BAB 46

Romance Completed 112704

Haidan berjaya keluar dari kerumunan wartawan dan juga para tetamu yang hadir.. Mereka berdua sama-sama berjalan keluar dari dewan tersebut.. Seolah-olah melarikan diri selepas melakukan kesalahan.

'' wan kejap.. '' haidan membuka cincin yang longgar di jarinya.. Diberikan kepada marwan.

'' nak buat apa ni tuan..? '' tanya marwan. Bingung melihat cincin yang sudah berada didalam gengamannya.

'' buat sajalah apa yang kamu suka.. Kalau saya tahu nak jadi macam ni, saya tak akan datang ke majlis ni.. !'' marah haidan. Menghayun langkahnya berjalan.

'' tapi... '' langkah haidan terhenti, begitu juga dengan marwan yang mengikut di belakangnya.

'' wan.. '' haidan meletakkan tangan kirinya di rahang dan dagunya.. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

'' tadi.. Dia tunjukkan gambar shofie.. '' kata haidan kepada marwan.

'' maksud tuan? Rania tahu puan ada dimana?.. '' tanya marwan. Haidan mengangguk.

Haidan meraup wajahnya.. Macam mana dia tak terkaku melihat imej shofie yang berada didalam telefon bimbit rania.

'' kenapa dia boleh ada gambar tu? '' haidan keliru..

'' kau siasat hal ni wan.. '' arah haidan.

'' atau.. Saya akan pergi bersemuka dengan dia.. '' haidan berkata lagi.

'' tapi.. Saya takut nanti terjadi sesuatu lagi tuan.. Terjadi seperti hari ini.. Apa yang perlu kita buat dengan hal tadi..? '' tanya marwan.

'' itu saya akan uruskan.. Saya akan buat kenyataan kembali kepada media.. Semuanya hanya, salah faham.. '' haidan berlalu pergi ke kereta bersama marwan.

Sebaik sampai di rumahnya.. Haidan melihat ahli keluarganya turut berada di ruang tamu rumahnya.. Seperti sedang menantikan kedatangannya.

'' idan, bonda nak cakap sikit.. '' panggil mahira.

'' ya bonda.. Bonda nak cakapkan apa? '' tanya haidan. Dia sendiri boleh mengagak apa yang sedang bermain di fikiran mereka semua.

'' apa betul.. Semua ni? '' mahira menunjukkan gambar haidan disamping rania..

'cepatnya.. Gambar itu sudah sudah dimuat naik ke media sosial..ya! Inilah yang rania mahukan.. Bila semua orang mengakuinya sebagai tunangnya.. Licik sungguh kau rania'

'' idan adakan majlis pertunangan tanpa pengetahuan kami? '' kata mahira lagi.

'' ini semua rancangan rania bonda.. Semuanya berlaku terlalu cepat. Lagipun disitu ada ramai wartawan.. Dia tahu idan tak akan mengamuk di depan wartawan tu semua.. '' kata haidan masih melihat gambar yang berada di dalam telefon mahira.

'' abang.. Kalau kak fie tahu ni.. Mesti dia salah sangka.. '' kata Annisa. Annaila disebelahnya mengangguk mengiyakan kata yang diucapkan kakaknya.

'' kita pun tak tahu dia dimana.. '' kata haidan lemah.. Mendongak memandang keatas menahan gelora di jiwanya.

'' pergi cari shofie idan.. Bonda rasa ada yang salah dalam semua ni, shofie bukannya seorang yang suka bertindak mengikut perasaan macam ni.. Tak mungkin dia pergi begitu saja.. '' mahira memujuk haidan.

'' bonda.. Dia yang pergi.. Haidan tak halau dia pun.. Lagipun dimana haidan cari dia.. '' keluh haidan.

'' kita cari sama-sama.. '' kata Annisa.

'' jangan libatkan media sosial.. Dia bukannya hilang.. Dia pergi sendiri.. Tapi bonda.. Rania..... ''

'' jangan sebut nama dia.. Jangan idan berani-berani nak sebut nama perempuan tu.. '' pangkas mahira, dalam hatinya terdetik rasa takut kalau hati anaknya tiba-tiba berubah kepada rania.

'' bonda.. '' kata haidan.

'' dengar idan.. Bonda tak restu kalau kamu ambil dia masuk kedalam keluarga dia.. Bonda tahu perangai dia macam mana.. Dulu dia memang seorang gadis yang baik.. Tapi sekarang dia berubah.. Dia tak layak masuk kedalam keluarga kita.. '' kata mahira tegas.

Haidan mengeluh, lalu memilih untuk duduk disofa.. Membuka butang kancing di pergelangan tangannya.. Melonggarkan tali leher.. Kemudian memandang kearah dua adik perempuan kembarnya.. Kepalanya mengeleng perlahan..

'' bukan itu bonda.. '' haidan bersandar di sofa melihat mahira yang berdiri dengan kedua-dua tangan yang mengempal penumbuk.

'' rania ada gambar shofie.. Rasanya dia tahu dimana shofie berada.. '' kata haidan menerangkan kepada bondanya dan dua adik perempuannya.

'' dia culik shofie?.. Pasti dia culik shofie.. !!!'' kata mahira.

'' ya abang.. Ni mesti kerja dia.. '' sokong annaila.

'' idan dah lihat gambar tu.. Tak nampak macam shofie kena culik pun bonda.. '' kata haidan.

'' bonda akan suruh orang awasi rania..bonda akan beritahu Is.. '' kata mahira. Tangannya mendail nombor farid.

'' assalamualaikum Is.. Bonda ni.. '' kata mahira.

'' Waalaikummusalam bonda.. '' jawap farid iskandar di sebelah sana.

'' ada dimana.. Bonda ada maklumat tentang shofie.. Boleh datang ke rumah bonda? '' kata mahira.

'' boleh! .. Is ke sana sekarang.. Boleh bonda sent location.. Is ingat-ingat lupa rumah bonda.. '' kata farid tergelak kecil diselah sana.

'' baik.. Bonda sent location sekarang.. Datang.. Ya bonda tunggu.. '' kata mahira.. Selesai memberi salam dan farid menjawap salamnya. Panggilan diputuskan.

'' kalau budak Is nak datang.. Idan naik atas dulu lah.. '' kata haidan.

'' naiklah.. Kejap lagi Is datang.. Idan kena turun.. Tak ada bantahan.!'' kata mahira tegas. Dia cukup tahu haidan memang tak sukakan kepada farid sejak dari dulu.

'' hemm.. '' balas haidan acuh tak acuh. Kepada bondanya. Dia naik keatas untuk membersihkan diri dan solat.

'' bonda.. Is tu.. Tengku Farid Iskandar ke? '' tanya annaila. Mahira mengangguk.

'' Abang Is disini.. Bukan dia di Australia..? '' tanya Annisa pula.

'' mana kamu tahu dia di Australia..? '' tanya mahira kepada anak gadisnya.

''dia ada update di IG dia bonda.. Dia pergi dengan team dia..'' sampuk annaila pula..

'' yang tu kamu pandai lah.. Kak fie kamu dimana kamu tak tahu pula.. '' sindir mahira.

'' IG kak fie dah tak aktif la bonda.. Kalau tak awal-awal kami dah tahu.. '' balas annaila.

Kedengaran enjin kereta mengaum diluar rumah.. Mahira pasti itu adalah farid.

'' salah seorang pergi naik panggil abang kamu.. Cakap abang Is dah sampai.. '' kata mahira.

'' hmm.. '' annaila melangkah naik keatas.

''Assalamualaikum bonda..''

'' waalaikummusalam Is.. Masuklah.. '' pelawa mahira.

'' Is tinggal dimana? Kalau Is tinggal di hotel.. Lebih baik Is tinggal bersama bonda disini.. '' kata mahira mempelawa anak muda itu.

'' bonda.. Buat masa ni Is tinggal di rumah shofie yang mummy belikan untuk Shofie.. '' terang farid.

'' Rumah shofie?!. '' kata mahira tergejut. Farid mengangguk. Mahira tak pernah tahu shofie mempunyai rumah sendiri yang diberikan oleh shofyna.

'' ha.. Tu pun Idan.. '' kata mahira. Menunjuk kearah haidan yang baru turun dari atas.. Annaila mengikut turun bersama di belakang haidan.

'' mari kita bincang di ruang tamu.. '' ajak mahira.

Haidan memberikan segala maklumat terperinci mengenai imej shofie kepada Farid. Dia hanya nampak shofie sedang memandang ke satu arah. Berlatar belakangkan laut..

'' jadi, orang yang beri kau lihat gambar tu.. Tunang kau !'' kata farid sengaja menyindir haidan.

'' dia bukan tunang aku! '' marah haidan. Tau sangat dengan perangai farid yang suka menganggu emosinya. Farid mengangguk dengan bibir yang mencebik.

'' sekarang aku dah beritahu semua.. !'' kata haidan. Dia yang duduk terus bangun.

'' aku akan jumpa dia.. Tanyakan tentang shofie dengan lebih lanjut... '' kata haidan ingin berlalu pergi.

'' hati-hati..!! Perempuan macam tu banyak muslihat.. '' nasihat Farid sebelum haidan pergi meninggalkannya.

'' bonda.. Is balik dulu.. Kalau haidan ada beritahu bonda apa-apa lagi maklumat tentang shofie.. Cepat-cepat bonda beritahu Is ya.. '' kata Farid.

'' Tentu.. !'' jawap mahira.

Haidan didalam biliknya tidak dapat melelapkan matanya.. Setiap kali dia memejamkan mata, imej yang ditunjukkan rania muncul.. Haidan bangun duduk dari berbaring.. Mengosok kepalanya sendiri.. Habis serabut rambutnya..

Laci meja kecil di sisi katilnya ditarik.. Buku lukisan dan juga sebatang pensil dikeluarkan dari laci tersebut. Matanya dipejamkan rapat melihat imej shofie.. Bila dia membuka kembali matanya.. Dia mula melakar imej shofie.. Malam itu dia menghabiskan masa dengan melukis wajah shofie sampai dia sendiri tertidur memeluk lukisan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience