BAB 34

Romance Completed 112655

Mereka bermalam di rumah kelab.. Haidan membuka matanya melihat shofie yang sedang nyenyak tidur didalam dakapan nya.. Hujung rambut shofie yang keperangan berwarna coklat itu digulung dengan jarinya..

'' thanks sayang, all almost lost you.. Dengan perangkap rania.. Terima kasih sebab percayakan hubby.. '' dahi shofie dicium haidan lama.. Mengalirkan rasa cintanya melalui ciuman itu.. Haidan mengelus pipi gebu shofie.. Mengunakan ibu jarinya..

'' sayang.. Bangun sayang.. Kita kena solat ni.. '' haidan mengejutkan shofie.

'' hemmm'' shofie menggumam. Tak nak tidurnya diganggu.

''sayang.. Bangun lah.. '' haidan mencium pipi shofie. Shofie menolak wajah haidan. Dari terus melekat di wajahnya.

'' bby.. Hmm.. Kejap lagi.. Lima minutes lagi.. Pleaasseee... '' mohon shofie kepada haidan.

Matanya masih memberat seperti tidak mahu dibuka lagi.. Di mahukan lebih rehat..dan tidur.

'' lepas solat kita tidur balik.. '' pujuk haidan.

'' hah!''

'' apa tidur balik.. ''

'' NO!!'' kata shofie keras. Dia segera bangun dengan mata yang masih tertutup.. Haidan senyum melihat shofie.

'' solat dulu ya sayang.. Lepas ni sayang tidur balik, hubby janji hubby tak ganggu, sayang tidur.. '' kata haidan.

'' betul ni? Boleh percaya ke? '' tanya shofie.

'' hemm janji.. '' kata haidan.

Selesai mereka solat subuh bersama.. Haidan mengotakan janjinya untuk memberi shofie rehat kerana malam semalam tidur wanita itu diganggu sepenuhnya oleh haidan. Akibat ubat yang diberikan rania.

Haidan mendail nombor marwan.

'' wan.. ''

'' kamu dimana? ''

'' bawakan baju untuk kami.. ''

'' tak perlu tergesa-gesa.. Take your time.. '' kata akhir dari haidan sebelum mematikan panggilannya.

Haidan berpaling melihat shofie yang sudah, kembali melelapkan matanya di atas katil.

'semalam tak terlalu kasar dengan fiya kan' haidan kembali ke katil memeriksa shofie.. Yang terutamanya perut shofie.

Belum sempat tangan haidan sampai untuk menyentuh shofie. Tangannya ditampar oleh shofie.

'' dah janji kan.. !'' kata shofie dengan nada tegas, walaupun matanya masih tertutup.

'' bukan itu.. Memang dah janji.. Tapi nak periksa tengok, mana tau ada sakit dimana-mana.. Takut semalam terlajak kasar.. '' kata haidan.

'' ahhh.. Alasan.. Tu disana ada sofa.. Pergi duduk sana!'' shofie menarik selimut menutup tubuhnya.

'' tapi sayang.. Bagi hubby check dulu..'' pinta haidan.

'' hubby.. '' shofie rimas dan rasa terganggu.

'' I'm fine.. Honey bump pun ok.. Baik-baik saja.. Kalau tak percaya nanti kita ke klinik.. '' kata shofie meyakinkan haidan.

'' betul ni.. '' haidan masih tidak yakin dengan jawapan yang diberi shofie.

Shofie diam.. Dia menarik bantal menutup wajahnya..

'' hubby nak pergi berenang ni.. Sayang tidur dulu ya.. '' kata haidan. Dia membuka pergi berenang di kolam persendirian..

Shofie membuka bantal yang menutup kepalanya, bila merasa tak mendengar lagi suara haidan yang tadi asyik membebel menganggu dirinya untuk tidur. Shofie bangun, mencari kelibat haidan. Matanya dikecilkan memandang kearah kolam.. Shofie, dapat menangkap haidan sedang mengadap kearahnya, mempamerkan senyuman manis menggoda shofie.

'' cis.. '' shofie membaling bantal yang menutup kepalanya tadi. Bantal itu, jatuh tak jauh dari pintu..

'tau pun cari jugak.. !! Tadi suruh orang pergi duduk sofa lah.. Apalah..' haidan menyindir shofie.

'' tidurlah sayang !! Tadi cakap mengantuk kan. Kalau tak, mari teman hubby '' kata haidan masih mahu mengusik shofie.

Shofie membalikkan matanya keatas, lalu membawa tangannya ke mulut menutup mulut ketika menguap. Kemudian mengeleng kearah haidan. Shofie kembali merebahkan badannya ke katil dengan selesa. Perlahan-lahan dia kembali tertidur. Haidan melihat saja shofie dari jauh yang sudah membaringkan tubuhnya ke katil.

Haidan yang sudah puas berenang kembali masuk kedalam bilik mereka dimana shofie sedang terbaring terlena disitu. Sedang haidan mengelap badannya yang basah dengan tuala. Bunyi telefon bimbit shofie memenuhi ruangan tersebut.

''assalamualaikum''

'' rafie.. Shofie masih tidur.. Ada apa ya.. ''

'' apa.. Papa di hospital? ''

'' hospital mana? ''

'' baiklah sekejap lagi kami akan kesana.. '' balas haidan.

'' baiklah.. Waalaikummusalam.. '' kata haidan sebelum memutuskan pangilan telefon.

Haidan berjalan mendekat kearah katil. Duduk di birai katil. Disamping shofie.. Mengelus perut shofie lembut.

'ck.. Kasihan dia baru tertidur..' keluh haidan.

Haidan mendail nombor marwan..

'' wan, kamu dimana? ''

'' saya baru sampai.. '' balas marwan di sebelah sana.

'' ok, baguslah.. Saya tunggu..'' kata haidan dan mematikan panggilan.

Tak lama menunggu.. Loceng berbunyi.. Haidan cepat-cepat berjalan ke arah pintu, membuka pintu.

Marwan berdiri tengak diluar pintu bilik haidan memegang dua beg kertas yang mengandungi pakaian haidan dan shofie.

'' ini pakaiannya tuan.. '' kata marwan memberikan dua beg kertas yang mengandungi pakaian yang diminta oleh haidan.

'' wan.. Sekejap lagi kita nak ke hospital, datuk rahimi masuk hospital.. '' beritahu haidan.

'' baik tuan.. ''

Haidan kembali menutup pintu biliknya.. Berjalan ke arah katil.

'' sayang bangun.. '' kata haidan meletakkan beg kertas ysng mengandungi pakaian shofie di atas katil..

'' sayang.. '' haidan menyentuh bahu shofie.

'' hubby dah janji kan.. Tak nak ganggu sayang tidur'' rengek shofie.

''tapi kita ada emergency sayang.. Kita nak ke hospital.. '' kata haidan kembali berdiri, mengeluarkan pakaiannya yang ada didalam beg kertas.

'' hubby ni.. Kan dah bagitahu, sayang ok.. Honey bump pun ok.. '' kata shofie dengan matanya yang masih tertutup rapat.

'' sayang bangun! Papa masuk hospital sayang..''

'' apa! Papa? '' shofie menyingkap selimut yang menutup tubuhnya.

'' ya sayang.. Ni ada baju.. Kita kena bersiap untuk ke hospital sekarang.. "

''kenapa dengan papa.. Papa sakit balik..? '' tanya shofie cemas.

'' tak tahu sayang.. Rafie yang call tadi''

''mana phone..? ''

Haidan memberikan telefon bimbit shofie kembali di tangan pemiliknya. Shofie segera mendail nombor rafie.

'' assalamualaikum.. Hello abang.. Macam mana dengan papa? ''

'' macam mana papa boleh masuk hospital ni abang? '' tanya shofie bertalu-talu. Sampai rafie di sebelah sana tak sempat menjawap.

'' aa.. Yalah.. Nanti kami kesana.. '' balas shofie. Sebaik mematikan panggilan. Air matanya gugur.

'' sayang.. Tak elok nangis macam ni sayang.. '' pujuk haidan.. Air mata shofie diseka dengan tangannya.

'' sayang nak anak kita jadi cengeng.. Sikit-sikit nangis.. Nak? '' shofie mengeleng.

'' that's my girl '' puji haidan.

Shofie memakai pakaian yang dibawa oleh marwan untuknya.. Setelah siap, mereka berdua berjalan keluar dari bilik. Marwan sudah sedia menunggu disitu

'' puan ni ada sarapan.. '' marwan memberikan makanan yang masih panas itu kepada shofie.

'' aik.. Sejak bila kamu bertukar majikan ni? '' tanya haidan.

'' bukan tuan.. Saya cuma risaukan puan tentu belum bersarapan.. '' balas marwan. Haidan menarik senyumannya.

'' terima kasih belikan sarapan untuk isteri saya.. '' puji haidan.

'' sama-sama tuan.. '' kata marwan malu-malu.

'' kita ke hospital sekarang.. Sayang makan dalam kereta saja yea.. '' shofie mengangguk..

'' terima kasih wan.. Kamu macam tahu saja apa yang saya nak makan.. '' puji shofie.. Haidan menjeling melihat shofie. Kemudian memandang kembali kearah marwan.

'puan sengaja nak kenakan aku ni.. Sejak bila pula puan beritahu nak makan makanan yang aku baru belikan tadi..' marwan menggaru kepalanya.

'' cepat wan.. Kita nak ke hospital ni.. !'' kata haidan

'' baik.. Baik tuan'' balas marwan gugup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience