BAB 40

Romance Completed 112655

Shofie mencekam perutnya yang sakit menyucuk nyucuk.. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu..dia bertambah cemas melihat darah yang mengalir di kakinya..

Sebelum ini, dia memang sudah nekad memilih honey bump sebelum memilih haidan.. Semasa pertama kali, haidan mengetahui kewujudan honey bump lagi.. Di sudah memilih honey bump.

'' fie.. Pilih anak fie.. '' kata shofie.

Shofie membuat keputusan untuk memilih bayinya.. Honey bump yang berada didalam kandungannya. Rania manarik senyum senget di bibirnya .. Puas mendegar pilihan shofie.. Tapi hatinya belum puas. Dia juga pernah melahirkan seorang putera yang tak diingininya.. Dia memahami seperti apa sakit yang sedang dihadapi oleh shofie. Inilah peluangnya untuk mengugut shofie.

'' kau kena janji dengan aku.. Kau kena ikut rancangan aku lepas ni..! '' kata rania..

Shofie menatap rania yang berada didepannya dengan payah menahan sakit..

'' aku dah pilih anak aku nia.. Apa yang kau tak puas hati lagi nia.. '' kata shofie.

'' aku nak jaminan fie.. Kalau kau nak aku selamatkan anak kau sekarang kau berjanji dulu untuk ikut rancangan aku.. Kalau tak.. Biar aku saja yang sambut anak kau fie, jangan lupa kepada wanita yang dikurung tu.. Nyawa dia juga ditangan kau fie.. '' kata rania menyindir shofie.

'' aku setuju.. ! Aku setuju nia..! '' kata shofie menahan sakit yang tak tertahan lagi. Dia terus menahan dari meneran anaknya keluar..

'' berlutut di hadapan aku.. Merayu aku.. Berjanji dengan aku kau akan ikut setiap rancangan aku.. '' kata rania.. Sambil memeluk tubuhnya.. Angkuh di hadapan shofie.

Shofie merebahkan dirinya dengan payah.. Perlahan-lahan berlutut di di hadapan rania.. Dia akan melakukan apa saja demi bayinya..

'' aku berjanji akan ikut semua, rancangan kau.. Nia.. '' kata shofie sebaik di berjaya melutut di hadapan rania.

'' baguslah.. Jangan salahkan aku berkasar dengan kau fie.. Kalau kau dari mula tak menganggu aku.. Mungkin nasib kau tak seteruk macam sekarang ni.. '' kata rania menarik shofie untuk bangun..

'' kita ke hospital sekarang !!'' arah rania kepada bawahannya.

'' ingat fie.. Ikut rancangan aku.. Kalau tak kau akan menyesal.. '' ugut rania.

Shofie tidak menjawap.. Dia hanya mahu anaknya selamat.. Mereka sampai di dewan bersalin peribadi. Rania menemaninya sepanjang proses kelahiran anaknya..

Sehingga saatnya dia meneran anaknya keluar dengan susah payah.. telinganya mendengar irama tangisan bayi memenuhi ruangan tersebut. Shofie memeluk bayinya sebaik saja dicuci oleh jururawat.

'mama minta maaf sayang..mama janji kamu akan baik-baik saja sayang.. ' shofie menagis tanpa suara menahan sebak melihat bayinya yang berada didalam pelukannya.

Kemudian rania masuk kedalam bilik bersalin, berjalan mendekat kepada shofie yang terbaring lemah disamping bayinya yang sedang sudah tertidur..

'' nia.. Boleh panggilkan sesiapa azankan anak aku nia.. '' shofie merayu..

"aku suka melihat kau terus meraju aku begini shofie.." sindirnya.. Rania keluar semula dan masuk tak lama selepas itu dengan seorang lelaki muda yang berpakaian seperti pekerja disitu. Lelaki itu masuk dan mengazankan anak shofie. Selesai azan di menyerahkan semula bayi itu kepada rania.

'' nia.. Anak aku!'' rayu shofie.

'' ingat apa yang kau janjikan fie.. Aku pegang anak ini sebagai cagaran nya.. '' kata rania.

'' jangan nia.. !!'' shofie meraung menangis.. Airmatanya jatuh membasahi wajahnya. Dia takut anaknya diapa-apakan oleh rania.

'' lagi cepat rancangan ini berakhir.. Lagi cepat kau akan jumpa anak kau fie.. Itu janji aku.. '' kata rania.

'' apa yang perlu aku buat? Beritahu aku cepat.. ! Aku buat sekarang !!'' jerit shofie. Rania senyum kemenangan..

'' kau dah sedia.. !!'' kata rania. Shofie menangguk laju.

'' bawa dia masuk.. '' kata rania. Shofie melihat ruhaina ditolak masuk oleh seseorang..

'' sekarang dengar dan buat seperti apa yang aku katakan.. '' rania memberitahu rancangannya sambil mendukung bayi milik shofie.

Selesai rania memberitahu rancangannya.. Dia memberikan shofie mencium bayi yang masih dalam pelukan rania.

' aku cuma mahukan haidan.. Aku tak ada niat untuk berkasar dengan kau shofie.. Kalau kau anggap aku gila.. Biarlah aku buat kerja gila ni sampai selesai, shofie.. Kau tak tahu macam mana rasanya mencintai lelaki yang selalu menolak untuk terus kau dekati.. Lelaki yang langsung tak pernah memandang kewujudan aku yang di depan matannya, selama ini.. Sepertimana haidan mengunakan taktik menghilangkan aku, untuk mendapatkan kau.. Kenapa aku tak mengunakan cara yang sama juga kepadanya.. ' hati rania berbicara sendiri.

Haidan yang masih didalam bilik rawatan menemani yumna begitu juga dengan haikal. Marwan tergesa-gesa masuk kedalam bilik rawatan tersebut mendapatkan haidan.

''tuan.. Ada berita buruk.. '' marwan berbisik di telinga haidan. Haidan berpaling memandang marwan minta lelaki itu meneruskan bicaranya.

'' puan kemalangan.. Sekarang puan dihantar ke dewan bersalin Raudhah.. '' kata marwan. Masih berbisik di telinga haidan.

'' APA!'' kata haidan agak keras membuatkan haikal yang berada di samping yumna yang terbaring pucat di atas katil turut berpaling ke arahnya.

'' kenapa abang? '' haikal bangun dari duduknya.

'' abang kena pergi.. Kal saja yang jagakan yumna.. Wan mari!'' arah haidan.

'' saya pergi dulu tuan muda kedua.. '' kata marwan. Haikal sekadar mengangguk.. Dia tak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

'harap semuanya baik-baik sahaja' doanya didalam hati. Dia berpaling semula melihat yumna yang terbaring lemah di katil dengan wajah yang pucat.

Marwan mengejar langkah haidan yang sudah berlari kearah kereta...

'' tuan biar saya saja yang pandu.. '' kata marwan..

'' cepat wan.. '' haidan membuka pintu belakang dan duduk disitu. Marwan masuk dan memandu keluar dari hospital itu.

'' kenapa boleh jadi macam ni wan.. Bukannya shofie ada dengan datuk? Kenapa dia boleh kemalangan pula? Dimana dia kemalangan? '' tanya haidan bertubi-tubi.. Marwan gugup mendengar soalan yang keluar dari mulut haidan.

'' tuan.. Sebenarnya puan ke klinik untuk pemeriksaan pagi ni selepas kita tinggalkan puan dengan datuk... ''

'' apa!!!.. Kenapa saya tak tahu?.. '' kata haidan.

'' ruhaina ada beritahu saya.. Semasa mereka nak keluar, mereka ada bertembung dengan kita.. Tapi puan ambil jalan keluar yang lain.. '' kata marwan lagi.

'' kenapa tak halang mereka pergi wan.. !!'' kata haidan tegas. Dia buntu. Dia meramas rambutnya.. Rasa takut menyelubunginya.. Takut terjadi sesuatu kepada shofie dan juga bayi mereka. Marwan dia tak menjawap. Dia sendiri tahu pekara itu pun, kerana ruhaina memberitahunya yang mereka sudah pun berada di klinik.

'' cepat wan!!'' kata haidan tegas dan keras sekali suaranya.

'' baik tuan.. '' marwan memandu lebih laju. Menginjak pedal minyak..

Mereka sampai di dewan bersalin Raudhah, belum sempat marwan memberhentikan kereta.. Haidan sudah melompat turun dari kereta.. Dan terus masuk kedalam bagunan tersebut.

Haidan melihat ada ruhaina yang berdiri disitu.. Sambil memandang ke satu arah dengan tangannya yang berada di mulut..

'' ruhaina!'' panggil haidan. Membuatkan ruhaina berpaling.

'' tuan.. '' jawap ruhaina.

'' dimana puan..? tanya haidan.

'' puan ada didalam.. Masih.. " ayat ruhaina dibiar tergantung bila haidan sudah pergi meninggalkannya.

Haidan berlari masuk kedalam.. Sehingga dia dihalang oleh seorang petugas lelaki..

'' maaf encik... Encik tak boleh masuk kedalam.. '' kata lelaki itu.

'' isteri saya didalam.. Saya nak masuk untuk melihat dia.. '' kata haidan.

'' siapa isteri encik? '' tanya lelaki itu..

'' nama isteri saya shofie.. Shofie fitriyani.. '' balas haidan. Memegang bahu lelaki yang menghalangnya.

''segera encik ke dewan bersalin melur..isteri encik ada di sana..'' kata lelaki itu.. Menunjukkan arah menuju dimana shofie berada.

Haidan segera berlari menuju ke ruang dewan bersalin yang diberitahu lelaki tersebut.

'' encik maaf tak boleh masuk.. '' seorang jururawat menahan haidan.

'' isteri saya didalam.. '' kata haidan.

'' suami puan shofie ya..? '' tanya jururawat itu. Haidan mengangguk.

'' puan shofie keguguran.. Sekejap lagi puan shofie akan keluar.. Harap encik bersabar ya.. '' kata jururawat tersebut.. Di masuk semula kedalam ruang dimana shofie berada.

'keguguran.. Tak mungkin.. !!!!' hati haidan remuk rendam.. mendengar berita sedih itu.

Haidan melihat shofie yang sudah sedia untuk ditolak balik ke wad..

'' sayang.. '' panggil haidan. Shofie langsung tak berpaling melihat kearahnya..

'kenapa?..' haidan tak menyangka akan mendapat tindak balas negatif dari shofie.

Haidan mengekori katil shofie yang ditolak oleh jururawat, memasuki kedalam wad untuk menempatkan shofie. Bila mereka ditinggalkan berdua.. Haidan meraih tangan shofie.. Tapi shofie menepis tangan haidan dari terus menyentuhnya..

'' sayang... '' panggil haidan dengan nada yang rendah.

'' saya perlukan ruang... Tolong tinggalkan saya sendirian..! '' kata shofie dengan wajah pucat nya..

'' hubby tak akan tinggalkan sayang! apa pun terjadi kita akan tanggung bersama.. '' kata haidan.. Dia kembali meraih tangan shofie.

Shofie melihat kearah kamera yang disembunyikan oleh rania. Dia kembali teringatkan tujuan asalnya.. Dia mahu segera meninggalkan haidan.. Barulah rania akan mengembalikan bayinya.. Air matanya gugur tak dapat ditampung lagi..

'hanya untuk kali ni.. Tolonglah Hubby..' hati shofie memberontak.

'' ini mungkin dugaan buat kita.. Kita kehilangan honey bump.. Mungkin sebab fiya telah menganiayai rania.. Mungkin sebab tu, anak kita menjadi korbannya.. '' kata shofie menunduk menangis teresak-esak.

'kau harus kuat shofie.. Demi anak kau.. Kuatkan diri kau shofie..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience