Komando, Ready!!- Saiful

Drama Series 10372

Flashback
5 tahun lalu.
South Lebonan

Ahli-ahli tentera unit khas Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada Unik khas tentera darat dikenal sebagai Gerup Gerak Khas, Unit Khas Tentera Laut (PASKAL) dan Unit Khas Tentera Udara (PASKAU) berkampung di United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di selatan Lubnan. Hanya tentera-tentera terbaik dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dari ketiga-tiga unit khas dan elit Angkatan Tentera Malaysia dihantar ke bumi Lubnan.

Mereka sedang menikmati makan tengahari bersama-sama sambil sibuk berbual kosong. Ukhwah yang terjalin antara para anggota bak saudara kandung setelah hampir dua tahun berada di bumi asing iaitu Lubnan bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara tersebut. Bukan hubungan rapat antara para tentera Malaysia sahaja malah mereka mempunyai hubungan baik dengan para tentera PBB dari negara lain. Hubungan baik antara angkatan tentera Malaysia dengan para anggota tentera di bawah panji PBB seperti United Kingdom, Indonesia, Australia, China, Korea serta tentera tempatan Lubnan dan lain-lain negara lain juga, mereka dapat menjalinkan hubungan bak brotherhood dalam kalangan para anggota tentera yang berkampung di Lubnan.

“ Aku tak sabar nak balik Malaysia, rindu anak bini kat kampung.” Kata Sarjan Mejar Sulaiman, merupakan anggota GGK yang berpakaran dalam penyusupan dan tempur jarak dekat.

“ Kesian anak hang lahir-lahir tak dapat tengok muko Pok dio, tup-tup balik dah boleh berjalan, bercakap.” Kata Hilmi, jejaka berasal dari Utara tanah air.

“ Aku pun harap pun macam tu, cepatlah masa berlalu aku nak balik jumpa wife and anak syurga aku tu. Rindu nak gomol dia, nak spend time masa dengan dia. Jalankan kembali tugas sebagai seorang bapa dan suami bila balik nanti. Jadi aku pun faham perasaan Sulaiman.” Tutur tenang bicara lelaki bernama Abu Zahin atau lebih mesra dipanggil Abu. Abu handal dalam bidang pengeboman. Dia merupakan ahli pasukan elit Angkatan Tentera Udara (PASKAU) dan merupakan anak buah kepada Kapten Saifullah.

“ Anak syurga?? Maksud kau apa?” Celah Leftenan Joey Tan sambil memandang satu per satu wajah individu di meja makan. Seluruh individu berpandangan sesama sendiri, mengharapkan sesiapa menerangkan kepada apek sorang ni tanpa melukakan perasaan Leftenan Abu Zahin.

“ Anak syurga aku tu, Joe. Anak istimewa Yang Tuhan berikan hadiah buat aku dan wife. Dia tak boleh nampak, Joe atau orang panggil cacat penglihatan. Tapi aku sayang dia lebih daripada aku sayang nyawa aku sendiri. Nama dia Zinnirah dah nak masuk setahun dah dia.” Cerita Abu sambil menunjukkan gambar anak perempuannya yang berusia setahun . Gambar tersebut sentiasa di bawanya ke mana sahaja. Kapten Ahmad Saifullah memandang foto yang ditunjukkan di atas meja, direnung wajah anak syurga Leftenan Abu yang cantik dan comel anaknya.

“ Bro, she so beautiful. The most beautiful girl I had seen.” Puji Saiful yang ikhlas dan terus tersenyum melihat puteri kesayangan Abu itu.
Semua anggota turut tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Saifullah.

“ Habis Aishah tu tak cantik lah kiranya. Ni kalau dia dengar ni habis hang kena tibai dengan dia.” Gurau Hilmi sambil mengacah Saiful. Membulat mata milik Saiful mendengar kata-kata oleh Hilmi. Belum sempat dia bertekak dengan Hilmi pihak atasan telah menelefon dirinya dan mengarahkan dirinya untuk ke Headquarters yang terletak di Naqoura, Lebonan.

“ I had to go. Enjoy your meals, sat lagi ada hadiah menanti kita.” Kata Saifullah ringkas sebelum beredar meninggalkan mereka di meja makan.

“ Aku tengok Kapten Saiful tu, cool, segak,bergaya, rupa ada kan?” Celah Joey kembali.

“ Ya, tidak dinafikan. He is the best among the rest.” Sokong Kapten Araman ketua pasukan bagi unit GGK.

“ Hah ni sambung cerita, siapa Aishah?” Soal Sarjan Mejar Sulaiman. Hilmi tiba-tiba menjadi semangat untuk bercerita mengenai kisah cinta agung antara Kapten Ahmad Saifullah dan Sharifah Siti Aishah Al Junaid, penuntut di Universiti Pertahanan Malaysia (UPM).

“ Lagu ni. Nak dipendekkan cerita lah nah. Aishah tu adalah marka teragung Saiful. Hampa mesti tak sangka yang Epul tu ada seseorang yang dia sayang kan? Hah Si Aishah ni lah insan yang paling dia sayang dan cinta mati. Depa kenai waktu zaman belajar kat UPNM dulu. Dulu nak habaq mai depa ni famous couple kat kampus, satu uni kenai depa. Ye lah. Hangpa tengok si Saiful lagu mana? Rupa ada, ketua pelajar, karisma dan aura ada, attitude ada, lengkap satu pakej. Apa yang kurang dekat dia? Si Aishah ni pula student paling cun dan famous dalam kampus sebab dia ni umpama jelmaan Kapten Saiful versi wanita. Ramai lah adore lah dengan depa. Bagai pinang dibelah dua bak kata orang tua-tua dulu. Dah lebih 5 atau 6 tahun dah aku rasa diorang punya relationship tu. Hangpa tengok je si Epul tu nampak cool buat lek-lek Jee padahal dalam hati ada taman bunga sekebun.” Cerita panjang lebar Hilmi dengan senyuman.
Semua anggota terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hilmi merangkap sahabat baik Kapten Saiful yang pendiam dan komited dalam bekerja.

“ Lama dah relationship diorang. Dah boleh bawak nikah dah tu “ Ujar Sarjan Mejar Sulaiman.

“ Sepatutnya, diorang kahwin before kena bertugas ke sini ceritanya. Dah empat kali Saiful tu purpose diab tapi si Aishah reject katanya not ready yet. Rasa muda lagi. Kerjaya dia lebih penting nak cari pengalaman dulu, belum sedia jadi bini Saiful lagi. Saiful pun respect decision Aishah. So he just wait until she ready. Tu lah yang aku tau.” Sambung Hilmi.

“ Payah budak zaman lo ni. Aku dulu nikah umur 22 wife umur 20 tahun. Kami okay and Alhamdulillah bahagia sampai sekarang. Bahagia bila kita dapat membina family sendiri ni. Wife aku kahwin sambil belajar juga sampai dah graduates. Anak bongsu kami lahir selepas dia graduates.” Komen Sarjan Mejar Sulaiman.

“ Aku dengan wife pun kahwin muda jugak. Aku 25, wife 23. Kalau nak tunggu sampai sedia, umur 35 pun belum tentu sedia. Once we get married, hah time tu lah kita as life partners belajar bersama to the right paths and belajar menerima dan memberi kepada our partner. Communication and understanding tu penting, lagi-lagi kerjaya macam kita. Susah nak bagi orang faham.” Hujah Abu Zahin selepas lama mendiamkan diri.

Terangguk-angguk kesemua mereka mendengar kata-kata Abu menandakan mereka bersetuju.
“Komando ready!!” Ujar Kapten Saifullah yang entah dari mana. Memasuki ruangan makan.
Kesemua mereka tidak terkejut malah mereka segera bergerak pantas untuk menjalankan tugas mereka selepas mendengar arahan “ Komando, ready.”

Ayat keramat yang sentiasa didengari oleh para anggota tentera unit khas Angkatan Tentera Malaysia.

Terima kasih sudi membaca penulisan kali ini, i'm trying my best to keep on track to finish this novel. May Allah SWT bless you guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience