BAB 54

Romance Completed 112655

Mahira membeliakkan matanya.. Emosinya tak tertanggung lagi. Mendegar apa yang dikatakan oleh anak lelaki sulung nya itu. Perasaan marah, geram menguasai dirinya.. Sampai mukanya bertukar menjadi merah. Haidan melihat bondanya yang sedang duduk di sampingnya sedang mengepal kan Kedua-dua belah tangan. Tahulah dia.. Bondanya sedang di selubungi dengan kemarahan yang sedang meluap-luap. Mahira bangun dari duduknya.

'' bonda.. Nak kemana? '' haidan menarik lengan bondanya.

'' bonda nak pergi jumpa perempuan tak guna tu lah.. Idan ingat bonda nak pergi mana! '' tak pasal-pasal haidan sekali, terkena tempias amarah bondanya.

'' hemm.. Bonda jangan terlampau marah.. Bonda tu bukannya boleh marah marah sangat.. Nanti tekanan darah bonda naik pula.. '' kata haidan turut bangun mengikut langkah bondanya.

'' bonda nak idan lepaskan dia.. !'' arah mahira sambil tangannya memegang tombol, membuka pintu biliknya.

'' idan tahu bonda.. '' haidan berjalan di belakang bondanya, bersama sama menuju ke ruang tengah rumah tersebut..

Rania dan yumna masing-masing sudah berjaya dileraikan oleh marwan.. Berdiri lemah di sudut yang berbeza.

Mahira berjalan terus menuju kepada rania.. Sebaik sampai di hadapan rania.. Dia menampar pipi rania dengan kuat. Yumna yang melihat rania yang ditampar oleh mahira, tersentak tergejut.

'' kenapa ni bonda? '' rania memegang pipinya yang terasa pedih akibat ditampar oleh mahira tadi.

'' kau tanya kenapa! Kau memang perempuan jahat!'' kata mahira.

'' apa yang bonda merepek ni.. Bonda ni dah kenapa.. Tampar rania.. !'' marah rania.

'' kau tak layak jadi menantu aku! Aku tak hingin ada menantu perangai macam kau!!'' kata mahira sambil memukul lengan rania dengan tangannya.. Haidan melihat itu cepat-cepat menarik bondanya menjauh dari rania..

'' haidan.. Tengok bonda ni pukul nia. !'' kata rania memancing perhatian haidan.

Haidan berpaling melihat rania yang sedang menarik muka, tangannya memegang lengannya yang baru dipukul oleh bondanya.

'' rania.. Memang patut pun bonda pukul kamu.. Sebab kamu dah melampau!! kalau ikutkan nak saja aku tambah, menampar kau.. Tapi aku takut.. Tangan aku jadi kotor.. Nanti tak pasal-pasal berjangkit perangai kau yang jijik tu.. '' sindir haidan. Membulat mata rania bila mendengar haidan menghinanya sampai begitu sekali.

'apakata kau.. Aku kotor!! Jijik!!'

'' kenapa kau jahat sangat haidan.. Nia kan isteri, haidan. Sudahlah haidan lepas tangan tak beri nia.... ''

'' ingat perjanjian kita rania.. Ingat tujuan asal sebab apa pernikahan ni terjadi.. Jangan kau lupa tu rania.. !'' potong haidan.

'' kenapa haidan kejam sangat pada nia.. !'' marah rania.

'' rania.. Sepatutnya kau guna peluang yang aku dah bagi.. Sekurang-kurangnya berbuat baik kepada bonda dan ahli keluarga aku.. Tapi belum apa-apa.. Rumah ni jadi kacau bilau disebabkan olah kau sendiri.. Satu lagi.. Kau nikah dengan aku cuma untuk hidup senang kan.. Kalau tak, kau tak akan curi kad milik shofie.. '' kata haidan dengan panjang lebar.

Terketar-ketar tangan rania, mendengar apa yang telah dibogkarkan oleh haidan kepada semua.

'' nia.. Nia cuma ambik bahagian nia..salah haidan tang tak berikan nafkah untuk nia.. '' kata rania gugup. Mempersalahkan haidan.

'' tapi itu bukan hak kamu'' kata haidan lagi.

''dengar sini rania.. Dengar..! '' haidan menekan perkataannya.

'' rania.. Bersaksikan bonda dan saksi yang lain.. ''

'' tak! Tak!... Diam! haidan.. Nia tak mahu dengar!'' jerit rania sambil menutup kedua-dua belah telinganya.

'' aku Zayn Haidan lafazkan talak tiga keatas kau, rania.. '' kata haidan tenang, setentang air yang sedang mengalir. Haidan menarik nafasnya lega.. Seolah-olah satu beban besar sudah hilang dari bahunya.

'' tak haidan..!

Kau lelaki kejam!

Kau kejam!!'' marah rania.. Sambil memukul haidan. Bila sudah penat dia memukul haidan.. Rania melorot jatuh kebawah.. Menangis teresak-esak..

'' kau akan menyesal haidan! Menyesal! Menyesal! Aku akan suruh daddy buat satu keluarga Zayn merana dan hidup tersiksa.. Aku akan pastikan itu berlaku haidan.. '' kata rania. Rania bangun perlahan-lahan.

'' semuanya akan terima padahnya.. Sebab berani kenakan rania.. '' rania menunjuk jarinya kearah seorang demi seorang yang ada disitu.

Selesai mengugut mereka.. Rania berjalan masuk kedalam biliknya.. Mengemas barangan peribadinya. Semua pakaiannya dimasukkan semberono saja didalam pakaiannya. Apa yang dia tahu, dia mahu segera keluar dari rumah itu.. Yang disangkakan syurga untuk masa depan yang lebih cerah.. Rupanya nya neraka baginya. Dia langsung tak aman tinggal disitu. Tak seorang pun yang sukakan akan kehadirannya.

Rania keluar dengan mengheret beg pakaiannya.. Membawa beg pakaian itu berjalan melepasi mereka yang ada disitu.

'' tunggu!'' suara mahira memecah kesunyian. Rania berhenti melangkah. Berpaling dan tangannya melepaskan beg yang ditariknya tadi.

'' pelayan!'' panggil mahira.. Datang dua orang pelayan kepada mahira.

'' periksa beg itu.. Mana tahu, dia bawa benda selain barang milik dia!'' kata mahira menunjuk kearah beg pakaian yang berada disamping rania.

'apa! Tak guna!! Dia ingat aku ni pencuri ke apa?' rungut rania, dia merasa dirinya sangat hina sekali..

Pelayan itu mengikut arahan mahira.. Mengambil beg rania, membukanya dan memeriksa isi yang ada didalam beg tersebut.

'' PUAS!!!!'' tengking Rania. Bila pelayan siap memeriksa beg pakaiannya.

'' pulangkan kad yang kamu dah ambil tu rania.. !'' kata haidan.

Rania membuka beg tangannya dan mencari kad platinum yang diambilnya didalam bilik haidan sebelum ini.

'' NAH!! ambik!'' kata rania membaling kad tersebut ke udara, sebelum kad itu mendarat betul betul di hadapan mereka semua.

'' pelayan.. Tolong ambilkan kad tu dan lapkan sebelum kembalikan kepada saya.. '' kata haidan.

Sakit hati rania mendengar kata haidan baru tadi, dia melihat pelayan sedang membuat seperti yang disuruh haidan.

'Sial! Aku akan pastikan setiap dari kamu akan menyesal!' nekad rania. Dia berjalan keluar dari rumah tersebut.

'' idan.. Kenapa kamu tak beritahu kepada rania? Hal shofie.. !'' tanya mahira. Haidan mengeleng.

'' idan tak nak libatkan lagi shofie.. Idan nak fie tenang saja tinggal dengan mummy dan nenda disana.. Biarlah rania tak tahu yang shofie dah terlepas darinya.. '' kata haidan.

Yumna hanya mampu mendengar saja. Dia tak berani nak menyampuk apa yang keluarga itu sedang bincangkan.

'' yumna!'' mahira memanggil

'' ahh.. Yaa.. Ya.. '' jawap rania tersentak. Melihat kepada mahira.

'' bonda rasa lebih baik, yumna buat masa sekarang ni kembali semula kepada keluarga yumna.. Haikal pun sedang sibuk dengan tour dia.. Bukannya bonda nak menghalau yumna.. Tapi itulah.. Yumna sendiri tengokkan.. Apa yang jadi.. Bonda rasa nak pergi jumpa nenda.. '' mahira memberi alasannya.. Padahal dia sendiri tak sabar nak bertemu dengan cucunya.. Hadriana.

'' baiklah bonda.. Nanti yumna beritahu mummy dengan daddy.. '' balas yumna.

Mahira membawa yumna berjalan masuk kedalam bersamanya. Semasa melintas sempat mahira mengejitkan sebelah matanya kepada haidan. Hujung bibir haidan tertarik naik keatas, faham sangat dengan bondanya yang sukakan anak-anak kecil. Mesti tak sabar nak melihat cucunya.

Farid melangkah masuk ke Bagunan yang berdiri kukuh dengan reka bentuk tak kurang hebatnya seperti syarikat gah yang lain.. Jelas terpampang nama MV Group dan juga logo nya di atas bangun tersebut.

Farid melihat sekeliling.. Dan terpandang kan kearah kaunter penyambut tamu..

'' hi.. Boleh saya nak berjumpa dengan Tuan Johari? '' kata farid ramah dan tersenyum manis kepada penyambut tetamu tersebut.

'' boleh saya tahu nama encik..? '' tanya penyambut tetamu itu dengan wajah yang manis.

'' nama saya Tengku Farid Iskandar.. '' jawap farid. Penyambut tamu itu mengangguk kecil lalu membuat panggilan, farid mendengar namanya disebut oleh wanita itu.. Dia mengangguk kecil kepada wanita itu.. Membuatkan wanita itu tersenyum kembali kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience