembali dengan rania.. '' kata shofie lemah.. Dia berpaling kearah hadriana.

'' fie.. ''

'' kak.. Hati seseorang tu senang untuk berubah.. Tambah pula dia lelaki.. Sebab tu lah shofie takut nak memberikan hati fie, kepada sesiapa.. Takut sangat.. Mummy fie dan papa.. Dua insan yang bercinta.. Tapi akhirnya mereka berpisah juga kak.. Memang salah fie yang ganggu hubungan mereka.. Kalau tak.. Tak mungkin fie.... ''

'perlu lalui semua ni..' shofie memegang dadanya yang terasa sakit.. Sakit sekali hatinya..

'isteri mana yang sanggup melihat suami sendiri bertunang dengan wanita lain..'

'' shofie'' panggil ruhaina. Tentu shofie, kecewa melihat berita tadi.

''fie akan kuat untuk hadriana.. Cukup hanya untuk hadriana.. '' kata shofie begetar..
' aku ingin kau tahu, kau selalu dihati.. Sesaat pun tak pernah ku lupakan.. Walaupun kita terpisah jauh.. Hanya ada nama kau!!.. ' shofie hanya mampu memendam rasa.. Kerana dari awal dia sudah membuat pilihan untuk memilih hadriana. Biarlah dia tanggung semua ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience