BAB 38

Romance Completed 112704

'' kenapa haikal? '' tanya haidan. Shofie memilih untuk terus menghabiskan tomyamnya, sebelum haidan menukar fikiran lagi.

'' ni kal tangkap.. Ada orang intai korang sedang sweet-sweet.. '' kata haikal yang tak sengaja terintai bersama yumna tadi..

'' tak abang..sebenarnya tadi yumna nak minum air.. Tapi bila lihat ada orang di dapur.. Yumna tunggu masa yang sesuai.. Takut menganggu kakak dan abang.. '' terang yumna.

'' yeala tu.. Bersungguh Kal tengok yumna mengintai disitu tadi.. '' potong haikal.

'' sudah la.. Bukannya kami buat apa-apa pun.. Betul tak sayang'' haidan berpaling melihat shofie yang sedang asyik menghirup kuah tomyam.

'' ahh.. Ya.. Ya.. '' balas shofie. Sebenarnya dia tak mengambil tahu pun apa yang mereka bertiga katakan pun.. Dia mahu menghabiskan tom yam nya sahaja.

'' kakak makan apa.. Kenapa tak tunggu kal?, ni kal belikan sate.. Panas-panas lagi ni.. '' kata haikal berjalan mendekat ke meja makan.. Membuka bungkusan sate yang dibelinya.. Sebaik bungkusan itu dibuka.. Semerbak bau sate memenuhi ruangan..

'' sedapnya bau..!!!'' puji shofie.

'' sayang nak makan lagi? Masih lapar? '' tanya haidan. Didalam hatinya terbit rasa cemburu.. Bila lelaki-lelaki lain satu persatu melayan shofie memberi shofie makan itu dan ini..

'kenapa kalau bila aku tanya.. Dia taknak cakap nak makan apa-apa.. Cuma dulu saja dia suka minta.. Sekarang ni nak suruh aku masak pulak.. Macam lah suami dia ni chef' keluh haidan. Melihat anggukan dari shofie, haidan pasrah.

'' kejap fie ambilkan pinggan.. '' kata shofie

'' tak perlu.. Biar kal saja yang ambilkan.. Kalau tunggu kakak.. Rasanya esok baru kita dapat makan.. '' usik haikal. Berlari ke dapur..

'' cis.. Haikal ni.. !'' marah shofie.

'sejak bila mereka menjadi rapat?' haidan melihat saja aksi itu..

'' kal.. Baru balik dari mana..? '' tanya shofie bila haikal kembali bersama pinggan dan mangkuk di tangannya. Manakala yumna sedang menuangkan air kedalam gelas.

'' kal join member busker dekat uptown.. '' katanya dengan ketawa kecil.. Tangannya menuangkan kuah sate didalam mangkuk.

'' wah!.. '' kata shofie sambil menepuk tangannya.

'' kakak nak join?.. '' haikal mengenyitkan sebelah matanya. Membuatkan haidan berdehem keras.

'' abang nak air? '' tanya yumna. Yang kebetulan memegang jug untuk menyimpannya semula. Melihat haidan menggeleng, yumna membalas dengan anggukan.

'' kalau lah boleh.. '' balas shofie mengambil sebatang sate lalu mengunyah isi ayam yang disematkan di lidi itu.

'' abang tu.. Kalau boleh tak nak siapa pun kenal kak fie tau.. Dia tu cemburu kuat.. '' kata haikal mengusik abangnya. Mata haikal melirik memandang kearah abangnya..

'' iya.. '' shofie menganguk angguk kepalanya perlahan-lahan.

'' hubby.. Cuma makan ni.. Sedap.. '' shofie menyuakan sebatang sate yang bari diambilnya di dalam piring. Haidan menyambut, dan mengunyah nya..

'' sedapkan? '' tanya shofie. Haidan mengangguk.

'' yumna... Duduklah sekali.. Kita makan bersama.. '' ajak shofie melihat wanita itu dari tadi memerhatikan mereka.

'' tak mengapalah.. Yumna dah kenyang.. '' balas yumna, dia berjalan pergi meninggalkan mereka, masuk kedalam biliknya. Mereka bertiga yang masih di ruang makan itu memerhatikan saja yumna yang berlalu pergi.

'' kenapa dengan yumna? '' tanya haidan.

'' sakit dia datang kembali lagi abang.. '' kata haikal lemah.

'' kenapa dia tak dapatkan rawatan di tempat lain.. Kenapa dia kesini? '' tanya haidan lagi.

'' entah.. Dia cakap nak dekat dengan kita.. Luangkan masa dengan kita.. Terutamanya... '' haikal mengurut belakang lehernya.

Mereka masing masing dapat menangkap ayat terakhir haikal.. Siapa lagi kalau bukan untuk bersama haidan. Lelaki yang dia cintai sejak kecil.

'' ehem.. Sampai bila kal nak bebas macam ni kal.. Tak nak tolong abang uruskan Zyan Holding.. '' haidan cuba mengalih topik bicara mereka. Walaupun shofie masih sibuk mengunyah sate,dia tak mahu shofie salah sangka. Mahupun berkecil hati.

'' abang.. Kan dah janji.. Tak akan ganggu kal.. Tak akan ganggu kal buat, apa yang kal suka.. Sampai masanya nanti.. Kal masuklah Zyan Holding.. '' kata haikal.

'' kal belum jumpa apa yang kal cari lagi.. '' sambung haikal lagi.

'' masih dengan alasan yang sama..! Kal dengan is, tak ada bezanya.. Mungkin apa yang kal cari tu tak ada di studio kal.. Mungkin ada di Zyan Holding.. '' kata haidan mengumpan adiknya.

'' hemm.. Kal suka kehidupan kal yang sekarang nya.. Abang tolong jangan bincangkan hal ini lagi.. '' kata haikal..

''lagipun kal dah nak start tour anak didik kal next month....'' sambung haikal..

'' hubby.. Sayang naik dulu ya.. Dah mengantuk.. '' kata shofie turun dari kerusi.

'' sayang naik dulu ya.. Kejap lagi Hubby naik.. '' kata haidan.

'' haikal terima kasih ya.. Sedap sangat.. Hubby pun sama.. '' kata shofie ceria.. haikal mengangguk dan tersenyum. Shofie berlalu pergi dan melambai tanpa berpaling kearah mereka .

'' kal.. Kenapa tak beritahu abang.. Yang kal akan terlibat dengan tour.. Siapa akan uruskan yumna..? '' tanya haidan.

'' risau jugak abang ya..'' haikal gelak kecil.

'' kal.. Abang serius ni.. Kamu tahu kan.. Kak fie kamu tu sedang sarat, lagipun emosinya tak stabil.. Nampak saya steady macam tu.. Tapi.. ''

Haikal sama-sama menunggu apa yang bakal keluar dari mulut abangnya..

'' tapi apa abang? '' haikal geram bila haidan masih diam tak menyambung ayatnya.

'' garang!!'' kata haidan.

'' iii.. Kak fie sikit punya ayu, lemah lembut.. Abang cakap garang.. '' gelak haikal pecah.

Haidan kemudiannya menceritakan apa yang berlaku dimana peristiwa rania..dan cara shofie mengendalikan masalah tersebut.

'' wah biar betul ni..!'' kata haikal teruja. Haidan mengangguk.

'' dasyat juga ibu mengandung ni.. '' kata haikal.

'' sebab tu kalau depan shofie.. Hati-hati sikit.. Jangan cakap ikut suka saja.. '' kata haidan.

'' baiklah.. Kal akan lebih hati-hati nanti.. '' balas haikal.

'' sudah la.. Abang naik atas dahulu.. Esok abang nak kena ke hospital..'' kata haidan.

'' kenapa nak kena ke hospital..? '' tanya haikal.

'' papa kak fie kamu.. Masuk hospital.. '' balas haidan.

'' abang bawa kan yumna ke hospital sekali boleh? '' tanya haikal.

'' kallll!! '' kata haidan.

''ok-ok.. Kal cuma tanya sahaja... Tak perlu marah.. '' kata haikal megangkat Kedua-dua belah tangannya.

Haidan naik keatas menuju ke biliknya, melihat shofie sudah tertidur di atas katil mereka..

'' sayang.. '' haidan memanggil shofie. Tapi tak mendapat jawapan dari shofie. Tahulah shofie sudah terlena dibuai mimpi.

Keesokannya mereka sama-sama ke hospital untuk melawat rahimi.. Haidan kemudian meninggalkan shofie untuk shofie meluangkan masa dengan papanya.

Semasa haidan dalam perjalanan keluar dia bertemu dengan haikal dan juga yumna.. Mereka baru keluar dari ruang doktor pakar yang merawat yumna sementara tinggal dengan mereka. Haidan menghampiri mereka.

'' abang!!'' panggil yumna teruja bila melihat haidan yang sedang berjalan kearah mereka..

'' abang datang untuk temankan yumna.. '' yumna memaut lengan haidan.

'' abang cuma kebetulan lalu disini.. '' kata haidan menarik kembali tangannya dari terus dipeluk oleh yumna..

'' cik.. Ini senarai ubatnya,sila ambil di farmasi ya.. '' kata satu jururawat keluar memberi slip kepada mereka. Haikal mengambil slip ubat tersebut dari tangan jururawat tersebut.

'' abang temankan yumna sekejap.. Kal pergi ambil ubat sekejap.. '' kata haikal bergegas pergi tanpa menunggu jawapan haidan. Mereka duduk di kerusi sementara menunggu haikal.

Shofie yang sedang duduk di samping rahimi menyuap buah yang baru dipotong nya ke mulut rahimi.. Tersentak mendengar bunyi deringan telefon bimbitnya yang berada didalam kocek baju mengandung nya.

'' assalamualaikum.. ''

'' ya saya.. Shofie.. ''

'' oh iya ke.. Saya ingatkan esok.. ''

'' yea.. Sekejap lagi saya kesana ya.. Terima kasih ingatkan saya.. '' shofie menamatkan panggilan telefonnya.

'' papa.. Shofie terlupa appointment fie dengan doktor pagi ni.. '' kata shofie.

'' ish kamu ni, muda-muda dah lupa.. '' rahimi ketawa kecil sambil ketawa.

'' fie pergi sekejap ya papa.. Boleh? ''

'' boleh.. Pergilah.. Papa tak apa. Pakcik sabri ada tu.. '' rahimi menunjukkan kearah sabri yang sedang membuatkan air di sudut sana..

'' kamu pergi dengan ruhaina.. Hati-hati.. Jangan lupa beritahu haidan.... '' pesan rahimi lagi.

'' baik papa.. '' shofie bersalaman dengan rahimi dan mencium Kedua-dua belah pipi papanya.

Ruhaina mengiringi shofie untuk ke klinik membuat pemeriksaan.. Sedang mereka berjalan.. Shofie melihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.. Haidan yang sedang duduk di samping yumna.. Mereka saling berpegang tangan.. Shofie cepat-cepat berpaling melihat ke arah yang lain.

'' kita ikut jalan lain kak.. '' kata shofie. Dia rela mengikut jalan yang lebih jauh dari berjalan kearah haidan dan yumna.

'' tapi.. '' ruhaina melihat ke arah jalan keluar yang tak jauh dari mereka dan terpandang kan kepada haidan yang sedang duduk bersama yumna.. Marwan juga ada tak jauh dari situ.

'' tapi fie.. Kena bagitahu yang, kita nak ke klinik dulu.. Nanti apa pula kata tuan.. '' ruhaina mengejar langkah shofie yang sudah semakin jauh.. Shofie tak mendengar apa yang sedang dikatakannya kerana jarak mereka agak jauh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience