BAB 11

Romance Completed 112655

Mereka saling berpandangan.. Haidan melepaskan tangan shofie.. Shofie melipat tangannya memeluk tubuh..

'' kemana saja Pagi-pagi macam ni.. '' tanya haidan. Dia berusaha mengawal nada bicaranya.. Bila melihat posisi shofie begitu.. dia tahu shofie sedang menunjukkan protes.

'' kenapa sibuk nak tahu.. Suka hati fiya lah nak kemana.. Hubby sendiri cakap.. Fiya dibenarkan pergi mana-mana saja.. Asal bersama dengan kak Aina kan.. '' balas shofie.

'' fiya!!''

'' apa yang tak kena lagiiii... '' rungut shofie dengan mulutnya yang muncung kedepan.

'' fiya!!''

'' kalau hubby masih marah.. Fiya taknak cakap dengan hubby..! '' shofie mula melangkah.

'' orang tu sendiri pandai berjanji .. Tapi tak ingat apa yang dia janji.. '' perli shofie sambil berjalan pergi.

'' janji.. Janji apa..? '' haidan mengejar langkah shofie..

'' kak aina.. '' shofie menggamit memanggil ruhaina yang berada dengan marwan tak jauh dari mereka.

'' sayang! '' haidan terasa bila shofie tak menghiraukannya.. Malah tak menyahut bila dipanggil.

'' kalau masih marah.. Jangan mendekat.. '' shofie mengulangi lagi.

Haidan berjalan mengejar langkah shofie.. Lalu menarik tangan shofie supaya berjalan bersama dengannya.. Shofie yang awalnya berjalan perlahan terpaksa berjalan laju bila lengannya ditarik oleh haidan..

'' apa ni.. Kenapa tarik-tarik macam ni.. !!'' marah shofie.

Haidan tak menghiraukan shofie.. Dia tetap menarik shofie berjalan dengannya.. Dibelakang mereka diikuti oleh marwan dan ruhaina.

'' hubby..Kenapa perangai macam budak kecik ni!'' kata shofie lagi. Dia berpaling kebelakang.. Melihat marwan dan ruhaina sedang mengejar mereka.

''marwan.. Tolong hentikan tuan kamu ni... '' shofie meminta tolong dari marwan.

'' tuan.. Sabar tuan..puan kan sedang pregnant.. '' tegur marwan..

Haidan berhenti melangkah secara mendadak. Shofie yang tak sempat berhenti melanggar belakang badan haidan.. Shofie memegang kepalanya yang terhantuk belakang haidan.. Tak la sakit mana .. Cuma tergejut.

'' tarik lagi.. Biar jatuh.. Baru puas.. '' kata shofie, dia langsung tak memandang wajah haidan.

'sayang tak tahu.. Apa yang hubby rasakan.. Perasaan hati ini.. Tanpa sayang disisi.. Hidup umpama mati.. Terasa sesak nafas ini, bagaikan tiada udara untuk disedut lagi.. segala-galanya gelap..' haidan menarik shofie lalu memeluk erat tubuh itu.

'' setelah sayang menjadi milik Hubby.. Tetaplah bersama selamanya.. Jangan pernah sesekali berpaling pergi.. '' bisik haidan ditelinga shofie. Haidan mengusap lembut kepala shofie..

'' hubby perlu mengawal baran Hubby.. Kalau hubby tak nak.. Jangan salahkan fiya.. Kalau fiya melangkah dan ucapkan selamat tinggal.. '' balas shofie.

'' tak.. Jangan... Jangan sesekali pergi tinggalkan Hubby.. '' rayu haidan. Haidan mengeratkan lagi pelukannya.

'' apa yang hubby tak puas hati dari kemarin.. Fiya nak tahu kenapa hubby marah-marah..? '' tanya shofie.

Haidan melepaskan pelukannya.. Memandang wajah shofie..

'' tak ada apa-apa'' haidan meraup wajahnya. Kemudian bernafas berat.. Tangannya menyentuh perut shofie dan mengelus lembut disitu.. Shofie turut menyentuh atas tangan haidan. Sambil tersenyum memandang haidan.

''I'm sorry sayang..'' haidan menyentuh pipi shofie.

'' tak perlu cemburu, tak perlu sangsi... Cinta ini hanya untuk hubby...'' ucap shofie.. Menatap mata haidan dalam-dalam.

'' janji? ''

" ya hubby.. Janji.. '' balas shofie.

'' jadi.. Sayang masih merajuk? Masih nak jalan-jalan... '' tanya haidan.

'' oh hubby ingat.. Ingatkan dah lupa.. '' perli shofie.

'' ingat sayang.. Cuma.. '' haidan ketawa sendiri..

'' dengan iman pun nak cemburu... '' usik shofie.

'' ok minta maaf sayang.. Letih merajuk.. Tapi tak dipujuk.. '' keluh haidan.

'' oh.. Merajuk.. '' shofie mencubit perut haidan.

Pasangan itu saling ketawa.. Usik mengusik sesama sendiri.. Marwan dan ruhaina yang sedang melihat pasangan itu sama-sama tersenyum.

'' sebagai ganti.. Kita kerumah papa ya.. Boleh? '' kata shofie.. Dengan wajah ceria..

'' wah... Pandai nego sekarang ya... '' kata haidan memeluk pinggang shofie.

'' itu mesti.!!. '' balas shofie.

'' ok.. Sebelum balik nanti kita singgah.. '' beritahu haidan.

Mereka pergi makan bersama dengan keluarga besar Zayn di resort itu sebelum mereka berpisah untuk pulang. Kini shofie rasmi sudah menjadi puan muda bagi keluarga tersebut. Kedatangan shofie dan anak didalam kandungannya sangat dialu alukan oleh keluarga kelas atasan itu.

'' hati hati ya.. Bawa kereta.. Idan.. '' tegur mahira kepada anaknya.

'' ya ingat.. Kamu bukan berdua lagi.. Tapi bertiga.. '' kata shofyna pula..

'' betul tu.. Itu penerus warisan keluarga kita.. '' kata wadhiah yang duduk tak jauh dari situ.

'' baik... Haidan akan hati-hati.. Kami akan singgah kerumah papa shofie dulu sebelum balik'' balas haidan

Mereka berpisah.. Selepas mereka saling bersalaman antara satu sama lain..

Haidan memandu sendiri ke rumah mertuanya.. Hanya mereka berdua saja pergi kesana.. Marwan dan ruhaina sudah pulang bersama.

Semasa mereka berdua sampai dirumah utama keluarga shofie.. Benda yang pertama didengari mereka adalah tangisan seorang bayi..

"hubby.. Dengar tak..?" tanya shofie..

"tak" jawap haidan. Sambil gelak kecil.. Shofie menampar lengan haidan.

"dengar lah sayang.. Suara bayi menangis.." kata haidan sekaligus mencubit pipi shofie.

Shofie berjalan mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.. Kakinya berjalan sampai ke belakang rumah besar itu.. Haidan tak bertanya banyak, dia hanya mengikut saja langkah shofie.

Mereka berdua melihat ada seorang pelayan wanita muda sedang megendong bayi yang masih menangis kuat..

"kenapa dia menangis..?" tanya shofie.

"ya allah.. Fieee..." kata wanita muda itu tergejut. Bekerut dahi haidan bila pelayan itu memanggil nama asal shofie tanpa gelaran dengan nada yang santai.

"dia rindu andi agaknya... Andi pula cuti hari ni .." kata pelayan muda itu..

"mana nia.? ." shofie mengambil bayi itu dan memujuknya..

" cik muda dah masuk ke office arini.. Tu yang saya jaga mikail ni." kata pelayan itu.

" masuk MegahRaya..? " tanya shofie..

" ya.. "

Shofie mengendong anak yang bernama mikail itu..memujuknya supaya diam..

"comelnya kamu.... Si comel kecil.." puji shofie.. Shofie mencium pipi anak kecil itu.. Dan memegang tangan bayi tersebut..

"nak dukung dia?" tanya shofie kepada haidan.

"boleh juga.." kata haidan.. Shofie menyerahkan mikail kepada haidan.. Haidan mengambil bayi itu dengan kekok sekali.. Apa yang dipegangnya membuatkan dia tak yakin..

'kenapa.. Dia tak sama macam raffiq yang lebih senang untuk dipegang.. Dia seperti sesuatu yang sangat rapuh' keluh haidan.

Mikail yang baru selesa didalam pelukan shofie kembali menagis bila merasa dia diambil oleh haidan. Dia membuka, mulut kecilnya dan mula menangis semula..

"Mikail sayang.. Ini pakcik kamu.. Tak nak ya dengan pakcik kamu.. Alah sayang.. Bijak sungguh kamu ya..!" shofie kembali mengambil mikail dari shofie..

"duduk dengan makcik saja ya sayang..." shofie mencuit hidung kecil mikail.

"macam muka mama dia kan.. Cuma mata saja ikut mata papa dia kan... Hubby?" tanya shofie kepada haidan.

Haidan melihat wajah bayi yang didukung oleh shofie.. Matanya bulat dengan anak mata yang pekat dan hampir memenuhi ruang mata itu.. Dengan hidung yang mancung.. Pipi yang putih gebu seperti ibunya..

" hmm.. Ya.. "sokong haidan.

" nanti.. Macam mana pula ya... Muka honey bump.. Mesti ikut papa dia kan.. " sambung haidan lagi.

" kenapa pula perlu ikut muka hubby.. Mestilah ikut muka mama dia.. " bantah shofie..

" ya.. Dia, Ikut mama dia yang cantik ni.." kata haidan memeluk bahu shofie sambil mereka berjalan semula ke hadapan..

" assalamualaikum.. "

" waalaikummusalam".. Jawap pelayan yang datang menyambut mereka.

"papa ada?" tanya shofie.

"datuk ada diatas.."

"kakak luthfiya ada..?"

"siapa tu...?" tanya raffa yang datang sambil mendukung raffiq.

"abangggg!!" panggil shofie.

"pengantin ni.. Perangai tu jaga sikit.. Malu lah dekat haidan ni.." tegur raffa. Dia bersalaman dengan haidan.

"Mikail ada dengan fie.. boleh pula, dia diam bila duduk dengan fie ya..tadi dia menangis tu yang, pelayan bawa dia jalan di luar.. " sambung raffa lagi. Melihat mikail memandang saja kearah shofie.. Tangan bayi itu mengengam erat rambut shofie.

"itulah.. Taksangka dia nakkan shofie.." kata shofie.

"boleh shofie jagakan dia kejap.. Dari tadi dia asyik menangis saja.." kata raffa. Shofie memandang haidan.. Dia melihat haidan menjatuhkan kepalanya dan tersenyum.

"boleh abang.. Apa salahnya.." shofie berkata.

"naiklah keatas.. Papa ada diatas.." kata raffa..

"abang tak ke pejabat?"

"harini belum.. Esok baru abang pergi.." jawap raffa..

"abang.. Nia ke pejabat untuk apa.. Dia kerja disana? Bahagian apa?" tanya shofie lagi.

"ha.. Nia kerja dengan MegahRaya.. Bahagian pemasaran.. Bawah pemantauan encik tarmizi.." terang raffa secara terperinci.

"oh.. Bukan sepatutnya abang pergi, kenalkan dia..?"

"abang rafie kamu ada.. Jadi dia yang handle nia.."

"ohh.... Mama ada diatas?"

"mama dah keluar entahlah kemana.. Pagi-pagi dah keluar.."

"dah la pergi naik keatas.. Banyak pula dia bertanya.." kata raffa.

Mereka berdua naik keatas mencari rahimi.. Mereka berjalan ke bilik bacaan.. Dimana rahimi banyak menghabiskan masanya disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience