BAB 58

Romance Completed 112655

'Siapa sebenar shofie? Kenapa shofie ada kaitan dengan Tengku farid? Macam mana wanita yang bernama shofie tu menjadi adik perempuan kepada Tengku farid..???? ' soalan itu bergema gema di dalam kotak pemikirannya.

Bagaimana caranya johari berfikir pun, dia tetap tak menemui jawapan untuk itu.. Dia melihat rania berjalan melintasinya.

''nia!'' panggil johari.

Rania yang sedang melangkah berhenti sempat dia membuat muka sebelum berpaling melihat kepada johari.

'' kenapa daddy? '' tanya rania acuh tak acuh. Johari perasan akan tingkah rania yang mula dingin dengannya.

'' sebenarnya siapa shofie? kenapa Tengku farid tadi katakan yang shofie tu adik perempuan dia..? '' tanya johari.. Masih keliru, dia melihat kepada rania.. Mengharapkan jawapan dari rania.. Dia mendengar rania mengeluh.

'kenapa semua nak tanya siapa shofie? kenapa shofie? Shofie itu.. Shofie ini !!..' keluh rania.

'' mana nia..tahu.. Nia tak pernah ambil tahu hal tentang perempuan tu.. Kenapa daddy nak tahu hal perempuan tu.. Daddy pun minat dia juga ke? '' tanya rania. Anak mata johari menikam tajam ke dalam anak mata milik rania.

'' nia ingat daddy sedang buat lawak dengan nia ke sekarang ni.. Daddy serius ni.. !!'' nada bicara johari mula meninggi.

'' kenapa daddy nak marah hanya kerana sebab perempuan tu.. Nia, dah cakap nia tak tahu.. Kan tadi.. '' rungut rania tak puas hati.

'' kamu ni langsung tak membantu.. !!'' marah johari.

Rania menarik muka sebelum berlalu pergi meninggalkan johari sendirian.. Di dalam hatinya masih tak henti mengutuk johari kerana asyik sibuk nak tahu mengenai shofie.

Kakinya melangkah menuruni anak tangga ke bawah.. Berjalan sampai ke pintu utama.. Belum sempat dia menarik pintu tersebut untuk keluar. Telinganya menangkap bunyi ketukan di pintu utama itu disebelah luar.

Rania menarik ganggang pintu.. Mukanya pucat bila melihat ada dua orang lelaki lengkap berpakaian polis..

'' maaf cik.. Kami datang mencari cik rania dan juga encik johari..'' kata anggota polis tersebut.

'' saya rania.. Sekejap saya panggilkan daddy saya.. Johari. '' kata rania. Belum sempat dia berpaling pergi.. Dua anggota polis wanita yang ada dibelakangnya sudah menangkapnya.

'' hey.. Kenapa tangkap saya! Saya tak ada buat salah apa! '' jerit rania, sambil meronta-ronta.

Johari yang mendengar bunyi rania menjerit-jerit dibawah cepat turun kebawah untuk melihat apa yang terjadi.

'' kenapa ni? Kenapa tangkap anak saya.. ! '' marah johari.

'' encik johari? '' tanya anggota polis itu. Johari menganggukkan kepalanya.

'' kami terpaksa tahan anak encik dan juga encik atas tuduhan menculik dan bersubahat.. '' kata anggota polis itu menjelaskan..

'' apa ni!? Jangan sentuh saya.. '' marah johari.

'' sila beri kerjasama encik.. Jangan rumit kan keadaan.. !! Kalau tidak jangan salahkan kamu kalau kami bertindak kasar terhadap encik!'' kata anggota polis itu tegas.

'' daddy!!'' rania memanggil johari.

'' saya nakkan peguam saya.. Tunggu peguam saya!'' kata johari berusaha untuk membentak walaupun tangannya sudah pun digari dan tolak keluar dengan kasar oleh dua anggota polis yang mengiringinya.

'' saya tak salah encik.. !'' kata johari lagi.

'' tak apa encik kita cerita di balai.. '' kata anggota polis itu lagi.

Johari langsung tak menyebutkan tentang rania.. Rania melihat sahaja johari yang dimasukkan kedalam kereta polis yang berbeza.

'kenapa daddy.. !' kata rania kesal.

Mereka berdua dibawa ke balai polis.. Rania tergejut bila melihat Gina turut ada disitu.. Tahulah dia, kini segalanya sudah hancur..

'' kamu kenal perempuan ni? '' tanya seorang anggota polis wanita yang menyoal rania. Mulanya rania mengelang. Itu membuatkan Gina di sebelah sana menampar meja dengan kuat.. Sampai rania sendiri tersentak.

'' tak perlu berselindung lagi nia.. Mereka dah tahu semuanya.. '' kata Gina kemudian dia gelak kuat.. Tersenyum, kepada rania.

'' tak saya tak kenal dia.. '' rania masih menafikannya. Masih tak mahu mengaku.

'' sudah lah puan, dia memang akan terus berlakon.. '' sindir Gina yang sudah malas untuk melihat tingkah rania, sedang berpura-pura tak mengenalinya.

'sudah lah rania! Berhenti saja berlakon.. Aku yang terpaksa hidup bersembunyi selepas rancangan kau gagal, kau pun sudah ada didalam ni..masih ada hati nak berlakon tak bersalah..' Gina menjeling melihat rania yang masih berlakon tak bersalah. Naik loya tekaknya rasa nak muntah dengan perangai rania yang munafik.

' mati aku! Kenapa tunang uncle ada disini.. Jangan-jangan semuanya dah terbongkar.. TIDAK!!! Aku tak mahu masuk dalam penjara... Ini semua salah perempuan tu!! Dia yang rampas haidan dari aku.. !!' marah rania.

'' AAAARGHHHH!!!'' rania menjerit nyaring sambil menarik rambutnya, sampaikan rambutnya banyak tertanggal lekat di celah-celah tangannya.

Anggota polis melihat perkara itu cepat-cepat menangkap Kedua-dua tangan rania. Lalu, cuba menenangkannya..

"kau jangan nak pura-pura buat gila disini rania.. Taktik tu terlalu lapuk.." kata gina menyindir rania.

"sudah diam kamu berdua.. Sama naik saja ya kamu berdua.." marah anggota polis tersebut.

Rania mengepal penumbuk ditangannya menahan amarah yang sedang melimpah ruah didadanya..

Seorang wanita segak bergaya memakai topi besar berwarna hitam dikepalanya berjalan masuk kedalam bagunan Zayn Holding. Dia berjalan masuk ke lif khas hanya membolehkan orang tertentu saja yang dapat menggunakannya.

Sebaik sampai di lantai atas, dia sempat mengeyitkan matanya kepada marwan yang berada di bekas tempat gina..

"aar.. Errrmm" marwan yang terpaku melihat sosok tubuh itu menjadi gagap. Dia hanya mampu melihat sahaja wanita itu berlalu pergi begitu saja hilang disebalik pintu bilik haidan. Marwan menggarukan kepalanya.. Tak pula dia menghalang, wanita itu terus masuk kedalam bilik haidan.

'apa yang aku perlu buat sekarang ni? Ahhh... Biarkan sajalah' pikir marwan sambil menghayun kan tangannya di depan mukanya.

Haidan yang masih berada di bilik mesyuarat sedang berbincang kan cara penyelesaian paling efektif untuk mencari jalan keluar dari masalah yang ditimbulkan oleh MV Group sebelumnya. Perbincangan itu berlangsung agak lama sehingga marwan terpaksa masuk dan mengganggu mesyuarat itu.

'' kenapa wan? Sekarang kan bukan waktu lunch kan.. '' kata haidan sambil melihat jam tangannya.. Masih bersisa dua jam sebelum masuk waktu makan tengah hari.

'' bukan tuan.. '' kata marwan.. Sengaja dia membuka lebar bilik mesyuarat itu.. Sehingga mereka semua dapat mendengar dengan jelas suara bayi menangis.

'kenapa suara itu macam suara hadriana?' terdetik perkara itu dihati haidan.

'adakah sebab aku hanya selalu
video call dengan shofie sampai aku berhalusinasi dapat mendengar suara hadriana?' keluh haidan. Dia berpaling melihat kepada para pekerjanya yang saling berpandangan sesama sendiri.

'' kamu semua pun dengar juga ke? '' tanya haidan kepada para pekerjanya. Mereka masing-masing menganggukkan kepala mereka.

'' wan... ''

'' kamu gantikan saya dahulu... Nanti bagitahu jawapannya kepada saya.'' hati haidan mula tak tenteram. Jiwanya memberontak ingin mencari asal kedatangan suara tangisan bayi itu..

'' baik tuan'' balas marwan mengangguk, mula melangkah kedalam bilik mesyuarat tersebut. Menukar posisinya dengan haidan.

Haidan berjalan keluar mencari arah datangnya suara tangisan bayi itu kakinya melangkah masuk ke dalam ruang kerja bilik dirinya sendiri.. Tak ada apa yang berubah cuma, pintu bilik rehat nya dibiarkan terbuka.. Suara tangisan bayi itu juga sudah tidak lagi kedengaran di telinganya.

Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri bilik rehat nya.. Menjenguk kedalam dan melihat ada topi besar berwarna hitam terletak di atas katil..

'siapa yang ada disini?' hati haidan mula tumbuh dengan penuh tanda tanya. Bunyi air jelas kedengaran datang dari bilik air yang ada didalam bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience