BAB 4

Romance Completed 116730

"hubby.. Kenapa marah marah ni..? '' tanya shofie.

'' sembang apa tadi.. !'' tanya haidan.

'' ni yang tak suka ni.. Kenapa perlu marah.. Kalau hubby masih marah-marah fiya tak nak dekat-dekat dengan hubby.. Takutnya angin marah tu berjangkit kesini.. '' kata shofie sambil memegang honey bump nya..

Haidan tersedar akan itu.. Di mendongak keatas.. Menarik nafas dalam dalam, kemudian melepaskannya..

'' sorry.. Tadi cuma.. '' haidan mengaru belakang kepalanya. Dia sedang fikirkan bagaimana nak menjelaskan apa yang dia rasakan pada ketika itu. Shofie memdekat danmengurut dada haidan dengan lembut..

'' bukan sorry yang fiya nak dengarkan.. Hubby tak perlu terus-terus minta maaf, macam ni.. Fiya tahu.. Niat hubby.. Tapi yang jadi tadi tu.. Bukan seperti yang hubby fikirkan.. Tak baik tau, fikirkan perkara yang buruk-buruk macam tu.. '' tangan kecil shofie masih mengelus lembut didada haidan.

'' ok... '' haidan melepaskan nafas berat.

'aduhhh haidan... Dugaan apa yang sedang kau hadapi sekarang ni.. Kenapa dia jadi, manja sangat.. Dia sedang memujuk aku kan..' haidan membetulkan tekaknya yang terasa kering pada ketika itu.

'' tadi nisa nak berdamai.. Tapi hubby ganggu.. Tu lah serbu orang sangat tadi.. Sampai nisa jadi takut macam tu.. '' shofie menarik tangannya semula.. Lalu berjalan, dan melabuhkan punggungnya di atas sofa..

'' where are you going Sayang..? Dah goda-goda Hubby.. Lepas tu nak lari ya!'' haidan turut duduk disebelah shofie.. Mengambil tangan shofie lalu dibawa ke bibirnya dan menciumnya..

'' mana ada fiya goda.. Tadi tu pujuk, bukan goda.. Betulkan salah faham tu encik suami.. '' usik shofie lalu mencubit pipi haidan..

'' ohhhh.. Macam tu caranya pujuk.. Harini baru tahu... '' haidan menarik mukanya dari terus dicubit oleh shofie..

'' hubbbyyy..''panggil sofie manja.. Sambil jari telunjuk shofie menyentuh di sepanjang lengan haidan.

'dia dah mula, tadi kata tak menggoda.. Sekarang ni apa pula..'

Haidan memandang ke arah shofie.. Mereka sama-sama bertentangan mata.. Wajah mereka saling mendekat.. Tambah pula shofie sedang senyum menggoda.. Sengaja shofie menggigit bibir merahnya, dan melepaskan bibir itu.. Sebaik bibir mereka hampir bertemu..

'' lebih baik hubby mandi.. '' shofie berkata.. Bila bibir mereka hampir bertemu. Shofie kembali menjarakkan dirinya.. Lalu ketawa.

'' hah, apa tadi tu !'' muka haidan kemerahan..

Shofie masih terus ketawa, sungguh dia terhibur mengusik haidan begitu.. Mimik wajah haidan yang tiba - tiba cemberut itu memang kelakar baginya.

'' sengaja ya.. Tak takut apa akan jadi.. Kalau sayang berani goda hubby.. Ke sayang sedang meminta ni..? '' tanya haidan.

'' ya!! sedang meminta hubby untuk pergi mandi sekarang.. ! '' kata shofie..

'' sejak bila pandai menggoda Hubby ni.. Hmm'' tanya haidan, lalu memeluk pinggang shofie..

''hubby.. '' panggil shofie lagi.

'' again sayang.. Nak menggoda lagi? '' tanya haidan.. Pipi shofie dicium lembut oleh haidan.

'' siapa yang menggoda siapa ni? '' shofie melarikan wajahnya.

'' hubby tak menggoda sayang.. Hubby cuba memberi respond dari godaan sayang tadi tu.. ''

'ha.. Sudah..aku dah terkena jerat sendiri.. ' keluh shofie.

Bila tangan haidan mula menyelak baju shofie keatas dan tangan itu mula menjelajah ke dalam bajunya... Shofie tiada kuasa lagi untuk menolaknya kemahuan suaminya ..

Haidan keluar dari bilik air sebaik selesai urusannya. Dia berjalan ke katil dimana ada shofie sedang tidur di atasnya. Tubuh shofie yang ditutup dengan selimut itu diperhatikan..

'goda lah sangat..' Bibir haidan tersuing sebaris senyuman.

Haidan melihat jam di dinding bilik mereka.. Dia mencari telefon bimbitnya.. Lalu mendail nombor seseorang.

'' assalamualaikum abi.. Apa khabar? ''

'' waalaikummusalam.. Haidan.. Alhamdulillah sihat.. Macam mana keadaan haidan dan shofie disana..? '' tanya Idlan di sebelah sana.

'' alhamdulillah abi.. Kami sihat.. Abi,Haidan nak confirm kan sesuatu, jadi ke abi datang untuk majlis kami..? '' tanya haidan.

'' InshaAllah jadi.. Sekali abi nak singgah lihat tempat balqis nak sambung belajar.. '' jawab Idlan.

'' eloklah tu abi.. Nanti haidan hantarkan orang untuk jemput abi.. '' kata haidan lagi.

'' tak perlulah sampai macam tu sekali.. Abi akan kesana sendiri.. Abi ingat nak pandu sendiri kesana.. Senang nak singgah ke mana-mana nanti.. '' kata Idlan merendah diri.. Dia tak mahu terhutang budi lagi..

'' abi.. Jangan macam tu.. Haidan ikhlas.. Tak ada niat apa-apa pun, kalau abi nak singgah ke tempat belajar balqis nanti.. Biar orang haidan tu yang hantarkan.. Abi nak kemana nanti.. Abi bagitahu saja dia.. Abi anggap saja, dia jadi tour guide abi nanti.. Boleh ya abi.. '' kata haidan lagi.

'' sebenarnya abi ni.... ''

'' abi, haidan berbesar hati kalau abi sudi terima semua ni, abi jangan lah segan-segan.. '' kata haidan bersungguh sungguh.

'' baiklah, kalau kamu sudah bekeras mahu begitu.. Abi ikutkan saja, terima kasih ya.. '' kata Idlan.

'' terima kasih kembali abi.. Tentu shofie gembira sangat bila dapat berjumpa dengan abi sekeluarga dimajlis tu nanti. '' kata haidan. Dia berpaling melihat shofie yang mula begerak gerak di atas katil.

'' abi.. Saya nak kena letak dulu ni.. Jumpa abi disini ya nanti.. Assalamualaikum ''

'' baiklah, Insya Allah kita jumpa disana.. Waalaikummusalam '' balas Idlan.

Haidan mematikan panggilan.. Dia berjalan kearah katil dimana shofie sedang bangun untuk duduk.

'' sayang.. Mandi.. Kita solat sekali.. '' kata haidan.

'' kenapa tak kejutkan, ni semua salah Hubby... '' rungut shofie.

'' hubby pula, bukan sayang ke yang mula goda hubby dulu.. '' kata haidan.

'' bukan la.. Fiya baru nak ajak hubby ke rumah mummy.. Tapi hubby kata fiya goda hubby.... Ini tak adil.. '' rungut shofie.

'hai lah... Macam mana pun, dia nak juga, dia yang menang.. Ini lah agaknya ragam ibu mengandung..' haidan mengaru kepalanya.

Shofie bangun mencempung selimut yang membaluti tubuhnya dan berjalan melangkah ke bilik air.

'' stop!stop! Disitu... '' kata haidan membuatkan langkah kaki shofie serta merta berhenti dari melangkah.

'' hubby.. Jangan macam-macam.. '' shofie mengeluarkan amaran, kerana benteng pertahanannya agak tak utuh ketika itu..

'' nak kemana bawa selimut tebal tu.. Jalan berbalut macam tu.. Lepaskan selimut tu kebawah.. '' arah haidan.

''No!'' bantah shofie, shofie meneruskan langkahnya dengan hati-hati, kalau silap langkah dia akan tersadung dan terjatuh.

'' degil''kata haidan perlahan. Dia mendekat, lalu memegang selimut yang sedang membalut tubuh shofie.

''jangan main-main hubby.. Fiya nak mandi ni.. '' rayu shofie.

'' siapa yang main-main.. Bahaya la kalau jalan macam ni'' beritahu haidan.

''nanti kalau fiya lepaskan.. Hubby cakap fiya cuba goda hubby pula'' rungut shofie

''tak.. Hubby janji.. Dan sekarang lepaskan'' kata haidan.

Shofie mengikut saja arahan haidan, selimut tebal itu terlepas kebawah melorot jatuh ke lantai.. Bila mereka sama-sama melepaskan selimut itu. Jelas kelihatan tubuh shofie yang putih mulus, tanpa ditutup oleh seurat benang pun ditubuhnya.. Shofie berlari anak masuk kedalam bilik air, dan mengunci pintu bilik air tersebut.

'gila.. Aduh..kau sendiri minta lepaskan selimut tu.. Kau sendiri yang tergoda lagi dan lagi...' haidan menelan air liur.. Dengan muka yang merah padam..haidan meraup wajahnya berulang kali.. Bila keadaan kembali tenang. Dia kemudian membongkok mengambil selimut yang berada di lantai.. Meletakkan semula di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience