BAB 45

Romance Completed 112704

Pintu pejabat haidan ditolak kasar oleh seseorang.. Sampai berdentum kuat, bunyi pintu bilik itu berlaga dengan dinding. Haidan mendongak melihat farid yang dipeluk oleh marwan untuk menghalangnya dari melangkah masuk kedalam ruang pejabat.

'' kau!! Mana adik aku!!mana shofie!! '' jerit farid lantang.. Tapi tubuhnya yang tak segagah marwan.. Senang senang saja marwan mengangkat farid begitu saja.

'' wan lepaskan dia.. '' kata haidan, mula muak dengan situasi itu.

'lepas rafie, budak farid ni.. Lepas ni siapa pula, raffa.. Rahimi.. Saif.. Siapa lagi?.. atau budak lelaki yang bernama aiman..atau iman tu..' keluh haidan.

Marwan melepaskan farid dari pegangannya. Farid membetulkan pakaian nya yang kusut.. Memandang marwan dengan pandangan mata yang tajam sebelum berpaling melihat kepada haidan.. Farid duduk di kerusi bertentangan dengan haidan..

''ceritakan kepada aku dari mula..'' bentak farid.

'' wan kamu mari sini.. Ceritakan semuanya..kepada Is '' arah haidan acuh tak acuh.

Pang.. Tangan farid menepuk meja kerja haidan membuatkan haidan dan marwan sama-sama tersentak.

'' betullah kata abang rafie.. Kau tak hiraukan shofie.. Kalau kau nak cerita benda yang sama macam abang rafie beritahu aku.. Aku tak mahu dengar..!! '' kata farid dengan kedua-dua belah tangannya yang berada dia atas meja.

'' aku bukan nak kurang ajar haidan.. Aku disini mewakili keluarga kita yang disana.. Aku ingat kau betul-betul sayangkan shofie, haidan. Aku tak tahu kamu berdua ada masalah apa sebenarnya.. Macam mana kami.. '' farid melepaskan keluhan berat.

'' kalau kau dah tak sayangkan dia.. Kami akan bawa dia pergi haidan.. Kau langsung tak usaha nak cari dia.. Suami jenis apa kau ni! '' kata farid.

Haidan duduk tenang dikerusinya, melipat tangan memeluk tubuhnya sendiri.. Memandang kearah farid.

'' dah puas bercakap? Ada lagi nak tambah? Kenapa semua orang salahkan aku!.. Dia yang pergi.. Hilang macam tu saja.. Sekarang ni semua salahkan aku, apa sebab dia pergi.. Aku sendiri tak tahu dia pergi waktu tu.. Bila aku tahu semuanya sudah terlambat.. Anak aku dah tak ada.. !!kau faham tak.. Anak aku dah mati!!!'' timbul urat urat hijau di wajah haidan.. Penumbuk nya berkali kali dihempaskan di permukaan meja.

'' dia mana kau sewaktu dia pergi? '' tanya farid. Menarik senyuman sinis. Haidan diam tak menjawap soalan yang ditanya kan oleh farid..

'aku ada dengan yumna, macam mana dia boleh tahu! Jadi dia salahkan aku.. Shofie pergi sebab aku?' ligat haidan berfikir.

'' sudahlah.. Buang masa saja aku datang ke sini.. Lebih baik aku cari shofie.. Kalau kau sungguh tak mahukan shofie bahagia.. Lepaskan dia.. Biar dia mencari kebahagiaan dia sendiri.. '' kata farid bangun dari duduknya berpaling mahu keluar dari situ.

'' dia milik aku.. Selamanya dia milik aku.. !!'' kata haidan lantang.

'' kalau dia milik kau.. Buktikan..!! Jangan pandai bercakap dan berjanji sahaja!'' kata farid tanpa berpaling melihat haidan. Kakinya dihayun melangkah keluar dari bilik tersebut..

Sebaik keluar dari bilik haidan.. Farid mendail nombor seseorang.. Kakinya melangkah ke lif sambil menunggu panggilan disambungkan.

'' hello.. Alex.. Aku nak belanja kau tour satu Malaysia bro.. Berminat tak?.. ''

'' bagus.. Bawa kawan kau dua tiga orang.. Cepat sikit kerja ni selesai.. '' kata farid..

'' bagus-bagus.. Selamat kembali ke tanah air.. '' kata farid dengan gelakan kecil. Sebelum menamatkan panggilan.

Haidan bersiap-siap di dalam biliknya..

'' sayang tolong pilihkan tie... ''

'' sayang.. ''

Haidan berpaling.. Mencari sesuatu yang hilang..

'' Allahuakbar.. '' haidan meraup wajahnya.. Dia merindui satu susuk tubuh yang sudah hilang entah dimana.. Baginya shofie seperti ada saja dengannya.. Setiap sudut bilik tersebut penuh dengan kehadiran shofie..

Haidan berjalan masuk kedalam bilik pakaian . Memilih tali leher yang sesuai untuk ke majlis, setelah siap berpakaian lengkap dan kemas.. Dia turun kebawah..

'' nak kemana haidan.. '' tanya mahira.

'' ada majlis bonda.. Idan pergi dengan marwan.. '' kata haidan, lalu bersalaman dengan mahira.. Berlalu pergi begitu saja. Mahira hanya mampu melihat sahaja belakang tubuh haidan yang pergi meninggalkannya. Dia tak mampu lagi untuk terus bertanya tentang shofie. Dia tak mahu haidan bertambah sakit hati kalau dia terlalu mendesak.

'' bonda.. Haikal nak ke hospital tengokkan yumna.. '' haikal datang bersalam dengan bondanya.

'' yea lah.. Hati-hati.. '' pesan mahira.

Marwan dan haidan sampai di hotel dimana majlis tuan Johari berlangsung.. Mereka berdua melangkah masuk kedalam dewan hotel yang luas dan dihiasi cantik itu. Para tetamu juga turut berjalan masuk kedalam..

'' kenapa ada wartawan..? '' tanya haidan kepada marwan.

'' saya tak pasti juga tuan.. '' balas marwan.

'' hemm.. Biarlah, mari kita masuk.. Cepat habis.. Cepat kita balik.. '' kata haidan. Marwan mengangguk mengikut belakang haidan.

Pelayan membawa haidan masuk.. Menunjukkan tempat duduk untuk haidan dan juga marwan. Meja mereka berada bahagian yang paling hadapan, dekat dengan meja makan utama tuan rumah. Haidan tak menyangka akan diberikan keutamaan seperti itu..

Acara dimulakan.. Dimana johari memperkenalkan rania kepada umum.. Rania yang cantik berpakaian gaun malam berwarna merah menarik perhatian siapa saja yang memandangnya.. Naik ke pentas berdiri disamping Johari yang sedang berucap..

'mungkin sebab inilah wartawan hadir.. Tak tahukah ini pasti akan menjadi isu besar.. Seorang puteri dari MegahRaya Tiba-tiba bertukar menjadi kepada puteri MV group.. Rania.. Satu dunia akan tahu mengenai skandal ini..' keluh haidan. Bersandar menyaksikan rania dan johari yang berada diatas pentas.

''dijemput tuan Zyan Haidan untuk naik ke pentas'' kata Johari lantang melalui pembesar suara. Sorotan lampu, dihalakan kepada haidan yang duduk disebelah marwan.

''mari tuan Zyan.. Tak perlu segan-segan..'' pelawa Johari dari atas pentas. Haidan menarik senyum sebaris melihat kepada para tetamu yang hadir, sebelum dia bangun berjalan naik keatas pentas.

'' saya sangat kagum dengan Tuan muda dari keluarga Zyan.. Sememangnya bakat yang dimiliki anak muda ini amat luar biasa.. Bukan senang seorang anak muda untuk menjaga satu syarikat yang gah seperti Zayn Holding.. '' kata Johari menunjuk kearah haidan.

Para tetamu yang hadir juga bertepuk tangan mendengar Johari memuji Zayn di atas pentas.. Para wartawan juga tak henti-henti mengambil gambar mereka.

'' puteri saya sangat beruntung mendapat seorang tunang seperti Zayn Haidan.. '' sambung johari lagi.

Gemuruh suara para tetamu bertepuk tangan. Haidan berpaling melihat kearah Johari yang sedang tersenyum kearahnya.

'' YA.. majlis harini kita tambahkan dengan berita gembira ini.. Dimana satu-satu anak perempuan saya bertunang dengan Tuan Muda Zyan Haidan.. '' kata Johari kembali menunjukkan kearah haidan dan rania. Para wartawan mula melakukan tugas mereka. Mengambil gambar tidak henti-henti merakam detik itu.

Rania jalan mendekat kearah haidan.. Tersenyum lebar..lalu, memaut lengan haidan..

'' apa yang kamu buat rania..? kamu memang perempuan tak tahu mahu!'' haidan cuba mengawal intonasi suaranya..

'' ssshh.. Sayang.. Cuba tengok ni.. '' rania menujukan telefon bimbitnya.. Haidan melihat imej yang ditunjukkan oleh rania..

Para tetamu yang hadir melihat seperti pasangan itu sedang mengambil gambar kenangan bersama..

''nanti saja kamu berdua ' berselfie" kata johari, mengundang gelak tawa para tetamu.

'' senyum.. Jangan kekok sangat.. '' kata rania.. Menepuk dada bidang haidan lembut. Tanpa sedar rania menyarungkan cincin di tangan haidan.. Membuatkan haidan terkaku..

'' cepat haidan.. '' ugut rania menyuakan tangannya. Seperti dipukau haidan mengambil cincin yang sudah disediakan oleh mereka dan menyarungkan ke jari manis rania. Berkelip kelip cahaya kamera menyambar pasangan tersebut. Belum sempat rania berjalan pergi.. Haidan menarik kasar lengan rania.. Membawa tubuh itu merapat dengan tubuh haidan.

'' sabar sayang.. Wartawan masih disini.. '' balas rania manja ditelinga haidan. Haidan berpaling melihat kearah wartawan yang masih mengerumuni mereka dibawah pentas.

'cis.. Ini semuanya perangkap.. !!' kata haidan. Mencari kelibat marwan.. Marwan tidak lagi duduk di meja makannya.. Haidan turun dari pentas itu.. Ingin saja dia berjalan keluar dari majlis bodoh itu.. Tapi dia dihalang oleh wartawan dan juga para tetamu yang tak habis-habis mengucapkan tahniah kepadanya.

'apakah mereka tidak tahu.. Aku kan sudah menjadi suami orang.. Kenapa mereka tak segan-segan mengucapkan tahniah dari tadi..' jiwa haidan memberontak.. Dalam kekalutan itu.. Dia melihat marwan yang datang untuk memberi laluan keluar kepadanya..

Share this novel

awer
2022-06-28 14:39:35 

ptut bini ilang p cari la bangkai...bkn sebok bekerja bagai


NovelPlus Premium

The best ads free experience