BAB 30

Romance Completed 112655

Marwan tiba di MegahRaya.. Melihat dua wanita yang ada di lobi utama MegahRaya.. Marwan turun dari kereta. Untuk menjemput shofie yang sedang berbual dengan ruhaina.

'' assalamualaikum puan, saya datang untuk menjemput puan ke pejabat tuan.. '' kata marwan sopan.

'' wan, tak perlu sopan depan saya.. Lagipun, Haidan tak ada disini kan.. '' kata shofie.

'' memang tuan tak ada puan, tapi rasa janggal lah.. '' kata marwan. Menggaru belakang lehernya.

'' marilah wan.. Kamu memang! .. Setia betul dengan tuan kamu tu.. '' kata shofie bangun dari duduknya.

'' kenapa kamu jadi ambil saya, bukan awal tadi tuan kamu cakap kamu berdua sibuk.. Entah-entah kamu lari ke luar.. ni..? ''

'' tak lah puan.. Mesyuarat selesai awal.. Jadi tuan nak saya jemput puan.. Tadi bukannya puan cakap nak singgah beli makanan..? '' tanya marwan. Dia kembali teringatkan pagi tadi shofie memberitahu haidan dia mahu membeli makanan.

'' tak perlu wan.. Saya nak ke Zayn Holding segera.. '' balas shofie. Shofie mula merasa tidak sedap hati.. Dia mahu segera bertemu dengan haidan.

'' puan pasti? '' tanya marwan lagi. Shofie mengangguk.

'' kamu buat apa disini!!!" jerkah haidan. Rania tersenyum melihat wajah haidan yang merah seperti terbakar itu.

'aku tau tahu berapa titik yang aku letakkan haidan, yang aku pasti.. Kau akan menjadi milik aku haidan.. Tak kiralah berapa kuat kau menolaknya..' hati rania puas melihat haidan seperti cacing kepanasan. Kegelisahan sendirian .

Rania melangkah mendekat.. Dengan seyuman lebar diwajahnya.. Senyuman galak untuk menggoda haidan..

''berhenti RANIA!!'' marah haidan.

Dia merasakan ada yang salah dengan dirinya.. Seluruh tubuhnya terasa seperti terbakar.. Bila dia melihat rania sedang menghampirinya.. Dia seperti mahu memeluk tubuh milik rania dan meratah setiap tubuh itu.

'what haidan!!!!'

Haidan memarahi dirinya sendiri. Dia membuka laci kerjanya.. Mencari sesuatu.. Habis digeledah nya.. Namun tak jumpa apa yang dicarinya.. Dia mencapai satu benda yang sudah lama disimpannya.. Satu cucuk sanggul milik shofie yang dirampas semasa majlis ulangtahun MegahRaya. Cucuk sanggul itu dicucuk di tapak tangannya.. Sampaikan berdarah.

'' oh.. Kasihan, sungguh kamu sayangkan dia, sampai cederakan diri kau sendiri ya! .. Kau ingat kalau buat begini kesan dari ubat tu akan hilang.. '' kata rania sambil ketawa..

Itulah tujuan haidan, dia mahu merasa sakit mengatasi rasa yang sedang bergolak didalam dirinya.. Tapi semakin dia melawan.. Perasaan itu makin bergelora.

'' UBAT? apa yang letak dalam air aku.. Rania!!'' marah haidan.

'' kau rasa? .. Aku letakkan ubat peransang dalam ni.. Macam mana sedap kopi yang kau minum tadi? '' tanya rania.. Menunjuk ke arah cawan kopi yang masih bersisa separuh..

'' kau memang perempuan murahan, kau guna cara yang hina untuk dapatkan aku.. Rania! '' kata haidan.

'' sssshhhhhh'' jari rania menempel di bibir merah haidan.

''diam dan nikmati saja haidan.. '' kata rania manja.. Dia mendekat dan menarik tali leher haidan.. Mencium bibir haidan dengan rakus.. Haidan tak dapat mengawal gelora didalam jiwanya yang sedang berlonjak ingin terus menerkam rania.

'shofie' nama itu disebut kembali.

Haidan tersedar, menolak kasar tubuh rania.. Membuatkan rania hampir jatuh kebelakang.

'degil.. Sekuat mana pun kau menolak.. Itu hanya akan memberi kau kesakitan haidan.' rania tidak putus asa.

'' wow.. Ganas!!'' kata rania suka.

'' menjauh rania.. '' haidan hampir tewas malah dia mengutuk dirinya sendiri kerana membalas ciuman dari rania.

Rania masih berusaha.. Memeluk mencium haidan sampai haidan tidak dapat menolak lagi.. Rania membawa haidan kedalam bilik rehat nya.. Membuka baju haidan dengan gopoh. Rania perlu lakukan dengan cepat semasa haidan hilang kewarasannya sebelum lelaki itu tersedar semula.. Rania segera menarik haidan memeluknya sampai mereka berdua sama-sama jatuh ke atas katil.

Shofie sampai di Zyan Holding. Entah kenapa hatinya berdebar-debar.

'ada apa sebenarnya ni.. Kenapa ada satu rasa yang tak menyenangkan..' keluh shofie. Marwan terus mengikutnya berjalan di belakang menemaninya sampai keatas.

'' tak perlu ikut saya wan.. Saya masuk sendiri.. '' kata shofie sebaik keluar dari lif.

'' baik puan... '' balas haidan.

Semasa shofie melintasi untuk ke bilik haidan.. Dia tak melihat Gina ditempatnya..

'pelik.! . Ahh, mungkin dia dah balik kot..' pikir shofie. Dia cuba bersangka baik..

Tangannya memusing tombol pintu bilik haidan, kakinya melangkah masuk kedalam bilik kerja haidan.. Shofie melihat meja kerja haidan tak terurus seperti selalunya.. Dia melihat ada cucuk sanggul miliknya, dihujung itu ada bekas darah.. Malah ada beberapa titik darah diatas meja itu.

'darah..' shofie menyentuh cecair merah itu.. Dia pasti itu adalah darah..

'Tapi darah siapa? .. Haidan pukul siapa pula.'

Shofie berjalan ke bilik rehat. Membuka pintu bilik rehat tersebut. Tapi bila telinganya mendengar bunyi ciuman.. pintu itu dikuak seluas luasnya. Matanya membulat melihat haidan yang sedang menindih seorang wanita..dan tangan wanita itu sedang memeluk erat tubuh haidan.

'siapa.. Adakah itu Gina?' hatinya berdebar. Bila haidan mendongak memandang ke arahnya.. Dia melihat dengan jelas wajah wanita itu.. Itu adalah rania..

'' sayaangg'' panggil haidan dengan suara serak.. Hati shofie hancur dan luluh pada ketika itu.. Melihat tubuh haidan tak berbaju diperluk oleh perempuan lain.. Dipeluk oleh adiknya sendiri.. Shofie melihat rania yang sedang tersenyum, dibawah tubuh haidan.

' kau tersenyum.. Jadi ini semua rancangan kau.. Dan kau ingat, kau dah miliki dia!'

Shofie melangkah mendekat.. Menolak tubuh haidan yang tak berbaju itu ke tepi.. Dalam hatinya bersyukur haidan masih berseluar.. Dan masih elok seluar itu ditubuhnya.

'' kak shofie... Dia goda aku kak.. Dia paksa aku tidur dengan dia.. '' kata rania.. Dengan esak tangisannya. Dia menarik selimut melindungi tubuhnya yang separuh berbogel..

'aku sendiri lihat tangan kau melilit tubuh haidan.. Dan sekararang kau berdalih mengatakan dia cuba merogol kau!'

Shofie berpaling melihat haidan yang berada dilantai, seperti cacing kepanasan dengan mata yang kemerahan seperti sedang menahan sesuatu yang membakar didalam tubuhnya.

PLAKkk...

Shofie menampar pipi Rania.. Dengan kuat sampai rania tersembam di atas katil. Shofie mengengam tangannya yang terasa pedih.. Hatinya lebih pedih berganda ganda dari itu.

'' kenapa kau tampar aku! .. Aku hampir dirogol oleh laki kau.. Shofie!!'' kata rania.. Yang awalnya sedang menangis teresak esak tadi,bertukar wataknya lagi.

'' kau dah melampau batas Rania!!'' marah shofie.

'' AKU!! Bukan aku.. Tapi dia!! Dia yang goda aku''... Rania masih berkeras membela dirinya. Tangannya menunding kearah haidan.

''rania.. Memang selama ni aku diam saja.. Tapi aku tak bodoh rania!'' shofie menarik tangan haidan.. Haidan bangun dan terus memeluk shofie.. Malah mencium leher shofie dengan ghairahnya..

'' ini yang kau kata kau digoda suami aku! Apa tadi?.. DIROGOL? Kau menduga kesabaran aku rania? '' tanya shofie.

'' kau.. !'' marah rania.

'' aku bukannya budak kecil rania. Yang senang kau tipu dan bodoh-bodohkan.. Walaupun aku tak bergaul bebas macam kau.. Aku tahu semua benda ni rania.. Salah kau.. kau tak pandai menjaga diri kau sendiri rania.. Kau biar diri kau Seolah-olah tak bermaruah begini.. !'' kata shofie.

Shofie meleraikan pelukan haidan.. Dia perlu memanggil marwan segera. Dia tak mahu rania terus terlepas lagi.. Shofie berjalan keluar dari bilik tersebut selepas menolak haidan ke katil.

'' wan!!!'' panggil shofie lantang.

Marwan datang dengan tergesa-gesa bila mendengar suara kuat shofie didalam bilik kerja haidan..

'' puan''

''panggilkan pihak polis ke sini segera.. '' kata shofie.

'' tapi untuk.. ''

'' buat seperti yang saya arahkan.. !'' kata shofie tegas.

Semasa marwan sedang membuat panggilan rania berlari keluar dari bilik rehat degan mengenakan pakaian yang kusut dan tak sempurna ditubuhnya. Kerana tergesa-gesa mahu keluar bila mendengar shofie mahu melibatkan polis.

'' wan tangkap dia!!'' arah shofie.

Marwan terus menahan rania dan memegang tubuh rania dengan kuat.. Shofie berjalan dan menarik kabel yang ada dan memberikan kepada marwan.

'' ikat dia'' kata shofie sambil menyuakan kabel yang berada di tangannya.

''puan.. '' tapi katanya terbantut bila rania membulatkan lagi matanya yang sedia bulat itu..

'' baik-baik'' kata marwan.

''lepaskan aku.. Shofie lepaskan aku. '' rayu rania.

'' aku? Kau kena tanggung apa yang kau dah buat rania.. Termasuklah kerja kotor yang kau buat di hotel di selatan tu.. '' kata shofie.

Marwan tercengang mendengar kata shofie.. Dia hairan melihat shofie yang berubah dari manis menjadi seperti singa garang.. Apa bezanya tuan dan puan.. Atau sekarang ni puan sudah berjangkit dengan penyakit tuan.. Marwan mengaru kepalanya.

'' wan.. Kamu tunggu apa lagi.. !!'' kata shofie memenuhi ruangan tersebut.

'' ha ya.. ''

'' ni.. Ambil air ni.. Sebagai bukti.. Mesti ada sesuatu didalam air ni.. '' kata shofie dengan yakin nya..

'' ya.. Baik.. Tapi dimana tuan? '' tanya marwan. Dia melihat shofie merenung tajam kearah rania. Marwan turut melihat kepada rania.. Wanita itu senyum sinis.

'' kau tak mampu puaskan dia.. Dengan keadaan kau yang macam tu.. '' perli rania.. Menunjuk kearah perut shofie dengan mulutnya.

'' terima kasih memperingatkan rania.. Yang pastinya dia suami aku.. Puas atau tak itu rahsia kami berdua.. Kau jangan nak ambil kisah.. '' kata shofie. Rania merengus keras berpaling kearah lain..manakala shofie menarik senyuman sinisnya melihat rania yang tak berani melawan katanya lagi..

Share this novel

Hawani Hashim
2023-11-26 21:58:15 

Aku yg suspen

Hawani Hashim
2023-11-26 21:57:56 

Jahatnya rania macam maknya jugak


NovelPlus Premium

The best ads free experience