BAB 13

Romance Completed 112655

Ainun dibawa zainal ke satu tempat yang agak jauh..entah berapa kali dia tertidur dan terjaga didalam perjalanan yang panjang itu.

"jauh lagi ke nal.. Mana kau nak bawa aku ni nal...." keluh ainun. Dia merasakan seluruh tubuhnya kesakitan.. Lenguh disana sini..

"sabar lah kak.. Kejap lagi sampai lah ni.." kata zainal..

"kenapa kita tak naik kapal terbang je senang.. Kenapa nak drive jauh-jauh macam ni.."rungut ainun.

" kak.. Baru tiga jam kak duduk dalam kereta.. Kak dah merungut macam ni..nal yang bawa kereta ni.. Ok je.. Maintain steady je..tak merungut pun.. " kata zainal lagi..

" kamu tak apa lah orang muda.. Lagipun kamu tu dah selalu travel.. Akak ni mana pernah jalan jauh macam ni.. Selalunya naik flight saja senang.. Sekejap saja dah sampai.. " bebel ainun.

'' kak.. Naik kapal terbang tak sama dengan drive kak.. Lagipun nal ada nak jumpa orang sama.. Sekali jalan semua.. '' katanya sambil ketawa.

'' apa-apa sajalah nal ooii.. '' Ainun pasrah, dia harus menurut kerana dia yang meminta pertolongan zainal kali ini, jadi dia harus mengikut apa yang telah diaturkan kepadanya.

Zainal memandu memasuki jalan kecil.. Melintasi kawasan kampung yang berada di lereng-lereng bukit.. Ainun hanya melihat saja tak mahu bertanya banyak..

Zainal memandu kereta pacuan empat rodanya mendaki ke atas bukit yang lebih tinggi dengan hanya berpandukan jalan yang tak berturap.. Masuk ke dalam hutan.. Sesekali ainun memandang ke arah zainal yang sedang memandu... Zainal membalas dengan senyuman di bibirnya.

'' kakak takut? '' tanyanya

'' kenapa perlu takut..! '' balas Ainun.

'' bagus kak.. Sebaik kita melepasi titi didepan tu.. Kak dah tak boleh berpatah balik.. Kakak takkan menyesal kan..? '' tanya zainal. Dia menghentikan keretanya betul-betul di hadapan titi yang dia katakan nya tadi.

'' jalan zainal.. Kakak perlukan ini.. Untuk masa depan kakak.. '' akui ainun yang sudah bertekad. Zainal senyum lebar memandang kearah ainun yang benar-benar yakin mahu melakukannya.

Zainal memandu menaiki titi kayu menyeberangi anak sungai tersebut.. Sebaik melintasi sungai itu ainun dapat melihat satu rumah yang didirikan tak jauh dari situ..

'' kita dah sampai.. '' kata zainal.. Lalu mematikan enjin keretanya.

Ainun diam. Tangannya membuka pintu.. Sebaik pintu dibuka, angin sejuk menerpa masuk menampar wajahnya sehingga dia merasa seluruh tubuhnya merinding sehingga menaikkan bulu romanya. Ainun menelan air liurnya yang terasa perit di tekaknya. Matanya meliar memerhati sekitar kawasan hutan itu.. Tak ada yang mencurigakan dimatanya.. Tapi perasaannya berbeza.

'' jangan takut Ainun.. Kau mampu buat.. Semuanya akan jadi baik-baik saja. Kau akan dapat apa yang kau mahukan.. Berkorban sedikit.. Untuk menuai hasilnya nanti.. ' Ainun memujuk dirinya sendiri.

Zainal menggamit supaya Ainun mengikutnya untuk masuk kerumah kecil yang ada didalam hutan itu. Tanpa memberi salam atau apa pun, pintu terbuka dengan sendirinya.. Melihat itu Ainun seraya menyentuh lehernya yang tiba-tiba terasa sejuk.

Dia melangkah masuk kedalam mengikut belakang tubuh zainal. Berjalan rapat dengan zainal.. Dia melihat keadaan rumah yang tak seperti rumah yang sesuai didiami oleh manusia.. Di dalamnya gelap.. Hanya ada cahaya suram diterangi oleh lilin.. Ada bau hanyir menusuk hidungnya, bau itu seperti ada dimana-mana.. Walaupun kemana saja dia berpaling, bau itu tetap ada.

'' duduklah.. Kenapa berdiri saja.. '' satu suara menegur mereka.

Ainun tersentak.. Matanya meliar mencari arah suara itu. Sampai dia terpandang kan satu susuk tubuh yang sedang duduk bersila tak jauh dari tempatnya berdiri.

'ta.. Tadd tadi.. Disitu.. Tak ada siapa.. Dan sekarang ada orang duduk disitu..' Ainun cuba memandang wajah lelaki yang menunduk kebawah itu.. Sampai terteleng kepalanya.

Zainal menarik lengan Ainun.. Lalu mengeleng kearahnya.. Tak membenarkan Ainun terus merenung wajah lelaki itu.

Mereka berdua duduk seperti yang disuruh oleh lelaki itu.. Ainun memang tak dapat melihat wajah lelaki itu, walaupun mereka sudah duduk didepannya.

'' tok ini kakak saya.. Dia datang untuk minta tolong dari tok.. Dia nak suami dia tunduk kepadanya.. '' kata zainal..

Lelaki itu menghulurkan tangannya.. Meminta sesuatu.

'' kak.. Barang yang nal suruh kakak bawakan tu..'' minta zainal.

Ainun membuka beg tangannya, lalu mengeluarkan sekeping gambar dan satu bungkusan plastik lutsinar yang ada beberapa helai rambut rahimi di dalamnya. Barangan tersebut diberikan kepada zainal. Zainal mengambil barangan itu mahu diletakkan diatas tangan lelaki tang dipanggil tok itu.. Tetapi.. Tangan yang dihulurkan oleh lelaki tadi beralih arah.. Tepat di hadapan Ainun.. Zainal melihat itu mengerti. Dia memberikan semula barangan itu kepada Ainun.

'' kakak yang perlu berikan.. '' kata zainal.

Ainun mengambil barangan tersebut lalu, meletakkan perlahan-lahan di atas tapak tangan lelaki itu. Lelaki itu mengambil dan melihat gambar rahimi.. Hanya itu saja yang dilihat oleh ainun yang selebihnya matanya tak dapat menangkap apa yang dilakukan oleh lelaki itu. Kerana lelaki itu duduk didalam kegelapan.. Setiap kali Ainun berusaha merenung untuk melihat dengan lebih terang lagi.. Zainal akan menegurnya.. Dan setiap kali itu juga Ainun akan kembali membetulkan duduknya.

'' ini.. '' suara lelaki itu berkata lagi.. Kali ini tangannya menghulurkan satu botol kecil kepada ainun.. Sekali lagi hanya kelihatan tangannya yang menjulur di hadapan mereka.

'' calitkan kepada dia.. Mesti kena kepada kulitnya..yang selebihnya.. Tok akan buat dari sini.. Air ni.. Beri dia minum.. Dan ini.. '' lelaki itu menunjukkan kearah sebotol air dan di tangannya ada kain kuning yang diikat bunjut.

'' letakkan dibawah bantalnya.. '' sambung lelaki itu lagi..

'' baik tok'' kata Ainun. Mengambil kain yang dibunjutkan itu dan menyimpan kedalam beg tangannya.

''setiap kali kamu memasak untuknya.. Ingatlah untuk meletakkan sedikit sisa tubuh mu ke dalamnya.. '' kata lelaki itu. Bekerut dahi Ainun mendengar kata lelaki itu..

'apa.. Sisa tubuh.. Apa maksud dia'

Ainun melihat zainal.. Zainal hanya mengangguk kepada Ainun.

'' baik tok.. '' kata Ainun.. Walaupun dia masih dalam kebingungan.

'' satu lagi.. Setiap sebulan sekali.. Kamu harus..menyediakan ayam jantan.. melemparkan nya dibelakang rumah kamu.. Selepas kamu mematikann.. '' kata lelaki itu lagi.

'' baik.. Saya akan ikut apa yang tok pesanan tadi.. Asal semuanya yang saya mahukan tercapai..!! '' kali ni entah dari mana Ainun mendapat kekuatan menjawap dengan lelaki misteri itu.

Suara lelaki itu ketawa.. Ketawa yang kuat, suaranya Seolah-olah ada dimana-mana.

'' saya suka kamu!!!! '' katanya lagi walaupun masih ada sisa ketawa dimana-mana..

Zainal meletakkan upah yang diminta oleh tok itu dengan balutan kain berwarna hitam.. Seketika lelaki itu menghulurkan tangannya yang digengam kepada zainal.. Zainal mengambil dan menyimpannya.. Ainun tak melihat dengan jelas apa yang berlaku.. Sehinggalah..

''pergilah... '' kata lelaki itu.. Makin lama kedengaran ketawa itu semakin gerun ditelinga mereka.

Zainal dan Ainun bangun dari duduknya.. Zainal mengambil air botol yang diberikan tok tadi.. Dia mendekat kepada Ainun lalu membisik.

'' kita keluar.. Jangan sesekali kakak pandang kebelakang lagi, walaupun apa saja yang kakak akan dengar nanti.. Biarkan saja, dan diam!'' amaran keras zainal kepada kakaknya.

Ainun mengangguk faham.. Dia mengikut saja apa yang diberitahu zainal. Entah kenapa dia hanya menurut saja apa yang diberitahu oleh zainal pada waktu itu.. Mereka berjalan keluar.. Sekali lagi rania mendengar suara lelaki itu berkata 'pergilah' dengan kuat. Langkah Ainun terhenti.. Cepat-cepat zainal menarik Ainun kembali berjalan dengannya..

Zainal memandu dengan tenang keluar dari hutan itu, sedangkan Ainun duduk diam di tempatnya. Dia merasakan tubuhnya sedang membeku. Entah kenapa.. Dadanya berdebar-debar.

'' kak'' panggil zainal. Ainun berpaling melihat zainal.

''kau ok? '' zainal cemas melihat wajah pucat kakaknya.

'' ok.. '' Ainun menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya.

'' kau dah pilih jalan ni kak.. Kau kena teruskan.. '' kata zainal.

'' aku tahu..!! '' kata Ainun.

'' kak kena buat apa yang dia beritahu tadi.. Kak jangan sesekali langgar.. Kalu tak.. Risikonya kak tanggung sendiri.. '' zainal memperingati.

'' darimana kau tahu semua benda macam ni nal..?" tanya Ainun.

'' zainal selalu temankan kawan kesana.. '' jawap nya santai.

'' kenapa kau minta untuk kau jadi kaya.. Kenapa nak tolong bawakan orang lain? ''

'' nal tak sanggup nak ambil risiko.. Hanya yang bertekad saja yang boleh ambil benda tu.. Nal nak ambik untuk apa.. Nal kan ada kakak.. '' jawap zainal dengan gelak kan kecil..

'' lagi pun nal tak mampu nak bayar tok tu.. '' sambungnya lagi.

Ainun tak tahu apa yang diberika zainal tadi sebagai upahnya kepada lelali misteri itu.. Dia hanya memberikan duit kepada zainal.. Untuk zainal menguruskannya.. Tapi tadi.. Dia tak melihat zainal mengeluarkan duit dan berikan kepada lelaki itu..

Zainal memandu ke satu restoran.. Dimana ada seseorang yang sedang menunggunya disana..

'' jom ikut nal turun kakak... Kita makan sekali.. '' ajak zainal

Ainun turun bersama.. Perutnya pun sudah lapar ketika itu. Mereka berjalan masuk kedalam restoran tersebut. Zainal mengangkat tangannya kepada seorang lelaki yang duduk di satu sudut disana sendirian.

'adakah itu.. Johari!!!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience