Saiful memandang kosong dada jalanraya yang kosong di hadapannya. Saiful menikmati baki cuti sehari sebelum kembali ke kem keesokan harinya. Dia makan malam bersama rakan seperjuangan nya, Hilmi dan Ridzuan di sebuah kedai mamak berdekatan dengan kem.
Sisa air teh dihirup perlahan sambil mata masih melekat di dada jalanraya yang sepi. Matanya dialih melihat Ridzuan yang mukanya berkerut seribu merenung telefon bimbit nya.
" Kau ni dah kenapa, One? Ceri beri ke apa? Berkerut dahi dari tadi." Tegur Saiful.
" Kau ni Epul, jangan ditegur si Galah ni. Tengah dalam mood nak masuk perang dunia tu." Balas Hilmi sambil menyuakan sesuap mi goreng mamak ke dalam mulutnya.
Saifullah sekadar mengangkat bahunya sambil matanya kembali menatap televisyen di hadapannya. Menonton drama melayu yang terhidang di depan matanya. Pelakon wanita yang mengenakan solekan setebal opera cina bersama dengan dress yang singkat sedang menarik tudung pelakon wanita yang lain. Wajahnya dingin Saifullah yang tiada perasaan menonton adagen tarik menarik sesama anak gadis kerana berebut lelaki yang merupakan
anak pemilik syarikat Megah Holding. Pengunjung kedai mamak yang lain pula ada yang memaki pelakon tersebut dan ada pula yang
mengomen pelakon wanita tersebut.
" Aku dah putus dengan Farah." Kata Ridzuan tanpa nada membuka bicara setelah lama menyepi.
Berpandangan sesama sendiri antara Saiful dan Hilmi.
" Macam tu je? Kau orang bukan dah kenal lama ke? More than enam tahun. Habis lagu tu je?" Soal Hilmi dengan nada seriusnya.
" Dia yang meminta." Jawab Ridzuan pendek sambil tangan mengacau air kopi miliknya.
" Dia ada orang lain?" Soal Saifullah kali ini.
Ridzuan sekadar tersenyum pahit. Hilmi dan Saiful hanya mampu menarik nafas panjang. Mereka cukup mengenali diri masing-masing. Hanya dengan merenung wajah masing-masing, dapat dibaca apa yang terselindung di lubuk hati masing-masing. Inilah tali persaudaraan yang terbina setelah 8 tahun mengenali diri masing-masing dalam menjalani latihan beserta tugas di dalam unit elit angkatan tentera udara Diraja Malaysia (PASKAU).
" Aku terserempak dengan dia dengan lelaki lain banyak kali. Bukan sekali tapi aku sayang gila dekat dia, aku maafkan dia tapi kali ni aku ikhlas lepaskan dia. Mungkin aku tak layak untuk dia." Ringkas luahan hati Ridzuan.
" Bukan hang tak layak dengan dia. Dia tak layak tuk hang." Dingin suara Saifullah menasihati sahabatnya.
" Kau pun tahu, One. Kerja macam kita ni, orang takkan faham even family sendiri pun masih tak faham kerja kita. Susah." Kata Hilmi.
" Ini kau nak harapkan perempuan luar yang langsung tak faham kerjaya kita yang menuntut komitmen 24 jam demi negara. Perempuan are complex. Kerjaya kita dah complex ini nak harapkan kita faham this ladies." Tambah Saifullah dengan nada dingin tanpa perasaan.
" Aku sayang kat dia." Ringkas luahan perasaan Ridzuan namun riak wajahnya masih tenang.
" Jodoh kau dengan perempuan yang lebih baik, One. Allah SWT dah aturkan jalan cerita hidup hang sebaik-baiknya, percaya dekat Dia. Jodoh kau dengan perempuan yang lebih baik dari Farah tu." Pujuk Saifullah sambil merenung wajah milik sahabatnya yang masih tenang.
Meja makan milik tiga sekawan ini kembali sunyi dan sepi. Hanya mendengar suara pekikan dari televisyen yang masih tidak habis menayangkan adagen perebutan lelaki.
" Esok kena lapor diri balik Kat Kem. Lain kali dapat cuti lagi kita try cari awek baru lah. Tu pun kalau tak ada benda menghalang." Kata Hilmi berlapik.
Tiga sahabat ini sekadar tersenyum mendengar kata-kata Hilmi. Ya tugas sebagai anggota PASKAU menuntut komitmen masa dan tenaga yang tinggi. Mereka sendiri tidak tahu bilakah masanya mereka akan dihantar ke misi- misi sulit yang menuntut kepakaran mereka dalam sesuatu misi.
Salam! Terima kasih kerana membaca hasil tak seberapa ni.
Share this novel