BAB 28

Romance Completed 112655

Shofie turut berada di belakang kru yang bertugas melihat hasil dari dua orang model tak rasmi tersebut..

'' puan.. Duduklah, dah lama puan berdiri.. '' tegur marwan.

'' tak mengapa marwan... Saya selesa berdiri macam ni.. '' kata shofie, dia bukannya tak mahu duduk.. Tetapi dia mahu melihat haidan dan raffa dengan lebih jelas.

'' kalau puan letih berdiri nanti..puan duduk ya, Saya letakkan kerusi puan disini.. '' kata marwan. Dia sudah berkali kali di beri renungan tajam oleh haidan. Marwan mengalih memberi isyarat kepada haidan. Shofie melihat itu cepat cepat memandang kepada haidan.

'' haidan yang suruh duduk? '' tanyanya kepada marwan. Lelaki itu mengangguk dengan senyuman.

'' wan.. Terima kasih.. Tapi kalau saya duduk saya tak dapat melihat apa-apa.'' kata shofie.. Shofie mengeleng kearah haidan.. Haidan melihat shofie menggeleng kearahnya. Malah, siap membuat muka kepada haidan..

'' menganggu kan.. '' kata rafie yang berada disebelah haidan berseloroh.. Raffa melihat kearah shofie yang sedang menunjukkan wajah protesnya.

'' biasa lah abang.. '' kata haidan bersahaja.

'' bertabahlah ya, emosi mereka time pregnant ni akan bertukar 360°... '' kat raffa.

'' betul tu.. Emosi mereka berubah rubah, dalam sekelip mata.. '' sokong haidan

Shofie memerhati dua laki itu sedang bergaya di hadapan kamera. Entah kenapa dia suka untuk melihat dua lelaki kacak itu.. Seorang yang dingin.. Seorang lagi asyik mempamerkan senyumannya kepada semua.

Selesai sesi pegambaran tersebut. Mereka singgah untuk makan di satu restoran. Kini bukan hanya haidan sahaja yang manjakan shofie.. Raffa turun berbuat perkara yang sama..

Semasa mereka sedang sibuk menjamu selera, shofie melihat satu lelaki masuk kedalam restoran bersama dengan seorang wanita. Mereka jalan bergandingan tangan duduk tak jauh dari mereka.

'' hubby.. Itu kan.. '' shofie membiarkan ayatnya tergantung.. Haidan menoleh kearah lelaki yang shofie cuba sampaikan..

'lelaki itu adalah ayah kandung kepada anak raina kalau tak silap.. Namanya gibran..' pikir haidan sambil mengunyah makanannya.

'' makan saja sayang.. Sedapni.. '' kata haidan sambil menambah lauk didalam pinggan shofie.

'' kenapa.. Ada apa yang tak kena? '' tanya raffa. Dia turut berpaling kearah lelaki yang di katakan oleh shofie..

'' kenapa dengan lelaki tu.. '' tanya raffa.. Dia menoleh semula kepada shofie.

'' itu.. Lelaki tu.. Ayah kepada Mikail... '' kata shofie.

'' ya itu gibran.. Kekasih rania.. '' sokong haidan.

'' jadi lelaki tu yang hamil kan rania? '' raffa kembali berpaling untuk melihat dengan jelas wajah lelaki berdarah campuran itu.

'' dia dah ada pengganti.. Sebelum ni ibu bapa dia pernah kerumah untuk melihat Mikail.. '' kata raffa.

'' mereka datang nak ambil Mikail? '' tanya shofie cemas.

'' tak.. Mereka cuma datang untuk melihat, memberi hadiah kepada cucu mereka.. Itu saja.. Dan dia.. Langsung tak ambil peduli kepada anak mereka'' kata raffa tegas lalu meletakkan sudu makanannya ke piring..

''abang nak buat apa ni? Ini tempat awam abang..! '' kata shofie sebaik melihat raffa sudah bangun dari tempat duduknya.

'' sayang.. Jangan campur urusan orang laki-laki'' haidan berkata dengan sebelah tangannya menarik lengan shofie dari bangun untuk menghalang raffa.

' dengan keadaan dia begini.. Masih ada hati nak menghalang raffa.. ' haidan menyuap makanan kemulut shofie.. Sebelum sempat shofie memulakan bicara..

Raffa berjalan ke arah tempat duduk lelaki yang bernama gibran dan pasangannya. Tanpa menyapa.. Raffa duduk disebelah pasangan gibran.

''excuse me.. Encik !'' kata wanita yang berada disebelahnya. Jelas nada bicara wanita itu tak menyukai raffa yang tiba-tiba duduk disebelahnya.

'' oh.. Saya menganggu ya.. Maaflah'' kata raffa sambil menerung kepada wanita itu. Kenudian dia berpaling memandang gibran yang duduk bertentangan dengan wanita itu.

'' tolong jangan ganggu kami.. '' kata gibran tak senang bila melihat riak muka raffa.

'' ini siapa? ... Kekasih baru? .. Sudah dapat yang baru selepas kamu tinggalkan rania.. Kamu perempuan! .. Dengar sini., lelaki didepan kamu ni seorang lelaki tak berguna.. Di hanya lihat duit kamu.. Selepas dia dapat apa yang dia mahukan.. Dia akan tinggalkan kau begitu saja.. Macam dia tinggalkan adik saya..dan anak kandung mereka... '' kata raffa. Menunjuk tepat di depan wajah gibran.

Wanita itu memandang tepat kepada gibran.. Dengan wajah tak percaya. Apa yang baru didengarinya.. Raffa sudah dapat mengagak riaksi dari wanita tersebut.

'' apa maksud dia.. anak? Kamu sudah ada anak!!.. '' kata wanita itu dengan nada yang tinggi.

'' honey.. Bukan macam tu.. Dia pembohong!!!... '' gibran sedang mencapai tangan wanita tersebut.

'' hei.. Kau nak apa... !!'' marah gibran..

'' aku? Kau tanya aku nak apa.. Kau rasa..? '' raffa bangun mencekak leher baju gibran. Sebuah tumbukan hinggap di wajahnya. Perkakas diatas meja menjadi tunggang langgang..

Gibran terlentang ke belakang.. Belum sempat raffa memberi tumbukan untuk kali kedua.. Haidan sudah datang, menghalang raffa dari terus mendekat kepada gibran.

'' aku ulang sekali lagi.. Aku ni abang rania.. Kau patut sedar.. salah apa yang telah kau buat. !! Lelaki tak guna!!!'' marah raffa menyepak hulung kasut gibran.. Kerana hanya itu yang mampu dia capai. Raffa berpaling, melihat wanita yang sedang tergejut sambil menutup mulutnya dengan tangan.

'' kau.. Kalau kau nak dengan laki tak guna ni.. Sila lah.. Useless ... '' raffa tak sempat menghabiskan ayatnya.. Bila haidan sudah menariknya pergi dari situ.

'' wan.. Kau setel'' arah haidan.. Masih menarik raffa menjauh. Shofie sudah bangun dari tempat duduknya bila melihat kekecohan tersebut.

''mari sayang.. '' haidan menggamit shofie supaya turut berjalan dengannya.

Mereka melangkah keluar dari restoran itu..

'' abang dah kenapa.. Serang lelaki tu..? '' tanya shofie tegas.. Sebelah tangannya menarik lengan raffa. Raffa memandang saja shofie. Dia tiada jawapan itu, kerana dia sendiri tak tahu apa yang sedang merasuk dirinya pada ketika itu.

'' abang tak patut buat macam tu.. Serang dia macam tu.. Kalau esok ni dia datang tuntung anak dia macam mana.. Biarlah dia nak berseronok dengan siapa-siapa pun abang.. Tu hak dia.. Lagipun agama dia dengan kita tak sama.. Takkan abang berharap dia kembali kepada rania... '' kata shofie.

Shofie tak menyangka raffa akan bertindak terburu-buru begitu.. Baginya itu tak jauh beza seperti seorang perempuan yang menyerang si suami yang sedang berlaku curang dibelakangnya.

'tak habis-habis bertumbuk.. Salah sikit bertumbuk' keluh shofie.

'' abang tak tahu.. Tadi abang terlampau mengikut emosi..'' akui raffa.

Sementara di dalam restoran.. Marwan membersihkan kekecohan yang terjadi tadi.

'' kepada siapa yang merakam aksi perbalahan tadi sila deletedkan segera video tersebut.. Saya tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak tersebut kalau perkara ini tersebar.. Jangan anggap saya tak memberi amaran ya.. '' gertak marwan

Dia melihat sekeliling.. Nampaknya tak ada sesiapa pun yang berani bersuara kembali kepadanya. Masing-masing kembali berpaling mengadap makanan mereka sendiri..

Marwan melihat wanita yang sedang berusaha mengangkat gibran untuk bangun.. Marwan mendekat kepada pasangan tersebut.

''kamu, bernasib baik.. Kalau tak tentu keadaan kamu lebih parah.. Kalau kamu nak tahu.. Duit yang kamu ambil dari rania dulu tu.. Adalah milik tuan Zayn.. Kamu sudah menempa nama di atas nama dua keluarga besar itu... Apa agaknya akan terjadi kalau perkara ini dibawa ke tengah... '' marwan menepuk bahu gibran.. Bibirnya menarik senyuman sinis kepada gibran yang tiba-tiba memucat.

Dia kembali mengingati nama yang disebutkan oleh marwan tadi. Manakan dia boleh lupa kepada nama itu.. Walaupun dia tak pernah berjumpa dengan tuan pemilik nama tersebut.. Dia pernah menerima sejumlah wang dari lelaki yang bernama Tuan Zayn, untuk pergi dari sini satu ketika dulu .. Hanya untuk menemani Rania melahirkan anak mereka.. pada ketika itu. Namun dia akhirnya menukar haluannya sebaik melihat rania juga mempunyai wang hasil pemberian lelaki yang sama.. Gibran melihat marwan yang berjalan ke arah kaunter dan mengeluarkan kad kredit platinum berwarna hitam.

'' ini untuk membayar ganti rugi kekecohan yang berlaku'' kata marwan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience