BAB 56

Romance Completed 112655

Mahira sedang bersiap-siap.. Beg pakaiannya sudah disiapkan oleh oleh nani.. Dua anak kembar perempuannya menerjah masuk kedalam biliknya. Dua anak itu terus duduk diatas katilnya yang sudah dikemas rapi oleh nani sebentar tadi.

'' bonda nak kemana ni? '' tanya annaila.

'' ya bonda.. Bawa beg besa-besar ni.. '' kata Annisa.

'' iya kak.. '' kata annaila pula.

'' bonda nak pergi bercuti tak ajak kami!'' kata Annisa.

'' bonda nak pergi lama ke? '' tanya annaila pula dengan nada risau kepada bondanya.

Dua anak dara kembar mahira dari tadi asyik menyoalnya.. Dia yang sibuk bersiap di hadapan cermin besar yang ada didalam biliknya itu terasa terganggu. Mahira memalingkan tubuhnya. Menghadap kepada dua anak kembarnya itu. Memang dua anak kembarnya itu tak pernah berjauhan darinya.. Dari anak itu lahir, sampailah sekarang.

'' bonda nak pergi jenguk cucu bonda.. '' kata mahira dengan wajah yang manis dan ceria.. Tersenyum kearah dua anak gadis kembarnya.

'' CUCU!!!'' jerit mereka serentak. Mahira menutup telinga dengan Kedua-dua tangannya.

'' apa maksud bonda.. Cucu!!?? '' tanya mereka serentak lagi. Kali ini dua anak itu memaut tangannya meminta jawapan.

'' ialah cucu bonda.. Nama dia.. Hmmm... '' mahira cuba mengingati nama cucunya..

'' Zyan Hadriana shahierah!!'' kata mahira ceria dan sedikit kuat bila dia berjaya menyebut nama penuh cucunya.

Terkebil kebil mata dua, anak gadisnya.. Mereka berdua saling berpandangan sesama sendiri,sebelum berpaling semula memandang bonda mereka.

Annisa mengambil telefon bimbitnya lalu menekan nekan disitu sebelum mengangkat tinggi paras wajahnya.. Mahira menjenguk..

'' kamu video call dengan siapa pula ni? '' tanya mahira.. Tapi belum sempat Annisa menjawap.. Panggilan sudah disambungkan.. Ada shofyna di sebelah sana sedang bersandar di kerusi memandang ke arah skin telefonnya.

'' hai mummy!!!'' kata annaila Tiba-tiba mencelah. Merebut memenuhi ruang.

'' hai assalamualaikum.. Naila..'' jawap shofyna..

'' waalaikummusalam mummy.. Maaf disana malam ya.. '' Annisa menolak annaila dari layar telefon bimbitnya. Mereka melihat shofyna sedang mengangguk kan kepala.

'' hmm.. Boleh tak nak lihat baby.... '' kata Annisa malu-malu kerana sudah menganggu shofyna.

'' ya, baby hadriana..! '' sampuk annaila pula.. Kembali masuk kedalam skrin tersebut.

'' oh.. Boleh kejap ya.. '' shofyna bangun dari kerusi.. Lalu berjalan ke dalam bilik dimana ada shofie dan juga hadriana di dalamnya. Sementara itu dua gadis kembar itu kembali duduk di katil bonda mereka.

Shofyna membuka pintu bilik shofie. Melihat shofie yang masih belum tidur sedang duduk bersandar di kepala katil sambil mengadap telefonnya.. Kedengaran suara haidan dari situ..

Dua kembar itu sudah ketawa bila mendengar suara abang mereka dari telefon bimbit yang dipegang shofie. Sengaja shofyna menayangkan telefon bimbit di sebelah shofie.. Haidan nampak tergejut bila melihat dua adik kembarnya disitu..

'' menganggu saja !'' kata haidan dan dia ketawa di hujung bicaranya. Shofyna turut ketawa mendengar haidan mengusik dua kembar itu.. Dia kembali menunjukkan wajahnya di skrin.

'' baby tidur.. '' kata shofyna.. Lalu menunjukkan kepada katil bayi yang ada tak jauh dari katil shofie..

'' bonda.. Mari cepat.. Tengok ni.. Baby!!!'' kata annaila.

'' ish kamu ni.. Hadriana tidur tu.. Perlahankan suara kamu.. '' tegur mahira sekali menepuk lengan annaila.

Mereka bertiga melihat layar telefon Annisa yang menunjukkan hadriana sedang tidur didalam katil kecil miliknya.. Tidur yang diapit dengan dua bantal kecil di kiri dan kanannya..

'' itulah cucu bonda.. '' kata mahira bangga.

'' cucu saya juga.. '' balas shofyna pula dengan gelak kan kecil.

'' ya, betul tu cucu kita bersama.. '' kata mahira lagi, sambil ketawa.

'' muka baby macam copy paste kak fie lah.. '' kata annaila lagi.

'' hmm.. Betul tu.. '' sokong Annisa pula.

Panggilan berlangsung hampir tiga puluh minit tanpa mereka sedari.. Itu pun kerana telefon Annisa sudah memberi amaran kerana mempunyai baki tenaga rendah. Kalau tidak pasti akan berlanjutan lebih lama lagi.

'' bonda.. Nak ikut !!'' rayu annaila.

'' boleh lah bonda.. '' kata Annisa pula.

'' tak boleh! Bonda pergi tak lama pun.. Sampai kak fie kamu habis pantang.. Bonda balik lah.. Balik dengan kak fie dan tentunya dengan baby sekali.. '' kata mahira memujuk dua kembar itu.

'' alah.. Lama ke bonda..? '' tanya Annisa.

'' apa yang lamanya..? '' tanya mahira tak mengerti.

'' yea lah.. Bonda disana.. Nanti kami disini macam mana? '' annaila pula menyampuk.

'' tak lama.. Sekarang pun hadriana dah sebulan lebih kalau tak silap bonda lah.. Lagipun apa yang nak dirisaukan.. Kamu berdua kan dah besar panjang.. Kalau nak makan ke, apa.. Kan ada mak nani.. '' kata mahira lagi.

'' ala bonda.. '' annaila kembali bergayut di lengan mahira.

'' kamu berdua kan nak exam.. Tak boleh la ikut bonda.. '' keluh mahira.. Tak larat lagi nak memujuk si kembar itu.. Tambah-tambah pula annaila yang manja dengannya.

'' nanti bonda belikan handbag sorang satu masa balik nanti.. Sebagai upah, nak? '' pujuk mahira lagi. Melihat dua anak kembarnya itu mengangguk dia merasa lega..

Haidan sedang berada di rumah shofie.. Bersama dengan farid dan tiga lagi kawan-kawannya.. Baru selesai membuat panggilan video kepada shofie yang jauh disana.. Sempat pula dia melihat adik kembarnya menyibuk menyelit di tengah-tengah perbualannya tadi.

'' macam mana boleh? '' tanya farid.

'' boleh.. Kenapa tak boleh pula. '' balas haidan melihat bukti-bukti yang telah digali oleh tiga orang rakan farid. Harus dia akui.. Lelaki yang bernama Alex dan dua lagi rakannya memang mahir dan hal yang sebegini.

'' so bila kau nak ke balai.. Boleh aku ikut sama.. '' kata farid.

'' esok sajalah.. Kejap lagi aku nak kena hantarkan bonda ke Airport. Tak sabar dah tu nak dukung cucu dia.. '' kata haidan sambil tersenyum manakala Farid mengangguk,faham.

'' satu lagi aku nak bagi tahu ni..'' kata farid, merubah riak wajahnya menjadi serius.

'' kau benarkan MV Group bekalkan bahan untuk syarikat kau? Kau kena siasat hal tu haidan.. Bukan apa.. Sebab sebelum ni, mereka pernah lepas tangan.. Mereka sub kan kepada orang lain.. Takutnya kualiti yang kau terima tak sama dengan kualiti asal.. '' kata farid memperingati haidan.

Haidan diam tak menjawap.. Lama baru dia menganggukkan menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan, memandang kearah farid.

'' one more thing.. Kalau kau perlukan aku untuk temankan kau ke mahkamah syariah.. Aku dengan senang hati sedia untuk teman kan kau haidan.. '' kata farid.

'' kau tahu!'' kata haidan tergamam.. Farid mengangguk perlahan.

'' itu semua bukan seperti yang kau fikirkan.. Sebenarnya.. ''

'' tak mengapa.. Cukup kau tak sakitkan hati shofie.. Aku tak kisah.. Mungkin ada sebab yang kau tak boleh nak elakkan.. Walaupun aku tak tahu sebab apa.. Aku tak nak masuk campur.. Aku cuma nak lihat adik aku bahagia.. Macam pasangan yang lain.. Kau fahamkan apa yang aku cakapkan ni.. '' kata farid. Haidan mengangguk.

'' sudah lah kau pergi balik.. Hantarkan bonda kau.. '' kata farid menghalau haidan pergi.

Haidan bangun dan bersalaman dengan farid dan tiga lagi rakannya..

'' kau bukan saja sepupu.. Sekarang kau juga sahabat aku Is.. '' kata haidan sebelum berpaling pergi.

''kau lupa satu perkara.. Aku ni ABANG IPAR kau!!! '' jerit farid, dan menekankan perkataan akhirnya.

'ahhhhh.. Is.. Kau setiap kali aku puji kau.. Kau selalu buat aku menyesal.. Seperti mahu menarik semula apa yang baru saja aku cakapkan tadi..' keluh haidan.. Di berjalan pergi tanpa berpaling lagi. Manakala farid duduk dikerusinya menarik senyumannya lebar.. Puas mengusik sepupunya yang seorang itu.

Selepas haidan menghantarkan bondanya ke lapangan terbang, haidan memandu ke pejabat. Tapi dia tak naik keatas, sekadar menunggu di bawah. Menanti marwan turun kepadanya.

'' tuan!'' tegur marwan yang baru tiba di hadapan haidan.

'' temankan saya ke hospital.. '' kata haidan.

''baik tuan, biar saya yang memandu..'' kata marwan. Haidan mengangguk dan keluar dari perut kereta dan duduk di kerusi belakang.

'' kita ke hospital untuk apa tuan? '' tanya marwan. Melihat haidan sedang bersandar di kerusi belakang melalui cermin pandang belakang.

Sebelum bernikah dengan rania haidan telah melakukan vasektomi, yang merupakan satu kaedah pencegahan kehamilan untuk kaum lelaki. Dia yang sebelum ini pernah diperangkap oleh rania, tidak mahu perkara itu berulang lagi..dan kalau lah perkara itu terjadi juga.. Dia tak mahu mempunyai anak dengan rania yang akan mengikat dirinya terus dengan wanita yang bernama rania itu.. Walaupun mereka berpisah di kemudian hari, tapi ikatan anak dan ayah tak akan putus sampai mati. Itu, merupakan satu peluang yang besar untuk rania terus menempel dengannya dan sekaligus menyakitkan hati kesayangannya,Shofie fitriyani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience