Destiny.

Drama Series 10372

Edora mengurut tumit kaki nya yang sakit dek kerana dia mengikuti Mei Xuan berjalan ke hulu hilir satu pusat membeli belah di ibu negara. Walaupun dia tidak memakai kasut tumit tinggi malah dia hanya memakai kasut sneaker bewarna merah putih yang dipadankan dengan blouse muslimah putih dan skirt labuh, tetap dirasakan kesakitan dan kelenguhan akibat berjalan tanpa henti. Mana tidaknya Mei Xuan sebelum ini hanya berjanji untuk menonton filem sahaja tetapi gadis berbangsa Cina itu mengheret Edora untuk pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Tetapi yang anehnya, tidak dibeli apa-apa pun dari kedai-kedai tersebut.

Kini mereka berada di sebuah kafe manisan, menikmati kek bersama kopi hangat bagi menghilangkan penat setelah seharian berjalan.Mei Xuan sedang elok menyuakan sesuap red velvet cake yang dipesannya bersama dengan Americano sambil mulutnya tidak berhenti mengomel sendirian mengenai F.O Farid yang sentiasa menjadi buah mulut para pramugari Royal Malaysia Airlines. Ya lah, Tengku Farid mempunyai paras rupa yang kacak, keturunan diraja yang disegani dan juga kaya raya. Siapakah gadis tidak mahu akan susuk tubuh Tengku Farid.
Edora hanyalah menongkat dagu sambil menyuakan suapan kek coklat lava nya ke dalam mulutnya. Sebenarnya malas mengambil tahu hal yang diceritakan oleh Mei Xuan.

“ Lepas ni you fly pergi mana?” Soal Mei Xuan yang mengubah topik perbualan mereka kerana dia melihat Edora tidak mahu bercerita mengenai Tengku Farid

“ I nak jumpa Koala bear lepas ni. Sydney, Australia.” Balas Edora dengan riak muka gembiranya apabila menyebut mengenai negara yang terkenal dengan Beruang Koala dan Kangaroo. Australia antara negara yang digemari oleh Edora untuk “ layover” yang panjang.

“ Oh my God! How lucky you’re. I pula kena campak pergi Madris, India. It so hot at there. I akan duduk bilik je, malas nak keluar. Plus you know the passenger pergi Madris macam mana kan? Confirm our cenderahati habis belum sampai half of journey.” Rengek Mei Xuan.

Edora sekadar tersenyum mendengar luahan dari mulut Mei Xuan. Dia faham apa yang dirasai oleh rakannya kerana dia pernah dicampakkan ke penerbangan Madris, India beberapa kali.

“ Hopefully I get a good supervisor and chief stewardess fly kali ni. Kalau negara visit best but the crew are worse, tak ada gunanya.” Balas Edora kembali.

mereka menghabiskan baki sisa kek sambil berbual kosong tentang keseronokan terbang ke negara- negara yang cantik dikunjungi ketika musim Bunga.

" Jom lah, teman I pergi kedai handbag, Dora." Kata Mei Xuan sambil merangkul lengan milik Edora.

" Hei, amoi make sure eh you beli kali ni. Ni tak you main masuk, bebel-bebel , tanya itu ini tapi keluar kedai tangan kosong." Marah Edora sambil mencubit lengan sahabatnya. Mei Xuan sekadar menayangkan songeh bak kerang busuk.

Sedang mereka berjalan sambil rancak berbual- bual sehingga mereka tiba di sebuah kedai menjual barangan kecantikan berjenama. Mei Xuan apa lagi, semahunya dia mahu masuk ke kedai menjual barangan tersebut. Namun kali ini, Edora tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam kedai tersebut kerana dia mendapat panggilan telefon daripada Marissa Ezreen, adik keduanya yang memaklumkan bahawa dia berada di hospital kerana menjalani fisioterapi dan rawatan lanjut mengenai penyakit yang dihidapi oleh Marissa. Edora mendengar dengan fokus mengenai progress rawatan yang diterima olehnya. Sedang asyik mendengar luahan hati adik kesayangannya, tubuhnya dirempuh seseorang dengan kuat sehingga jatuh terduduk di lantai pusat beli belah tersebut.

Edora mengaduh sakit kerana punggung mencium lantai pusat beli belah itu. Telefon bimbitnya pula selamat terhempas di atas lantai. Susuk tubuh lelaki tegap yang berbaju serba hitam itu kian menghilang berlari meninggalkan nya. Edora menahan sakit hasil rempuhan yang tidak beretika daripada hamba Tuhan yang tidak mempunyai adab dan sopan. Individu tersebut hanya selamba berjalan walau Edora memanggilnya tanpa
yang kemas.

" Cik, okay ke?" Soal jejaka tersebut sambil menghulurkan telefon pintar miliknya Edora.

" Ya, saya okay. Sakit sikit je. Terima kasih." Balas Edora sambil mencapai huluran telefon bimbitnya daripada tangan jejaka tersebut.

Mata mereka bertaut seketika. Detak jantung Edora kian laju berdenyut. Masa seakan terhenti seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience