BAB 17

Romance Completed 112655

Mereka berlari naik ke bilik melihat ainun sedang terkapai kapai sendiri di tempat tidurnya.. Mukanya pucat kebiruan..

"beri kami masuk" kata muizz dan sahabatnya..

Mereka melihat makhluk itu sedang duduk diatas ainun dan mencekiknya.. Hanya mereka berdua yang dapat melihat makhluk itu..

"tinggalkan kami..!" kata muizz..

Pelayan berundur dan keluar berdiri di muka pintu bilik itu. Pintu bilik itu dibiarkan terbuka lebar .. Manakala rahimi berada di ruang tamu dengan sabri.. Kerana rahimi, merasa tidak enak badan.. Seluruh tubuhnya terasa lemah.. Selepas berubat dengan, dua orang lelaki itu.. Jadi dia memilih untuk berehat dahulu di ruang tamu.

Bunyi bising mengejutkan rahimi dan sabri... Bunyi yang datang dari atas..lebih tepat lagi dari bilik mereka.

"bunyi apa tu sabri..?" tanya rahimi cemas.. Kerana bunyi itu umpama bunyi dentuman yang kuat..

"mereka sedang berubat diatas.. Datuk rehat sahaja.. Tak perlu datuk risau.. Nanti selesai lah tu.." kata sabri.

Sabri sendiri risau mahu naik keatas.. Bila melihat pelayan berlari turun kebawah seorang demi seorang dengan wajah ketakutan..

Lama juga mereka bertempur diatas.. Akhirnya mereka turun juga ke bawah.. Pelayan yang menunggu di luar masuk melihat kedalam bilik tersebut.. Keadaan bilik itu agak kucar kacir.. Habis berselerak semuanya.. Mereka melihat Ainun tidur di atas tempat tidurnya.. Di leher wanita itu jelas ada bekas kebiruan.. Walaupun dua lelaki tadi langsung tak menyentuh bahagian leher ainun.

'' kita nak kemas kan sekarang ke..atau.. Esok saja.. '' tanya salah satu pelayan itu.

'' datin sedang berehat.. Baik kita keluar dulu.. Nanti menganggu dia pula.. '' jawap yang seorang lagi..

Mereka kembali menutup pintu bilik tersebut.. Sebaik kaki mereka melangkah.. Mereka mendengar gelak ketawa yang panjang.. Dua wanita itu ketakutan dan berlari turun..

'' kenapa kamu berlari turun..? '' tanya sabri.

'' tadi didalam bilik kami lihat datin tidur.. Tapi bila kami keluar dari bilik.. Kami dengar suara datin ketawa.. Jadi kami turun sebab takut.. '' jawap pelayan itu dengan jujur.

'' tak mengapalah.. Esok sahajalah kamu kemaskan.. '' kata sabri.

Rahimi naik melihat keadaan Ainun.. Kerana dia langsung tak turun kebawah untuk makan.. Sabri setia menemaninya di belakang. Pintu bilik dibuka.. Rahimi mengabaikan saja keadaan bilik yang tunggang langgang itu.. Kerana dia sendiri sudah diberitahu oleh mereka dari tadi. Rahimi melihat ainun yang duduk bersila diatas katil dengan keadaan diri yang tak terurus..

'' Ainun..! '' panggil rahimi. Ainun mendongak memandang kearah rahimi.

'' kau siapa.. Kau pencuri kan.. Kau berani nak ambil hak aku..? '' kembalikan hak aku!!!!!'' jerit nya lantang.

'' Ainun.. Kamu dah kenapa? ''

'' aku.? . Aku baik.. Aku sihat.. Aku... Hehehehe'' Ainun membebel sendiri, Seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.

Rahimi hairan.. Lalu dia berpaling melihat kepada sabri.. Dengan pandangan tak mengerti..

''sabri.. Kamu telefon doktor kemari.. Di perlu periksa datin segera.. '' arah rahimi. Sabri segera mendail nombor doktor peribadi keluarga itu untuk datang memeriksa keadaan Ainun.

Doktor yasmin datang memeriksa keadaan Ainun. Sepanjang pemeriksaan berlangsung.. Yasmin menggelengkan kepalanya sahaja.. Melihat perlakuan yasmin.. Rahimi boleh mengagak, itu adalah petanda buruk mengenai keadaan kesihatan ainun sekarang ini.

'' datuk... ''

'' berat untuk saya katakan keadaan datin sekarang ni.. '' kata yasmin dengan payah.

'' kenapa dengan datin.. Teruk sangatkah keadaannya..? '' tanya rahimi cemas. Rahimi melihat wajah yasmin keluh.. Seperti berat dia mahu menyampaikan perkara tersebut.

'' sebenarnya datuk.. Datin mengalami depression.. Sampai mendapat gangguan terhadap mentalnya.. '' kata yasmin.

'' hah!!!'' rahimi mendengar kata tersebut tergejut.. Dia yang hampir melorot jatuh disambut oleh sabri yang ada dibelakangnya..

'' kamu pasti? Mungkin ada salah dimana? Tak mungkin datin.. Boleh mengalami tekanan jiwa.. '' kata rahimi, dia masih belum boleh terima apa yang didengarinya tadi dari mulut yasmin.

'' macam ni lah datuk.. Datuk bawa dia ke hospital.. Untuk pastikan keadaan sebenar datin.. Itu akan lebih meyakinkan.. '' cadang yasmin.

'' baik.. Saya akan bawa datin untuk pemeriksaan lanjut.. '' kata rahimi. Sekilas dia memandang Ainun yang duduk diatas katil sedang bercakap sendirian.. Dia Seolah-olah berada didalam dunianya sendiri.

'kenapa sampai jadi macam ni Ainun.. Kenapa kau boleh sakit sampai macam ni..' ketawa nyaring dari Ainun mengejutkan rahimi.

Rania yang melihat doktor yasmin yang baru keluar dari bilik mamanya.. Membuatkan, dia berlari kesana.. Dia sendiri tergejut melihat keadaan mamanya yang tak terurus itu.

''ma.. Kenapa dengan mama ni? ''

'' kenapa mama jadi macam ni? ''

'' siapa yang buat mama jadi macam ni.. Mama beritahu nia? '' rania meraup pipi mamanya.. Anak mata mamanya meliar merata.. Langsung tak memandang kearahnya..

'' kau.. Kau dah janji dengan aku kan! Kau anak aku kan.. Hehehehehe'' kata Ainun dan dia ketawa seperti orang tidak waras.

Rania tergejut lalu melepaskan muka mamanya..

''kau dengar.. Kau.. Kau lah puncanya..! Kau bodoh sebab tak ikut cakap aku.. Kalau kau ikut cakap aku.. Kita tak akan ditendang macam ni'' rungut Ainun.

'' apa yang mama merepek ni? '' rania menggoyangkan tubuh mamanya.

'' nia.. Jangan berkasar dengan mama.. '' tegur rahimi.

'' dengar.. Dengar.. Kau perlu khawin dengan keluarga zayn.. Kalau mereka tahu siapa kau sebenarnya.. Nasib kau sama dengan aku Perempuan.. '' bisik Ainun di telinga rania..

'' apa maksud mama? ''

'' hahahahahahaha'' Ainun membalas dengan gelak kan kuat.

''nia.. Jagan kacau mama sayang.. Biar mama rehat.. '' kata rahimi.

'' dia akan tendang kau keluar..... '' Ainun melihat rania, tapi tangannya menunjukkan kearah rahimi.

'apa yang sebenarnya mama cakapkan ni..' dada rania berdebar-debar.

'' dengar cakap aku.. Kalau kau nak selamat.. Kau perlu kahwin dengan keluarga zayn.. '' Ainun menarik rania mendekatinya. Kemudian Ainun ketawa lagi..

'' semua salah kau... Kau degil.. Salah kau!salah kau!salah kau!'' Ainun memukul rania..

'' aaaaarrghh.. Sakit ma.. Papa tolong !'' rahimi dan sabri sama-sama menarik rania menjauh dari ainun yang sedang memukul rania.

'' kenapa dengan mama.. Papa? "

'' kenapa mama pukul nia? '' tanya rania sambil menangis.

'' nia.. Mama tak sihat.. Esok papa akan bawa mama ke hospital untuk tahu puncanya..

'' mama tak gilakan.. Kenapa mama boleh jadi macam ni? ''

'' sebelum ni mama marah-marah nia.. Harini mama jadi macam ni.. Kenapa? '' rania menangis di dalam dakapan rahimi.

'' mama marah nia sebab dia tak sihat.. Kita keluar dulu ya.. Jangan ganggu mamanya... Kita bagi mama rehat dulu.. '' pujuk rahimi seperti dia memujuk anak kecil. Rania, mengangguk..

Mereka berdua berjalan ke bilik bacaan rahimi.. Dalam fikiran rahimi ligat berfikir apa yang dikatakan oleh rania dan juga Ainun sebentar tadi..

'apa maksud dia dengan.. siapa sebenar rania.. Dan kenapa aku akan menendang rania keluar..' perkara itu berulang-ulang berputar di dalam kepalanya.

'' pa.. Nia balik bilik dulu ya.. '' kata rania meminta diri.. Rahimi mengangguk kepada rania.

Rahimi melihat rania keluar dari bilik bacaan, mata rahimi tak lepas memandang belakang tubuh rania.. Sampai rania hilang dibalik pintu biliknya.

'' tutup pintu, sabri'' arah ruhaimi.

Sabri menutup pintu bilik bacaan, seperti yang telah diminta oleh rahimi. Kemudian dia berdiri mendekat kepada rahimi.

''kamu dengar tak apa yang Ainun beritahu kepada rania tadi? '' tanya rahimi kepada sabri.

'' ya datuk.. Saya dengar.. '' jawap sabri menunduk.

'' ada yang kamu tahu.. Dan saya tak tahu.. Sabri!'' kata Rahimi dengan nada yang keras.

'' datuk.. Kejadian yang itu terlalu lama untuk saya ingati.. Setahu saya, semuanya saya telah beritahu kepada datuk.. semuanya.... '' kata sabri dengan yakin.

'' mungkin bukan salah kamu.. '' rahimi meraup wajahnya..

Peristiwa silam muncul didalam fikirannya.. Semasa dia menikahi shofyna. Mereka bergaduh besar.. Dan hubungan mereka retak menanti belah.. Bila shofyna hamil.. Itulah berita yang paling gembira buatnya..

Tapi setelah beberapa bulan.. Ainun juga memberitahunya yang dia juga sedang hamil.. Rahimi terpaksa membatalkan niatnya untuk bercerai dengan Ainun pada ketika itu.. Demi anak yang dikandung Ainun. Sehinggalah ibunya masuk campur dalam hubungan mereka bertiga..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience