BAB 21

Romance Completed 112655

'' bukan bonda.. Kak fie ada dalam bilik.. '' kata Annisa.. Mahira menampar bahu anaknya.

'' annisa!!.. Ya Allah anak ni.. Kamu nak pendekkan umur bonda kamu ya.. !'' marah mahira.. Dia kembali duduk di atas katil..

'' cepat bawa kak fie turun kal dah hidupkan kereta.. '' kata haikal yang baru datang dengan tergesa-gesa..

'' kenapa abang pergi start enjin kereta..? '' tanya Annisa.

'' kita kan nak ke hospital.. '' katanya dengan bingung..

'' kamu pergi matikan enjin kereta kamu.... '' kata mahira.

'' kak fie tak sakit pun lagi.. Tapi ada masalah lain.. '' kata Annisa.

'' kamu ni nisa.. '' rungut haikal.. Dia keluar kembali untuk mematikan enjin kereta.

'' bonda.. '' Annisa menunjukkan telefon shofie yang berada didalam tangannya..

Mahira mengambil telefon bimbit tersebut.. Melihat apa yang cuba ditunjukkan oleh Annisa.. Mahira melemparkan telefon bimbit tersebut diatas katilnya.. Dia sendiri tergejut melihat apa yang baru dilihatnya.. Haikal yang baru masuk kedalam bilik itu mengambil telefon bimbit tersebut.

'' ni handphone siapa? '' tanya haikal.

'' handphone kak fie.. '' jawa Annisa.

'' kak fie dah tengok gambar ni? '' Annisa mengangguk..

'' pasti ada yang salah ni.. '' kata haikal.

'' kita semua tahu.. Abang bukannya kaki perempuan...'' kata haikal

'' memang lah abang, bonda.. Tapi kak fie tak tahu kan.. '' kata Annisa.

'' bonda nak naik atas tengok kak shofie kamu.. '' kata mahira.

Mahira, haikal dan Annisa naik keatas.. Disitu ada annaila sedang berdiri di luar pintu..

'' bonda.. Kak fie tak bukakan pintu.. Dah puas naila ketuk dari tadi.. '' kata annaila kepada bondanya.

'' shofie.. Ni bonda sayang.... Buka pintu ni shofie.. '' pujuk mahira..

'' haikal, kamu ke bilik bonda.. Ambilkan kunci pendua.. '' kata mahira.

'' bonda.. Bilik abang tak ada kunci pendua.. '' kata haikal.

'' bonda lupa.. Abang kamu dah ambil kembali kunci pendua tu.. Kita nak buat macam mana ni? '' tanya mahira cemas..

Sejam yang lalu..

'' uncle.. !!'' panggil rania keras. Bila melihat zainal menyuntik sesuatu ke lengan haidan. Haidan rebah sebaik membuka pintu biliknya kepada rania.. Zainal dengan pantas menekup mulut haidan walaupun ada pergelutanpada mulanya.

'' jangan risau nia.. Ikut saja apa yang uncle cakap kan tadi.. '' kata zainal.

Mereka membuka pakaian haidan dan mengambil gambar haidan dan rania yang tidur di atas katil dalam bermacam macam posisi.. Sehingga mereka puas.. Haidan langsung tak menyedari apa yang berlaku..

'' dah uncle? '' tanya rania.. Yang sedang berbaring di dada haidan yang tak berpakaian..

'' cantik! .. Dah selesai.. '' kata zainal sambil melihat hasilnya kerjanya.. Dia mengangkat ibu jarinya kepada rania..

'' dah nia.. Kamu dah boleh pakai baju kamu.. '' kata zainal lagi.

Rania mencium bibir haidan sebelum bangun meninggalkannya.. Rania menyentuh bibirnya yang baru lepas mencium haidan tadi.

'puas hati aku!!! Aku pasti kau akan tinggalkan dia shofie.. Lepas tu dia akan jadi milik aku.. Sebaik kau pergi.. Aku sendiri akan goda dia tak kira cara baik ataupun cara yang paling hina.. akan aku gunakan semuanya SHOFIE!!!'

Sebaik selesai semuanya, zainal menghantar gambar yang diambil olehnya tadi kepada shofie.. Diperhatikan oleh rania yang ada disebelahnya..

''thank you uncle.. Tolong nia.. Nia sayang uncle..'' rania memeluk lengan zainal.

'' anything for you dear.. Ni kalau dah siap.. Lebih baik kita keluar dulu.. Lepas ni kita plan seterusnya .. '' kata zainal memerhati haidan yang masih tak sedarkan diri di atas katil.

'' baik.. Nia dah siap.. Marilah kita..'' kata rania.

Mereka berdua keluar dari bilik hotel haidan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

'' kita nak kemana uncle? '' tanya rania.

'' uncle nak lepak..nia nak ikut? '' tanya zainal.

'' boleh juga uncle.. Nia sedang senang hati ni.. Nia belanja uncle ya. '' kata rania dengan gembiranya.

'' that's my girl... '' kata zainal sambil mencuit hidung mancung rania.

Mereka pergi menghabiskan masa didalam sebuah kelab malam.. Zainal duduk kerusi, meja bar.. Melihat rania dari situ sedang asyik menari di lantai dansa dengan kelompok anak muda yang lain.

'' bos.. ! Anak ayam baru? '' tegur satu suara laki yang datang menyentuh bahu zainal.

'' mir.. Sampai kesini kau ikut aku? '' balas zainal sambil ketawa kecil.

'' kebetulan.. Mana tau jumpa kau disini, dengan anak ikan baru.. '' kata lelaki itu sambil melirik matanya ke lantai dansa dimana ada rania disitu.

'' jangan buat main dengan dia.. Dia bukannya seperti yang kau fikirkan.. Kau jangan berani nak sentuh dia kalau kau tak nak dapat susah.. !!'' zainal memberi amaran.

'' baik-baik.. Aku tak kacau dia.. !'' lelaki itu menyerah tak mahu mencari masalah dengan lelaki itu. Dia hanya mampu melihat saya rania yang sedang asyik menarik mengikut lagu yang dimainkan oleh dj..

'' aku ada bawa boss besar.. Dia ada disana.. Kau mau jumpa sama dia ka? '' kata lelaki itu menunjuk ke lantai atas.. Dimana ada ruang privasi disana.

'' kenapa dia kesini.. Cari ayam sampai kesini ke? '' perli zainal.

'' mana aku tahu.. Aku cuma ikut saja dia.. Dia nak cari ayam ka itik.. Bukan hal aku.. '' balas lelaki itu.

''yealah.. Kejap aku naik tegur dia..'' kata zainal dengan malas.

'' terbaik boss!!'' balas lelaki itu sambil menepuk belakang zainal berkali kali.
Kemudian dia pergi meninggalkan zainal sendirian di situ.

Zainal mengamit kearah rania.. Berkali-kali dia mengamit barulah rania sedar.. Rania berjalan mendekat kepada zainal.

'' uncle nak jumpa kawan sekejap.. Nia jangan kemana-mana tau.. Tunggu uncle disini.. '' pesan zainal.

'' ok uncle.. '' kata rania.

'' jangan lebih-lebih rania.. Ingat kenapa kita kesini.. '' zainal memperingati lagi.

'' baik bos.. !'' rania memberi tabik hormat kepada zainal.

Rania kembali ke lantai dansa..manakala zainal berjalan kearah tangga dan memanjat naik ke atas.. Dia melihat lelaki yang menegurnya sedang berjaga disitu.

'' johari..buat apa sampai kesini.. Sudah habis kah ayam dibandar sampai kau kesini.. ? '' tanya zainal berbaur sindiran.

'' aku datang untuk itu.. '' balas johari sambil menunjukkan kearah rania. Zainal menjenguk kebawah melihat kearah apa yang ditunjukkan oleh johari.

'' kau gila.. Tu anak Ainun.. Dia tu anak saudara aku.. Kau jangan berani nak sentuh dia! Langkah mayat aku dulu!'' marah zainal. Johari yang mendengar kata zainal itu ketawa..

'' kau ingat aku nak buat apa dengan dia? '' tanya johari.

'' aku tau perangai kau! Kau tu pantang tengok perempuan.. Semuanya kau nak kan.. !!'' kata zainal dengan marah yang sedang membuak-buak.

'' baguslah kau tahu.. Termasuklah kakak kau.. Tapi dia pilih untuk hidup dengan lelaki yang akan bagi kesenangan.. Tapi nasib dia tak baik.. Tengok dimana dia berakhir sekarang ni.. '' kata johari sambil ketawa.

'' jaga mulut kau johari.. !!'' marah zainal.. Menarik leher baju johari. Beberapa orang lelaki yang menjaga johari segera mendekat. Johari mengangkat tangannya agar mereka tidak masuk campur urusan mereka.

'' nal..nal.. Kau kenal aku.. Tapi kau tak kenal siapa bapa kandung anak saudara kau tu.. '' kata johari dengan angkuh.

'' apa maksud kau..? ''

'' itu anak aku.. Rania tu anak aku.. Zainal'' johari menarik kembali bajunya.. Dan membetulkannya semula. Dia melihat zainal yang berdiri tegak di tempatnya.

''kau tak percaya? Kau boleh buat ujian DNA.. Aku berani jamin tu anak aku.. Kakak kau pernah datang kepada aku.. Mengadu hal lelaki dia kahwin lari dengan wanita lain..dan kami terlanjur..'' terang johari dengan ketawa kecil.

'' kau ingat aku bodoh!nak percaya kan cakap kosong kau tu.. ''

'' ckckck.. Aku dah cakap tadi.. Kita boleh buat ujian DNA.. Kalau kau tak percaya.. Kalau tak kenapa Ainun susah payah nak anak dia cepat-cepat khawin dengan keluarga Zayn.. '' kata johari lagi.

'kenapa dia boleh tahu semua.. Malah dia tahu tentang rancangan Ainun mahu menjadi besan dengan keluarga kuat dari keluarga Zayn..'

'' aku tahu semuanya nal.. Kau ingat aku selama ni hanya tidur dan berfoya-foya saja.. Itu yanh mata kau nampak nal.. Tapi, Aku tahu semuanya tentang anak aku.. Semuanya nal.. Termasuklah cucu aku yang bernama mikail'' kata johari sambil menyelit rokok di celah bibirnya.. Lelaki disebelahnya menyuakan pemetik api menyucuh hujung rokok tersebut.

Zainal diam tak membalas.. Amarahnya yang tadi membuak-buak perlahan lahan terhapus dan terpadam sendiri.

''aku akan sokong kalau dia menjadi menantu keluarga Zayn.. Jangan segan-segan kalau mahu minta pertolongan dari aku..'' kata johari sambil menghembuskan asap ke muka zainal.

Zainal melihat rania yang sedang menari di lantai bawah..dan berpaling semula melihat johari.. Bibirnya tersuing sebaris senyuman.. Senyuman yang mempunyai maksudnya tersendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience