BAB 25

Romance Completed 112697

Haikal sedang bercakap dengan telefon dengan seseorang.. Bila di melihat abangnya turun bersama dengan kakak iparnya sedang turun ke bawah.. Di cepat-cepat tamatkan pangilan telefon tersebut..

'' abang.. Kal nak cakap sikit.. '' kata haikal.. Menyapa pasangan itu. Haidan mengangguk..

'' sayang ke meja makan dulu.. Sekejap lagi hubby kesana.. '' shofie mengangguk kecil, tersenyum dan berjalan pergi ke meja makan sendirian.

Dua lelaki itu melihat belakang shofie sedangmelangkah, berjalan ke meja makan sampai mereka mendengar suara bonda mereka menyapa shofie.

'' da apa kal? '' tanya haidan kepada adiknya.

'' abang.. '' haikal mengaru kepalanya yang tak gatal.

'' sebenarnya, yumna asyik call kal. Dia mahu kesini.. '' kata haikal dengan payah.

'' kal, satu masalah ni belum selesai.. Kal nak tambah lagi masalah lain..dan kalini yumna '' haidan memicit pelipisnya.. Ini kali kedua haikal memberitahu tentang hal tersebut kepadanya .

'' kal tahu abang.. Waktu sekarang ni memang tak sesuai.. Sangat tak sesuai.. Tapi dia cakap dia perlu kesini sebab ada benda yang nak dia beritahu.. Kal dengar macam benda tu penting sangat buat dia.. Kal sampai dah tak tahu macam mana nak beritahu dia lagi.. '' kata haikal.

'' kalau kal nak dia datang.. Kal yang perlu layan dia.. Jangan salahkan abang kalau abang tak layan dia nanti.. Lagipun kamu sendiri tahu.. Kak fie tak lama lagi akan bersalin.. She need me! . '' kata haidan.

'' baik, kal faham apa yang abang cakapkan.. '' balas haikal.

'' kamu sukakan dia.. Jadi kamu patut tackle dia.. Sebelum dia dikebas orang.'' haidan menepuk bahu haikal.

'abang.. Di mata dia cuma ada abang, dia tak nampak haikal yang jelas didepan mata dia.. Walaupun bermacam-macam cara yang haikal cuba untuk tarik perhatian dia.. Di dalam hati dia cuma ada abang.. Walaupun dia sendiri tahu, dia meletakkan harapan di tempat yang salah. Kerana cinta abang hanya untuk kak fie' keluh haikal. Tapi bibirnya masih menarik sebaris senyuman kepada haidan.

'' usaha kal.. Cinta tak akan datang bergolek.. Melainkan kita usaha.. Kalau kita sudah miliki.. Tak semestinya kita sudah berjaya.. Kita perlu pertahankan nya pula.. Kalau tak.. Semua usaha kita hanya sia-sia.. '' nasihat haidan.

'' abang beruntung.. !'' balas haikal.

'' ya.. Kamu tepat sekali.. !!! Abang lelaki yang paling beruntung.. '' kata haidan dengan ketawa besar.

'' dah la.. Enough talking about this.. Abang nak pergi temankan bidadari abang.. '' katanya berjalan pergi ke ruang makan..

Haikal menunduk memandang lantai.. Melepaskan keluhan berat disitu.

'' yumna.. Yumna.. Kenapa kau tak nampak bertapa bahagianya abang sekarang ni.. Kenapa kau masih nak menganggu abang.. Aku tak paham betul lah macam mana orang perempuan berfikir.. Mereka suka mengusutkan pikiran mereka sendiri... '' haikal mengeleng geleng kepalanya.

Haidan menghantar shofie ke MegahRaya seperti biasa.. Dia melihat ruhaina sudah ada, menunggu disitu.

'' sayang.. Apa-apa call ya.. '' kata haidan memperingati shofie yang mahu melangkah keluar dari kereta sebaik bersalaman dengannya. Ruhaina berdiri di luar membuka pintu kepada shofie..

'' yaaaaa'' jawap shofie panjang, sakit telinganya bila haidan asyik mengulangi benda yang sama..dari mereka masuk ke dalam kereta sampai dia mahu keluar.. Kemudian shofie ketawa kepada haidan. Sebaik menutup pintu shofie melambai haidan sehingga kereta itu meluncur pergi.

''assalamualaikum kak aina.. Selamat pagi'' tegur shofie kepada ruhaina.

'' waalaikummusalam fie'' ruhaina senang melihat shofie ceria seperti selalu. Dia sudah dimaklumkan oleh marwan mengenai masalah yang menimpa pasangan tersebut, malah marwan siap berpesan, supaya dia sentiasa menjaga emosi shofie.. Agar shofie tak terlampau memikirkan hal tersebut.

Shofie duduk di dalam ruang kerja biliknya.. Ditemani oleh ruhaina seperti selalunya.. Datang seseorang menerpa masuk kedalam bilik tersebut.

'' fie.. Tolong aku fie.. '' rayu waheeda.

'' eda.. Kenapa ni..? '' tanya shofie.

'' tengok ni.. Mana aku nak cari duit nak bayar ni.. '' kata waheeda sambil menunjukkan telefon bimbitnya..

Shofie melihat apa yang ditunjukkan oleh waheeda.. Ada imej resit di situ..

'' apa ni eda.. Fie tak paham.. '' tanya shofie.

'' ni.. Mamat yang rambut sikat belakang tu yang hantar.. Ingat tak eda rosakkan cemera dia tu.. Dia minta ganti rugi.. Habis gaji eda bulan ni.. Macam mana nak buat.. Eda ni dah la junior arkitek saja.. Tolak itu ini...... '' waheeda mula berleter..

'' dia tak ada disini eda.. Nanti fie cuba untuk pujuk dia.. Mahu ke? '' kata shofie.

'' boleh ke.. Tak apa ke? '' waheeda mengambil tangan shofie dan megengamnya..seperti memohon.

'' fie cuba.. Tapi fie tak janji.. '' kata shofie tersenyum.

'' eda sayang fie.. '' waheeda berlari mengelilingi meja shofie dan memeluknya.

'' terima kasih fie'' kata waheeda yang memeluk tubuh shofie.

Rania yang kebetulannya melintasi ruang itu melihat shofie sedang tersenyum ceria dipeluk oleh waheeda..

' kenapa dia masih boleh tersenyum.. Bukankah sekarang ni dia sepatutnya sedang meratap, menagis dan bersedih.. Kenapa dia boleh ketawa ceria macam tu... Adakah semua gambar yang aku hantarkan kepada dia tak memberi kesan kepada dia' rania mengepal tangannya sendiri menahan marah.

Niat asalnya dia naik ke lantai tempat kerja shofie untuk melihat wajah shofie yang sedang berada dalam kesedihan.. Tapi apa, yang di lihat adalah sebaliknya..rania menapak dengan kasar berjalan pergi. Berjalan dengan perasaan kesal yang mengunung.

'' wan.. Setakat ni apa yang kamu dah dapat..? '' tanya haidan bersandar lemah di kerusi kerjanya.

'' masih dalam siasatan tuan.. Cuma ini saja yang baru saya dapat.. '' marwan menunjukkan satu video ada dua orang.. Seorang wanita dan seorang lelaki berjalan keluar dari hotel.. Mereka mengenakan topeng muka dan topi..

'' sial!!'' haidan mengetuk tangannya dengan kuat diatas meja.

'' saya dah kata tuan.. Mereka licik.. Mereka dah rancangkan semuanya dengan baik.. Setiap bukti yang ada dihapuskan dengan teliti.. Dan mereka sangat berhati-hati.. '' kata marwan.

'' rancang semua dngan teliti?... Macam mana mereka boleh tahu kita akan bermalam di hotel itu..? '' tanya haidan.. Dia merasakan ada sesuatu yang aneh disitu..

'' wan.. Siapa yang booking kan bilik hotel untuk kita malam tu..? '' tanya haidan. Marwan mula menangkap apa yang dikatakan oleh haidan.

'' hotel malam tu di booking oleh Gina.. '' kata marwan.

'Gina?.. Tak mungkin Gina akan buat begitu kepadanya.. Setiausaha nya itu sudah bertahun-tahun, berkhidmat dengannya.. Tak mungkin.!! .' haidan mengeleng kepalanya.

'' adakah tuan syak Gina yang menjual maklumat tuan.. Dan menyebabkan hal ini berlaku.. '' tanya marwan.

'' kita perlukan bukti wan.. Tak boleh terus menuduhnya macam tu.. '' kata haidan.

'' saya akan arahkan seseorang untuk memerhatikan Gina bila diluar nanti.. Jadi kita akan tahu dengan siapa dia berhubung.. '' cadang marwan.

'' ya.. Bagus. Tapi jangan bertindak sebarangan.. Selagi kita mendapat apa-apa bukti yang kukuh darinya. '' arah haidan. Marwan mengangguk faham.

Selesai waktu kerja.. Rania ke rumah zainal.. Dia perlu mengadu hal kepada zainal.. Mengenai shofie yang nampak tak memberikan kesan..dan dia mahu melakukan rancangan seterusnya untuk merosakkan hubungan mereka.

'' uncle'' rania memeluk zainal.. Sebaik zainal membuka pintu apartmen nya.

''hai.. Awal pula arini.. Selalunya selagi matahari tak terbenam.. Tak nampak muka nia.. Ni apa mimpi datang rumah uncle awal-awal ni.. Club tak buka lagi sayang.. '' sindir zainal.

'' uncle.. Nampaknya rancangan kita gagal.. Tadi nia tengok.. Shofie di office.. Boleh bergelak sakan.. Tak ada nampak dia stress atau murung.. '' rungut rania.

'' sabarlah.. Itu yang nia tengok.. Dalam hati dia kita mana tahu.. Isteri mana yang boleh tahan tengok gambar suami sendiri tidur dengan perempuan lain.. Tak ada sayang.. '' kata zainal dengan bangga nya.

'' ck.. Nia tak puas hati.. Nia nak kita lakukan langkah seterusnya..... '' kata rania.

'' ok.. Ok.. Malam ni ikut uncle ke club.. Jumpa member uncle.. '' kata zainal, membuatkan senyuman rania melebar.

Malam itu mereka ke kelab yang mereka selalunya melepak..

'' uncle.. Mana kawan uncle.. '' tanya rania tak sabar.

'' sabar lah, kita baru sampai kan... '' balas zainal.

'' beb.. Miss me!'' rania melihat seorang wanita berpakaian seksi melentokkan tubuhnya dekat dengan zainal.. Malah mereka tak segan-segan bercumbu dengan mesra di hadapan orang ramai..

'' kenalkan ni anak buah I, rania.. '' kata zainal sebaik ciuman mereka terlerai.

'' Gina.. Your uncle's fiancé .. '' balas wanita itu.. Menghulurkan tangannya. Rania menyambut tangan wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience