BAB 52

Romance Completed 112704

Rania merasa bosan tinggal didalam bilik dari tadi..

'' makan malam pun sendiri. Berlagak betul semua orang.. Aku pun menantu keluarga ni.. Walaupun aku paksa haidan menikah dengan aku.. Aku ada hak kan.. Haaahhh.. '' teriak rania.

Rania berjalan keluar dari biliknya, di mula berjalan meneroka ruang rumah tersebut.. Kakinya, memanjat anak tangga naik keatas. Berjalan di ruangan lantai atas dengan senang hati..

'' agak-agak mana bilik yang selalu haidan tidur..?? '' rania meneka neka.. Menunjuk nunjuk kepada pintu yang ada di lantai atas rumah tersebut.

Rania memilih untuk membuka pintu bilik yang paling hujung kerana pintu itu nampak terasing dari semua. Tombol pintu bilik itu di pusing dengan tangannya.

'' untung tak berkunci..! '' kata rania dengan sergihan di wajahnya.

Pintu pilik itu dibuka dengan berhati-hati.. Rania melangkah masuk kedalam melihat satu bilik yang lengkap dengan perabut yang mewah dan moden.. Tak jauh beza seperti hotel.. Terpampang besar gambar haidan dan shofie di dinding yang ada di atas katil besar menghiasi bilik tidur itu..

'' wah.. Wah!!.. Cantik bilik ni.. '' tangan rania membuka pintu bilik pakaian.

'' siap ada bilik pakaian yang besar macam butik ni.. Sedangkan aku kena duduk di dalam bilik tamu yang tak ada apa-apa.. '' rungut rania.

Tangannya menyelak satu persatu pakaian shofie.. Dia memilih beberapa pakaian lalu mencubanya.. Bila dia merasakan pakaian itu selesa ditubuhnya.. Dia beralih pula kemeja solek shofie.. Menggunakan segala yang ada di situ seperti miliknya.

'' ada apa dalam ni'' tangannya menarik laci yang terkunci..

''mesti ada barang kemas dalam ni.. Tapi mana kuncinya..? '' rania mencari kunci laci tersebut di sekitar itu, tetapi tak juga dia jumpa.

Rania berjalan keluar dari bilik pakaian.. Duduk disofa dan membuka televisyen..

'' selesanya bilik ni.. '' rania duduk disofa dengan kedua kakinya diletak bersama diatas sofa..

'' malam ni aku tidur sini lah.. '' katanya gembira. Dia bangun mengambil air dari peti sejuk dan kembali duduk di sofa menonton televisyen kembali..

Annisa yang mendengar bunyi bising yang datang dari bilik abangnya, keluar dari biliknya..dia berjalan ke bilik annaila mengetuk pintu bilik adiknya. Annaila membuka pintu biliknya..

'' kenapa kak? '' tanya annaila melihat kakaknya ada di hadapan pintu biliknya.

'' abang balik ke? Bukankah bonda bagitahu tadi yang abang tak balik malam ni.. '' tanya Annisa.

'' betul lah tu.. Abang tak balik.. Kenapa? " Annisa menunjukkan kearah bilik haidan..

'' ingatkan abang kal yang buat bising tu.. '' kata annaila berjalan keluar dari biliknya.. Mereka sama-sama berjalan ke bilik haidan.

'' tak kunci?!'' kata Annisa bila pintu berjaya dibuka.. Pelahan-lahan pintu ditolak.. Bilik haidan terang benderang.. Mereka berdua masuk kedalam bilik itu bersama-sama.

Bilik haidan dan shofie yang kemas itu kelihatan berselerak.. Pakaian shofie ada dimana-mana.. Annaila menunjuk kearah televisyen yang terpasang dan bunyi bising itu berasal dari situ.

Sebaik sampai di set sofa itu, mereka melihat rania sudah terbaring dia atas sofa.. Televisyen yang terpasang ditutup oleh Annisa.

'' perempuan ni buat apa dalam bilik ni!'' kata Annisa.

'' dia pakai baju kak fie lah''sambuk annaila pula.

''tak malu betul.. Berani dia usik barang kak fie.. '' sindir Annisa.

'' naila turun panggilkan bonda.. '' kata annaila berjalan keluar dari bilik itu. Annisa melihat adiknya berjalan pergi.. Dia kembali melihat kepada rania yang tertidur lena dia atas sofa.

'kau ingat, abang akan terima kau menjadi isteri dia ke rania.. Aku tak tahu macam mana kau boleh nikah dengan abang.. Tapi aku yakin.. Kau gunakan muslihat untuk mendapatkan abang aku.. Dalam hati abang aku, cuma ada satu nama saja.. Iaitu shofie.. Shofie fitriyani.. ' Annisa memeluk tubuh memandang kearah rania.

''mana dia? ''dengar suara mahira.. Annisa menoleh melihat bondanya datang bersama dengan annaila di belakangnya.

''ya Allah!!.. Apa dah jadi ni.. '' kata mahira bila melihat bilik itu berselerak..

'' ini pelakunya bonda!'' kata Annisa menolak bahu rania yang sedang tidur di sofa.

'' apeni!.. '' rania tergejut, terjaga dari tidurnya.

'' kamu buat apa disini rania! Ini bukannya bilik kamu!!'' marah mahira. Melihat rania duduk di sofa.

'' nia tunggu haidan balik..inikan bilik haidan.. '' kata rania sambil mengosok matanya.

'' haidan tak balik malamni!.. Ini memang bilik haidan.. Tapi ini bukannya bilik kamu.. Kamu faham tak! Cepat keluar dari sini!'' marah mahira menarik lengan rania.

'' kenapa pula, haidan tak balik malam ni? '' rania menarik kembali tangannya.

'' kemana haidan pergi?.. Tanya rania.

'' itu bukannya urusan kamu.. Jangan menyibuk.. !'' kata mahira.

'' apa maksud bonda bukan urusan nia.. Salahkah nia tanya dimana suami nia.. Nia ada hak.. Hak seorang isteri.. !!'' kata rania..

'' eh perempuan! Kau ingat kau cakap dengan siapa? Kau ingat bonda kami ni.. Kawan-kawan kau.. Suka hati kau saja nak tinggikan suara!'' sampuk Annisa pula.

'' kau diam! Kau siapa nak masuk campur dalam perbincangan ini..!'' marah rania menunding jarinya tepat di depan muka Annisa. Jari rania ditepis oleh Annisa. Seraya matanya menjeling kepada rania.

'' yang kau tengking tadi tu bonda aku!.. Kau ingat aku nak diam saja.. '' balas Annisa.

'ada aku kisah kalau dia ibu kau sekalipun.. !' kata hati rania.

'' bonda nia cuma minta hak nia sebagai seorang isteri dan menantu keluarga ni.. Salah kah? '' kata rania.. Dia mula mengendurkan nada bicaranya.

'kau memang perempuan tak tahu malu.. Apa lagi yang kau nakkan..' fikir mahira.

'' keluar dari bilik ni!.. Ini bilik haidan dan shofie.. Cukuplah masalah yang kau dah buat rania.. Kembali saja ke bilik tamu.. !'' arah mahira.

Rania memalingkan mukanya kearah lain.. Dia tak puas hati dengan mahira yang mengusirnya keluar dari bilik tersebut.. Kakinya melangkah turun memijak anak tangga menurun kebawah

Sebaik sampai dia menutup pintu biliknya.. Mehempaskan badannya kasar diatas katil yang empuk.. Tangannya mengeluarkan satu keping kad berwarna hitam. Dibelek-beleknya kad tersebut.

'' untung aku sempat ambil yang ini, sekurang-kurangnya boleh lah aku pergi shopping esok.. Shopping sepuas-puasnya.. '' rania ketawa puas..

Haidan langsung tak meletakkan anak kecilnya di bawah.. Sepanjang masa anak itu berada di pangkuannya.. Kecuali semasa untuk hadriana menyusu barulah haidan mengembalikan hadriana kepada shofie.

'' haidan.. '' panggil farid.

'' bermalam disini? '' tanya farid.

'' ya.. Nampaknya macam tu lah.. '' jawap haidan.

'' baguslah.. Kalau macam tu.. Hadriana pun nak kan papa dia tu.. Seharian aku tak dengar suara dia.. Kalau tak.. Boleh tahan juga.. '' kata farid. Mereka berdua gelak bersama-sama.

'' hmm.. Shofie ada beritahu yang dia nak tinggal dengan mummy dalam tempoh berpantang ni? '' tanya farid lagi.

'' ada...'' haidan mengaru kepalanya.. Tak terus menyambung ayatnya.

'' kenapa.. !! Kau takut rindukan hadriana ke mama dia? '' usik farid.

'' aku rindu dua-duanya sekali.. '' jawap haidan.

'' aku ikut saja keputusan kau.. Kalau kau tak izinkan dia pergi.. Aku tak boleh paksa.. Lagipun fie dalam pantang, kau pun kena pantang.. Ingat tu.. !'' usik farid lagi.

'' pantang? hmm.. Berapa lama? '' tanya haidan.

'ha tahu pun gelabah.. Kau lupa ke.. Bini kau tu dalam pantang..' farid menepuk dadanya sendiri.. Menahan ketawanya dari terlepas keluar, bila melihat wajah haidan yang sudah seperti ayam berak kapur.

'' entahlah.. Mummy cakap empat puluh empat hari.. Tapi nenda cakap seratus hari.. '' balas farid.

'' aaa.. Seratus hari.. Tiga bulan lebih? tak lama sangat ke tempoh pantang tu.. '' tanya haidan lagi.. Farid mengangkat kedua-dua belah bahunya.

'' masaklah kau haidan.. Kena puasa lah kau jawap nya.. '' farid tak sudah-sudah mengusik haidan.

'' untuk apa pantang.. Perlu ke.. Kejap aku call doktor.. '' kata haidan mencari telefon bimbitnya.

'' relax la bro..'' kata farid sambil menepuk nepuk bahu haidan.

'' jadi boleh tak fie balik pantang dengan mummy ni? Aku rasa, macam boleh je.. Kau kan kena puasa.. '' ketawa farid pecah disitu.. Sebelum sempat haidan membalas, farid sudah berlari pergi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience